Showing posts with label Harapan. Show all posts
Showing posts with label Harapan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Tanda Akhir Zaman #2 Penganiayaan, Penyangkalan, Kejahatan & Penginjilan (Matius 24:9-14)

"Kamu akan ditangkap dan akan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku" (Matius 24:9). Menurut statistik oleh World Watch List, pada tahun 2020 sahaja (yang dilaporkan): ada lebih kurang 340 million orang Kristian mengalami penganiayaan dan diskriminasi di seluruh dunia; 4,761 dibunuh kerana iman mereka; 4,277 ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan; dan 4,488 bangunan gereja diserang dan dirobohkan.

Penganiayaan ialah salah satu hal yang terjadi dalam Tanda Akhir Zaman ke-2 ini. Begitu juga kejahatan akan semakin berleluasa. Namun begitu, cahaya PENGHARAPAN masih ada. Bagi pengikut Kristus, sudahkah kamu bersedia? Bagi yang belum mengenali Kristus sebagai Juruselamat, bagaimana kamu akan menghadapinya? Bagi para pemimpin, adakah kamu menyiapkan jemaah gereja untuk semua ini dan memberitakan tentang kedatangan Kristus kali kedua?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius166 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Lima (5) Cara untuk Menyambut Hari Merdeka 2021

1) HARGAI SEJARAH. Dulu saya langsung tidak peduli dan menghargai sejarah Malaysia tetapi apabila saya sudah berkerjaya dan memasuki pelayanan, saya mendapati bahawa sejarah banyak mempengaruhi bagaimana kita berfikir, bergaul, berkomunikasi dan mengenal identiti sesama kita. Sumber terbaik untuk mengetahui sejarah Malaysia - dan isu-isu semasa - ialah melalui buku-buku yang diterbitkan oleh Gerakbudaya (https://www.gerakbudaya.com). Selain itu, dokumentari seperti Road to Nationhood: Formation of Malaysia juga sangat membantu (https://youtu.be/WP3NsJVU-78). Tak kenal Malaysia maka tak cinta.

2) MENGUBAH MINDSET. Syukur kepada TUHAN Allah kerana kebanyakkan kita tidak perlu pergi berperang untuk mendapatkan kemerdekaan. Tabik dan hormat penghargaan kepada para pejuang kita dahulu! Namun begitu, kemerdekaan sebenar ialah holistik termasuk dari segi minda atau mindset. Lirik rap Joe Flizzow dalam lagu Negaraku sangat cun: "Nak merdeka dijasad harus bebas diakal." Apabila ada isu* yang melibatkan keutamaan dan kepentingan sesama kita timbul, salah satu mindset yang penting ialah ini: I am Malaysian first, then my race or tribe second (*bergantung kepada konteks).

3) KURANGKAN SIKAP PERKAUMAN. Saya memahami sesetengah orang yang optimistik yang mengatakan bahawa mereka ada sifar (zero) sikap perkauman. Namun begitu, ianya mustahil. TIADA seorang pun yang langsung tidak ada prejudis dan stereotaip. Apa yang kita boleh buat ialah mengakui bahawa kita ada sikap itu, memiliki kesedaran apabila kita bersikap begitu dan hari demi hari cuba mengurangkan sikap itu. Berkawan dan berkomunikasi dengan orang daripada pelbagai kaum ialah cara yang ideal untuk melakukan semua ini. Tetapi oleh kerana kita sekarang berdepan dengan isu pendamik, jadi, empat cara lain yang disenaraikan di sini boleh membantu.

4) BERDOA BAGI NEGARA. Yesus Kristus berfirman: "Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" (Matius 5:44). Jika kamu marah kepada musuh kamu, cuba kamu berdoa sesuatu yang baik untuk dia. Bolehkah kamu kekal marah dan terus berdoa? Tidak! Malah, kasih mulai timbul. Begitu juga, kita mungkin pasrah, kecewa dan marah tentang apa yang terjadi dalam negara kita sekarang. Berdoa. Berdoa untuk para pemimpin, keadaan & isu-isu semasa dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Bagi orang Kristian, ebook The 40-Days Fast & Prayer 2021 (https://www.necf.org.my/index.cfm?&menuid=200&parentid=144) boleh membantu kita untuk mendapatkan perkara-perkara doa bagi Malaysia.

5) BUKA & TUTUP MULUT. Penjelasan ini mudah tapi sukar dilakukan oleh kerana sifat manusia. Jika ada perkara yang melibatkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan orang yang lemah, kita harus berani membuka suara dan bertindak atau melakukan sesuatu. Bukan hanya merungut, jadi keyboard warrior atau mahu going viral tapi benar-benar terbeban. Sebaliknya, tutup mulut. Jika tidak ada apa-apa yang baik, jelas, membina atau benar-benar penting untuk diperkatakan. Ataupun tangguhkan respon dahulu dan berfikir sebelum bersuara. Malaysia boleh berpecah lebih cepat melalui konflik dalaman berbanding dengan pengaruh secara luaran. Bukankah itu yang kita lihat dalam 'drama' politik negara?

#ServeToLead #SelamatHariMerdeka #MalaysiaYangTercinta


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Jangan Takut, Yang Menyertai Kita Lebih Ramai!

Kuda, rata, dan pasukan askar Aram yang besar mengepung kota Dotan dimana nabi Elisa tinggal. Apabila pembantu nabi melihat semuanya, dia cemas, "Apa yang harus kita lakukan?" Nabi Elisa tenang. Dia berdoa kepada TUHAN untuk membuka mata pembantunya itu lalu "dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa" (2 Raja-Raja 6:17).

Pada masakini, banyak hal yang mengepung kehidupan orang yang beriman. Semakin dekat kepada TUHAN, semakin hebat serangannya. Musuh-musuh utama kita ialah yang tidak kelihatan (baca Efesus 6:12). Oleh itu, adalah sangat penting agar mata rohani kita dibuka untuk melihat bahawa "yang menyertai kita lebih ramai" daripada pihak musuh. Selagi ada di dunia, kita masih lagi berperang tetapi kita tahu, dalam Yesus Kristus, kita dipihak yang SUDAH MENANG. Oleh itu, tenang, berjaga-jaga, lihat dan "Jangan takut.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Akhir Zaman: Pendahuluan & Tiga (3) Hal yang Pasti (Matius 24:1-3)

Selepas mendengar Yesus Kristus bernubuat tentang masa depan Yerusalem yang gelap (Matius 23:37-39) dan juga bernubuat tentang kemusnahan Bait Suci (Matius 24:2), para murid-Nya bertanya: "Katakanlah kepada kami, bilakah hal-hal itu akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?" (24:4).

Apakah latarbelakang soalan-soalan para murid Yesus ini? Apakah tujuan utama nubuat tentang akhir zaman dinyatakan? Dalam banyak ketidakpastian dan spekulasi tentang masa depan, apakah yang PASTI bagi pengikut Kristus?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius164 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Markus 10:13-16 Adakah Kamu Mendorong atau Menghalang Kanak-Kanak Datang Kepada Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.74)

Mengutuk. Mendera. Menggugurkan. Ini tiga hal yang orang lakukan kepada kanak-kanak yang lemah dan tidak berdaya. Ini tidak seharusnya berlaku dan berwaspadalah bagi sesiapa yang menghalang mereka untuk datang kepada TUHAN! Lihat bagaimana Yesus Kristus melayani mereka ⚡������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Ibarat Untuk Orang Yang Ingin Membunuh Anak Allah (Matius 21:33-46)

Apabila hujan turun, ini berita baik dan berita buruk pada masa yang sama. Bagi petani yang memerlukan air, hujan ialah berkat; bagi penunggang motosikal, hujan ialah masalah. Hal yang sama, cuma berbeza perspektif bergantung kepada situasi pada ketika itu.

Bila Alkitab mengatakan bahawa Yesus Kristus, Anak Allah ialah "batu penjuru utama" (Matius 21:42; Efesus 2:20), ini ialah berita baik dan berita buruk. Bagi yang menerima-Nya melalui iman, Dia ialah Batu Penyelamatan (Kisah Para Rasul 2:11-12); bagi yang menolak-Nya (atau ingin 'membunuh-Nya'), Dia ialah Batu Penghancuran (Matius 21:44). Apa situasi kamu ketika ini: Menerima atau Menolak-Nya? ���⚡��� #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius154  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Keselamatan Itu Tidak Mustahil bagi Allah (Matius 19:23-30)


Yesus Kristus berkata: "Hal itu mustahil bagi manusia, tetapi bagi Allah tidak ada satu pun yang mustahil" (Matius 19:26). BERITA BURUK ialah: bagi manusia, keselamatan itu mustahil. Ini hal yang manusia tidak suka dengar dan cuba sebaik mungkin untuk mengelak. Tetapi kenyataan ini tidak boleh diendahkan dengan berfikiran positif atau berkhutbah melalui motivasi. Selagi ada langit dan bumi, mustahil bermaksud mustahil.


Tetapi ini BERITA BAIK (Injil!): bagi Allah, keselamatan - atau apapun - tidak mustahil 😍 Jika manusia tidak boleh melakukannya, maka, untuk mendapatkannya, ia harus dikurniakan kepada kita. Jadi, bagaimana Allah mengurniakan keselamatan? 📖🙏🔥 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius


Untuk mendengar episod ini👂 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius143 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Markus 6:45-52 Dimana Yesus Apabila Kita Hampir Tenggelam? (#InjilMarkus S.1 E.49)

 

Selepas Yesus Kristus "mengarahkan murid-murid-Nya pergi dahulu dengan perahu ke Betsaida," Dia kemudiannya "naik ke bukit untuk berdoa" (Markus 6:45-46). Pendek cerita, Yesus tidak bersama dengan mereka pada masa itu. Tiba-tiba, para murid Yesus mengalami masalah di laut/tasik Galilea. Mereka cemas dan takut. Mungkin ada diantara mereka - kamu juga - bertanya: Dimana Yesus ketika kami hampir tenggelam??? 🙏⚡😮 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Markus 4:35-41 Bagaimana Pengikut Kristus Berhadapan Dengan Ribut Kehidupan? (#InjilMarkus S.1 E.34)

 

Setiap kita pasti akan mengalami ribut kehidupan. Tetapi pada masa pendamik ini, ribut semakin kuat 😭 Ada diantara kita sedang mengalami masalah kewangan, kesihatan, mental - dan juga iman. Sebagai pengikut Yesus Kristus, bagaimana kita boleh berhadapan dengan ribut kehidupan masakini? 💪📖🔥 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Motif Apabila Melakukan Amal Ibadat (berdasarkan Matius 6:1)



Apakah contoh-contoh orang yang melakukan "amal ibadat di muka umum supaya dilihat orang" (Matius 6:1)? Berdasarkan Matius 6, Yesus berkata bahawa ada orang suka mengheboh-hebohkan amalan bersedekah mereka, berdoa sambil berdiri di rumah ibadat atau/dan di simpang jalan, dan berpuasa dengan muka lesu dan menunjukkan wajah menderita. Hal-hal ini pada zaman Yesus juga terjadi pada masa sekarang. Memuat turun gambar di Instagram apabila bersedekah, buat Facebook Live bila berdoa sambil menangis, berkongsi kepada orang bahawa dia sedang berpuasa di WhatsApp status, dan sebagainya.

Persoalan dalam Matius 6:1 ialah ini: Adakah amal ibadat yang kamu buat ialah supaya dilihat orang? Atau Bapamu yang disyurga? Periksa MOTIF kamu ☑💪😉 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK LINK di bawah:

PODCAST > https://bit.ly/LegasiMatius39  👈👈👈
SPOTIFY > https://bit.ly/LegasiSpotify  👈👈👈


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, June 3, 2019

5 Kebenaran dalam Kepimpinan Rut (Perjanjian Lama)



Pernahkah kamu membaca tentang kehidupan Rut di dalam Alkitab (Perjanjian Lama) dan belajar tentang kepimpinan daripada dia? 💪😀

Apabila saya membaca semula tentang kisah Rut, saya melihat kali ini dari sudut kepimpinan dan saya mendapati ada lima (5) perkara yang saya belajar dari kehidupan seorang wanita Moab yang menyembah TUHAN Israel ini 😉 👩👧👰
_______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, February 12, 2019

Angelus' Quote: Jangan Bawa Luka Lama dalam Perhubungan Kamu Sekarang


Maria (bukan nama sebenar) pernah mengalami keretakkan rumahtangga dan bercerai selepas dua tahun bersama dengan bekas suaminya. Dia kawan lama saya semasa di sekolah. Dia berkata kepada saya bahawa sejak daripada hari itu, dia berdoa kepada Tuhan supaya dia akan menjumpai calon suami yang lebih menyayangi dia. Tidak berapa lama kemudian, dia menjumpai seorang lelaki yang baik, berjaya dan yang menghormati dia. Mereka mula berkawan dan akhirnya menjadi pasangan romantik. Setiap kali mereka dating, Maria tidak pernah habis-habis menceritakan tentang betapa teruknya hubungan rumahtangga dia dahulu. Lelaki ini beranggapan bahawa Maria lambat-laun akan mula lupa tentang hal itu, tetapi setelah sekian lama, Maria masih lagi mengungkit kisah-kisah yang lalu. Akhirnya, lelaki itu berhenti berhubungan dengan Maria dan memutuskan hubungan mereka…

Bila saya mendengar cerita itu sendiri daripada Maria, saya bersimpati terhadap dia tetapi pada masa yang sama juga, saya memahami kenapa lelaki itu meninggalkan dia. Maria seorang yang cantik, berpewatakan yang agak baik dan mempunyai kerjaya sendiri. Daripada apa yang saya dengar, sebab utama kenapa lelaki itu memutuskan hubungan mereka ialah kerana Maria masih lagi ‘dihantui’ dengan kisah hubungan masa silam dan belum lagi melepaskannya. Saya berkata kepada Maria, “Perkara pahit dan sedih masa lalu memang susah untuk kita lupakan. Jangan memaksa diri kamu untuk melupakannya. Apa yang kamu boleh buat sekarang ialah kamu harus melepaskannya. Kamu mengakui yang ia pernah terjadi – itu sebagai permulaan. Biar hal lalu menjadi hal lalu. Jangan biarkan ia memenjarakan kamu daripada menikmati hari ini.”

Jika kamu masih lagi membiarkan memori dan luka lama mengganggu fikiran dan kehidupan kamu sekarang, ia bukan hanya akan meracuni diri kamu sendiri, malah orang disekeliling kamu juga akan turut menjadi mangsa. Lelaki itu betul-betul berminat dengan Maria, tetapi siapa tahan kalau asyik mendengar kisah hubungan lama dulu diulang-ulangkan semula? Kamu mungkin – seperti Maria pada mulanya – berfikir bahawa orang lain yang mendatangkan masalah dalam kehidupan kamu. Tetapi kamu kena menghakimi diri kamu sendiri dahulu: Adakah kamu masih lagi dikuasi oleh kepahitan masa lalu? Adakah kamu yang tidak mahu menerima hakikat sebenarnya? Dengan kasih kurnia Allah, serahkan beban dan kesedihan kamu kepada-Nya. Berdoa. Jadikan hal lalu menjadi hal lalu. Teruskan dengan kehidupan baru dengan penuh harapan, “buang segala halangan yang menhalang [kamu] dan dosa yang berpaut kepada [kamu]” (Ibrani 12:1).


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Hati Yang Tidak Berbelah Bahagi


Kaleb ialah seorang pengintip dan salah seorang daripada pemimpin suku-suku Israel. Mungkin ada yang kurang berminat tentang kisah seorang pengintip tetapi percayalah, banyak yang kita boleh belajar daripada keperibadian Kaleb. Wow, saya berharap apabila saya berumur 85 tahun kelak saya masih bersemangat dan berpegang teguh kepada iman saya dan masih komited melihat janji-janji TUHAN digenapi seperti Kaleb. Apabila kebanyakkan orang mahu kehidupan yang lebih senang menjelang hari tua mereka, Kaleb masih lagi tidak sabar-sabar untuk berkhidmat. Dia digambarkan di dalam Alkitab sebagai seorang yang mengikut TUHAN dengan sepenuh hatinya. Kita boleh membaca tentang pengelibatan dia bersama Yosua dalam bukuBilangan bab 13 dan 14.

Kaleb ialah seorang yang beriman dengan sepenuh hati dia, tidak berbelah bahagi dan tidak setengah-setengah. Dia tidak hanya mengikut TUHAN apabila keadaan semuanya baik-baik sahaja atau apabila ia tidak melibatkan apa-apa kos dan berputus asa apabila keadaan semakin sukar. Tidak! Kaleb tetap terus berdiri teguh dan berani menghadapi cabaran walauapapun dugaan dan cabaran yang datang.

Kamu kenal orang yang selalu melihat masalah dan menjangka banyak perkara buruk yang akan berlaku apabila cuba untuk melakukan sesuatu? Kamu kenal orang yang selalu memberi banyak alasan kenapa ia tidak boleh terjadi? Kamu kenal orang yang sudah mengalah walaupun belum lagi melakukan apa-apa? Itu bukan Kaleb! Kaleb seorang yang teguh hati. Dia bukan saja percaya, malah, dia menggalakkan orang lain: “Kita cukup kuat!” (Bilangan 13:30). Ini bukan sekadar berfikiran positif atau sikap optimis yang membabi buta. Kaleb mempunyai sikap dan iman yang percaya kepada firman TUHAN. Dia melihat sesuatu keadaaan dan krisis dengan kaca mata TUHAN. Dia melihat apa yang akan terjadi bila TUHAN beserta kita. Dia mengambil serius terhadap perintah dan janji TUHAN.

Hati Kaleb tidak berbelah bahagi. Dia beriman dengan sepenuh hatinya. Kaleb melihat rencana TUHAN dan keinginan hatinya sama saja kerana dia telah mengabdikan dirinya kepada TUHAN. Dia percaya. Dia beriman. Dia memegang kepada janji-janji-Nya. TUHAN milik dia, dia milik TUHAN. TUHAN, berikan kami hati yang tidak berbelah bahagi seperti Kaleb dan sentiasa melayani-Mu sampai hari tua kami. Amen.

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, August 20, 2017

Yeremia dan Pengharapan: "Semuanya Baru Setiap Pagi" (Ratapan 3:19-27)


“Ingatlah kesengsaraanku dan pengembaraanku,
pahit getir dan racun itu.
Aku terus mengingatinya
dan jiwaku tertekan dalam diriku.
Tetapi inilah yang kuperhatikan,
lantas kuperoleh harapan:
Kerana kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap,
belas kasihan-Nya tiada akan pudar.
Semuanya baru setiap pagi.
Besarnya kesetiaan-Mu!
‘Tuhan ialah Pusakaku,’ kata jiwaku,
‘sebab itu aku berharap kepada-Nya.’
Tuhan itu baik bagi orang yang menanti-nantikan Dia,
bagi jiwa yang mencari hadirat-Nya.
Baik jika seseorang menanti dengan tenang akan penyelamatan daripada Tuhan.
Baik jika seorang lelaki menanggung beban kuknya pada masa mudanya”
(Ratapan 3:19-27,
AVB)

Nabi Yeremia, penulis (atau pemilik karya) Kitab Ratapan, diberi gelaran Nabi Yang Meratap oleh orang Yahudi. Bila saya membaca kisah tentang dia, kadang-kadang saya berasa kasihan dan bersimpati terhadap apa yang dilaluinya. Dia bernubuat tentang kejatuhan Yerusalem, dan kemudian dia meratap dan menangis bila ia benar-benar terjadi.

Namun begitu, bagi saya Yeremia bukanlah seorang yang pesimis. Disebalik tragedi yang menimpa umat TUHAN, Allah telah mempercayakan Yeremia untuk menulis isi hati TUHAN di dalam Kitab-Nya: Harapan yang Teragung di dalam Perjanjian Lama. Kerana apa yang terjadi kepada Israel, hati Yeremia sendiri hancur dan semangatnya lemah, tetapi dia tahu bahawa “kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tiada akan pudar. Semuanya baru setiap pagi.” Harapan ditengah-tengah tragedi.

Bila Yeremia bangun setiap pagi, Yerusalem masih lagi reruntuhan. Tapi dia tahu bahawa Allah itu baik – Dia tetap setia. Ada ketika bila impian untuk Israel kembali semula hampir tiada, seperti tidak akan kembali lagi, Yeremia bernubuat bahawa mereka yang dalam pembuangan di Babel akan kembali semula selepas 70 tahun (Yeremiah 29:10). Melalui Kitab Ezra dan Nehemia kita tahu bahawa nubuat TUHAN telah digenapi… umat Israel telah kembali semula.

Yeremia merupakan nabi yang benar dan tidak dinafikan seorang nabi yang meratap. Dia berhati lembut tetapi luaran dia begitu tegas. Dia dikuatkan oleh TUHAN tetapi dia juga pernah mempersoalkan rancangan Allah. Kata-katanya boleh dikatakan sangat keras dan tragik kerana dia bernubuat bagi Allah yang ingin memanggil umat Israel yang keras hati untuk kembali semula kepada-Nya. Tetapi kerana Allah itu suci, adil dan juga kasih, Yeremia bukan hanya menyampaikan mesej penghakiman dan pertaubatan, dia juga – diakhirnya – menyampaikan mesej yang penuh dengan pengampunan dan pengharapan.

Baca dan hayatilah kebenaran tentang Pengharapan ini:
“Kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap,
belas kasihan-Nya tiada akan pudar.
Semuanya baru setiap pagi.
Besarnya kesetiaan-Mu!”
Kawan, adakah Dia pengharapanmu?
Jika ia, maka jiwa kita akan berkata, “Tuhan ialah Pusakaku”
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, August 16, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #4: Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan

bukan hanya perempuan saja, tetapi lelaki juga ada yang bersikap materialistik
Adakah kamu kagum dengan seseorang kerana kejayaan, kekayaan dan harta milik dia? Jika ya, kamu mungkin telah meletakkan diri kamu dalam hubungan yang tidak sihat (tidak semestinya, tetapi berkemungkinan besar). Masyarakat dan orang disekeliling kita meletakkan harapan yang tinggi kepada harta benda dan wang, dan bersikap materialistik. Tetapi tidak bagi Tuhan! dan kamu seharusnya mencontohi sikap Tuhan kita. Berhati-hati terhadap pasangan yang bersikap materialistik. Jauhi dia!

Jika kamu mendapati bahawa kamu sangat taksub dalam dunia materialisme, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu mengubah pandangan dan fikiran kamu kepada sesuatu yang lebih penting dan kekal. Mungkin sekarang kamu patut mencari dan mengumpul kekayaan dari segi rohani. Apa yang kamu boleh lihat sekarang, ia tidak akan kekal lama; tetapi apa yang kamu tidak boleh lihat sekarang, ia akan kekal selamanya. Hubungan yang berdasarkan harta benda dan wang ringgit tidak akan bertahan lama. Sekiranya semuanya sudah tidak ada lagi, hubungan itu pasti akan musnah.

Saya tidak mengatakan bahawa dalam hubungan kita tidak memerlukan harta benda langsung. Wang – secara fisikal dan realitinya – bukanlah sesuatu yang jahat atau menyebabkan kita dosa, tetapi apabila kita menyembah (bermaksud kita meletakkan harapan, iman dan kepercayaan kepada) wang, maka, kita sudah berdosa. Apabila wang merupakan sesuatu yang lebih penting daripada Tuhan dan Firman-Nya, maka kita seakan-akan menyembah wang dan – kita berdosa. Ketahuilah bahawa mempunyai banyak wang tidak menjaminkan kebahagiaan. Malah, terlalu banyak wang sebenarnya akan membuatkan kita tidak bahagia, resah dan risau (kadang-kadang kita akan merasakan bahawa wang yang kita ada sekarang tidak pernah cukup).

Ingat: apa yang paling utama dalam hubungan berpacaran ialah hubungan peribadi dengan Tuhan Yesus Kristus, bukan gila akan wang. Tuhan Allah itu kekal, wang tidak. “Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh seperti daun kering,” kata si penulis Amsal (11:28),”tetapi orang salih akan menjadi makmur seperti tanaman subur.” Amin.

Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan. 
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, August 12, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #2: Harapan dan Kehendak Yesus harus Diutamakan Dahulu


“Jangan ada padamu allah lain dihadapan-Ku” (Keluaran 20:3, TB).
“Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja” (BM).

Ini ada satu kuiz: harapan siapakah yang kamu sangat ingin lakukan dengan bersungguh-sungguh?
a) Harapan pasangan kamu,
b) Harapan masyarakat terhadap kamu,
c) Harapan Tuhan Yesus Kristus.

Jika kamu ialah seorang Kristian, jawapan kamu seharusnya ialah (c); tetapi jika kamu juga bingung atau bimbang dengan harapan orang lain terhadap kamu (a) dan/atau (b), kamu tidak kesendirian. Ramai orang melabur banyak tenaga (malah masa dan wang) untuk melakukan kehendak dan harapan orang disekeliling (atau pasangan) mereka, dan melaburkan hanya sedikit (mungkin saki-baki yang kita ada) untuk melakukan kehendak dan harapan Tuhan. Ini merupakan tabiat yang lazim bagi semua orang, tetapi ia juga merupakan kesilapan yang sangat besar.

Strategi yang terbaik, secara logik dan beriman, ialah harus sentiasa ingin melakukan harapan dan kehendak Tuhan Yesus Kristus dahulu. Untuk melakukan semua ini, kamu mesti pandai menguruskan keutamaan hidup kamu – dan hubungan berpasangan kamu – menurut Firman Allah.

Secara jujur, adakah kamu mengalami masalah untuk memilih samada ingin mengutamakan Tuhan terlebih dahulu ataupun ingin menjaga hati dan perasaan orang lain disekililing kamu? Adakah kamu masih lagi keliru dan berfikir bagaimana kamu boleh membuat keputusan dengan baik? Jika ya, tujukan semua persoalan itu kepada-Nya – berdoa, menunggu, mendengar, membaca Firman-Nya dan sentiasa datang ke hadirat-Nya. Ada seorang penulis mengatakan: “Tuhan tidak mahu sebahagian daripada diri kamu, Dia mahu segalanya atau tidak langsung.” Billy Graham juga pernah menyebut, “Bersama dengan Yesus dan semuanya cukup.”

Biar Tuhan Yesus Kristus yang bertakhta dalam hati kamu. Biar Tuhan yang menjadi yang pertama dalam setiap aspek kehidupan kamu, termasuk dalam hubungan berpacaran kamu juga. Dia layak untuk menjadi yang terutama dalam hidup kamu, dan apa-apa saja hubungan yang menggugat hubungan kamu dengan Tuhan Yesus adalah hubungan yang salah. Lebih baik memiliki kasih cinta Yesus daripada semua kasih cinta di dunia ini. Amin.

Harapan dan kehendak Yesus harus diutamakan dahulu. Pertama, Tuhan.
Jawapannya seharusnya ialah – (c).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, December 5, 2014

Pengajaran kepada Si Khuatir


“Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit
dengan mengkhuatiri hidupnya? …Oleh itu, jangan khuatiri hari esok,
kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok.
Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi” (Matius 6:27, 34, BM)

Kita tidak boleh mengubah masa silam, tetapi kita boleh mengubah masa depan dengan mengkhuatiri hari esok. Soalan: Berapa ramai daripada kita telah merosakkan hari ini dengan kekhuatiran? Kekhuatiran akan ada kesan sampingannya seperti ulser, perasaan tidak tenteram, tidur yang tidak lena dan sebagainya. Ia membuat kita berasa teruk dan tidak gembira. Ia akan menambahkan lagi masalah dan langsung tidak membawa kepada jalan penyelesaian. 

Soalan Yesus sebenarnya adalah kenyataan bahawa kita tidak dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan kekhuatiran – tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia! Jadi, betapa bodohnya kita jika kita sentiasa risau dan khuatir! Tetapi, kita mudah lupa tentang hal ini… Dalam kemanusiaan kita, kita boleh mencari 1001 alasan untuk sentiasa khuatir. Khuatir seperti ini adalah dosa kerana ia menunjukkan betapa kita tidak percaya kepada TUHAN. Bagi orang Kristian, jika kita khuatir, kita mungkin percaya bahawa TUHAN itu maha kuasa. Tetapi pada masa yang sama, perbuatan dan sikap kita mencerminkan pemikiran seperti ini: “Saya tidak pasti samada TUHAN peduli dan menjaga saya.” Jangan berfikir begini!

Kita harus yakin dan percaya bahawa TUHAN itu sentiasa setia. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak mudah mengubah fikiran-Nya. Dia tidak akan lupa tentang kita dan janji-janji-Nya untuk sentiasa mencukupkan dan memberkati kita. Dia akan sentiasa menjaga kita – setiap sudut dan ketika dalam kehidupan kita. Kekhuatiran tidak dapat menyembuhkan penyakit, memberi kita makan minum, membayar bil, dan menyelesaikan masalah. Tetapi TUHAN boleh! Dia seringkali menunggu kita untuk datang kepada-Nya dalam doa dan kerendahan hati. Permulaan iman adalah pengakhiran kepada kekhuatiran.

Serahkan semuanya kepada TUHAN – kerisauan, masalah, perkara doa – dan biarkan Dia menguruskannya. Lakukanlah yang terbaik dan buatlah sesungguhnya hari ini, kemudian serahkanlah semuanya kepada TUHAN dan jangan khuatir.

Jangan khuatiri hari esok,
TUHAN sudah ada di masa depan kita.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, October 25, 2014

Yesus yang Mungkin Kamu pernah Dengar tetapi tidak Kenal secara Peribadi


Tiada siapa diantara kita yang suka diarah oleh orang lain. Ada sesuatu tentang diri manusia yang tidak senang apabila diberi arahan. Kita tidak kesah jika kita diberitahu untuk melakukan sesuatu, kita mungkin dengan sukarela ingin melakukannya. Tetapi apabila diarahkan untuk melakukannya? Kita mungkin tidak senang hati. Majikan, rakan sekerja dan termasuk ibubapa juga. Kadang-kadang kita mahu berkata kepada mereka untuk pergi jauh dari kita.

Yesus ialah seorang Individu yang suka mengarahkan kita tentang apa yang harus kita fikirkan, apa yang harus kita lakukan, dan bagaimana untuk kita menjalani kehidupan ini. Yesus mengajar dengan penuh yakin dan begitu pasti. Ada perkara yang Dia katakan sangat menakjubkan sehingga sesiapa yang mendengar-Nya menyangka bahawa Dia seperti seorang yang sangat berpelajaran dan berpengetahuan tinggi. Namun, pada masa yang sama orang ramai tahu bahawa Dia tidak pernah pergi ke sekolah teologi atau melanjutkan pelajaran ke universiti.  Ramai orang mengaku bahawa Dia memiliki kebijaksanaan dan mempunyai autoriti untuk berkata sesuatu. Kemana saja Dia pergi ramai orang akan ikut, dan apabila Dia berkhutbah mereka akan mendengar-Nya dengan sepenuh perhatian dan seringkali ingin mendengar lebih lagi. Mereka tidak semestinya percaya, tetapi mereka sangat tertarik kepada-Nya. Ada sesuatu yang unik tentang Guru ini.

Kata-kata yang datang dari mulut Yesus sangat berbeza daripada guru-guru yang pernah mereka dengar sebelum ini. Dia tidak membuang masa membaca atau mendengar kata-kata daripada orang lain. Dia tidak memetik ucapan atau merujuk kepada tulisan guru Taurat yang lain sekerap guru-guru pada masa itu. Malah, Dia berkongsi tentang pengetahuan peribadi-Nya bersama TUHAN dan menyatakan Firman-Nya dalam setiap isu kehidupan mereka. Dia kadang-kadang bertindak untuk memberi penjelasan dan menggunakan autoriti-Nya menyampaikan Firman yang lebih tinggi lagi dari para nabi dan guru-guru pada masa lalu. “Kamu sudah mendengar yang diajarkan kepada nenek moyang kita… tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu…” (contoh, Matius 5:21). “Percayalah…”, “ Sungguh benar kata-kata-Ku ini…” (contoh, Yohanes 5:19,24).

Mereka tidak pernah mendengar orang berkata-kata seperti Yesus. Ini ialah suatu ajaran yang baru, kata mereka. Matius 7:28-29 menyimpulan reaksi mereka begini: “Setelah Yesus mengatakan perkara-perkara tersebut, orang ramai sangat hairan dengan cara Dia mengajar. Dia mengajar dengan wibawa, bukan seperti guru Taurat mereka” (BM). Guru Taurat mengajar mereka melalui ‘autoriti’; Yesus mengajar mereka dengan autoriti – dan mereka semua pasti dan mengaku bahawa Dia unik dan berbeza daripada orang lain.

Mungkin kamu pernah mendengar tentang Yesus. Mungkin juga kamu mendengar-Nya melalui orang lain di gereja, masjid, kuil, televisyen, radio atau internet (atau hanya melalui blog ini). Mungkin kamu pernah membaca buku-buku yang ditulis oleh ahli sejarawan atau ahli ulama agama. Mungkin juga kamu tidak didedahkan langsung tentang siapa diri Yesus yang sebenar. Mungkin kamu percaya bulat-bulat tentang tanggapan dan perkongsian orang lain tentang Yesus. Mungkin juga kamu tidak kesah. Saya tidak tahu. YESUS KRISTUS. Nama yang seringkali membuat orang tertanya-tanya. Nama yang menimbulkan rasa marah kepada orang yang tidak percaya kepada-Nya. Nama yang sangat ditakuti dan Nama yang menyebabkan umat-Nya dianiaya di seluruh dunia. Dan Nama yang menyebabkan Alkitab dirampas dan dibakar tanpa sebab. Bagi orang yang mengenal-Nya secara peribadi, Nama YESUS membawa kebebasan, harapan dan ketenangan. Bagi kamu, siapakah Yesus itu? Siapakah Dia sehingga Dia berkata seperti ini?

Mula dengan membaca kitab-kitab injil tentang Yesus dalam Alkitab Perjanjian Baru.
Berdoa semoga Tuhan memberikan petunjuk dan iman untuk kamu melihat kebenaran-Nya.
Inilah masanya untuk kamu mengenali YESUS secara peribadi.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]