Showing posts with label Kedatangan Kali Kedua. Show all posts
Showing posts with label Kedatangan Kali Kedua. Show all posts

Saturday, April 30, 2022

Tanda-Tanda Akhir Zaman & Kedatangan Yesus (Matius 24-25)

Selepas mendengar nubuat Tuhan Yesus Kristus bahawa bangunan-bangunan Bait Suci di Yerusalem akan semuanya roboh, beberapa orang murid bertanya kepada-Nya: “Katakanlah kepada kami, bilakah hal-hal itu akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?” (Matius 24:3). Respon Yesus kepada soalan-soalan ini bukan hanya menjawab persoalan mereka tetapi juga memberi klu kepada kita akan hal-hal yang akan datang - malah sudah terjadi! - dan supaya kita terus "berjaga-jaga" (24:42) dan "sentiasa bersedia" (24:44).

Disini ada 12 episod podcast yang boleh membantu kamu untuk memahami konteks dan isi kandungan Firman Allah dalam Injil Matius bermula dari bab 23 ayat 37 apabila Yesus ditolak hingga akhir bab 25 apabila Dia akan datang semula.
“Langit dan bumi akan lenyap,” kata-Nya tentang semua nubuat ini, “tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap” (Matius 24:35). KLIK LINK di sebelah tajuk untuk mendengar:

Ratapan Mesias Terhadap Yerusalem (Matius 23:37-39) http://bit.ly/SpotifyMatius163 

Akhir Zaman: Pendahuluan & 3 Hal yang Pasti
 (Matius 24:1-3) http://bit.ly/SpotifyMatius164 

Tanda #1 Kristus-Kristus Palsu, Peperangan, Kebuluran & Gempa Bumi
 (Matius 24:4-8)  http://bit.ly/SpotifyMatius165 

Tanda #2 Penganiayaan, Penyangkalan, Kejahatan & Penginjilan
 (Matius 24:9-14) http://bit.ly/SpotifyMatius166 

Tanda #3 Kekejian, Kesengsaraan & Penyesatan
 (Matius 24:15-28) http://bit.ly/SpotifyMatius167 

Tanda #4 Matahari Kelam, Bulan Malap & Bintang-Bintang Gugur
 (Matius 24:29)  http://bit.ly/SpotifyMatius168 

Tanda #5 Kedatangan Yesus Kali Kedua!
(Matius 24:30-35) http://bit.ly/SpotifyMatius169 

Lima (5) Sikap HARUS Ada Sebelum Kedatangan Yesus
 (Matius 24:36-51) http://bit.ly/SpotifyMatius170 

Kesudahan Bagi Mereka yang Tidak Bersedia
 (Matius 25:1-13) http://bit.ly/SpotifyMatius171 

Kesudahan Bagi Hamba yang Setia vs. Malas
 (Matius 25:14-30) http://bit.ly/SpotifyMatius172 

Segala-galanya Berkisar, Berpusat & Berfokus kepada Yesus Kristus
 (Matius 25:31-34)  http://bit.ly/SpotifyMatius173 

Kehidupan Kekal atau Hukuman Kekal
 (Matius 25:31-46) http://bit.ly/SpotifyMatius174 

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Segala-Galanya Berkisar, Berpusat & Berfokus Kepada Yesus Kristus (Matius 25:31-34)


Pembacaan dan pengajian Alkitab dalam Matius bab 24 dan 25 (dan seluruh Alkitab secara amnya) adalah sia-sia jika kita missing the point tentang SIAPA Yesus Kristus itu kerana segala-galanya berkisar, berpusat, berfokus kepada-Nya. "Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku" (24:9); hal tentang kedatangan-Nya ialah mesej utama (bab 24 ayat 27, 30, 31, 37, 39, 42, 44); "Apabila kamu melakukannya... ertinya kamu melakukannya kepada-Ku" (25:40); dan banyak lagi.

Oleh itu, imaginasi-imaginasi liar, omong-omong kosong, cerita-cerita dongeng dan kenyataan-kenyataan palsu tentang SIAPA Yesus di luar konteks Alkitab adalah sangat berbahaya. Hidup dan mati, masa depan dan destinasi, kehidupan kekal dan penghakiman, semuanya bergantung kepada SIAPA Dia.
Apa kata Yesus sendiri? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius173 

LEGASI.tv Media
: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kesudahan Bagi Hamba Yang Baik & Setia (Matius 25:14-30)

Konteks ibarat tentang talenta ini berkaitan dengan kedatangan Tuhan Yesus Kristus kali kedua (lihat Matius 24 ayat 37, 39, 42 dan 44). Jika ibarat tentang sepuluh anak dara mengingatkan kita untuk sentiasa bersedia dan berjaga-jaga, ibarat ini menerangkan kepada kita BAGAIMANA untuk bersedia sementara menantikan kedatangan-Nya. Ini perkara yang serius kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan dan destinasi setiap manusia samada akan menikmati kehidupan kekal atau menanggung hukuman selama-lamanya (Matius 25:30, 46). Persoalannya: Adakah kamu hamba yang baik dan setia? Atau, hamba yang zalim dan malas? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius172  

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv          

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kesudahan Bagi Mereka Yang Tidak Bersedia (Matius 25:1-13)

"Anak dara yang berlima [yang kurang berakal] tiba lalu berseru: 'Tuan, tuan, bukalah pintu untuk kami!' Tetapi pengantin lelaki berkata, 'Sesungguhnya, aku tidak mengenalmu'" (Matius 25:11-12). Apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa sekumpulan anak dara ini di luar majlis? Kenapa pengantin lelaki sangat 'kejam' tidak mahu membawa mereka masuk?

Selain daripada menjawab persoalan-persoalan ini, saya juga akan menerangkan beberapa adat budaya perkahwinan bagi orang Yahudi dalam Perjanjian Baru untuk memahami konteks firman. Tetapi yang penting lagi,
apa tiga (3) hal yang mustahak bagi semua orang tahu untuk bersedia dengan kedatangan Yesus Kristus kali kedua? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius171  

LEGASI.tv Media
: https://linktr.ee/LEGASI.tv       

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Lima (5) Sikap Harus Ada Sebelum Kedatangan Yesus (Matius 24:36-51)

Dalam Matius 24:4-35, saya sudah menerangkan lima tanda-tanda akhir zaman dan kedatangan Tuhan Yesus Kristus kali kedua. Dalam Matius 24:36-51 pula, saya ingin menerangkan lima sikap (attitude) yang HARUS ada bagi para pengikut Kristus sebelum atau sementara menunggu kedatangan-Nya. Bukan hanya tahu fakta dan kebenaran tetapi sikap juga penting. Apakah lima sikap itu? Juga, kenapa Yesus sendiri berkata bahawa Dia tidak tahu hari dan waktu kedatangan Anak Manusia (ayat 36)? Apakah persamaan diantara zaman nabi Nuh (ayat 37) dengan zaman masakini? Dan banyak lagi #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius170

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv                

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tanda Akhir Zaman #5 Kedatangan Yesus Kali Kedua! (Matius 24:30-35)

Apabila para murid Yesus Kritus bertanya tentang "Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?" (Matius 24:3), ini ialah tanda [the sign] kemuncaknya. Tiada peristiwa yang lebih hebat, teruja dan ditunggu-tunggukan oleh umat TUHAN Allah selain daripada kedatangan-Nya kali kedua!

Selepas melihat tanda-tanda yang sebelum ini, hati saya lega dengan pengakhirannya; selepas apa yang akan terjadi kelak, saya penuh dengan pengharapan tentang kesudahannya; selepas kegelapan yang bakal melanda, saya melihat sinar kemuliaan-Nya akan datang
. Apakah tujuh (7) hal yang akan terjadi bila Anak Manusia datang semula? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius169 

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv          

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Tanda Akhir Zaman #2 Penganiayaan, Penyangkalan, Kejahatan & Penginjilan (Matius 24:9-14)

"Kamu akan ditangkap dan akan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku" (Matius 24:9). Menurut statistik oleh World Watch List, pada tahun 2020 sahaja (yang dilaporkan): ada lebih kurang 340 million orang Kristian mengalami penganiayaan dan diskriminasi di seluruh dunia; 4,761 dibunuh kerana iman mereka; 4,277 ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan; dan 4,488 bangunan gereja diserang dan dirobohkan.

Penganiayaan ialah salah satu hal yang terjadi dalam Tanda Akhir Zaman ke-2 ini. Begitu juga kejahatan akan semakin berleluasa. Namun begitu, cahaya PENGHARAPAN masih ada. Bagi pengikut Kristus, sudahkah kamu bersedia? Bagi yang belum mengenali Kristus sebagai Juruselamat, bagaimana kamu akan menghadapinya? Bagi para pemimpin, adakah kamu menyiapkan jemaah gereja untuk semua ini dan memberitakan tentang kedatangan Kristus kali kedua?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius166 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Akhir Zaman: Pendahuluan & Tiga (3) Hal yang Pasti (Matius 24:1-3)

Selepas mendengar Yesus Kristus bernubuat tentang masa depan Yerusalem yang gelap (Matius 23:37-39) dan juga bernubuat tentang kemusnahan Bait Suci (Matius 24:2), para murid-Nya bertanya: "Katakanlah kepada kami, bilakah hal-hal itu akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?" (24:4).

Apakah latarbelakang soalan-soalan para murid Yesus ini? Apakah tujuan utama nubuat tentang akhir zaman dinyatakan? Dalam banyak ketidakpastian dan spekulasi tentang masa depan, apakah yang PASTI bagi pengikut Kristus?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius164 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Markus 4:30-34 Bagaimana Kerajaan Allah Yang Kecil Menjadi Besar? (#InjilMarkus S.1 E.33)

 

Dalam Perjanjian Lama, semua para nabi (benar) bernubuat tentang kedatangan Kerajaan Allah. Semasa Yohanes Pembaptis datang, dia berseru di gurun menyediakan jalan bagi Tuhan. Siapa Dia? Yesus Kristus. Dengan kedatangan-Nya, Kerajaan Allah juga datang. Tidak secara mengejut tetapi sedikit demi sedikit. Seperti "sebutir biji sesawi paling kecil di dunia" akan menjadi "tumbuhan terbesar." Sudah bersedia? 😊📖✔ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]