Showing posts with label Kerajaan Allah. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Allah. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Disalibkan Seperti Penjenayah, Dimakamkan Seperti Raja (Matius 27:57-61)


"Di atas kayu salib Yesus mereka memaparkan tuduhan terhadap-Nya: '
Inilah Yesus Raja Orang Yahudi.' Dua orang perompak disalibkan bersama-Nya..." (Matius 27:37-38). Bagi para pemimpin dan guru agama, mereka menuduh Yesus mengufuri TUHAN Allah dengan mengakui diri-Nya sebagai Anak Allah (26:65). Tetapi dihadapan Pontius Pilatus pula, mereka menuduh Dia seorang pemberontak yang mengakui diri-Nya sebagai seorang Raja (27:11).

Oleh itu, mereka memperlakukan Yesus dan menyalib-Nya seperti seorang pendosa, pemberontak dan penjenayah. Namun begitu, rencana TUHAN Allah ternyata benar melalui semua ini, malah, apabila jenazah-Nya dimakamkan. Kenapa kisah Yesus dimakamkan ini SANGAT PENTING? Apa yang terjadi sebenarnya? Dan, bagaimana ia membuktikan bahawa Yesus memang Anak Allah dan Raja?✝#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DISINI http://spoti.fi/3JJpFrs  

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Para Pelawat Yang Menyembah Anak Allah (Berdasarkan Matius 2)

Dalam filem, pementasan, seni dan pameran sepanjang musim Krismas, kamu akan melihat ada tiga orang Majus atau raja yang datang dari Timur menyembah Yesus semasa kelahiran-Nya. Tetapi itu TIDAK semestinya benar. Alkitab tidak menyatakan berapa bilangan mereka atau samada Yesus masih bayi ketika itu atau beberapa tahun selepas kelahiran-Nya.

Ini ada beberapa maklumat yang TERSURAT (fakta, nyata) yang boleh kita dapat melalui Matius bab 2 dan beberapa maklumat yang TERSIRAT (latarbelakang, tafsiran) #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar podcast berkaitan dengan topik ini, Belajar Lima (5) Perkara daripada Orang Bangsa Asing, KLIK DISINI ��� Bahagian 1 https://bit.ly/LegasiMatius4 dan Bahagian 2 https://bit.ly/LegasiMatius5  


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, June 23, 2021

Markus 10:23-27 Siapakah Yang Dapat Diselamatkan? (#InjilMarkus S.1 E.76)

Bagi orang Yahudi dalam Perjanjian Baru, mereka melihat kekayaan sebagai simbol berkat TUHAN kepada seseorang. Ia menandakan bahawa orang itu benar dan salih. Contohnya Abraham dan Ayub. Jadi, apabila Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya, “Betapa susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah!” (Markus 10:23), mereka berasa "sungguh hairan" (10:24, 26) ���

Oleh itu, mereka bertanya, “Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan? (10:26) ��� Soalan ini membuka peluang untuk Yesus mengajar satu kebenaran yang mutlak tentang keselamatan! ⚡������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, June 22, 2021

Berikan Milik Allah Kepada Allah (Matius 22:15-22)

Pihak-pihak musuh ingin memerangkap Yesus Kristus. Orang Farisi mahu Yesus disingkir dalam keagamaan mereka; manakala, orang Herodes mahu menggunakan Yesus untuk agenda politik mereka. Jadi, mereka menggunakan taktik yang kotor untuk bertanya kepada-Nya, "Wajarkah membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?" (Matius 22:17) Jika Yesus jawab BAYAR, Dia akan dilihat sebagai menyebelahi Roma dan orang Israel akan menentang-Nya - ini yang orang Farisi mahu.

Jika Yesus jawab JANGAN, Dia akan dilihat sebagai penentang Roma dan pemberontakkan pasti akan terjadi - ini yang orang Herodes mahu. Tetapi Yesus ialah bukan calang-calang orang, Dia ialah Anak Allah yang Maha Tinggi! Mari saya ajak kita untuk melihat latarbelakang pihak-pihak musuh ini, apa cerita disebalik isu 'cukai' dan bagaimana Dia menjadikan semua mereka "tercengang" (22:22) dengan jawapan-Nya. This is exciting! ������⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius156

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 10:17-22 Bagaimana Untuk Memiliki Hidup Yang Kekal? (#InjilMarkus S.1 E.75)


Ada seorang pemuda bertanya kepada Yesus Kristus, "Wahai Guru yang baik, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?" (Matius 10:17). Datang dengan hormat ✔ Bertanya kepada orang yang betul ✔ Soalan yang penting ✔ tetapi anggapan yang salah ✖ Mari saya ajak kita untuk melihat • 4 Maklumat tentang pemuda ini • 4 Positif tentang dia • 4 Masalah dalam anggapan dia • dan 4 Respon Yesus ������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Raja Alam Semesta Menunggang Seekor Keldai (Matius 21:1-11)

 

Pada tahun 1981, kos perkahwinan Putera Charles and Puteri Diana telah dijangkakan menelan sebanyak $48 juta, yang menurut kadar masakini dalam $110 juta; Pada tahun 1996, apabila Sultan Brunei menyambut hari kelahirannya yang ke-50, dia dikatakan telah membelanjakan lebih kurang $27 juta; dan menurut sebuah NGO Bruno Manser Fund (BMF) suatu masa dahulu telah menganggarkan aset kekayaan Tun Taib Mahmud bernilai US$15 billion!

Bandingkan segala kekayaan dan kemewahan yang telah dinyatakan di atas dengan sambutan pertabalan Raja Yesus Kristus, Mesias iaitu Anak Daud, dalam Matius 21:5, “Katakanlah kepada puteri Sion, ‘Rajamu datang kepadamu dengan rendah hati, menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.'" Raja menunggang seekor keldai, binatang bagi orang miskin dan untuk mengangkut barang? Wow! Kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi? 😮🙏🕊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius148

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Yang Masuk & Terbesar dalam Kerajaan Syurga (Matius 18:1-5)

 

"Siapakah yang dianggap terbesar antara orang dalam kerajaan syurga nanti?" tanya para murid Yesus Kristus kepada-Nya dalam Matius 18:1. Orang yang sudah 'terbiasa' dengan petikan ini, akan menjawab terus: "Orang yang merendahkan diri" (18:4). Betul tetapi itu hal yang kemudian 😌 Persoalan pertama ialah bukan siapa terbesar atau terkecil. Isu utama yang harus diselesaikan dahulu ialah: Sudahkah kamu "masuk ke dalam kerajaan syurga" (18:3)? 🤔🙏⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius134 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius134

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Markus 4:30-34 Bagaimana Kerajaan Allah Yang Kecil Menjadi Besar? (#InjilMarkus S.1 E.33)

 

Dalam Perjanjian Lama, semua para nabi (benar) bernubuat tentang kedatangan Kerajaan Allah. Semasa Yohanes Pembaptis datang, dia berseru di gurun menyediakan jalan bagi Tuhan. Siapa Dia? Yesus Kristus. Dengan kedatangan-Nya, Kerajaan Allah juga datang. Tidak secara mengejut tetapi sedikit demi sedikit. Seperti "sebutir biji sesawi paling kecil di dunia" akan menjadi "tumbuhan terbesar." Sudah bersedia? 😊📖✔ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 4:26-29 Bagaimana Kerajaan Allah Bertumbuh? (#InjilMarkus S.1 E.32)

 

Ada dua faktor penting bagaimana Kerajaan Allah bertumbuh di dunia pada masakini: #1 Umat Allah terus-menerus menabur Firman Tuhan; dan #2 TUHAN yang akan mengadakan hasilnya. #1 ialah perkara yang kita boleh lakukan; #2 hanya TUHAN yang boleh melakukannya. Apa yang kamu boleh lakukan untuk meluaskan lagi Kerajaan-Nya? 😉🔥📖 #ServeToLead #InjilMarkus #Penginjilan #PertumbuhanRohani

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Kerajaan Syurga Samada Berita Baik Atau Tidak (Matius 13:47-50)

 

Kerajaan dunia. 2016: Hillary Clinton kecundang, Donald Trump berjaya! Ada yang bersorak sokong, ada pula yang tidak percaya. 2018: Najib kalah, Mahathir menang! Ada orang bersuka, ada orang kecewa. 2020: PH tumbang, BERSATU memerintah! Ada yang kata khianat, ada pula kata demokrasi. Satu hal, sekurang-kurangnya dua respon berbeza.

Selepas menceritakan ibarat tentang pukat, Yesus Kristus berkata: "Demikianlah yang akan terjadi pada akhir zaman. Malaikat akan datang mengasingkan orang durjana daripada orang yang benar. Orang durjana itu akan dihumbankan ke dalam relau yang berapi-api, tempat ratapan dan kertakan gigi" (Matius 13:49-50). Akhir zaman akan menentukan samada Kerajaan Syurga ialah Berita Baik atau tidak. Satu Kerajaan, dua destinasi berbeza 📖⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius109 ATAU Spotifyhttp://bit.ly/LegasiSpotify  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kerajaan Syurga: Nilai & Kos (Matius 13:44-46)

 

Dua ibarat, sama maksud: “Kerajaan syurga ibarat harta yang tersembunyi di dalam sebidang tanah. Seseorang telah menjumpainya lalu menyembunyikannya semula. Setelah itu, dengan penuh sukacita dia menjual segala yang dimilikinya lalu membeli tanah itu. Kerajaan syurga juga umpama seorang saudagar yang mencari mutiara yang paling tinggi nilainya. Apabila dia menjumpai mutiara yang paling bernilai, dia pun menjual semua yang dimilikinya lalu membeli mutiara itu" (Matius 13:44-46).

Salah satu sebab orang meninggalkan iman ialah kerana mereka tidak melihat ia sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai. Iman dianggap sebagai lampin pakai buang. Iman dalam/kepada Yesus Kristus ialah kunci Kerajaan-Nya. Kalaulah kita tahu bahawa Kerajaan Syurga itu sangat bernilai tentu sikap, perbuatan dan keutamaan kita berbeza. Apa yang sanggup kamu lakukan untuk memilikinya? 🤔⚡💪 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius108 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kerajaan Syurga Berkembang Secara Tersembunyi (Matius 13:33-35)

 

Yesus Kristus menceritakan suatu ibarat: “Kerajaan syurga seumpama ragi yang diambil seorang wanita dan dicampurkan dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itu naik" (Matius 13:33). Ringkas, padat dan jelas. Fokus dalam ibarat ini ialah ragi atau yeast. Bila ragi bertindak balas dengan air dan gula, ia akan menghasilkan gas karbon dioksida. Gas inilah yang akan menjadikan adunan tepung itu naik.

Bagaimana ia berlalu - Dengan cepat atau perlahan? Bolehkah kamu melihat tindak balas kimia dengan jelas? Adakah hasilnya akan menjadi kurang atau banyak? Semuanya berkaitan dengan realiti tentang Kerajaan Syurga 💪😉⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius107 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kerajaan Syurga Bermula Sangat Kecil (Matius 13:31-32)

 

Yesus Kristus mengisahkan ibarat demikian: “Kerajaan syurga seperti sebutir biji sesawi yang dibawa oleh seseorang untuk ditabur di ladangnya. Biji sesawi itu paling kecil antara semua benih, tetapi apabila tumbuh, menjadi tumbuhan yang lebih besar daripada semua tumbuhan lain sehingga menjadi sebatang pokok tempat burung di udara membuat sarang pada cabangnya" (Matius 13:31-32).

Kenapa ibarat pendek ini sangat mendorong mereka yang melakukan pelayanan untuk Kerajaan-Nya? Benarkah biji sesawi "paling kecil"? Apakah maksud ibarat ini? 😁⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius106  ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Apabila Kejahatan & Kerajaan Syurga Wujud Bersama (Matius 13:24-30; 36-43)

 


Saya tidak tahu samada kamu pernah berfikir begini atau tidak, saya berfikir: Kalau dengan kedatangan Yesus Kristus menunjukkan juga bahawa Kerajaan Syurga sudah tiba, jadi, kenapa masih ada kejahatan di dunia ini? Kenapa kejahatan tidak berkurangan, malah makin banyak? Bolehkah kejahatan dan Kerajaan-Nya wujud bersama? 😗🤔⚡#ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius105 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, August 17, 2020

Empat Jenis Hati & Pendengar Firman TUHAN (Matius 13:1-9; 18-23)



"Penyemai" ialah TUHAN. "Benih" ialah perkhabaran Kerajaan Allah atau Firman Tuhan. "Tanah" pula ialah keadaan hati dan telinga rohani kita. Dalam Matius 13:1-9, Yesus Kristus menerangkan melalui ibarat tentang empat jenis "tanah." Keempat-empat "mendengar" tetapi respon mereka berbeza.

Bagaimana dengan kamu masakini: Adakah benih Firman di dalam hatimu telah 'disambar' oleh si durjana? Adakah kesusahan dan penganiayaan telah melunturkan iman kamu? Kamu selalu bergumul dengan kerunsingan dan tarikan palsu duniawi? Atau, adakah kamu sekarang berhasil? Dengar episod ini 👂🤜🤛 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius103 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/           
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv       

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Markus 1:14-15 Apa itu Injil? (#InjilMarkus S.1 E.6)


[Video pendek 8:20 minit] "Setelah Yohanes dipenjarakan, Yesus pergi ke Galilea lalu mengkhabarkan Injil daripada Allah. Yesus berkata, 'Sudah genap masanya dan kerajaan Allah hampir tiba. Bertaubatlah dan percayalah akan Injil ini!'" (Markus 1:14-15). Dalam dua ayat ini, dua kali juga ayat 'Injil' digunakan. Apa itu Injil? 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini :) Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Lima (5) Fakta Penting Tentang Hari Penghakiman (Matius 11:20-24)



Dalam Matius 11:20-24, Yesus Kristus banyak berkata tentang Hari Penghakiman. Salah satu fakta menurut Alkitab ialah Yesus yang akan menghakimi kita semua pada hari itu. "Bapa tidak menghakimi sesiapa. Dia telah menyerahkan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya" (Yohanes 5:22). "Bapa telah memberikan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya, kerana Dia itu Anak Manusia" (5:27).

Yesus yang akan menentukan (baca Matius 7:21-23); Dia yang akan mengasingkan (baca Matius 25:31-33); dan semuanya berdasarkan respon orang kepada-Nya (baca Matius 10:32-33). Hari Penghakiman akan tiba - siapa Yesus Kristus bagi kamu? ⚡📖🤔 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius89 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Menyambut Seorang Nabi, Menerima Murid Yesus & Secawan Air Sejuk (Matius 10:41-42)



Kenapa dalam Matius bab 10, Yesus Kristus selalu menekankan tentang topik "disambut" atau tidak? "Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu..." (ayat 14); "Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga..." (ayat 40); "Sesiapa yang menyambut seorang nabi [dan] seorang yang benar... (ayat 41).

Ayat "menyambut" dalam konteks ini bermaksud menerima orang yang mengkhabarkan DAN pengkhabaran tentang Injil Kerajaan Syurga. Orang dan mesejnya tidak boleh dipisahkan. Tetapi kenapa para murid Yesus perlu tahu tentang hal ini? Kenapa ganjaran para murid-Nya juga akan diberikan kepada orang yang menyambut mereka? Apa ganjaran itu? 😉⚡📖 #InjilMatius #ServeToLead

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius83 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, July 4, 2020

Menyambut Pengkhabar & Khabar Kerajaan Syurga Atau Hukuman Pada Hari Penghakiman (Matius 10:11-15)



Baca petikan firman ini, Matius 10:11-15, 1) Sebagai pengikut Kristus yang telah diperintahkan (Matius 28:18-20 ialah bukan cadangan) untuk memberitakan Injil; dan 2) Sebagai seorang yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat:

"Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu.

Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu."

#ServeToLead #InjilMatius Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius75 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Kenapa Peduli Tentang Creation Care (LEGASI.tv Interview S.1 E.5) Bersama Rining Peter Paris

Kenapa kita perlu peduli tentang creation care atau penjagaan ciptaan-Nya? Apakah kaitannya dengan iman? Bagaimana kita boleh melibatkan diri dalam memelihara alam sekitar? Ini dan banyak lagi telah dibincangkan dalam temu bual saya bersama Bro Rining Peter Paris, pengasas Keep Green Movement (KGM) feat. P.E.D.R.O. maskot KGM yang bermaksud Please End The Deforestation of Rainforest for the Orangutan. Tonton sampai habis kerana diakhir interview kamu akan mendengar lagu dari KGM Band Ju Nek Tok Juak


Untuk berhubung dengan Bro Peter, KGM dan untuk mendapatkan Refleksi Memelihara Ciptaan-Nya & Injil, FOLLOW


Kamu juga boleh menonton Interview ini dan banyak lagi di YouTube, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LEGASItvInterviews #ServeToLead #KeepGreenMovement #LEGASIInterview


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]