Showing posts with label Anak Daud. Show all posts
Showing posts with label Anak Daud. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Kemuliaan, Kedaulatan & Supremasi Yesus Kristus (Ibrani 1:1-3)

Penulis Surat Ibrani tidak membuang masa memperkenalkan dirinya sendiri tetapi terus masuk ke subjek utama, iaitu, keperibadian Tuhan Yesus Kristus: "Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya..." (Ibrani 1:1-2).

Yesus ialah antara watak atau karakter yang sangat popular dari dulu sampai sekarang. Ramai orang mempunyai idea mereka masing-masing tentang-Nya. Dia menjadi titik kontroversi, debat, dan sejarah. Agama-agama utama di dunia seperti Islam, Agama Yahudi moden, Hindu dan Buddha - malah cults, mitos, lagenda, New Age, dunia hiburan - mempunyai pendapat dan kepercayaan mereka yang tersendiri. Tetapi menurut Alkitab Firman TUHAN yang hidup,
 siapakah Yesus yang sebenarnya? ⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani

Untuk mendengar Lapan (8) Hal yang menunjukkan
Supremasi Yesus diantara segala-galanya, PERGI KE http://spoti.fi/3MAzXuW (Spotify) atau http://apple.co/3MEZjYO (Apple Podcast)

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Mesias: Tujuh (7) Nubuat Kitab Yesaya dalam Injil Matius

Injil Matius banyak memetik Perjanjian Lama. Kitab Yesaya sahaja lebih kurang sembilan (9) kali dipetik secara langsung dan lebih daripada itu secara tidak langsung melalui gambaran. Dalam siri pengajian ini, kita hanya akan melihat tujuh (7) nubuat dalam Kitab Yesaya yang digenapi oleh Tuhan Yesus Mesias dalam Injil Matius ✅ Semoga iman kamu dibangkitkan dan kamu diberkati! ☺#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

KLIK PAUTAN dibawah untuk menonton video pengajian ini:

Nubuat 1
https://youtu.be/uw0evG9z_Mw 
Nubuat 2 https://youtu.be/TBy3u6ku618 
Nubuat 3 https://youtu.be/82blz3Uu0QI 
Nubuat 4 https://youtu.be/YV8GsN4kT7g 
Nubuat 5 https://youtu.be/MMgJXQ8C0eI 
Nubuat 6 https://youtu.be/k8I6k3HjRIc 
Nubuat 7 https://youtu.be/NVvf2BbqNTM 

LIKE, FOLLOW & SUBSCRIBE https://youtube.com/c/LEGASItv  

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Markus 11:8-11 Kenapa Ramai Orang Salah Sangka Tentang Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.84)

Apabila Yesus Kristus masuk ke Jerusalem, ramai orang berseru, "Hosana! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!" (Markus 11:9), tetapi beberapa hari kemudian, ramai orang pula berseru, "Salibkan Dia!" (15:13). Kenapa perubahan yang sangat mendadak dalam beberapa hari sahaja? Apa yang terjadi? Bagaimana salah sangka mereka juga mencerminkan salah sangka ramai orang masakini?

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Yesus Mesias Ialah Ilahi dan Manusia (Matius 22:41-46)

Konsep 'Mesias' atau Penyelamat ada dalam pelbagai agama, mazhab dan kepercayaan diseluruh dunia. Tema atau istilah mungkin hampir sama tetapi maksud boleh jadi sangat berbeza. Menurut sejarah, Abrahamic Religions terdiri daripada tiga yang utama: Agama Yahudi, Kristianiti & Islam. Masing-masing ada konsep 'Mesias' yang sangat ketara.

Secara ringkas, apakah pandangan ketiga-tiga agama ini tentang Mesias? Siapakah Dia? Dan yang paling penting lagi, bagi Yesus sendiri, siapakah Mesias atau Kristus ("Yang Diurapi") menurut Firman Allah? Adakah Yesus menggenapi siapa Mesias itu? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius159 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, June 22, 2021

Yesus Kristus: 1 Peribadi Tetapi Memiliki 2 Sifat berdasarkan Matius 1

Menurut Alkitab, Yesus Kristus ialah seorang yang unik dalam sejarah - 1 Peribadi (1 Person) tetapi memiliki 2 Sifat (2 Natures). Sebagai manusia, Dia layak dicontohi; sebagai Ilahi, Dia layak disembah. Dua sifat ini boleh jelas dilihat dalam Matius bab 1 ��������� ��� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod untuk petikan ini, KLIK DISINI: http://bit.ly/SpotifyMatius3

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Berikan Milik Allah Kepada Allah (Matius 22:15-22)

Pihak-pihak musuh ingin memerangkap Yesus Kristus. Orang Farisi mahu Yesus disingkir dalam keagamaan mereka; manakala, orang Herodes mahu menggunakan Yesus untuk agenda politik mereka. Jadi, mereka menggunakan taktik yang kotor untuk bertanya kepada-Nya, "Wajarkah membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?" (Matius 22:17) Jika Yesus jawab BAYAR, Dia akan dilihat sebagai menyebelahi Roma dan orang Israel akan menentang-Nya - ini yang orang Farisi mahu.

Jika Yesus jawab JANGAN, Dia akan dilihat sebagai penentang Roma dan pemberontakkan pasti akan terjadi - ini yang orang Herodes mahu. Tetapi Yesus ialah bukan calang-calang orang, Dia ialah Anak Allah yang Maha Tinggi! Mari saya ajak kita untuk melihat latarbelakang pihak-pihak musuh ini, apa cerita disebalik isu 'cukai' dan bagaimana Dia menjadikan semua mereka "tercengang" (22:22) dengan jawapan-Nya. This is exciting! ������⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius156

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Markus 8:27-30 Menurut Kamu, Yesus Ini Siapa? (#InjilMarkus S.1 E.60)

 


"Menurut kamu," tanya Yesus dalam Alkitab, "Aku ini siapa?" (Markus 8:29). Menurut keluarga-Nya, "Dia tidak siuman" (3:21); menurut orang Farisi, "Dia dirasuk Beelzebul" (3:22); menurut orang ramai, Dia ialah Yohanes Pembaptis atau Elia atau salah seorang daripada nabi (8:28). Sekarang ada yang berkata Dia hanya seorang manusia biasa, hanya nabi, hanya orang benar. Tetapi menurut para murid yang bersama dengan-Nya, yang bersaksi dan melihat Dia, siapa Yesus ini? 🤔📖⚡ #InjilMarkus #ServeToLead

 

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

 

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Tujuh (7) Fakta Tentang Kemulian Yesus (Matius 17:1-9)

 

Di atas gunung, "Yesus berubah rupa" di hadapan mata Petrus, Yakobus dan Yohanes. "Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan" (Matius 17:2). "Berubah rupa" atau "transfigured" di dalam bahasa Yunani "metamorphoo" (dimana ayat metamorphosis datang), menurut konteks ayat ini, merujuk kepada perubahan yang datang dari dalam.

Contohnya, muka Musa "bercahaya-cahaya" datang dari luar, iaitu, "kerana dia berbicara dengan TUHAN" (Keluaran 34:29) bukan dari diri dia sendiri. Tetapi Yesus "berubah rupa" merujuk kepada siapa Dia, yang dari dalam (inner being), yang sebenarnya! 😮 Adalah sangat penting untuk kita mengetahui tujuh (7) fakta ini dan membuat kesimpulan tentang SIAPA Dia. Bagi kamu, siapakah Yesus itu? 🙏📖😇 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius130 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius130

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Menurut Kamu, Siapakah Yesus Itu? (Matius 16:13-17)

 

Soalan pertama Yesus Kristus kepada para murid-Nya ialah: "Menurut kata orang, siapakah Anak Manusia ini?" (Matius 16:13). Soalan ini senang kerana ia menurut pendapat orang lain dan tidak memerlukan kita untuk berfikir panjang dan kritikal, hanya terus mencari maklumat. Tetapi soalan kedua Yesus lebih peribadi dan memerlukan kita untuk menilai diri dan kepercayaan dengan lebih dalam lagi: "Menurut kamu, siapakah Aku ini?" (16:15).

Ya, menurut kamu siapakah Yesus itu? Ingat, jawapan atau respon yang kamu beri akan menentukan segala-galanya (Yohanes 14:6). Adakah Dia orang gila atau penipu atau mitos atau Ilahi menurut Alkitab? 📖😊💪 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius125 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius125

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Bagaimana Memiliki Iman Teguh (Matius 15:21-28)

 

Matius 15:22, "Seorang wanita Kanaan yang tinggal di situ datang mendapatkan Yesus sambil berseru, 'Wahai Tuan, Anak Daud! Kasihanilah aku! Anak perempuanku dirasuk roh iblis, dan menderita!'" Ada dua masalah disana dan ada dua perkara yang wow disana. Dua masalah: 1) Dia seorang "wanita." Dalam budaya Timur Tengah pada masa itu, wanita seringkali dilihat sebagai secondclass; dan 2) Dia seorang "Kanaan." Bangsa atau orang Kanaan ialah musuh bagi orang Israel sejak dari dulu lagi.

Walauapapun, Yesus tetap menerima dan berinteraksi dengan wanita Kanaan ini 😮 Dua wow: 1) Dia memanggil Yesus sebagai tuan ("Lord" atau "Master") tanda hormat; dan 2) Dia memanggil Yesus "Anak Daud". Panggilan bagi Kristus atau Mesias menurut Perjanjian Lama 😇 Bukankah ini sesuatu yang wow? Kenapa Yesus berkata bahawa dia "teguh iman"? Bagaimana kita juga boleh memiliki iman sebegitu? 🤔📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 📖 episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius119 ATAU http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Yesus Kristus Ialah Anak-Hamba Yahweh (Matius 12:15-21)



Yesus Kristus ialah "Hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai" (Matius 12:18; Yesaya 42:1). Kata nama 'pais' selalunya diterjemahkan sebagai 'hamba' dan juga sebagai 'anak.' Semasa pembaptisan Yesus, suara Bapa berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan" (3:17). Apabila Yesus dimuliakan di atas gunung, suara itu sekali lagi berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!" (17:5). Kupilih. Kukasihi. Kuredai. Kuberkenan.

Jadi, Yesus ialah Hamba Yahweh (untuk membezakan istilah hamba Allah dalam Al-Quran [19:30] yang TIDAK sama dalam Al-Alkitab. 'Isa' dan 'Yesus' TIDAK sama) yang bukan hanya sekadar hamba biasa-biasa tetapi "dalam Nama-Nya [Yesus], bangsa-bangsa asing akan bersandar harap kepada-Nya" (Matius 12:21). Kepada siapa? 🤔 Jom dengar episod ini! 😊📖🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius95 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 14, 2020

Yesus Kristus Ialah Tuhan Atas Hari Sabat (Matius 12:1-8)



Sabat asalnya daripada Kejadian 2:1-3 dimana selepas TUHAN Allah mencipta langit dan bumi serta segala isinya, pada hari ketujuh, Dia "beristirahat daripada segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya." Hanya pada Keluaran 20:8-11, hari Sabat menjadi salah satu hukum (hukum ke-4) bagi orang Israel sebagai suatu bangsa. Allah telah berpesan kepada mereka bahawa akan ada tindakan keras dilakukan kepada sesiapa yang melanggarnya.

Apabila orang Farisi melihat para murid Yesus memetik bulir gandum dan memakannya, mereka mengadu kepada Yesus, "Lihatlah, murid-Mu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!" (Matius 12:2). Benarkah mereka melanggar hukum Sabat? Jika YA, adakah Yesus anti-Hukum-Taurat? Jika TIDAK, jadi, kenapa mereka membuat tuduhan itu? 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius93 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/     
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Yohanes Pembaptis, Nabi Yang Paling Hebat (Matius 11:7-15)



Yesus Kristus berkata bahawa Yohanes Pembaptis "lebih daripada seorang nabi" (Matius 11:9). Malah, "di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis" (ayat 11). Wow! Jika Yesus berkata begitu, maka, Yohanes betul-betul hebat.

Tetapi "lebih" dari segi apa? Apakah keunikan pelayanannya? Dan kenapa Yesus mahu orang mengetahui dan mengenali siapa Yohanes sebenarnya? SEBABNYA pasti akan membuka mata kamu! 🙂💪📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius86 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, May 24, 2020

Tujuh (7) Autoriti Yesus Kristus Dalam Khutbah Di Atas Bukit (Matius 7:28-29)


Mesej ini sepatutnya dikongsikan di LEGASI.tv Podcast dalam Pengajian Alkitab seluruh Injil Matius tetapi saya mendapati bahawa mesej dalam episod ini terlalu PENTING. Oleh itu, saya menyediakan juga video untuk pengajian Matius 7:28-29, iaitu penutup kepada khutbah Yesus Kristus di atas bukit (bab 5 hingga 7).

Kita tidak boleh memisahkan pengajar dengan ajarannya. Khubah Yesus mencerminkan siapa Dia yang sebenarnya. Tonton video ini dan lihat tujuh (7) autoriti yang membuktikan bahawa Yesus LEBIH DARIPADA guru hebat, pembawa kebenaran atau nabi biasa yang dikatakan oleh majoriti orang #ServeToLead #InjilMatius #7AutoritiKebenaranTentangYesus

Untuk mendengar episod-episod podcast Pengajian Injil Matius yang lain, KLIK DISINI: https://anchor.fm/LEGASI.tv/ atau http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

5 Perkara Penting Sebelum Mempelajari Khutbah di Atas Bukit (Matius 5:1-2)



Dalam Injil Matius, Yesus diperlihatkan sebagai seorang Raja. Contohnya, dalam salasilah-Nya, Dia ialah "anak Daud" (Matius 1:1); Ahli Ilmu Bintang berkata bahawa Dia "Raja orang Yahudi" (2:2); di atas kayu salib Yesus ada tertulis "Inilah Yesus Raja orang Yahudi" (27:37), dan sebagainya. Jadi, apabila kamu membaca khutbah Yesus di atas bukit (Matius bab 5 hingga 7), kamu bayangkan ini ialah Manifesto Kerajaan Syurga yang diberikan oleh seorang Raja, bagaimana kita sebagai umat kerajaan-Nya hidup. Dengar Lima (5) Perkara Penting ini sebelum kamu membaca keseluruhan khutbah-Nya #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]