Showing posts with label Hati Hamba. Show all posts
Showing posts with label Hati Hamba. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Mesias: Tujuh (7) Nubuat Kitab Yesaya dalam Injil Matius

Injil Matius banyak memetik Perjanjian Lama. Kitab Yesaya sahaja lebih kurang sembilan (9) kali dipetik secara langsung dan lebih daripada itu secara tidak langsung melalui gambaran. Dalam siri pengajian ini, kita hanya akan melihat tujuh (7) nubuat dalam Kitab Yesaya yang digenapi oleh Tuhan Yesus Mesias dalam Injil Matius ✅ Semoga iman kamu dibangkitkan dan kamu diberkati! ☺#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

KLIK PAUTAN dibawah untuk menonton video pengajian ini:

Nubuat 1
https://youtu.be/uw0evG9z_Mw 
Nubuat 2 https://youtu.be/TBy3u6ku618 
Nubuat 3 https://youtu.be/82blz3Uu0QI 
Nubuat 4 https://youtu.be/YV8GsN4kT7g 
Nubuat 5 https://youtu.be/MMgJXQ8C0eI 
Nubuat 6 https://youtu.be/k8I6k3HjRIc 
Nubuat 7 https://youtu.be/NVvf2BbqNTM 

LIKE, FOLLOW & SUBSCRIBE https://youtube.com/c/LEGASItv  

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Jika Engkau Mencari Hadirat TUHAN, Dia Akan Berkenan Ditemukan Olehmu

Kita memerlukan TUHAN Allah. Jika kita mencari hadirat-Nya maka Dia akan berkenan ditemukan oleh kita. Dia tidak akan menolak sesiapa yang mencari hadirat-Nya. Jika Dia menolak, maka ia sangat bertentangan dengan karakter Tuhan. Petikan firman ini berkata "mencari" BUKAN membeli 'rasuah' atau membuat sesuatu yang boleh melayakkan kamu. Hanya cari! Jangan berhenti "mencari" hadirat-Nya kerana Dia ialah Penyelamat jiwa, Sahabat yang setia, Bapa yang baik dan TUHAN Maha Pencipta.

Bagi yang belum mengenali-Nya, carilah hadirat-Nya. Bila kamu menemui-Nya - atau lebih tepat lagi, ditemukan oleh-Nya - kamu akan menemui hidup, harapan dan pengampunan. "Sekaranglah waktunya Allah berkenan dan sekaranglah hari penyelamatan itu" (2 Korintus 6:2). Bukan esok atau lusa tetapi sekarang! Rendahkan hati, bongkokkan tubuh dan bertelut mencari-Nya. Dia berkenan ditemukan oleh kamu. Firman ini ialah kesaksian raja Daud kepada anaknya Solomo, dan ini bukan hanya kebenaran Firman Allah tetapi juga dari pengalaman Daud sendiri. Carilah Dia.


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Raja Alam Semesta Menunggang Seekor Keldai (Matius 21:1-11)

 

Pada tahun 1981, kos perkahwinan Putera Charles and Puteri Diana telah dijangkakan menelan sebanyak $48 juta, yang menurut kadar masakini dalam $110 juta; Pada tahun 1996, apabila Sultan Brunei menyambut hari kelahirannya yang ke-50, dia dikatakan telah membelanjakan lebih kurang $27 juta; dan menurut sebuah NGO Bruno Manser Fund (BMF) suatu masa dahulu telah menganggarkan aset kekayaan Tun Taib Mahmud bernilai US$15 billion!

Bandingkan segala kekayaan dan kemewahan yang telah dinyatakan di atas dengan sambutan pertabalan Raja Yesus Kristus, Mesias iaitu Anak Daud, dalam Matius 21:5, “Katakanlah kepada puteri Sion, ‘Rajamu datang kepadamu dengan rendah hati, menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.'" Raja menunggang seekor keldai, binatang bagi orang miskin dan untuk mengangkut barang? Wow! Kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi? 😮🙏🕊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius148

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Pengikut Kristus BUKAN Boss Tetapi Hamba (Matius 20:20-28)

Sebelum ini, Yesus Kristus sudah menyatakan kepada para murid-Nya bahawa mereka harus menyangkal diri dan memikul salib (Matius 16:24), merendahkan diri dan bersikap seperti kanak-kanak (18:3-4) dan meninggalkan segalanya untuk nama-Nya (Matius 19:29). Dia juga sudah tiga kali menyatakan kepada mereka tentang penganiayaan, kematian dan kebangkitan-Nya (Matius 16:21; 17:22-23; 20:17-19).

Tetapi apa yang bermain dalam fikiran mereka? Mereka berebut kuasa, autoriti dan kedudukan! Mereka mahu menjadi BOSS bukan HAMBA 😤 Sikap ini tidak asing bagi para pengikut Kristus masakini 😒 Ada lima (5) hal yang kita harus pelajari daripada respon Yesus kepada mereka 😊⚡💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius146 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Celakalah Mereka yang Menyebabkan Anak-Anak Allah Berdosa (Matius 18:6-10)

 

"Sesiapa yang menyebabkan seorang daripada kanak-kanak kecil yang percaya kepada-Ku ini berdosa," firman Yesus Kristus, "lebih baiklah baginya jika batu kisar diikatkan ke lehernya dan dia ditenggelamkan ke dalam laut yang dalam" (Matius 18:6). Dengar betapa serius kenyataan Yesus ini. Bagi yang melakukan hal ini, dua kali Dia katakan "malangnya" atau "celakalah" atau "woe" (18:7).

Bagi orang Kristian sendiri yang menyebabkan anak-anak Allah ("yang percaya kepada-Nya") berdosa, hati-hati; bagi dunia atau orang bukan Kristian yang menyebabkan anak-anak Allah berdosa, celakalah dan terkutuklah; bagi yang berdosa dan menyebabkan ia terjadi, bertaubat atau "dihumbankan ke dalam api neraka." Ambil serius tentang hal ini, periksa diri sendiri dan bertindak untuk "menikmati hidup kekal" (18:8-9). 💪 Kerana kasih dan kebenaran, Tuhan Yesus memberi amarah ini 🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI 🤳 Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius135 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius135

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Markus 7:14-23 Sudah Melakukan Pembedahan Pemindahan Hati? (#InjilMarkus S.1 E.53)

 
Sebagai seorang Doktor pakar (Markus 2:17), Yesus Kristus tahu masalah sebenar kita ialah bukan perbuatan jahat, walau seteruk manapun, tetapi punca utama ialah HATI 💔 Hati kita jahat 👿 Apabila melakukan radiografi x-ray rohani, Dia mendapati, "Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku" (7:6) dan banyak kejahatan sebenarnya "timbul dari dalam hati" (7:23). Ini memo Jabatan Kesihatan Kerajaan Allah: KES POSITIF, SEMUA KENA MENJALANI PEMBEDAHAN PEMINDAHAN HATI! 💯 #ServeToLead #InjilMatius

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Masa Sunyi Mengukuhkan Emosi (Matius 14:13-14)

 

Iman Kristian bukan hanya tentang kerohanian dan pengetahuan, tetapi juga EMOSI. Tanpa emosi, iman akan menjadi seperti robot dan bosan. Tetapi kalau terlalu dikawal oleh emosi, iman akan runtuh. Emosi ialah hamba yang baik tetapi tuan yang jahat. Bagaimana untuk mengawal dan mengukuhkan emosi? Ambil masa sunyi 🔇🔕🤫

Lihat contoh Yesus Kristus, Dia "menaiki perahu dan pergi seorang diri ke suatu tempat sunyi" (Matius 14:13). Kenapa Dia berbuat begitu? Apakah kepentingannya? Bagaimana cara untuk melakukannya? ⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius113 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, May 19, 2020

Empat (4) Cara Kita Berkompromi di Antara Menjadi Hamba Allah vs Kekayaan Berdasarkan Matius 6:24

Ada sekurang-kurangnya Empat (4) Cara Kita Berkompromi dengan Firman Allah dalam Matius 6:24 di antara menjadi Hamba Allah atau Hamba Kekayaan. Menyelidiki hati kita bukanlah sesuatu yang senang dilakukan tetapi ketahuilah: kebenaran akan membebaskan kita #ServeToLead #InjilMatius #FirmanAllah








Untuk mendengar episod-episod podcast berikut, KLIK PAUTAN di bawah:

Matius 6:24 bit.ly/LegasiMatius46
Matius 6:25-27 bit.ly/LegasiMatius47
Matius 6:28-32 bit.ly/LegasiMatius48
Matius 6:33-34 bit.ly/LegasiMatius49


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Tiga (3) Soalan Untuk Menilai Samada Kita Hamba Allah atau Kekayaan berdasarkan Matius 6:24




Dalam Matius 6:24, Yesus Kristus hanya memberi dua pilihan, samada kita hamba Allah atau hamba kekayaan (atau mamon). Tetapi kita manusia sangat kreatif, kita membuat pilihan ke-3 iaitu BERKOMPROMI #ServeToLead #InjilMatius #HambaAllahAtauKekayaan John R. W. Stott menulis bagaimana kita berkompromi:

a) Melayani Allah pada hari minggu (weekend) dan mamon pada hari-hari kerja (weekdays)
b) Menyembah Allah dengan mulut tetapi menyembah mamon dalam hati
c) Mengikuti Allah secara luaran, tetapi realitinya taksub akan mamon secara dalaman
d) Kesetiaan: Allah separuh, mamon separuh

Bagaimana kamu boleh mengetahui samada kamu hamba Allah atau kekayaan? Tanya tiga (3) soalan ini. Untuk mendengar episod podcast 'Siapa Yang Kamu Kasihi, Itu Yang Kamu Layani' berdasarkan Matius 6:24, KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius46 ATAU melalui Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Siapa Yang Kamu Kasihi, Itu Yang Kamu Layani (Matius 6:24)


Pilihan - menjadi hamba Allah atau hamba kekayaan - yang Yesus Kristus nyatakan dalam Matius 6:24 seakan-akan tidak logik. Mestilah kita memilih untuk menjadi 'hamba Allah', kan? Tetapi sebenarnya, apa yang kita cakap bila menasihati, tulis dalam social media status, dan kesaksian di rumah ibadat, disebaliknya secara realiti, kita memilih 'kekayaan'. Seperti televangelists yang menggunakan nama Allah untuk mendapatkan kekayaan. Kita marah, kita mengkritik, kita kecewa tetapi... bukankah kita juga kadang-kadang seperti itu? #ServeToLead #InjilMatius #HambaAllahAtauKekayaan

Untuk mendengar episod podcast Siapa Yang Kamu Kasihi, Itu Yang Kamu Layani dan 3 Soalan yang boleh kita guna untuk memeriksa diri sendiri, KLIK LINK di sini > bit.ly/LegasiMatius46 ATAU melalui Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, September 3, 2019

Tiga (3) Perkara tentang Kepimpin Yang Dipelajari Apabila Menaiki Gunung



Ada Tiga (3) Perkara tentang Kepimpinan yang saya belajar apabila menaiki gunung bersama-sama dengan kawan-kawan 🙃😉😀:

#1 Pemimpin yang Berada di Depan - menyediakan VISI ⚛ Antara semua kawan yang bersama dengan saya apabila menaiki gunung Santubong, saya paling berpengalaman. Tugas utama saya ialah untuk menunjukkan kepada mereka jalan yang betul dan sebolehnya - selamat (tidak ada jaminan bahawa ia sentiasa selamat). Pemimpin yang berada dihadapan juga akan menentukan kelajuan pergerakan supaya yang lain tidak terlalu jauh tertinggal. VISI sangat penting kerana jika pemimpin tidak ada visi, dia sendiri akan sesat dan membawa orang lain bersamanya. Apakah VISI kamu sebagai seorang pemimpin?

#2 Pemimpin yang Berada di Belakang - mempunyai HATI HAMBA 🖤 Kadang-kadang Yohanes berada di belakang; kadang-kadang Finiks. Tugas utama orang yang berada di belakang ialah dia harus memastikan bahawa semua orang selamat, memberi tunjuk-ajar dan memberikan semangat kepada mereka yang dihadapannya. Dia sebenarnya boleh pergi laju lagi tetapi kerana dia peduli tentang orang lain, dia sanggup berada dibelakang. Adakah kamu seorang pemimpin yang mempunyai HATI HAMBA?

#3 Para Pengikut yang Berada di Tengah - Mereka MENGAMBIL RISIKO ⚡ Orang yang sangat suka akan cabaran dan yang sanggup mengambil risiko ialah Elly. Dia akan menjadi berani, bersemangat dan berdedikasi jika ada orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang memimpin dia. Keinginan sudah ada cuma perlukan inspirasi dan motivasi. Para pengikut banyak mengambil risiko kerana mereka sanggup meletakkan harapan, kepercayaan dan kesetiaan kepada para pemimpin. Tanpa para pengikut, pemimpin tidak berguna (Ingat: Setiap kita ialah pemimpin bagi orang lain dan pada masa yang sama ialah pengikut bagi orang lain juga). Adakah kamu seorang pemimpin yang sanggup MENGAMBIL RISIKO?

#ServeToLead
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]