Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts

Sunday, December 20, 2020

Angelus' Quote: "Terima Kasih" "Minta Maaf"

 

Setiap pemimpin yang berkarisma ada dua kualiti yang saya selalu perhatikan: #1 Mereka kurang bersabar, dan #2 Mereka ada ego yang kuat. Pada pendapat saya, dua kualiti ini boleh digunakan sebagai kekuatan. Kurang bersabar boleh membawa kepada urgensi, keinginan untuk bertindak dan berfikir secara praktikal. Ego pula kadang-kadang boleh menambah keyakinan dan menguatkan pendirian seorang pemimpin.

Namun begitu, kamu dan saya tahu yang dua kualiti ini juga sangat bahaya, cenderung menjadi kelemahan dan mudah menjadi batu sandungan kepada orang lain. Oleh itu, setiap pemimpin harus sentiasa menilai diri sendiri dan sedar bahawa tidak semua orang seperti mereka. Jika bersalah, "Minta maaf" dengan jujur. Jika ada peluang, secepat mungkin ucap, "Terima kasih" dengan ikhlas. Tidak ada pemimpin yang berjaya sendirian, mesti ada orang yang membantu dia. Tugas pemimpin ialah pengurusan manusia, bukan mengawalan hamba 💪😊⚡ #ServeToLead #GrowingLeader #MintaMaafTerimaKasih

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Lima (5) Punca Krisis Dalam Kepimpinan

Dalam temu bual LEGASI.tv (S.1 E.8) bersama Eddy Weerence, dia menerangkan apakah lima sebab utama punca krisis dalam kepimpinan dan menyatakan beberapa karakteristik seorang pemimpin. Selain itu, dia juga ada berkongsi tentang pengalaman peribadi dia sendiri - kesilapan dan kejayaan - dalam memimpin ⚡


Untuk menonton temu bual ini, KLIK DI SINI:


#ServeToLead #LEGASIInterview #GrowingLeader #PuncaKrisisKepimpinan #KarakterSeorangPemimpin #LeadersAreReaders #DVictorious


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, March 5, 2020

Asas-Asas Kepimpinan Berdasarkan Matius bab 1-4 (#InjilMatius)


Bagi yang berminat untuk mendengar komentari yang ringkas dan padat dari bab ke bab, ayat ke ayat tentang #InjilMatius, kamu boleh melawat LEGASI.tv Podcast (KLIK DI SINI). Pada masa yang sama juga, saya cuba melihat dari sudut kepimpinan dalam #InjilMatius 🔥💪😉 Untuk menonton video-video tentang Asas-Asas Kepimpinan dari bab 1-4, sila KLIK LINK dibawah 👇👇👇 #ServeToLead

Kepimpinan Bukan ditentukan oleh Latarbelakang Kita (Matius 1:1-17) https://youtu.be/x8E41Hn1HLg

Mentaati TUHAN, Menghormati Orang Lain (Matius 1:18-25) https://youtu.be/h4r2rBLmV-o

Pemimpin yang Benar, Aman (Secure) dengan Kedudukannya (Matius 2:1-18) https://youtu.be/SiVBuUzt6yw

Tiga (3) TUHAN Memimpin Pemimpin (Matius 2:19-25) https://youtu.be/s8u1JKBwBKI

Tiga (3) Prinsip Kepimpinan Yohanes Pembaptis (Matius 3:1-12) https://youtu.be/m8ZJ2RUu7WE

Tiga (3) Perkara Sebelum Mula Memimpin (Matius 3:13-17) https://youtu.be/t1AaldiTZMY

Cabaran Pemimpin: Godaan vs. Cubaan (Matius 4:1) https://youtu.be/t1AaldiTZMY

Pemimpin, Ambil Masa untuk Berpuasa (Matius 4:2) https://youtu.be/rTbM1gZZp5k

Identiti Seorang Pemimpin (Matius 4:3) https://youtu.be/rTbM1gZZp5k

Tiga (3) Prinsip Pemimpin Harus Tahu tentang Kuasa (Matius 4:4) https://youtu.be/GjnXQ5ZTy1g

Bagaimana Pemimpin Menguji TUHAN? (Matius 4:5-7) https://youtu.be/XzpH88D7PBM

Tiga (3) Soalan tentang Keutamaan (Matius 4:8-11) https://youtu.be/bHXmlBQN_lc

Kenapa Pemimpin Rohani Sangat diperlukan Masakini (Matius 4:12-17) https://youtu.be/9XWXDxBp_zk

Pemimpin yang Baik Ialah Pengikut yang Baik (Matius 4:18-22) https://youtu.be/oZrAjkk2Dgs

Tiga (3) Komponen Pemimpin Holistik (Matius 4:23-25) https://youtu.be/wwnhKA8hqZs

______________

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

Best Blogger Tips

Wednesday, September 25, 2019

Video-Video Ringkasan tentang 21 Hukum-Hukum Kepimpinan oleh John C. Maxwell



Dalam buku John C. Maxwell, The 21 Irrefutable Laws of Leadership, dia menulis dan menerangkan tentang 21 Hukum-Hukum Kepimpinan yang boleh mengubah kehidupan dan kepimpinan kamu dan saya. Saya telah membuat video pendek untuk setiap Hukum Kepimpinan dalam BAHASA MALAYSIA - meringkaskan, memudahkan dan mengubah - sesuai dengan konteks kita masakini. KLIK LINK untuk menonton!

#0 Semua Orang Boleh Menjadi Pemimpin (https://youtu.be/oGGSHnBPygA)
#1 The Law of the Lid (https://youtu.be/ba5PxzeT9Rs)
#2 The Law of Influence (https://youtu.be/AozBgXZpaGw)
#3 The Law of Process (https://youtu.be/W_NRtJ4YMdo)
#4 The Law of Navigation (https://youtu.be/GAyHPLf6JCY)
#5 The Law of Addition (https://youtu.be/BnxsPsCYZd8)
#6 The Law of Solid Ground (https://youtu.be/ldCoDCBAkTU)
#7 The Law of Respect (https://youtu.be/LHXzXqc7D3c)
#8 The Law of Intuition (https://youtu.be/XbV7WKtaWps)
#9 The Law of Magnetism (https://youtu.be/6Hq4MOOHaLQ)
#10 The Law of Connection (https://youtu.be/en_NcbjJD3w)
#11 The Law of Inner Circle (https://youtu.be/_VZvswpA8RQ)
#12 The Law of Empowerment (https://youtu.be/dW0HaU8GgtA)
#13 The Law of the Picture (https://youtu.be/voz4GDfbZdw)
#14 The Law of Buy-In (https://youtu.be/_8nL3xVSnow)
#15 The Law of Victory (https://youtu.be/b3oPq2vaEJ0)
#16 The Law of the Big Mo (https://youtu.be/U6-cMK_XRS0)
#17 The Law of Priority (https://youtu.be/4F3dD_2DtdU)
#18 The Law of Sacrifice (https://youtu.be/pI_JOxlF-OY)
#19 The Law of Timing (https://youtu.be/SxI-8TvmagM)
#20 The Law of Explosive Growth (https://youtu.be/5mgsUIksN64)
#21 The Law of Legacy (https://youtu.be/j4k4yMsG-WE)


JANGAN LUPA <SUBSCRIBE> YA #ServeToLead #21HukumKepimpinan

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Tuesday, September 3, 2019

Angelus' Quote: Kumpulan Yang Saling Melengkapi Bukan Bersaing



Perhatikan dalam setiap team atau kumpulan, kamu akan mendapati bahawa iya mempunyai potensi untuk bersaing dengan satu sama lain 😒😡😠 Adik-beradik bersaing untuk mendapatkan perhatian ibubapa; rakan sekerja bersaing untuk memperoleh promosi dan naik pangkat; ahli pasukan bola sepak masing-masing mahu menjaringkan gol sendirian.

Kerana setiap kita ada harapan, impian dan matlamat, kita semua mahu berjaya. Tetapi untuk sesuatu team atau kumpulan menjadi efektif, sikap kepimpinan yang harus ada ialah: keinginan kita untuk melengkapkan satu sama lain adalah lebih penting daripada keinginan untuk bersaing (bersaing secara terkawal itu bagus, tetapi bukan yang terutama).

Apabila setiap orang melengkapkan satu sama lain potensi, kejayaan dan semangat kerjasama dapat dipupuk dan team akan menjadi semakin kuat dan efektif 😉 Seperti Hobbs dan Shaw, apabila mereka berhenti bersaing dan saling melengkapi satu sama barulah mereka boleh mengalahkan Brixton 😉 Adakah kamu pemimpin atau ahli kumpulan yang bersaing atau melengkapi?

#ServeToLead
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tiga (3) Perkara tentang Kepimpin Yang Dipelajari Apabila Menaiki Gunung



Ada Tiga (3) Perkara tentang Kepimpinan yang saya belajar apabila menaiki gunung bersama-sama dengan kawan-kawan 🙃😉😀:

#1 Pemimpin yang Berada di Depan - menyediakan VISI ⚛ Antara semua kawan yang bersama dengan saya apabila menaiki gunung Santubong, saya paling berpengalaman. Tugas utama saya ialah untuk menunjukkan kepada mereka jalan yang betul dan sebolehnya - selamat (tidak ada jaminan bahawa ia sentiasa selamat). Pemimpin yang berada dihadapan juga akan menentukan kelajuan pergerakan supaya yang lain tidak terlalu jauh tertinggal. VISI sangat penting kerana jika pemimpin tidak ada visi, dia sendiri akan sesat dan membawa orang lain bersamanya. Apakah VISI kamu sebagai seorang pemimpin?

#2 Pemimpin yang Berada di Belakang - mempunyai HATI HAMBA 🖤 Kadang-kadang Yohanes berada di belakang; kadang-kadang Finiks. Tugas utama orang yang berada di belakang ialah dia harus memastikan bahawa semua orang selamat, memberi tunjuk-ajar dan memberikan semangat kepada mereka yang dihadapannya. Dia sebenarnya boleh pergi laju lagi tetapi kerana dia peduli tentang orang lain, dia sanggup berada dibelakang. Adakah kamu seorang pemimpin yang mempunyai HATI HAMBA?

#3 Para Pengikut yang Berada di Tengah - Mereka MENGAMBIL RISIKO ⚡ Orang yang sangat suka akan cabaran dan yang sanggup mengambil risiko ialah Elly. Dia akan menjadi berani, bersemangat dan berdedikasi jika ada orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang memimpin dia. Keinginan sudah ada cuma perlukan inspirasi dan motivasi. Para pengikut banyak mengambil risiko kerana mereka sanggup meletakkan harapan, kepercayaan dan kesetiaan kepada para pemimpin. Tanpa para pengikut, pemimpin tidak berguna (Ingat: Setiap kita ialah pemimpin bagi orang lain dan pada masa yang sama ialah pengikut bagi orang lain juga). Adakah kamu seorang pemimpin yang sanggup MENGAMBIL RISIKO?

#ServeToLead
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, July 15, 2019

Angelus' Quote: Jangan Guna Taekwondo, Guna Aikido



Apabila ada orang menyerang atau mengatakan sesuatu yang negatif kepada [atau bagi] kamu, jangan membalas balik seperti taekwondo, apabila kamu ditampar, kamu menampar balik tetapi pada masa yang sama tangan kamu juga tercedera ("Kamu bodoh!" "Kamu pun bodoh!") 😷

Sebaliknya, gunakan kaedah aikido, apabila ada orang menampar kamu, gunakan daya dan tenaga yang mereka gunakan untuk membalas mereka balik. Kamu membalikkan serangan itu tanpa tercedera ("Richard, kamu botak!" "Ya, seorang botak yang lebih bijak daripada kamu...") 😂👍😉


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.



Best Blogger Tips

Sunday, July 14, 2019

Kepimpinan Dibina Setiap Hari, Bukan dalam Satu Hari


Hukum Kepimpinan #3 The Law of Process mengatakan Kepimpinan Dibina Setiap Hari Bukan dalam Satu Hari


"Menjadi seorang pemimpin lebih kurang sama seperti melabur di saham. Jika kamu menyangka bahawa kamu akan menjadi kaya dalam masa satu hari, kamu tidak akan berjaya" (John C. Maxwell) 😊

Untuk menonton video pendek untuk Hukum ini, KLIK DI SINI: https://youtu.be/k4H0QL8aOUY

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tujuh (7) Faktor yang Mempengaruhi Kepimpinan Kamu



Jika kamu ada menonton video pendek tentang Hukum Kepimpinan #2 The Law of Influence, saya ada menyebut tentang Tujuh (7) Faktor yang Mempengaruhi Kepimpinan Kamu 📝 Fikirkan:

1) Mana satu atau dua kekuatan kamu? Bagaimana kamu boleh menggunakan kekuatan ini untuk meningkatkan lagi pengaruh kamu sebagai pemimpin?

2) Mana satu yang kamu sangat lemah? Senaraikan tiga cara untuk kamu memperbaikinya.
________________

Jika kamu belum menonton #2 The Law of Influence, KLIK DI SINI: https://youtu.be/l9MTDxarX8c   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, June 3, 2019

Hukum Kepimpinan #3 The Law of Process (BM)





_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Hukum Kepimpinan #2: The Law of Influence (BM)



______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Hukum Kepimpinan #1 The Law of the Lid (BM)



____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Ringkasan untuk Pendahuluan (BM) The 21 Irrefutable Laws of Leadership



_______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

5 Cara Nuan Ulih Nyadi Ketuai-Ulun



Setiap iko kitai ulih nyadi ketuai-ulun (tauka servant-leader) ti manah laban semua kitai ulih ngelayan orang lain. Bisi lima (5) cara nuan ulih nyadi ketuai-ulun ti ulih narit ari orang ngau bebasa ka nuan 💪😀🏃🙌

Enti nuan deka meda chunto ketuai-ulun ti badas, baca John 13 😇
_______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

5 Kebenaran dalam Kepimpinan Rut (Perjanjian Lama)



Pernahkah kamu membaca tentang kehidupan Rut di dalam Alkitab (Perjanjian Lama) dan belajar tentang kepimpinan daripada dia? 💪😀

Apabila saya membaca semula tentang kisah Rut, saya melihat kali ini dari sudut kepimpinan dan saya mendapati ada lima (5) perkara yang saya belajar dari kehidupan seorang wanita Moab yang menyembah TUHAN Israel ini 😉 👩👧👰
_______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 13, 2019

Angelus' Quote: Pemimpin dan Karakter



Cara pemimpin menangani pelbagai situasi yang timbul menunjukkan karakter pemimpin itu. Krisis tidak membina karakter seseorang tetapi ia mampu menonjolkan karakternya.

Kesukaran dan cabaran akan memaksa pemimpin memilih antara karakternya dan prinsipnya ataupun bertolak ansur. Setiap kali pemimpin memilih karakter ia akan menguatkan lagi karakternya. "Pemimpin yang dihormati perlu mempunyai etika yang cukup tinggi," kata G. Alan Bernard, "Dia perlu tahu membezakan diantara yang betul atau salah, dan tidak mengambil jalan tengah yang kabur" 😎
____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, March 24, 2019

Video: Cerita tentang Kesatuan


Sebagai pemimpin, kita harus menjaga KESATUAN. Bak kata pepatah: “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”... atau, dibaham oleh singa!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Wednesday, November 28, 2018

Angelus' Quote: Jangan Berputus Asa


"Terah membawa Abram anaknya... keluar bersama-sama dari Ur-Kasdim untuk pergi ke Tanah Kanaan. Tetapi ketika sampai di Haran, mereka pun menetap di sana"
(Kejadian 11:31,
AVB)

Kenapa Terah berhenti di Haran? Bila saya melihat map dari Ur-Kasdim ke Tanah Kanaan, perjalanan Terah dan keluarganya memang sukar. Terah ada banyak haiwan ternakan, harta benda, keluarga dan sanak saudara. Lagipun mereka hanya berjalan kaki atau menunggang keldai (atau unta?) 4,000 tahun dahulu. Mungkin setelah sekian lama mereka mengembara, Terah berkata, "Saya sudah tidak larat lagi... Sampai bila? Saya tahu ini bukan Tanah Kanaan, tetapi lebih baik saya dan keluarga menetap di sini. Di sini nampak baik."

Mungkin seperti Terah, bapa Abraham, kamu sudah bersedia untuk berputus asa. "Saya sudah tidak larat"; " Sampai bila?"; "Di sini nampak baik." Kamu sudah pergi dan hampir mencapai impian dan cita-cita kamu, sekarang kamu sudah mahu berhenti? Kamu sudah selesa dengan keadaan kamu sekarang? Kamu berhenti di 'Ur-Kasdim' dan bukannya 'Tanah Kanaan'? Mungkin Terah tidak sedar bahawa Tanah Kanaan juga dipanggil (dalam bab-bab seterusnya) Tanah Perjanjian, "tanah yang berlimpah-limpah susu dan madu"?

Jika kamu sudah hampir berputus asa, saya ingin mencabar kamu untuk meneruskan 'pengembaraan' dalam kehidupan kamu. Adakah impian kamu datang dari TUHAN dan/atau akan memberikan kemuliaaan kepada-Nya? Jika ya, jangan berputus asa! Ambil balik bagasi kamu, simpan balik khemah kamu, kemas peralatan kamu dan mula lagi. "Nampak baik" tidak semestinya yang terbaik untuk kamu. Keluar. Pergi. Maju. Kamu lebih dari pemenang. Kamu diciptakan untuk melakukan kehendak-Nya. Berdoa supaya kamu dapat melihat visi Allah dalam impian kamu.

Sekarang kamu mungkin tertangguh... Tidak apa. Singgah di 'Ur-Kasdim' itu perlu, cuma, jangan menetap di sana. Malam ini atau esok pagi, dongakan matamu ke arah 'Tanah Kanaan'... Keluar... Pergi... sehingga kamu sampai ke destinasi. Jangan berputus asa. Jika TUHAN yang memberi visi, Dia akan juga memberikan kekuatan kepada kamu.

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, February 15, 2017

Tinjauan Buku Secara Ringkas: "Kembara Kepimpinan" (2015) oleh Roshan Thiran


Kembara Kepimpinan (2015) oleh Roshan Thiran

Lama sudah saya tidak membaca buku dalam bahasa Malaysia. Apa yang menarik minat saya tentang buku ini ialah #1 Ianya berkaitan dengan kepimpinan, salah satu tajuk yang saya minat; #2 Tiada unsur agama, penuh dengan contoh-contoh yang menarik dan bahasa yang mudah difahami walaupun saya pendapati beberapa kesalahan ejaan (tidak seperti kebanyakkan buku-buku BM yang lain yang sangat berbau perkauman, unsur agama yang melampau dan kualiti bahasa yang rendah); dan #3 Setiap bab disampaikan dengan jelas.

Roshan Thiran ialah Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Leaderonomics, sebuah perusahaan sosial yang menyokong perkembangan kepimpinan di semua peringkat umur di seluruh Asia Pasifik. Sebelum dia balik ke Malaysia, dia pernah bekerja dan ditinggal di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia dalam pelbagai peranan dengan General Electric (GE) and Johnson & Johnson selama lebih kurang 15 tahun. Salah satu kata mutiara kegemaran Roshan ialah “Hidup adalah sama ada sebuah pengembaraan yang berani atau sesuatu yang tidak ada apa-apa pun” (Helen Keller).

Buku ini mengandungi lapan belas bab (kegemaran saya ialah bab ke 5 yang mengisahkan tentang kepimpinan Jose Mourinho):

Bab 1: Mengapakah Ianya Berbaloi Sekiranya Anda Mengotorkan Tangan Anda?
Bab 2: Tidak Mengapa, Biarkan mereka GAGAL!
Bab 3: Kepimpinan itu sesuatu yang ekstrim
Bab 4: Ingin Menjadi Genius, Berlatih Sajalah!
Bab 5: Membina Pasukan Berprestasi Tinggi – Pengajaran dari Kepimpinan “The Special One”
Bab 6: Perbaiki Tingkap Anda yang Rosak
Bab 7: Berbaloi ada Keriangan di Tempat Kerja
Bab 8: Jangan Bersaing, Berkolaborasilah
Bab 9: Diam dan Camkan Gorila
Bab 10: Sekarang Semua Orang Boleh Berangan menjadi Keusahawan
Bab 11: Luaskan Minda Anda
Bab 12: Kaedah “Pementoran Terbalik” terbukti Berhasil
Bab 13: Urusniaga yang Digerakkan oleh Tujuan
Bab 14: Untuk Membina seorang Pemimpin, Sebuah Komuniti Diperlukan
Bab 15: Pasukan Impian Tinggal Satu Impian
Bab 16: Tiada yang Mustahil
Bab 17: Apakah Strategi Kasih Sayang Anda?
Bab 18: Ini untuk Mereka yang ‘Gila’

Kamu boleh mencari buku ini di MPH bookstore. Ianya diterbitkan dan diedar oleh MPH Sdn Bhd. Cepat la beli sebelum habis :) [P.s: Pihak MPH Malaysia boleh bagi commission ka?]


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]