Showing posts with label Visi. Show all posts
Showing posts with label Visi. Show all posts

Wednesday, September 25, 2019

Angelus' Quote: Most of the Greatest Leaders are Readers



Tan Sri Muhyiddin Yassin said of Tun Dr. Mahathir, when he was appointed as a national reading icon as he was a voracious reader: “Reading has certainly helped in making him a leader with vision and knowledge" 😉 #GrowingLeader #ServeToLead

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Tuesday, September 3, 2019

Tiga (3) Perkara tentang Kepimpin Yang Dipelajari Apabila Menaiki Gunung



Ada Tiga (3) Perkara tentang Kepimpinan yang saya belajar apabila menaiki gunung bersama-sama dengan kawan-kawan 🙃😉😀:

#1 Pemimpin yang Berada di Depan - menyediakan VISI ⚛ Antara semua kawan yang bersama dengan saya apabila menaiki gunung Santubong, saya paling berpengalaman. Tugas utama saya ialah untuk menunjukkan kepada mereka jalan yang betul dan sebolehnya - selamat (tidak ada jaminan bahawa ia sentiasa selamat). Pemimpin yang berada dihadapan juga akan menentukan kelajuan pergerakan supaya yang lain tidak terlalu jauh tertinggal. VISI sangat penting kerana jika pemimpin tidak ada visi, dia sendiri akan sesat dan membawa orang lain bersamanya. Apakah VISI kamu sebagai seorang pemimpin?

#2 Pemimpin yang Berada di Belakang - mempunyai HATI HAMBA 🖤 Kadang-kadang Yohanes berada di belakang; kadang-kadang Finiks. Tugas utama orang yang berada di belakang ialah dia harus memastikan bahawa semua orang selamat, memberi tunjuk-ajar dan memberikan semangat kepada mereka yang dihadapannya. Dia sebenarnya boleh pergi laju lagi tetapi kerana dia peduli tentang orang lain, dia sanggup berada dibelakang. Adakah kamu seorang pemimpin yang mempunyai HATI HAMBA?

#3 Para Pengikut yang Berada di Tengah - Mereka MENGAMBIL RISIKO ⚡ Orang yang sangat suka akan cabaran dan yang sanggup mengambil risiko ialah Elly. Dia akan menjadi berani, bersemangat dan berdedikasi jika ada orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang memimpin dia. Keinginan sudah ada cuma perlukan inspirasi dan motivasi. Para pengikut banyak mengambil risiko kerana mereka sanggup meletakkan harapan, kepercayaan dan kesetiaan kepada para pemimpin. Tanpa para pengikut, pemimpin tidak berguna (Ingat: Setiap kita ialah pemimpin bagi orang lain dan pada masa yang sama ialah pengikut bagi orang lain juga). Adakah kamu seorang pemimpin yang sanggup MENGAMBIL RISIKO?

#ServeToLead
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, April 10, 2019

5 Sebab Orang Tidak Mengikuti Kepimpinan Kamu

Ramai yang mahu menjadi pemimpin. Ini perkara yang baik, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu mahu melayani orang lain :) Tetapi soalan yang setiap pemimpin harus tanya diri sendiri ialah: "Kemana saya akan bawa orang yang mengikuti saya? Apa visi atau matlamat kita?" (Lihat Sebab #1) Pemimpin harus - memimpin, kan? Jadi... Kemana?



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, November 28, 2018

Angelus' Quote: Jangan Berputus Asa


"Terah membawa Abram anaknya... keluar bersama-sama dari Ur-Kasdim untuk pergi ke Tanah Kanaan. Tetapi ketika sampai di Haran, mereka pun menetap di sana"
(Kejadian 11:31,
AVB)

Kenapa Terah berhenti di Haran? Bila saya melihat map dari Ur-Kasdim ke Tanah Kanaan, perjalanan Terah dan keluarganya memang sukar. Terah ada banyak haiwan ternakan, harta benda, keluarga dan sanak saudara. Lagipun mereka hanya berjalan kaki atau menunggang keldai (atau unta?) 4,000 tahun dahulu. Mungkin setelah sekian lama mereka mengembara, Terah berkata, "Saya sudah tidak larat lagi... Sampai bila? Saya tahu ini bukan Tanah Kanaan, tetapi lebih baik saya dan keluarga menetap di sini. Di sini nampak baik."

Mungkin seperti Terah, bapa Abraham, kamu sudah bersedia untuk berputus asa. "Saya sudah tidak larat"; " Sampai bila?"; "Di sini nampak baik." Kamu sudah pergi dan hampir mencapai impian dan cita-cita kamu, sekarang kamu sudah mahu berhenti? Kamu sudah selesa dengan keadaan kamu sekarang? Kamu berhenti di 'Ur-Kasdim' dan bukannya 'Tanah Kanaan'? Mungkin Terah tidak sedar bahawa Tanah Kanaan juga dipanggil (dalam bab-bab seterusnya) Tanah Perjanjian, "tanah yang berlimpah-limpah susu dan madu"?

Jika kamu sudah hampir berputus asa, saya ingin mencabar kamu untuk meneruskan 'pengembaraan' dalam kehidupan kamu. Adakah impian kamu datang dari TUHAN dan/atau akan memberikan kemuliaaan kepada-Nya? Jika ya, jangan berputus asa! Ambil balik bagasi kamu, simpan balik khemah kamu, kemas peralatan kamu dan mula lagi. "Nampak baik" tidak semestinya yang terbaik untuk kamu. Keluar. Pergi. Maju. Kamu lebih dari pemenang. Kamu diciptakan untuk melakukan kehendak-Nya. Berdoa supaya kamu dapat melihat visi Allah dalam impian kamu.

Sekarang kamu mungkin tertangguh... Tidak apa. Singgah di 'Ur-Kasdim' itu perlu, cuma, jangan menetap di sana. Malam ini atau esok pagi, dongakan matamu ke arah 'Tanah Kanaan'... Keluar... Pergi... sehingga kamu sampai ke destinasi. Jangan berputus asa. Jika TUHAN yang memberi visi, Dia akan juga memberikan kekuatan kepada kamu.

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, December 12, 2013

Cabaran untuk Misi: Berdoalah kepada Bapa untuk Menghantar Penuai


“Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, ‘Tuaian sungguh banyak, tetapi penuai hanya sedikit. Berdoalah kepada pemilik tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian’” (Matius 9:37-38, BM).

Secara manusiawi, pelayanan misi merupakan suatu panggilan TUHAN yang mustahil untuk dilakukan. Ada lebih ramai lagi orang yang belum mengenal Tuhan Yesus secara peribadi sekarang berbanding dengan 50 tahun dahulu (tahun Jubli bagi Malaysia) walaupun banyak usaha telah dilakukan. Apakah penyelesaian bagi masalah ini? “Duit!” jawab seseorang. “Marilah kita mengumpul duit sebanyak yang boleh bagi tujuan penginjilan di seluruh Malaysia dan dunia.” “Pekerja!” jawab seorang lagi. “Jika kita ada pekerja yang cukup, kita boleh menggenapi Amanat Agung untuk generasi sekarang.” Tidak, saudara-saudariku di dalam Kristus, ini bukan caranya TUHAN bekerja. Walau betapa pentingnya duit atau pekerja itu, ia tidak mampu untuk melakukan panggilan-Nya.

Baca Firman ini sekali lagi: “Tuaian sungguh banyak, tetapi penuai hanya sedikit”. Inilah masalah sebenar yang kita perlu tahu – pekerjaan yang sangat besar tetapi bilangan pekerja yang tidak mencukupi. Sungguh sedih, kan? Jangan bimbang, kita masih ada harapan. Firman Tuhan Yesus tidak terhenti di situ. Puji TUHAN, Dia ada penyelesaian bagi masalah ini. Dia berfirman lagi: “Berdoalah kepada pemilik tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian”. Berdoalah!

Kita sebenarnya sudah ada ramai penuai atau pekerja (ini termasuk saya dan kamu juga), tetapi ‘pekerja’ yang ada sekarang kebanyakkannya pemalas, tidak taat kepada perintah Amanat Agung dan kemungkinan besar juga tidak mengenal Tuhan Yesus secara peribadi. Mereka tidak tahu apakah misi mereka sebenarnya dan isi hati TUHAN terhadap orang yang belum mengenal-Nya. Mereka belajar banyak tentang teologi Kristian & doktrin Alkitab dan penuh dengan idea untuk melakukan aktiviti-aktiviti sosial atau kebajikan tetapi langsung tidak peduli akan keperluan rohani orang yang belum mengenal Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. Sebab itulah, walaupun kelihatan seperti ramai pekerja, sebenarnya “penuai hanya sedikit”.

Oleh itu, “Berdoalah kepada [TUHAN] supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian”! Kita perlu berdoa supaya pekerja sebenar, yang komited, yang benar-benar mengasihi Tuhan Yesus, yang dipenuhi oleh Roh Kudus, yang terbeban dengan isi hati Bapa yang disyurga – akan bangkit dan bekerja diladang TUHAN. Merekalah (saya berharap kamu termasuk di dalam golongan ini) yang akan diberkati dan memberkati beribu-ribu, berjuta-juta orang lain! Kita ada jalan penyelesaiannya: berdoa. Berdoalah kepada TUHAN, Dia pasti akan menghantar pekerja yang sebenar. Ini ialah rahsia pelayanan misi yang mesti kita lakukan – “BERDOALAH!”.

“Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia
dan jadikanlah mereka pengikut-Ku”
(Yesus Kristus, Matius 28:19, BM)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, December 11, 2013

Cabaran untuk Misi: Melihat Dunia dengan Mata Yesus



 
“Kamu berkata, ‘Masih empat bulan lagi sebelum musim menuai.’
Tetapi Aku berkata kepada kamu,
pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!”
(Yesus Kristus, Yohanes 4:35, BM)

Ramai orang Kristian tidak menpunyai visi atau pengetahuan atau beban terhadap orang yang belum mengenal Tuhan Yesus. Oleh itu, saya melihat banyak pembaziran yang dilakukan untuk membina gereja yang besar dan cantik dan untuk membeli peralatan-peralatan teknologi yang canggih (dalam skala yang berlebihan) sementara pada masa yang sama ramai lagi orang di luar sana tidak pernah atau berpeluang langsung untuk mendengar Berita Baik tentang Yesus Kristus. Jika kita benar-benar melihat dunia seperti mana mata Yesus melihat, kita tidak mungkin akan membazirkan wang atau harta benda kita untuk batu-bata, konsert-konsert, persembahan hiburan semata-mata – tetapi untuk menjangkau jiwa-jiwa yang hilang bagi Yesus.

Marilah kita melihat! Melihat ke arah yang jarang kita lihat melalui mata Yesus. Memandang ke arah “ladang yang sudah menguning” di Sarawak, Sabah, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, China, India, Indonesia, Thailand, Timor Leste dan sebagainya. Marilah kita mendengar Firman Yesus dan merasa beban-Nya terhadap orang yang belum mengenal-Nya: “Aku berkata kepada kamu, pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!”

Pernahkah kamu memandang ladang yang sudah “siap untuk dituai” di rumah-rumah panjang di pendalaman negeri Sabah dan Sarawak atau penduduk-penduduk orang asli di semenanjung Malaysia atau rakan-rakan di kolej dan universiti dan tempat kerja atau di komuniti tempat kamu tinggal? Jadi kamu tahu apa maksud Firman Yesus itu. Betapa beratnya beban Yesus kepada mereka dan betapa segeranya keperluan rohani yang mereka perlukan sekarang! Ramai orang yang belum mengenal TUHAN yang hidup telah dirantai oleh peraturan-peraturan dan undang-undang agama, tradisi manusia yang membebankan, kepercayaan nenek moyang dan tipu muslihat Iblis – memerlukan Penyelamat iaitu Yesus Kristus dengan segera sekarang. Kenapa? Sebab ladang yang sudah menguning harus dituai cepat sebelum ia tidak tumbuh lagi dan mati untuk selama-lamanya.

Begitu juga dengan ladang di dalam jiwa setiap manusia. Generasi sekarang hanya boleh menjangkau generasi sekarang. Oleh itu, kita harus menjangkau jiwa untuk generasi ini dengan segera. Jika pekerja-pekerja Tuhan tidak bekerja dengan cepat dan segera, jika kita tidak menggunakan peluang sementara masa masih ada, “ladang yang sudah menguning” sekarang – generasi sekarang – akan hilang selama-lamanya.  
Sekarang mungkin ialah peluang terakhir untuk kita menunjukkan kepada Tuhan Yesus betapa kita mengasihi Dia. Ada diantara kita yang sedang membaca blog ini mungkin tidak akan mempunyai peluang yang lama. “Malam akan tiba dan tidak seorang pun dapat melakukan apa-apa” (Yohanes 9:4b). Bagi kebanyakkan kita pula “hari masih terang” (9:4a).

Ada sesetengah orang daripada kita masih lagi hidup untuk diri sendiri sahaja. Dan sekarang tahun untuk dia hidup sudah semakin singkat. Sehingga sekarang dia masih lagi belum menunjukkan kasihnya kepada Yesus dengan melakukan sesuatu yang benar-benar bernilai bagi-Nya. Hey orang Kristian, marilah kita bangkit dan pergi menuai jiwa-jiwa untuk Yesus! Peluang terakhir untuk kita berbuat begitu akan hilang tidak lama lagi. Dengan nama Allah Bapa, Yesus Kristus dan Roh Kudus bukakanlah matamu dan “pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!”

“Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia
dan jadikanlah mereka pengikut-Ku”
(Yesus Kristus, Matius 28:19, BM)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]