Showing posts with label Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin. Show all posts

Tuesday, September 7, 2021

Markus 10:41-45 Kenapa Yesus Ialah Pemimpin Agung? (#InjilMarkus S.1 E.80)

Ray Comfort, seorang penginjil, berkata, "Membandingkan Yesus dengan pemimpin-pemimpin dunia yang hebat ialah seperti membandingkan matahari dengan lampu suluh tanpa bateri." Betul! Tunjukkan pemimpin yang mengajar jika hendak menjadi orang besar harus melayani dan menjadi hamba semua orang? Siapa pemimpin yang "datang bukan untuk dilayan tetapi untuk melayan"? Mana pemimpin yang sanggup "menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi orang ramai"? None but Jesus #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Lima (5) Punca Krisis Dalam Kepimpinan (LEGASI.tv Interview S.1 E.8) Bersama Eddy Weerence

Salah satu kaedah menilai kualiti kepimpinan seseorang adalah bagaimana cara individu itu menangani sesuatu krisis. Satu lagi ialah dengan tidak menjadi punca krisis itu sendiri. Krisis boleh dibahagikan kepada 1) yang tidak boleh dikawal (contoh, Covid-19) dan 2) yang datang daripada para pemimpin itu sendiri. Dalam temu bual saya dengan Bro Eddy Weerence, pemimpin senior D'Victorious Youth, kami akan membincangkan perkara 2). Eddy akan berkongsi kepada kita Lima Punca (Utama) Krisis dalam Kepimpinan.


Untuk menghubungi Bro Eddy, FOLLOW:


Kamu juga boleh menonton Interview ini dan banyak lagi di YouTube, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LEGASItvInterviews

#ServeToLead #LEGASIInterview #GrowingLeader #PuncaKrisisKepimpinan #KarakterSeorangPemimpin #LeadersAreReaders #DVictorious


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Pemimpin, Pastikan Kamu MEMIMPIN


Apabila keadaan baik, semua orang boleh berjanji itu ini, berkhutbah cantik, menunjukkan siapa yang berkuasa, pilihan raya yang gemilang dan sebagainya. Tetapi apabila keadaan menjadi kritikal, inilah masanya fikiran dan perbuatan berubah, jurang diantara yang mana pemimpin palsu dan yang mana benar menjadi besar. Tetapi masa belum terlambat untuk bertindak... ambil peluang ini.

Jika kamu seorang pemimpin tanya orang yang dalam pemimpinan kamu, "Apa khabar?" dan jadi perihatin. Jika kamu tidak boleh membantu dari segi wang dan makanan, jadilah pendengar yang baik yang cuba untuk memahami perasaan dan keadaan orang lain. Mungkin kamu boleh menjadi penghubung kepada orang yang boleh membantu. Jika kamu staff di universiti, tanya para pelajar. Jika kamu pemimpin CF, tanya ahli-ahli yang lain. Jika kamu anak sulung, tanya ahli keluarga yang lain. Inilah masanya untuk - MEMIMPIN! Jangan hanya selepas hujan, barulah kamu mengenalkan diri... #ServeToLead #AmbilPeduli #MyBrothersKeeper

P.s: Tidak perlu ambil gambar atau video apabila kamu membantu. Jangan jadi hipokrit. Ini bukan tayangan, ini TANGGUNGJAWAB


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, September 3, 2019

Angelus' Quote: Pemimpin, Kesabaran dan Memaafkan Orang Lain



Masalah dan bergolakkan dalam kepimpinan dan hubungan sesama kita lambat-laun akan memberi tekanan dan konflik yang tidak dapat dielakan diantara para pemimpin dan para pengikut 😤😡😠 Pemimpin yang bijaksana akan mengajar orang untuk saling bermaafan, mengakui kesalahan (jika ada), dan mengambil tindakan dan bertanggungjawab atas sesuatu perkara yang mungkin timbul.

Alkitab mengatakan: "Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri" (Kolose 3:13) 🙏👍🤜

Sebagai pemimpin, kamu harus menjadi teladan bagi - orang Kristian dan orang bukan Kristian - semua orang. Cuba menyelesaikan masalah dengan penuh bertanggungjawab, disiplin, berfikiran rasional dan kesabaran. Ingat, lakukan kepada orang apa yang Tuhan telah lakukan kepada kamu - mengampuni 😉
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, September 2, 2019

Lima (5) Perkara Seorang Pemimpin Harus Hentikan


Ada 5 perkara yang pemimpin harus hentikan 🖐 kerana ia akan mengehadkan pontensi dan keefektifan kamu sebagai seorang pemimpin 😀👊








THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Pemimpin Harus Sentiasa Bertumbuh



Perhatikan situasi ini disekeliling kamu 👀 pasti kamu sedar akan hal ini: Bila pemimpin sendiri tidak mahu berubah dan bertumbuh tetapi mengharapkan orang yang dibawah pimpinan dia HARUS, lambat laun, suatu masa nanti (atau tidak lama lagi atau sudah) PASTI orang tidak akan mahu mengikuti dia lagi... ada yang mungkin masih ikut, tetapi terpaksa! 😏 Bila tiba masa dan keadaan yang sesuai, mereka akan lari 🏃🏃🏃

Adakah kamu seorang pemimpin yang bertumbuh? 😉
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, June 3, 2019

Angelus' Quote: Kepimpinan yang Sebenar melibatkan Orang Lain


Kejayaan setiap kumpulan dan organisasi bergantung kepada para pemimpinnya. Apakah yang menyebabkan orang mahu mengikut seseorang pemimpin? Apakah yang menyebabkan para pengikut sanggup bermati-matian untuk seorang pemimpin, manakala, ada juga yang merungut-rungut mengikuti arahan? Ada banyak faktor. Salah satu faktor yang paling penting ialah: Karakter.

Kepimpinan yang sebenar melibatkan orang lain. "Jika anda fikir anda sedang memimpin tetapi tidak ada orang yang mengikut anda dari belakang, maknanya anda hanya keluar berjalan-jalan." Orang tidak akan percaya kepada pemimpin yang mempunyai karakter yang tidak baik dan mereka tidak mungkin mahu mengikutinya 🚶🏃👤👥
_______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 13, 2019

Angelus' Quote: Pemimpin dan Komunikasi



Gilbert Amelio, presiden and CEO National Semiconductor Corp, berkata: "Kebolehan berkomunikasi dengan baik penting kepada pemimpin efektif. Pemimpin itu perlu tahu bagaimana mahu berkongsi maklumat dan ideanya, dan menyampaikan kepentingan maklumat itu kepada orang lain. Jika dia tidak mampu berbuat demikian dan mendorong orang lain supaya bertindak, maka memiliki idea itu juga tiada gunanya."

Orang tidak akan mahu mengikut kamu jika mereka tidak faham apa sebenarnya yang kamu mahukan dan ke mana arah tujuan kamu 😉 Gunakan empat (4) cara-cara ini:

1) Permudahkan mesej
2) Kenali audiens
3) Kena ikhlas
4) Perhatikan kesannya (sampai atau tidak)
____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, April 10, 2019

5 Sebab Orang Tidak Mengikuti Kepimpinan Kamu

Ramai yang mahu menjadi pemimpin. Ini perkara yang baik, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu mahu melayani orang lain :) Tetapi soalan yang setiap pemimpin harus tanya diri sendiri ialah: "Kemana saya akan bawa orang yang mengikuti saya? Apa visi atau matlamat kita?" (Lihat Sebab #1) Pemimpin harus - memimpin, kan? Jadi... Kemana?



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Hati Seorang Pemimpin: Pemimpin vs Janji

Perkataan boleh menjadi kawan atau lawan bagi seorang pemimpin. Semua kita termasuk saya sendiri pernah melakukan kesilapan dengan kata-kata apabila memimpin. Baca Pengkhutbah 5 dibawah, dan jadikan tiga pengajaran tentang 'Pemimpin vs Janji' ini sebagai peringatan bagi kita:

"Jagalah langkahmu ketika kamu berjalan ke Rumah Allah! Menghampiri bait itu untuk mendengar memang lebih baik daripada mempersembahkan korban sebagaimana yang dilakukan oleh kalangan bodoh yang tidak tahu bahawa mereka berbuat jahat. Janganlah terburu-buru berkata-kata dengan mulutmu, dan janganlah hatimu segera mengeluarkan perkataan di hadapan Allah, kerana Allah di syurga walhal kamu berada di bumi. Maka biarlah sedikit sahaja perkataanmu... Usah membiarkan mulutmu menyebabkan kamu berdosa, dan usah berkata di hadapan malaikat bahawa kamu tersilap. Mengapa sampai Allah perlu murka atas kata-katamu lalu merosakkan pekerjaan tanganmu? Terlalu banyak kata dan impian hanyalah kesia-siaan. Maka takutlah kepada Allah" (Pengkhutbah 5:1-2, 6-7, AVB).




THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

5 Ciri-Ciri Pemimpin yang Rendah Hati & Yakin

Bolehkah seorang pemimpin mempunyai keyakinan dan juga pada masa yang sama rendah hati? YA! Ada Lima (5) Ciri-ciri Pemimpin yang Rendah Hati & Yakin:





THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, April 6, 2019

Hati Seorang Pemimpin #7 Apa Yang Menjadikan Para Pengikut Setia Mengikuti Seorang Pemimpin?


Lalu timbullah keinginan dalam diri Daud, katanya, ‘Kalaulah ada orang yang memberi aku minum air dari perigi Betlehem yang berada berdekatan dengan pintu gerbang itu!’ Maka ketiga-tiga kesateria itu menerobos perkhemahan orang Filistin lalu menimba air daripada perigi Betlehem yang berada berdekatan dengan pintu gerbang itu. Mereka mengangkatnya dan membawanya kepada Daud. Namun demikian, dia tidak mahu meminumnya. Dia malah mencurahkannya sebagai persembahan kepada Tuhan.
(2 Samuel 23:15-16,
AVB)

Keinginan Daud seperti ini timbul secara tiba-tiba, tanpa perancangan, mungkin hanya menyebut. Tetapi bagi para pengikut Daud, apabila mereka mendengar kata-kata ini, mereka segera pergi ke kawasan musuh – mereka bertiga sahaja! – dan mengambil air yang diingini oleh Daud (mungkin air ini rasa seperti Coca Cola yang sejuk. Bayangkan hari panas… uhhh…). Daud tidak mengarahkan atau meminta daripada mereka, mereka membuat inisiatif sendiri.

Kesetiaan dan hormat kepada seorang pemimpin seperti ini tidak boleh datang dari deskripsi pekerjaan. Kesetiaan seperti ini hanya boleh datang dari contoh dan perwatakan yang sama. Daud mempunyai pengikut seperti ini – mereka yang sanggup mengambil risiko, inisiatif dan setia – kerana dia sendiri telah menunjukkan teladan yang sama kepada para pengikutnya (ingat lagi bagaimana Daud melayani Raja Saul?). Pemimpin yang setia akan menginspirasikan para pengikut yang setia.

Sikap dan komitmen yang ditunjukkan oleh tiga orang kesateria ini menyebabkan Daud bertindak seperti yang ditulis pada ayat 16. Daud menghargai pengorbanan mereka dengan mencurahkan air itu “sebagai persembahan kepada Tuhan.” Lihat sikap para kesatria ini. Lihat bagaimana Daud memimpin mereka. Lihat contoh yang diberikan oleh Daud kepada mereka… siapa yang tidak mahu mengikut pemimpin seperti ini?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI
LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv 

Best Blogger Tips

Tuesday, April 2, 2019

Hati Seorang Pemimpin #6 Apabila Misi Lebih Kuat daripada Besi Penjara


Aku ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, bahawa segala yang telah berlaku kepadaku sebenarnya semakin memajukan penyebaran Injil. Dengan demikian, nyatalah dalam kalangan seluruh pengawal istana dan orang ramai bahawa aku dipenjarakan kerana Kristus. Juga, kebanyakkan saudara kita dalam Tuhan menjadi yakin kerana aku dipenjarakan, mereka semakin berani menyebarkan firman Allah tanpa ketakutan.”
(Filipi 1:12-14,
AVB)

Saya rasa tidak salah kalau rasul Paulus mahu mengambil cuti sementara daripada penginjilan. Apabila dia dipenjarakan di Rom, tiada siapa yang boleh salahkan dia jika dia mengambil keputusan untuk berehat daripada pelayanan. Akan tetapi, Paulus tetap ingin mengambil peluang sepenuhnya untuk memberitakan Injil tentang Yesus Kristus dimana sahaja dia berada. Paulus ialah seorang pemimpin yang tidak mudah menyimpang daripada misinya. Dia bertekat untuk meninggalkan legasi (ya, seperti LEGASI.tv) dimana sahaja dia pergi atau ditempatkan.

Paulus berada di penjara apabila dia menulis Surat kepada Para Jemaat di Filipi. Bagaimana misi boleh memberi semangat kepada Paulus untuk terus melayani walaupun dia dipenjarakan kerana Injil Kristus? Apa yang kita boleh belajar daripada Paulus tentang misi? Bagi saya, ada beberapa hal para pemimpin boleh belajar:

Misi akan membangkitkan semangat dan motivasi kamu
Misi akan membolehkan kamu tahu apa yang penting dan apa yang tidak
Misi akan meningkatkan potensi kepimpinan kamu
Misi akan memberi tujuan bagi hidup kamu
Misi akan menolong kamu mengukur kejayaan atau perkembangan kamu sekarang
Misi akan mendorong orang lain mengikuti teladan atau contoh kamu

Apabila Paulus berpegang kepada misi yang diberikan Tuhan Yesus kepadanya, dia bukan hanya menjadi lebih berani, malah dia juga menyebabkan para pengikut Kristus yang lain “menjadi yakin” dan “tanpa ketakutan.”

Apakah misi yang TUHAN letakkan di dalam hati kamu sebagai pemimpin?
Adakah kamu hidup (atau melayani) berdasarkan misi itu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI


LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

Monday, March 25, 2019

Pemimpin CF #8 Seorang Yang Berani & Rendah Hati


Jika seorang pemimpin itu,


Jika kamu berani tetapi tidak ada kerendahan hati, kamu akan menjadi sombong. Kamu akan menyangka bahawa kejayaan kepimpinan kamu itu datang daripada kamu sendiri. Kamu akan memandang rendah dengan team yang lain dan mengandalkan kekuatan sendiri. Selain itu, kamu akan lebih cenderung untuk menggunakan posisi kamu untuk memimpin dan ini juga boleh dikira sebagai ‘pembuli.’ Tetapi jika kamu seorang yang kurang berkeyakinan tetapi memiliki kerendahan hati, kamu tidak akan memberi apa-apa impak dalam kepimpinan kamu. Tidak ada inovasi, kurang idea baru dan bergantung dengan tradisi CF yang lama. Kerendahan hati tanpa tindakkan dan initiatif hanya melayakkan kamu untuk menjadi pengikut sahaja. Kamu akan menjadi pengikut yang baik tetapi tidak cukup untuk dipanggil seorang pemimpin.

Sebagai pemimpin Christian Fellowship (CF), kamu harus ada kedua-duanya. PEMIMPIN = BERANI + RENDAH HATI. Keberanian sangat diperlukan kerana seorang pemimpin harus melakukan apa yang benar walaupun ianya sukar. Selain daripada itu, kamu juga perlu membuat keputusan yang berat (mungkin ada yang tidak suka) dan jika kamu ingin memimpin dengan cara dan personaliti kamu sendiri, kamu kena berani melakukan perubahan. Apabila ada konflik dan kekeliruan di dalam sesebuah team, pemimpin harus berani bertindak dan menyelesaikan masalah itu. Pemimpin yang berani tidak bererti dia tidak takut apa-apa – disebalik ketakutannya, dia bertindak! Tetapi keberanian harus diikuti dengan rendah hati. Rendah hati ini berbeza dengan rendah diri. Rick Warren, penulis buku The Purpose Driven Life, menerangkan, “Rendah hati tidak bermaksud kamu kena memikirkan kekurangan sendiri, tetapi ia bermaksud kamu kurang memikirkan tentang diri sendiri.” Apabila kamu berani dan rendah hati melayani, fokus kamu tidak akan kepada diri sendiri, tetapi orang lain.

Apabila saya membaca tentang nabi Daniel di dalam Perjanjian Lama, saya melihat dia memiliki kedua-dua ciri kepimpinan ini. Dalam Daniel 2:27-28, kita boleh melihat bahawa Daniel seorang yang berani dan juga rendah hati. Untuk menghadap dan bercakap dihadapan raja Babel, Nebukadnezar yang agung dan berkuasa, Daniel harus berani (kamu harus tahu bahawa bukan calang-calang orang yang boleh bercakap dengan raja seperti ini). Dia juga berani untuk menyatakan kebenaran: “Rahsia yang ditanyakan Raja tidak dapat diberitahukan kepada Raja oleh orang bijak, ahli mantera, ahli ilmu ghaib, dan jurufaal” (ayat 27). Tetapi disebalik keberanian dia, Daniel juga memiliki kerendahan hati: “Akan tetapi, di syurga ada Allah yang sanggup menyingkapkan rahsia…” (ayat 28). Daniel tahu dia tidak tahu dan dia sedar hanya TUHAN sahaja yang tahu. Wow!

Ada empat (4) cara untuk kamu menjadi seorang pemimpin yang berani dan rendah hati:

#1 Mengetahui Kekuatan dan Kelemahan Sendiri. Secara jujur, tanya diri sendiri. Pada pendapat saya, lebih baik kamu sedar dahulu kekuatan/kelemahan kamu daripada orang lain yang mengatakannya. Tanya juga dengan orang yang terdekat dengan kamu seperti ahli keluarga, kawan-kawan, mentor dan rakan-rakan yang melayani bersama-sama dengan kamu. Kamu perlu tahu kekuatan kamu supaya kamu boleh memimpin dengan lebih yakin; dan tahu kelemahan kamu supaya kamu ada rendah hati dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

#2 Mengetahui Bahawa Kekuatan Kamu Boleh Menjadi Kelemahan Kamu. Ini antara kos sekiranya seorang pemimpin itu tidak mempunyai kerendahan hati. Kadang-kadang, kekuatan kamu juga boleh menjadi kelemahan. Contohnya, saya sangat efektif dalam mengajar Alkitab (kekuatan) tetapi lama-kelamaan saya tidak lagi mahu belajar daripada orang lain (kelemahan) dan beranggapan saya sudah tahu semua (kelemahan).

#3 Menjadikan Kelemahan Kamu Sebagai Kekuatan. Tusy ialah salah seorang daripada AJK CF yang agak pemalu (dengan orang baru) dan seorang yang introvert. Mungkin bagi dia ini ialah kelemahannya, tetapi apabila saya melihat dia melayani dengan penuh semangat dan komitmen terutamanya dibelakang tabir, ini sebenarnya kekuatan dia. Sebagai seorang pemimpin, jika kamu menyatakan kelemahan kamu dengan berani dihadapan team dan tetap bersemangat untuk melayani, kamu sebenarnya menjadikan kelemahan kamu sebagai kekuatan.

#4 Melayani dengan Mengandalkan Kekuatan TUHAN. Walau seberapa yakin dan berani kamu memimpin, walaupun kamu rendah hati, semua kita – pemimpin atau bakal menjadi pemimpin – harus mengandalkan kekuatan Tuhan. Dalam Zakharia 4:6, Allah berfirman: “Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku.” Begitu juga bagaimana kita memimpin di CF – melalui kekuatan Allah dan pimpinan Roh Kudus.  

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Belum lagi menonton video Pemimpin CF #8? KLIK DI SINI
Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

Sunday, March 17, 2019

Hati Seorang Pemimpin #5 Mengambil Tanggungjawab Apabila Mengalami Kegagalan

Jawab manusia itu, ‘Perempuan yang kautempatkan bersama-samaku itulah yang memberikan kepadaku buah daripada pokok itu, maka aku memakan buah itu’
(Kejadian 3:12, AVB)

Apabila ada perkara yang tidak diingini berlaku, reaksi yang biasa akan kita lakukan ialah menunding jari kepada orang lain (atau tidak mahu bertanggungjawab). Semua ini pernah terjadi suatu masa dahulu, dari awal penciptaan manusia – di Taman Eden. Apabila TUHAN bertanya kepada Adam, Adam menuduh Hawa. Kemudian, bila TUHAN bertanya kepada Hawa, dia menuduh si ular. Perkara yang sama juga terjadi sekarang.

Jika kamu ada mengalami kegagalan, fikirkan tentang kenapa kamu gagal dahulu dan bukannya siapa yang bersalah. Cuba melihat situasi itu secara objektif supaya kamu boleh melakukan yang terbaik lagi untuk masa akan datang. Tanya diri kamu sendiri tiga soalan-soalan ini:

Pemimpin yang suka menunding jari dan menuduh orang lain (dulu) apabila mengalami kegagalan tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik. Untuk mencapai potensi kamu, kamu harus cuba untuk memperbaiki diri kamu sendiri, dan ia tidak akan terjadi sekiranya kamu tidak mengambil tanggungjawab atas perbuatan dan tindakkan kamu dan tidak mahu belajar daripada kesilapan.

Bagaimana kamu menghadapi kegagalan?
Adakah kamu akan menuduh orang lain dulu
atau kamu cuba untuk memperbetulkan diri sendiri dulu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv


Best Blogger Tips

Tuesday, March 12, 2019

Hati Seorang Pemimpin #4 Berhati-Hati dari Mana Kamu Beroleh Nasihat

Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim
atau berdiri di jalan orang berdosa
atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
Tetapi dia bersukacita dengan hukum TUHAN,
dan merenung hukum-Nya siang dan malam.
Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.”
(Mazmur 1:1-3, AVB)

Penulis Mazmur 1 menulis tentang perbezaan diantara orang yang benar dan orang yang berdosa. Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua orang ini ialah – dari mana mereka mendapat nasihat atau dari siapa mereka menerima nasihat. Perhatikan apa yang terjadi kepada pemimpin yang bodoh: a) Mereka menurut nasihat yang salah; b) Mereka mendengar ajaran yang menyimpang; dan c) Mereka mengikut para pemimpin yang sesat.

Pemimpin yang bijak pula “merenung hukum-Nya siang dan malam.” Perhatikan apa yang terjadi kepada mereka apabila mereka mentaati Firman Allah dan mendengar nasihat orang yang benar:


Jadi, biar saya bertanya dua soalan: Dari mana kamu mendapat nasihat atau siapa yang memberikan nasihat kepada kamu? Jika ia datang dari sumber yang negatif, bagaimana kamu boleh menjauhinya?

Ingat: Berhati-Hati Dari Mana Kamu Beroleh Nasihat.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, March 5, 2019

Hati Seorang Pemimpin #3 Memilih Untuk Melayani Orang Lain

Dengan demikian, Yesus berdiri lalu melucutkan jubah-Nya dan mengikat sehelai tuala di pinggang-Nya.
Kemudian Dia menuang air ke dalam sebuah baldi lalu membasuh kaki murid-murid-Nya
dan mengeringkannya dengan tuala di pinggang-Nya
.”
(Yohanes 13:4-5, AVB)

Apabila kamu memikirkan tentang pemimpin yang mempunyai hati hamba, apa yang kamu bayangkan? Pemimpin seperti ini bukannya mengenai posisi atau kedudukan. Ianya adalah suatu sikap. Kamu tentu sekali pernah berjumpa dengan seorang ‘pemimpin’ yang memiliki posisi yang tinggi tetapi mempunyai sikap yang rendah. Sama juga, kamu mungkin pernah berjumpa dengan seorang yang ikhlas melayani walaupun dia tidak mempunyai kedudukan yang tinggi. Pemimpin yang sebenar ialah seorang yang memilih untuk melayani orang lain, bukan seorang yang hanya bergantung dengan posisi atau kuasa. Pemimpin yang mempunyai hati hamba:


Pemimpin yang sebenar tidak akan menggunakan manipulasi dan mempromosikan diri sendiri sebagai motivasi untuk melayani. Bukti utama seorang pemimpin yang sebenar – yang mempunyai hati hamba – ialah dia memilih untuk melayani orang lain. Dari mana sumber atau motivasi dia sebenarnya? Dari Kasih Allah.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.



Best Blogger Tips

Friday, March 1, 2019

Hati Seorang Pemimpin #2 Siapa Diri Kamu akan Mempengaruhi Para Pengikut


Semua orang yang ada dalam kesesakan, yang berhutang, dan yang sakit hati juga datang berkumpul bersama-sama [Daud], dan dia menjadi ketua mereka. Ada kira-kira empat ratus orang lelaki yang menyertainya.”
(1 Samuel 22:2, AVB)

Orang yang tertarik dan mengikuti Daud semasa dia melarikan diri daripada Saul akhirnya menjadi seperti Daud sendiri. Ada dikalangan mereka juga pernah menewaskan para perwira gergasi orang Filistin, sama seperti Daud pernah membunuh Goliat dulu. Ini menunjukkan bahawa siapa diri kamu sebagai pemimpin akan menhasilkan para pengikut [yang juga para pemimpin] yang sama seperti kamu. Baca Kitab 1 & 2 Samuel dan kamu akan mendapati bahawa ada empat (4) kebenaran yang nyata di dalam kepimpinan Daud:


Cuba kamu lihat beberapa contoh para pengikut Daud. Dalam 2 Samuel 23, Alkitab mengatakan bahawa Yoseb Basebet menewaskan 800 orang musuh dengan menggunakan tombak dalam satu pertempuran (ayat 8); Eleazar menewaskan orang Filistin sehingga tangannya penat dan melekat pada pedangnya (ayat 9-10); Sama mengalahkan orang Filistin seorang diri ketika berdiri ditengah-tengah ladang (ayat 11-12). Daud menarik para pengikut yang sama seperti dia – orang yang berada dalam kesusahan. Dia juga melahirkan para pengikut seperti dia – pahlawan dan pemenang. Ingat: Siapa diri kamu sebagai pemimpin akan menhasilkan para pengikut yang sama seperti kamu.*

*diterjemah dan diubahsuai dari A Leader’s Heart: 365-Day Devotional Journal (2010) oleh John C. Maxwell

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKE, FOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

Hati Seorang Pemimpin #1 TUHAN Masih Memanggil dan Mengutus Pemimpin


“Berfirmanlah Allah, ‘Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi.’
(Kejadian 1:26,
AVB)

TUHAN ialah Pemimpin yang Sebenar, dan Dia telah memanggil setiap orang yang percaya kepada-Nya untuk menjadi pemimpin. Tuhan boleh membuat penciptaan dengan pelbagai cara, tetapi Dia telah memilih untuk mencipta manusia yang mempunyai roh, jiwa dan kelebihan untuk mengenali dan mengikuti-Nya. Walaupun TUHAN menciptakan kita, Dia tidak pernah memaksa manusia untuk mengikuti-Nya.

Apabila umat manusia jatuh ke dalam dosa, TUHAN boleh sahaja membuat rancangan Keselamatan tanpa melibatkan manusia, tetapi Dia telah memilih kita untuk terlibat di dalam rancangan-Nya dan untuk memimpin orang lain mengikuti-Nya. TUHAN telah membuatkan semua ini jelas apabila Dia berfirman, “Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi…” (Kejadian 1:28).

Panggilan untuk menjadi pemimpin adalah sangat konsisten dengan ajaran Alkitab. Apabila TUHAN mengingini satu bangsa untuk menjadi umat-Nya, Dia tidak memanggil semua orang. Dia memanggil seorang pemimpin – Abraham. Apabila TUHAN ingin menyelamatkan umat-Nya daripada perhambaan di Mesir, Dia tidak mengutus beberapa nabi. Dia mengutus seorang pemimpin – Musa. Apabila sudah tiba masanya untuk orang Israel pergi ke Tanah Perjanjian, mereka mengikuti seorang pemimpin – Yosua.

Setiapkali TUHAN ingin melakukan sesuatu yang luar biasa, Dia akan mengutus seorang pemimpin yang menyahut panggilan-Nya. Hari ini, TUHAN masih lagi memanggil para pemimpin untuk melakukan kehendak-Nya – bagi umat-Nya dan orang lain; di gereja dan di tempat kerja; di kampus dan dimana sahaja – tidak kira besar ataupun kecil.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKE, FOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]