Showing posts with label Panggilan. Show all posts
Showing posts with label Panggilan. Show all posts

Tuesday, June 22, 2021

Ramai Yang Dipanggil Tetapi Sedikit Yang Dipilih (Matius 22:1-14)

Siapa yang boleh pergi ke pusat membeli belah pada musim pandemik ini? Semua orang boleh.* Namun begitu, kita kena mengikuti SOP yang telah disediakan dan wajib memakai pelitup muka ��� "Boleh" tidak bermaksud sesuka hati kita sahaja, mesti ada syarat-syarat yang harus dipatuhi juga.

Siapa yang boleh masuk ke dalam Kerajaan Syurga? Semua orang yang telah mendengar tentang Injil Kristus boleh kerana semua orang - jika kamu membaca ini, kamu juga - telah dipanggil atau dijemput. Namun begitu, "boleh" tidak bermaksud kamu "akan" masuk. Hanya mereka yang mematuhi syarat-syarat Firman Allah (bukan sesuka hati) dan yang dipilih oleh Allah Bapa yang akan memasukinya ���⚡��� #ServeToLead #InjilMatius #RamaiDipanggilSedikitDipilih

Untuk mengetahui bagaimana untuk memasuki Kerajaan Syurga, dengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius155


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Pengikut Kristus Sebagai Warganegara Yang Baik (Matius 17:24-27)

 

Douglas Lim, dalam Lawak Ke Der 2015, kata kalau rakyat Malaysia dapat diskaun 6% cakap "sikitnya" tetapi bila kena GST 6% cakap "banyaknya" 🤣 Cukai oh cukai. Ada yang ingin memansuhkannya dan ada pula yang ingin melaksanakanya dengan cukai-cukai yang lain. Pemungut-pemungut cukai bertanya kepada rasul Petrus, "Adakah gurumu membayar cukai Bait Suci?" (Matius 17:24) Apakah respon Petrus dan penjelasan Yesus Kristus?

Jawapan dan tindakkan Yesus selepas itu akan memberikan kita - para pengikut-Nya - klu tentang tanggungjawab dan panggilan kita sebagai warganegara di dunia (lebih-lebih lagi di Malaysia) masakini 😉✅📖 #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius133 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius133

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Tuaian Banyak Tetapi Penuai Sedikit (Matius 9:35-38)


"Tuaian banyak sekali," kata Yesus Kristus selepas melihat orang ramai, "tetapi penuai hanya segelintir" (Matius 9:37). Jika dalam Perjanjian Baru sudah 'segelintir' bagaimana dengan sekarang? Ah, walaupun sudah tua kita masih belum serius tentang iman; kita fokus kepada aktiviti-aktiviti gereja kerana ini bermaksud kita tidak perlu keluar gereja; kita sangat berani menggelar diri kita pengikut Kristus tetapi takut untuk memberitakan tentang-Nya kepada orang lain.

Akhir zaman semakin dekat dan keadaan kita sekarang ialah klu yang hanya orang buta rohani sahaja yang tidak melihat. "Tuaian banyak sekali"... Apa respon kamu? #ServeToLead #InjilMatius #PanggilanUntukPenginjilan #DimanaPenuaiAkhirZaman #KedatanganYesusSemakinDekat

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Podcast > https://bit.ly/LegasiMatius72 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Siapa yang Yesus Pilih dalam Misi Penginjilan-Nya? (Matius 4:18-22)



Apabila Yesus berkata, "Ikutlah Aku dan Aku akan menjadikan kamu penjala insan" (Matius 4:19), ada tiga perkara yang harus kita tahu iaitu Tuhan Yesus yang

a) Memanggil kita dahulu (Dia pergi kepada mereka);
b) Menyediakan kita ("Aku akan menjadikan kamu..."); dan
c) Memastikan kita berhasil (Dia yang akan membawa "insan" kepada kita).

Melalui tiga asas ini, dalam Matius 4:18-22, kita akan mendapati bahawa ada tiga (3) ciri-ciri pengikut yang Yesus pilih dalam misi penginjilan-Nya. Selamat mendengar! #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, March 1, 2019

Hati Seorang Pemimpin #1 TUHAN Masih Memanggil dan Mengutus Pemimpin


“Berfirmanlah Allah, ‘Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi.’”
(Kejadian 1:26,
AVB)

TUHAN ialah Pemimpin yang Sebenar, dan Dia telah memanggil setiap orang yang percaya kepada-Nya untuk menjadi pemimpin. Tuhan boleh membuat penciptaan dengan pelbagai cara, tetapi Dia telah memilih untuk mencipta manusia yang mempunyai roh, jiwa dan kelebihan untuk mengenali dan mengikuti-Nya. Walaupun TUHAN menciptakan kita, Dia tidak pernah memaksa manusia untuk mengikuti-Nya.

Apabila umat manusia jatuh ke dalam dosa, TUHAN boleh sahaja membuat rancangan Keselamatan tanpa melibatkan manusia, tetapi Dia telah memilih kita untuk terlibat di dalam rancangan-Nya dan untuk memimpin orang lain mengikuti-Nya. TUHAN telah membuatkan semua ini jelas apabila Dia berfirman, “Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi…” (Kejadian 1:28).

Panggilan untuk menjadi pemimpin adalah sangat konsisten dengan ajaran Alkitab. Apabila TUHAN mengingini satu bangsa untuk menjadi umat-Nya, Dia tidak memanggil semua orang. Dia memanggil seorang pemimpin – Abraham. Apabila TUHAN ingin menyelamatkan umat-Nya daripada perhambaan di Mesir, Dia tidak mengutus beberapa nabi. Dia mengutus seorang pemimpin – Musa. Apabila sudah tiba masanya untuk orang Israel pergi ke Tanah Perjanjian, mereka mengikuti seorang pemimpin – Yosua.

Setiapkali TUHAN ingin melakukan sesuatu yang luar biasa, Dia akan mengutus seorang pemimpin yang menyahut panggilan-Nya. Hari ini, TUHAN masih lagi memanggil para pemimpin untuk melakukan kehendak-Nya – bagi umat-Nya dan orang lain; di gereja dan di tempat kerja; di kampus dan dimana sahaja – tidak kira besar ataupun kecil.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKE, FOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]