Showing posts with label Tanggungjawab. Show all posts
Showing posts with label Tanggungjawab. Show all posts

Sunday, February 28, 2021

Bawa Anak-Anak kepada Yesus (Matius 19:13-15)

 

Memang ini yang harus ditekankan bahawa kita sebagai anak-anak harus menghormati ibu bapa kita dan menjaga kebajikan mereka (Keluaran 20:12; Matius 15:4, 15:6, 19:19). Tetapi begitu juga, ibu bapa harus bertanggungjawab memerihara, memberi nasihat benar dan membawa anak-anak kepada Tuhan Yesus Kristus iaitu satu-satunya jalan kebenaran (Yohanes 14:6). Didiklah mereka untuk mengikuti-Nya "maka pada masa tuanya dia tidak menyimpang dari laluan itu" (Amsal 22:6).

Selepas kita melihat konteks dan mengkaji petikan dalam Matius 19:13-15, saya akan berkongsi lima (5) cara untuk membawa anak-anak kepada-Nya, samada sebagai ibu dan bapa atau sebagai umat Allah yang melihat mereka sebagai anak-anak rohani dalam Kristus 😊📖🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini👂 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius141

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Pengikut Kristus Sebagai Warganegara Yang Baik (Matius 17:24-27)

 

Douglas Lim, dalam Lawak Ke Der 2015, kata kalau rakyat Malaysia dapat diskaun 6% cakap "sikitnya" tetapi bila kena GST 6% cakap "banyaknya" 🤣 Cukai oh cukai. Ada yang ingin memansuhkannya dan ada pula yang ingin melaksanakanya dengan cukai-cukai yang lain. Pemungut-pemungut cukai bertanya kepada rasul Petrus, "Adakah gurumu membayar cukai Bait Suci?" (Matius 17:24) Apakah respon Petrus dan penjelasan Yesus Kristus?

Jawapan dan tindakkan Yesus selepas itu akan memberikan kita - para pengikut-Nya - klu tentang tanggungjawab dan panggilan kita sebagai warganegara di dunia (lebih-lebih lagi di Malaysia) masakini 😉✅📖 #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius133 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius133

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Kedaulatan & Penetapan TUHAN: Kerusakan Total & Tanggungjawab Manusia (Matius 16:2-3)

 

Apabila saya membaca tentang orang Farisi dan Saduki, saya melihat mereka sebagai orang yang buta rohani (Matius 16:1). Respon Yesus Kristus kepada mereka ialah: "Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat tanda-tanda di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami tanda-tanda zaman ini" (16:2-3). Alkitab Versi Borneo (AVB) sangat tepat untuk ayat ini, mereka "tidak dapat" atau "you cannot" (ESV, NIV) dan "can ye not" (KJV). Mereka tidak mahu dan mereka tidak dapat melihat secara rohani tentang siapa Yesus.

Bagaimana ini boleh terjadi? Dalam episod khas ini, saya ingin cuba menjelaskan tentang doktrin penetapan (predetermination) dan kerusakan total (total depravity) dan kebenaran tentang kedaulatan TUHAN (the sovereignty of God) and tanggungjawab manusia (human responsibility). Topik-topik ini sangat besar untuk satu episod podcast, tetapi ini yang saya percaya menurut - sebanyak atau sedikit yang saya faham - Firman Allah 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 📖 episod ini, KLIK DI SINI > Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius123 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius123

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Setiap Orang Harus Mempertanggungjawabkan Setiap Katanya (Matius 12:33-37)



Yesus Kristus berfirman: "Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan. Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuran sama ada kamu bersalah atau tidak, dan dengan kata-katamu sendiri pula kamu dihukum" (Matius 12:36-37). Wah! Semua kita harus mempertanggungjawabkan setiap kata kita. Setiap orang... Setiap kata... SEMUA!

Ini BERITA BURUK bagi saya. Sebelum ini saya banyak berbohong. Saya pernah menggunakan nama TUHAN untuk menghujat orang lain. Saya mengufuri Tuhan dengan lirik-lirik lagu yang memuja Iblis. Saya berkata bodoh kepada ibubapa saya. Saya mengucapkan kata benci kepada saudara-saudari seiman. Setiap kata akan digunakan untuk menghakimi saya. Tetapi ada BERITA BAIK untuk SEMUA... 🙏⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius98 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Kamu Ialah Jawapan Doa


Selalunya dan kebanyakkan doa kita sebenarnya boleh dijawab oleh kita sendiri. "Kenapa tidak ada orang bersihkan sampah sarap ini." Eh, kenapa bukan kamu? "Susunan kerusi ini senget!" Hello, kenapa tidak susun? "Oh TUHAN, tolong saya berhenti hisap rokok..." Yo, kenapa kamu masih menyalakan rokok? Hampir setiap masalah ada penyelesaiannya... Siapa? KAMU dan SAYA! #ServeToLead #KamuIalahJawapanDoa #DisiplinBerdoaDanBertindak #LogikKehidupan

Untuk menonton video-video tentang pembangunan diri, pergi ke > http://bit.ly/LegasiSelfDevelopment 

Untuk belajar 15 Laws of Growth (hukum-hukum bertumbuh), pergi ke > http://bit.ly/The15Laws 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, May 19, 2020

Memberitakan Injil & Tanggungjawab Social (Matius 6:33-34)


Apabila kita "mengutamakan kerajaan Allah serta perbenaran-Nya" (Matius 6:33), apabila kita fokus dengan hal-hal syurgawi, mempunyai hubungan dengan-Nya dan melakukan kehendak-Nya, maka, kita akan menjadi sangat berguna di dunia ini. Tetapi apabila kita khuatir, risau dan runsing akan hal-hal duniawi, kita langsung tidak berguna di dunia ini. Kenapa? Baca Matius 6:33-34 dan dengar episod podcast ini

#ServeToLead #InjilMatius #KerajaanAllahDanPerbenaranNya
KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius49 ATAU melalui Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Pemimpin, Pastikan Kamu MEMIMPIN


Apabila keadaan baik, semua orang boleh berjanji itu ini, berkhutbah cantik, menunjukkan siapa yang berkuasa, pilihan raya yang gemilang dan sebagainya. Tetapi apabila keadaan menjadi kritikal, inilah masanya fikiran dan perbuatan berubah, jurang diantara yang mana pemimpin palsu dan yang mana benar menjadi besar. Tetapi masa belum terlambat untuk bertindak... ambil peluang ini.

Jika kamu seorang pemimpin tanya orang yang dalam pemimpinan kamu, "Apa khabar?" dan jadi perihatin. Jika kamu tidak boleh membantu dari segi wang dan makanan, jadilah pendengar yang baik yang cuba untuk memahami perasaan dan keadaan orang lain. Mungkin kamu boleh menjadi penghubung kepada orang yang boleh membantu. Jika kamu staff di universiti, tanya para pelajar. Jika kamu pemimpin CF, tanya ahli-ahli yang lain. Jika kamu anak sulung, tanya ahli keluarga yang lain. Inilah masanya untuk - MEMIMPIN! Jangan hanya selepas hujan, barulah kamu mengenalkan diri... #ServeToLead #AmbilPeduli #MyBrothersKeeper

P.s: Tidak perlu ambil gambar atau video apabila kamu membantu. Jangan jadi hipokrit. Ini bukan tayangan, ini TANGGUNGJAWAB


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Angelus' Quote: Kebahagiaan Ialah Tanggungjawab Masing-Masing



Suatu ari, atuk ngembak cucunya pergi ke bandar ngan sekor keldai. Mulanya, atuk ya nyuruh cucunya nait keldai. Pasya, apabila orang nangga atuk ya jalan kaki, ada orang nok lalu sia madah, "Nangga ko miak ya, manja gilak eh, atuk disuruhnya jalan kaki."

Bila si atuk dengar ya, sik nyaman ati nya. Lalu nya nyuruh cucu nya berjalan lalu nya nait keldai ya. Ada gik orang madah, "Adoh orang tua ya, dera miak suruh jalan kaki." Alu atuk ya susah ati. Nya fikir bait seduak nya nait atas keldai ya. Tapi bila orang nangga, sida madah, "Kesian keldai ya, sik tau berbelas-kasihan ngan haiwan!" Akhir sekali, atuk ya fikir bagus sida duak cucu nya angkat keldai ya ke bandar. Bila orang nangga, sida geleng kepala, "Bodo alu juak!" 😁😂😅 #ServeToLead #KamekKitak
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, March 17, 2019

Hati Seorang Pemimpin #5 Mengambil Tanggungjawab Apabila Mengalami Kegagalan

“Jawab manusia itu, ‘Perempuan yang kautempatkan bersama-samaku itulah yang memberikan kepadaku buah daripada pokok itu, maka aku memakan buah itu’”
(Kejadian 3:12, AVB)

Apabila ada perkara yang tidak diingini berlaku, reaksi yang biasa akan kita lakukan ialah menunding jari kepada orang lain (atau tidak mahu bertanggungjawab). Semua ini pernah terjadi suatu masa dahulu, dari awal penciptaan manusia – di Taman Eden. Apabila TUHAN bertanya kepada Adam, Adam menuduh Hawa. Kemudian, bila TUHAN bertanya kepada Hawa, dia menuduh si ular. Perkara yang sama juga terjadi sekarang.

Jika kamu ada mengalami kegagalan, fikirkan tentang kenapa kamu gagal dahulu dan bukannya siapa yang bersalah. Cuba melihat situasi itu secara objektif supaya kamu boleh melakukan yang terbaik lagi untuk masa akan datang. Tanya diri kamu sendiri tiga soalan-soalan ini:

Pemimpin yang suka menunding jari dan menuduh orang lain (dulu) apabila mengalami kegagalan tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik. Untuk mencapai potensi kamu, kamu harus cuba untuk memperbaiki diri kamu sendiri, dan ia tidak akan terjadi sekiranya kamu tidak mengambil tanggungjawab atas perbuatan dan tindakkan kamu dan tidak mahu belajar daripada kesilapan.

Bagaimana kamu menghadapi kegagalan?
Adakah kamu akan menuduh orang lain dulu
atau kamu cuba untuk memperbetulkan diri sendiri dulu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKE, FOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv


Best Blogger Tips

Thursday, March 19, 2015

Penebangan Pokok, Kandungan Karbon Dioksida dan Pemanasan Global


“[TUHAN] Allah menempatkan manusia itu di Taman Eden
untuk mengusahakannya serta memelihara taman itu” (Kejadian 2:15, BM)

Hutan kita memerlukan pokok (itu logik!). Tiada yang menarik tentang hutan yang gondol dan tidak ada pokok (Itu logik kedua). Tetapi, bagaimana penggondolan hutan boleh memberi impak kepada pemanasan global? Mari kita kembali kepada asas. Fikirkan, setiap udara yang kita sedut mengandungi oksigen dan yang kita hembus pula mengandungi karbon dioksida. Pokok-pokok dan segala tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dan menukarkannya kepada oksigen supaya kita boleh terus bernafas. Beginilah, secara ringkas, kitaran kehidupan di dunia.

Tetapi harus kita fikirkan juga bahawa pokok-pokok dan segala tumbuhan bukan hanya menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh kita manusia dan haiwan-haiwan. Ia juga menyerap karbon dioksida yang ada diseluruh bumi ini termasuk yang dilepaskan secara semula jadi seperti apabila berlaku letupan gunung berapi, melalui gas-gas yang dilepaskan semasa proses pereputan berlaku dan apabila hutan terbakar. Malah, pembakaran bahan api fosil juga menyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida.

Hutan-hutan yang ada di bumi sekarang sangat penting bagi menyeimbangkan kandungan karbon dioksida di atmosfera kita. Ia menyerap karbon dioksida dari atmosfera dan dipindahkan ke daun-daun, akar-akarnya dan kembali ke tanah. Menurut apa yang saya pernah baca dalam satu artikel, selama 40 tahun, 4000 meter persegi hutan boleh menyimpan 50 tan karbon dioksida. Tetapi, bagaimana jika pokok-pokok semakin berkurangan?

Dengan jumlah penduduk di bumi sekarang semakin meningkat – hampir 7 bilion – pemintaan untuk bahan binaan seperti kayu juga semakin meningkat. Kita perlu membina rumah, membuat kertas untuk keperluan rumah, sekolah dan pejabat, memotong pokok-pokok untuk pertanian dan menggondolkan hutan atas tujuan pembangunan. Pokok-pokok dipotong supaya kita boleh membina banyak lagi pusat-pusat membeli-belah dan untuk membina empangan elektrik. Hutan-hutan yang pada mulanya memenuhi seluruh bumi sekarang sudah ditebang, dibakar dan dibersihkan secara rakus dan tidak teratur menyebabkan kita hilang hampir 80 peratus hutan-hutan semulajadi di dunia (menurut World Resource Institute). Sebagai contoh untuk kamu lebih memahami kemusnahan ini, bayangkan kamu berdiri di sebuah cermin yang besar. Lihat dari kepala hingga lutut kamu. Itulah 80% dari bahagian tubuh kamu. Itulah nisbah hutan-hutan yang hilang sekarang.

Apabila hutan ditebang atau dibakar, ia akan menyebabkan dua perkara. Pertama, pokok-pokok yang menyerap karbon dioksida di udara semakin kurang. Kedua, ia akan mengakibatkan pelepasan karbon dioksida yang terkandung di dalam akar-akar pokok dan tanah yang selama ini disimpan di dalamnya. Ketahuilah, penebangan hutan adalah penyumbang kedua terbesar selepas pembakaran bahan api fosil kepada pemanasan global di bumi sekarang. Ingat: semakin banyak kandungan karbon dioksida di udara, semakin panas suhu muka bumi. Semakin panas suhu bumi, semakin kering tanah dan pokok-pokok. Semakin kering tanah dan pokok-pokok, semakin tinggi peluang bagi hutan terbakar teruk. Apabila ada kebakaran hutan, secara sengaja atau tidak, hutan yang kering akan lebih mudah merebak dan menjadi teruk berbanding dengan hutan yang sihat. Semua kitaran alam semula jadi, pasti akan memberi kesan kepada kita juga akhirnya.

Sayangi hutan-hutan kita.
Kita harus mengusahakannya dan juga – memeliharanya.
Lakukan sesuatu. Kita dan masa depan.
Jadilah suara bagi ciptaan-Nya.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, November 21, 2014

Melihat Keperibadian Nehemia: Menjadi Jawapan kepada Doa

Nehemia memeriksa reruntuhan tembok Yerusalem (Bab 2)
“Apabila aku mendengar [tentang keadaan Yerusalem], aku duduk dan menangis.
Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa.
Aku berdoa kepada Allah, ‘Ya TUHAN Allah penguasa di syurga!...”
(Nehemia 1:4-5, BM).

Ada seorang pendeta berkata bahawa doa ialah bukan keinginan kita terjadi sama seperti di syurga tetapi doa ialah membawa keinginan TUHAN terjadi di bumi. Walau bagaimanapun, untuk keinginan TUHAN terjadi di bumi, Dia memerlukan orang yang sanggup digunakan-Nya. Firman Allah dalam Efesus 3:20 berkata: “Dengan kuasa Allah yang bekerja dalam diri kita, Allah dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan” (BM). Jika TUHAN ingin menjawab doa kita, Dia akan bermula dengan kita yang berdoa doa itu dahulu! Dia akan “bekerja dalam diri kita” dan melalui kita supaya kita dapat melihat bahawa doa itu akan terjawab. Seperti rakan sepelayanan saya, Peter Paris, sering berkata kepada kami semua, “Jadilah jawapan kepada doa kamu sendiri.”

Contohnya, apabila Nehemia berdoa, beban dia terhadap umat Israel dan Yerusalem menjadi semakin berat and visi dia untuk melihat sesuatu perkara harus dilakukan menjadi semakin jelas. Doa yang benar akan menyeimbangkan hati, perasaan dan pemikiran kita supaya tindakkan kita tidak akan menjadi terburu-buru sehinggakan kita bertindak terlalu kehadapan dari Allah dan menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Apabila kita berdoa, TUHAN Allah akan menyatakan perkara yang kita perlu lakukan, bila untuk melakukannya, dan bagaimana untuk melakukannya – dan semua ini sangat penting sekiranya kita ingin bertindak mengikut kehendak-Nya.

Jika kita membaca buku Nehemia, kita akan mendapati bahawa Nehemia dengan sukarela pergi ke Yerusalem untuk menyelia dan mengetuai rancangan untuk membaiki tembok kotanya semula. Nehemia tidak berdoa supaya TUHAN menghantar orang lain. Dia juga tidak bersungut-sungut dan mengatakan bahawa dia tidak cukup bersedia untuk melakukan tugas itu. Dia, seperti nabi Yesaya, hanya berkata, “Inilah aku. Utuslah aku!” Dia tahu bahawa dia sebagai “pengurus minuman raja” (1:11) harus berhadapan dengan raja Artahsasta dan meminta kebenaran untuk pergi ke Yerusalem. Kita harus sedar bahawa permintaan seperti ini adalah sesuatu yang sangat berisiko. Ini ialah raja Persia! Apa yang akan terjadi sekiranya Nehemia datang pada hari yang tidak sesuai, semasa raja sedang bersedih atau marah tentang sesuatu hal? Apa saja yang mungkin terjadi, kita tahu bahawa Nehemia sedang menghadapi percubaan dalam iman dia. Ini yang Nehemia sedar, bahawa TUHAN yang bersamanya itu hebat dan Dia akan menjadikan usaha dia berhasil!

Nehemia, “pengurus minuman raja,” akan terpaksa melepaskan keselesaannya di istana dan berhadapan dengan bahaya dan cabaran hidup di Yerusalem yang hancur itu. Kemewahan akan digantikan dengan reruntuhan, dan pangkat yang tinggi akan digantikan dengan tentangan, cemuhan dan hasutan. Nehemia yang dulunya makan di meja bersama raja Persia dan kerabat diraja, sekarang akan terpaksa menyediakan makanan kepada rakyat yang makan bersamanya. Dia telah meninggalkan segala yang baik di istana, dan sekarang menjadi petugas di tembok yang runtuh… melakukan pekerjaan yang seakan-akan sangat mustahil untuk dilakukan! Semua ini ialah risiko yang Nehemia harus tempuhi jika dia ingin bertindak untuk menjadi jawapan kepada doannya.

Bagi TUHAN, tiada yang mustahil bagi-Nya. Akhirnya Nehemia dan umat Israel berjaya melakukan tugas mereka! Hanya dalam masa 52 hari, tembok Yerusalem siap, pintu-pintu gerbang telah dipasang, dan umat Israel bersukacita! Semuanya bermula dari seorang pendoa – Nehemia – yang peduli tentang umat and kota TUHAN dan sanggup menjadi jawapan kepada doanya sendiri. Alkitab penuh dengan orang-orang seperti Nehemia; Abraham peduli dan pergi menyelamatkan Lot di kota Sodom (Kejadian 18-19). Nabi Musa peduli dan membawa umat Israel keluar dari Babilonia. Raja Daud peduli dan memenangkan semula kerajaan Israel kepada TUHAN Allah. Ratu Ester peduli dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan umat Israel daripada dibunuh beramai-ramai. Rasul Paulus peduli dan membawa Berita Baik tentang Yesus ke seluruh kerajaan Roma. Tuhan Yesus sendiri peduli dan sanggup mati di kayu salib bagi menyelamatkan orang berdosa untuk kembali kepada-Nya.

Tahukah kamu? TUHAN Allah masih lagi mencari orang seperti Nehemia. Seorang yang peduli untuk mengetahui perkara yang berlaku disekeliling mereka. Seorang yang sanggup menangis untuk menyatakan pemintaannya kepada TUHAN. Seorang yang berdoa untuk mencari kehendak Allah dan bantuan-Nya. Dan seorang yang sukarela untuk menjadi jawapan kepada doanya sendiri. Seorang yang sentiasa bersedia untuk berkata kepada TUHAN dengan kerendahan hati, “Inilah aku. Utuslah aku!” Adakah orang itu kamu? Jadilah jawapan kepada doa. TUHAN menyertai kamu. Amin.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, April 12, 2014

Mempunyai Beban bagi Orang yang Belum Mengenal Yesus Kristus

Photo taken from: http://www.theguardian.com/
“[Saya] mau menyatakan kesedihan saya yang sangat besar! Dan apa yang akan saya katakan sekarang benar sekali. Saya tidak berbohong. Saya mengetahui hal ini kerana bersatu dengan Kristus, dan kerana Roh Kudus yang memberi keyakinan bahawa hal ini benar dalam pandangan Allah. Yang saya mau katakan adalah hati saya sangat sedih kerana orang Israel. Kerana mereka adalah saudara-saudari saya sebangsa, dan mereka seperti darah daging saya sendiri di dunia ini. Jadi saya ingin sekali menolong mereka! – sampai saya rela dikutuk dan dipisahkan dari Kristus demi mereka, asalkan hal itu membuat mereka diselamatkan.” (Roma 9:1-3, TSI)

Apabila saya membaca surat dari Rasul Paulus kepada gereja di Roma – hati saya tersentuh. Paulus memiliki sesuatu yang sangat diperlukan oleh kita untuk menjadi seorang “penjala manusia” (Markus 1:17) yang efektif, iaitu, beban dari Tuhan kepada orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Bagi Paulus, beban dia ialah kepada orang Israel “saudara-saudari sebangsa[nya]” Dia peduli. Dia terbeban. Dia sangat mengambil berat.

Seorang pelayan misi yang saya kenal pernah menyatakan hasratnya untuk membawa ramai lagi anak-anak muda untuk pergi melakukan misi penginjilan di pendalaman negeri Sarawak bersama dengan dia. “Supaya mereka melihat dan mengalami sendiri realiti bahawa ramai lagi orang yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka,” katanya. Dia menasihati saya, “Kamu harus mencabar pelajar-pelajar di kampus yang kamu pergi untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus di tempat mereka belajar. Ajar mereka untuk bersaksi!” Dia kemudian berkongsi tentang kebebasan dan sukacita melalui kasih kurnia Allah dan Keselamatan di dalam Kristus, dan kesengsaraan murka Allah bagi orang yang tidak mengenal dan menerima Dia.

Saya merasakan bahawa Roma 9:1-3 ini ditulis untuk mengingatkan kita bahawa kita perlu mempunyai beban terhadap orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Kita tidak sepatutnya terlalu obses terhadap politik, alam sekitar, masalah peribadi dan asyik berfikir tentang pembangunan rohani sendiri sehinggakan Keselamatan orang lain kita abaikan. Paulus sangat terbeban sehinggakan dia menulis dengan penuh dramatik sekali: “Saya rela dikutuk dan dipisahkan dari Kristus demi mereka, asalkan hal itu membuat mereka diselamatkan” (Roma 9:3).

Sebagai seorang pengikut Kristus, kamu dan saya mempunyai tanggungjawab untuk membawa ramai orang yang di luar lingkungan gereja kita untuk mengenal Kristus. Jika benar kita mengasihi Tuhan dan kasih Dia ada bersama kita, ia sepatutnya mendorang kita untuk melakukan sesuatu yang indah bagi-Nya. Berdoalah agar Dia memberikan beban itu kepada kamu (Hati-hati Dia mungkin akan menjawab doa kamu dengan segera!). Perhatikanlah, apabila Roh Kudus-Nya menyertai kamu, hidup kamu akan berubah – kamu semakin menjadi seperti Kristus. Amen.

Adakah kamu mempunyai beban supaya Malaysia mengenal dan percaya kepada Yesus Kristus?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, December 14, 2013

Cabaran untuk Misi: Pergilah! Ini ialah Tanggungjawab Kamu secara Peribadi

“Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah
kepada seluruh umat manusia” (Markus 16:15, BM)

Kita hanya boleh menerima penyelamatan melalui kasih kurnia TUHAN dengan iman kita kepada Yesus Kristus sahaja – bukan melalui pekerjaan manusia. Namun begitu, ini tidak bermaksud selepas kita mendapat keselamatan kita bebas untuk melakukan apa saja. Kita sekarang mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus kepada orang lain. Ini ialah bukti atau buah Roh bahawa kita benar-benar telah mengenal TUHAN dan bersyukur atas kasih kurnia-Nya.

Walaupun TUHAN berfirman kepada Yehezkiel tentang tanggungjawab dia sebagai nabi kepada umat Israel, khususnya, TUHAN juga seakan-akan berbicara tentang tanggungjawab kita kepada setiap individu yang belum mengenal-Nya:
“Jika Aku memberitahukan bahawa seorang yang jahat akan mati, tetapi engkau tidak menyampaikan amaran-Ku kepadanya agar mengubah kelakukan supaya dia selamat, maka dia akan mati sebagai seorang berdosa, dan Aku menganggap engkau bertanggungjawab terhadap kematiannya. Tetapi jika engkau menyampaikan amaran itu kepada seorang yang jahat namun dia tetap berbuat jahat, maka dia akan mati sebagai seorang yang berdosa, tetapi engkau akan selamat.” (Yehezkiel 3:18-19, BM).

Bagaimana dengan kesalahan kita jika kita tidak memberi amaran kepada pemandu lori apabila kita tahu bahawa ada gaung di hujung jalan; atau apabila kita gagal memberi amaran kepada seorang buta yang sedang berjalan menuju ke longkang yang dalam; atau melihat seorang kanak-kanak lemas tetapi tidak cuba untuk menyelamatkannya; atau kita tidak memberitahu kepada jiran bahawa rumah mereka sedang terbakar? Bukankah semua ini suatu kesalahan?

Dari segi moral dan gerak hati manusia, kita tahu bahawa kita bertanggungjawab untuk memberitakan semua amaran di atas kepada mereka yang bakal menjadi mangsa. Tanggungjawab kita sebagai anak-anak TUHAN secara individu adalah lebih lagi. Kita bukan sahaja mempunyai gerak hati dan moral, malah Roh Kudus sekarang ada bersama kita. Kita bertanggungjawab untuk menyampaikan amaran TUHAN kepada setiap orang bahawa hanya Tuhan Yesus sahaja yang boleh menyelamatkan seluruh umat manusia daripada dosa dan api neraka selama-lamanya. Hanya Tuhan Yesus sahaja “jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tiada seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui [Yesus]” (Yohanes 14:6). Ini ialah sukacita dan tanggungjawab kita secara individu kepada seluruh umat manusia.

Sekarang kita tahu bahawa secara individu – antara kita dengan TUHAN – kita bertanggungjawab untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus. Walaupun (jika) ahli keluarga, ibubapa, anak-anak, pasangan, saudara saudari seiman atau gereja kamu tidak mahu atau suam-suam kuku untuk melakukannya – kamu perlu. Kerana kasih kamu kepada TUHAN dan kerinduan kamu kepada orang lain, kamu harus terus taat kepada perintah-Nya.

Korbankanlah masa kamu untuk berdoa dan mengambil tahu tentang kaum, bangsa atau negara yang belum mengenal TUHAN. Luangkan masa untuk pergi melihat orang disekeliling kamu dan mengambil peluang yang ada untuk memberitakan Berita Baik. Lebih baik lagi, pergilah melakukan pelayanan misi melalui gereja kamu atau menyertai organisasi misi dan penginjilan Kristian untuk jangka masa yang singkat atau lama. Nescaya mata kamu akan terbuka untuk melihat betapa terdesaknya keperluan rohani manusia untuk menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka.

Akhir sekali, gunakanlah wang duniawi kamu untuk Kerajaan Allah yang kekal. Hati dan perhatian kita akan tertumpu kepada di mana kita meletakkan “harta” kita. Jika “harta” kita tertumpu kepada pakaian, makanan, minuman dan untuk kepentingan diri sendiri, maka di situ jugalah hati dan perhatian kita. Yesus berfirman: “Jangan kumpulkan harta di dunia... Kumpulkanlah harta di syurga... Lakukan hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!” (Matius 6:19-21).

Ingat: Kamu ada tanggungjawab secara peribadi untuk
“[meng]khabarkanlah Berita Baik daripada Allah
kepada seluruh umat manusia”.
Oleh itu, “pergilah!”
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]