Showing posts with label Belas Kasihan. Show all posts
Showing posts with label Belas Kasihan. Show all posts

Saturday, April 30, 2022

Penyangkalan Dahsyat Petrus, Kasih Radikal Yesus (Matius 26:69-76)

Kurang daripada beberapa jam sahaja selepas Rasul Petrus berkata dengan yakin kepada Tuhan Yesus, "Aku tidak akan goyah!" (Matius 26:33) dan "Aku tidak akan menyangkal-Mu!" (v.35), dia tiga kali akan menyangkal Yesus dihadapan semua orang dengan kutuk dan sumpah, "Aku tidak kenal orang itu!" (v.70-74).

Berapa serius dan dahsyatkah penyangkalan Petrus ini? Kenapa dia sanggup berbuat begitu setelah sekian lama bersama Yesus? Bolehkah dosanya diampuni dan apakah kesudahan baginya? Episod ini sangat penting bagi orang Kristian masakini sebagai peringatan dan bagi mereka yang sedang jatuh dalam dosa dan memerlukan pengharapan... Mari melihat diri kita sendiri di dalam dilema Petrus #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk melihat dan mendengar tentang kasih radikal Tuhan Yesus,
 KLIK DI SINI  http://spoti.fi/3sBnui6 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Markus 10:46-52 Bagaimana Orang Buta Boleh 'Melihat' Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.82)


Orang buta 'melihat.' Orang melihat 'buta.'
 Oleh itu, Yesus Kristus menyembuhkan orang buta yang 'melihat' dan membiarkan orang melihat 'buta.' Sebelum kisah tentang bagaimana Bartimeus boleh melihat semula diceritakan, para murid Yesus masih lagi berebut tentang kedudukan dalam Kerajaan Allah, jadi mereka masih 'buta.'

Selepas ia diceritakan, orang ramai menyambut Yesus masuk ke Yerusalem dengan gilang-gemilang, namun mereka masih lagi 'buta' tentang siapa Dia yang sebenarnya. Persoalannya, bagaimana Bartimeus boleh 'melihat' Yesus sedangkan yang lain tidak? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, June 23, 2021

Perintah Yang Terutama & Yang Penting dalam Kitab Taurat (Matius 22:34-40)

Seorang ahli Taurat bertanya kepada Yesus Kristus, "Guru, perintah manakah yang terutama dalam Taurat?" (Matius 22:36). Bagi pembaca sekarang, kita berfikir bahawa soalan ini mudah dijawab. Tetapi kita harus melihat soalan ini berdasarkan latarbelakang pada masa itu.

Guru-guru agama orang Yahudi telah membahagikan keseluruhan Taurat kepada 316 perintah atau mitzvah! ��� Jadi, yang ditanyakan ialah: Mana satu antara 316 perintah ini yang terutama? Juga, adakah ajaran Yesus selaras dengan Musa atau Dia mengajar ajaran baru? Perhatikan bagaimana Yesus menjawab soalan ini dengan bijaksana - dan nilai diri sendiri samada kita benar-benar mentaati perintah TUHAN ���⚡��� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius158 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Surat 1 John 4 Allah Taala Endang Pengerindu

 
Surat 1 John 4 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 📖⚡😊 #ServeToLead​ #InjilJohn​#BeritaManah​#SempekatBaru​

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Bila Rumah Doa Menjadi Sarang Pencuri! (Matius 21:12-17)


Apabila dikatakan Yesus Kristus "masuk ke Bait Suci" (Matius 21:12), besar kemungkinan itu ialah kawasan orang bukan Yahudi atau bangsa-bangsa asing untuk menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah Israel. Raja Solomo, semasa dia mendedikasikan Bait Suci, berdoa supaya "segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu serta takut kepada-Mu seperti umat-Mu, Israel, dan mereka tahu bahawa nama-Mu diserukan atas bait yang kubangunkan ini" (2 Tawarikh 6:33).

Tetapi apa yang sudah terjadi kepada Bait Suci secara amnya dan kawasan itu secara khususnya? Orang berjual beli di situ! Yesus berkata,
"Telah tersurat, 'Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa [bagi segala bangsa] tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri'" (21:13). Bagaimana dengan sekarang: adakah ia menjadi tempat penyembahan atau pusat hiburan? Tempat berdoa atau pasar urusniaga? Tempat Firman Allah diberitakan dan penginjilan atau konferensi motivasi diri? 😖😭😡 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 
🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius149 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/ 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Apabila Yang Buta Melihat Yang Melihat Buta (Matius 20:29-34)


 Ada dua soalan yang Yesus Kristus tanya yang berbeza struktur ayat tetapi sama maksudnya. Pertama, kepada ibu Yohanes dan Yakobus, "Apakah permintaanmu?" (Matius 20:21); dan kedua, kepada dua orang buta, "Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?" (Matius 20:32). Jawapan mereka kepada soalan ini menunjukkan keutamaan dan pandangan mereka terhadap Yesus. Yang pertama meminta status, kedudukan dan pangkat; manakala yang kedua, meminta apa yang mereka benar-benar perlukan, "Kasihanilah kami!" (20:31) dan "Tuhan, kami ingin melihat!" (20:33) Jika Yesus bertanya kepada kamu hari ini, "Apa yang kamu mahu?" Apakah jawapan kamu? Apa yang kamu betul-betul perlukan dalam kehidupan kamu yang singkat ini? Semoga yang kamu minta ialah: "Saya ingin melihat-Mu!" 😵👉🤓 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius147 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Pengikut Kristus BUKAN Boss Tetapi Hamba (Matius 20:20-28)

Sebelum ini, Yesus Kristus sudah menyatakan kepada para murid-Nya bahawa mereka harus menyangkal diri dan memikul salib (Matius 16:24), merendahkan diri dan bersikap seperti kanak-kanak (18:3-4) dan meninggalkan segalanya untuk nama-Nya (Matius 19:29). Dia juga sudah tiga kali menyatakan kepada mereka tentang penganiayaan, kematian dan kebangkitan-Nya (Matius 16:21; 17:22-23; 20:17-19).

Tetapi apa yang bermain dalam fikiran mereka? Mereka berebut kuasa, autoriti dan kedudukan! Mereka mahu menjadi BOSS bukan HAMBA 😤 Sikap ini tidak asing bagi para pengikut Kristus masakini 😒 Ada lima (5) hal yang kita harus pelajari daripada respon Yesus kepada mereka 😊⚡💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius146 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Markus 9:14-29 Apakah Kaitannya diantara PERCAYA dan DOA? (#InjilMarkus S.1 E.65)

Seorang bapa yang anaknya kerasukkan roh jahat berdoa kepada Yesus Kristus dengan berkata, "Kasihanlah kami dan tolonglah kami, kalau Engkau dapat menolong" (Markus 9:22). Melalui apa yang dia dengar, dia tahu Yesus BOLEH menyembuhkan anaknya, cuma, dia tidak pasti samada Yesus MAHU melakukannya. "Kalau..." Percaya, doa dan keperibadian Yesus, apakah kaitannya? 😊⚡🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Apabila Kemurahan Hati Allah Dipersoalkan (Matius 20:1-16)

Bayangkan kamu bekerja sebagai Foodpanda rider shift selama 12 jam, dalam panas terik, hujan lebat dan menerima beberapa rungutan daripada pelanggan kerana service lambat dan kamu hanya mendapat RM200 sehari. Kemudian, datang seorang rider yang baru, hanya bekerja 1 jam, dia mendapat RM50 dan juga angpao daripada team leader RM150. Jika kamu yang bekerja bertungkus lumus selama 12 jam, bagaimana reaksi kamu? Merungut? Marah? Tidak puas hati?


Jika kamu yang baru datang pula bekerja hanya 1 jam dan mendapat semua berkat itu, apa respon kamu? Terkejut? Berterima kasih? Terus mengucap syukur? Dalam ibarat tentang pekerja di ladang anggur (Matius 20:1-16) yang diceritakan oleh Yesus Kristus, ini respon watak utama itu: "Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana aku bermurah hati?" (20:15) Perh!!! 🤔😲😅 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Jika kamu mahu tahu KENAPA, dengar episod ini👂 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius144 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

70 x 7 Kali Mengampuni Saudara-Saudari Seiman (Matius 18:21-35)

 

Selepas mendengar Yesus Kristus berbicara kepada para murid-Nya tentang apa yang harus dilakukan dengan saudara yang berdosa terhadap mereka (Matius 18:15-20), Petrus bertanya, "Tuhan... berapa kalikah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?" (18:21). Menurut rabbinic teachings pada masa itu, jawapan yang popular ialah tiga kali. Tetapi Petrus, mengetahui kemurahan hati Yesus, menjangka lebih daripada tiga - tujuh kali.

Jawapan Yesus pasti mengejutkan mereka: "Bukan tujuh kali. Tujuh puluh kali tujuh kali" (18:22). Ha! 490 kali? Setahun? Sebulan? Sehari? Bukan, menurut kaedah dan gambaran mengajar pada masa itu, maksud Yesus ialah - UNLIMITED, TIADA HAD 
😮📖❤ Kemudian, Dia menjelaskannya melalui ibarat... (18:23-35) #ServeToLead #InjilMatius Dalam episod ini, kita akan belajar:

• Kenapa PENGAMPUNAN ialah salah satu mesej utama dalam Alkitab
• Kenapa kita harus seringkali mengampuni dan meminta ampun kepada saudara-saudari seiman kita
• Tip-tip untuk mentafsir ibarat
• Apakah maksud ibarat ini
• Apakah tiga (3) kesimpulan daripada petikan ini

Untuk mendengar 
👂 KLIK DI SINI: http://bit.ly/SpotifyMatius138 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius138

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 8:1-10 Adakah Yesus Mesias untuk Orang Yahudi Sahaja? (#InjilMarkus S.1 E.56)

 

Alkitab kita berasal dari orang Yahudi, Yesus ialah orang Yahudi, istilah Mesias (Kristus) ialah dari orang Yahudi. Yesus sendiri juga berkata: “Aku diutus khusus kepada keturunan kaum Israel yang seperti domba yang hilang" (Matius 15:24). Jadi, adakah Yesus Mesias bagi orang Yahudi sahaja? 🤔⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Allah Bapa Tidak Mahu Seorang Pun Anak-Anak-Nya Hilang (Matius 18:11-14)

 

Dalam Matius 18:3-10, istilah "kanak-kanak kecil" merujuk kepada dua ini: 1) Dari segi umur, iaitu memang kanak-kanak kecil; dan 2) Dari segi status, iaitu orang "yang percaya kepada-Ku" (ayat 6), para pengikut Kristus atau anak-anak Allah. Oleh itu, tentang mereka, Yesus berkata: "Bapamu yang di syurga tidak mahu seorang pun yang kecil ini hilang" (ayat 14). Wow! 😮 Wahai pengikut Kristus, lihat hati Bapa ❤ Dia sangat proaktif dan berinisiatif untuk mencari umat-Nya yang hilang atau sesat.

Bagaimana dengan kamu - pengikut Kristus yang hilang - sudahkah kamu datang kembali kepada-Nya? Bagi yang belum menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat, tidakkah kamu mahu mengenali hati Bapa yang penuh dengan kasih dan belas kasihan ini melalui-Nya? Datanglah! 😊🙏⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Jom dengar episod ini👂KLIK DI SINI > Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius136 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius136

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]