Showing posts with label Murka Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Murka Tuhan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Markus 11:12-19 Bagaimana Rumah Doa Menjadi Sarang Pencuri? (#InjilMarkus S.1 E.85)


Soalan ini sangat relevan kerana inilah yang terjadi pada masakini dimana keagamaan dan kerohanian dijadikan sesetengah pihak sebagai tempat bisnes dan berjual beli. Memanipulasi, menakut-nakutkan orang dan beban agama yang berat menjadikan Rumah Ibadat yang sepatutnya menjadi tempat orang mengenal, menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah dijadikan sebagai markas atau sarang pencuri!
Apa kata dan respon Yesus Kristus? ⚡

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Apa Pengkhutbah Masakini Harus Belajar Daripada Khutbah Yohanes Pembaptis? (Berdasarkan Matius 3)

Para pengkhutbah yang mengajar Injil (Palsu) Kemakmuran, Progresif, Humanisme dan Liberalisme PASTI TIDAK akan menyentuh salah satu atau majoriti daripada isi kandungan ini, tentang Pertaubatan yang sebenar, tentang Murka Allah yang menyala-nyala terhadap dosa manusia dan satu-satunya jalan Keselamatan ialah melalui Yesus Kristus.

 

Jangan tidak setia, sesat dan takut akan manusia seperti mereka! Ajar tentang pertaubatan dan pengampunan ✅ murka Allah dan kasih kurnia-Nya ✅ kehendak Bapa yang berdaulat, pengorbanan Yesus Kristus di kayu salib dan pekerjaan Roh Kudus dalam kehidupan orang yang percaya ✅ Sebagaimana kesaksian Rasul Paulus, "Aku tidak menahan diri untuk memberitakan kepadamu semua rencana Allah [atau, the whole counsel of God]" (Kisah Para Rasul 20:27).

Untuk mendengar episod podcast berdasarkan Matius 3:1-12 dan berkaitan dengan hal ini KLIK DISINI https://bit.ly/SpotifyMatius7 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Keagamaan yang Hanya Berdaun Tetapi TIDAK Berbuah (Matius 21:18-19)


Dari jauh Yesus Kristus melihat sebatang pokok ara di tepi jalan dan apabila mendekatinya Dia mendapati bahawa pokok itu "hanya berdaun tidak berbuah" (Markus 21:19) 😅 Ini seperti iklan atau promosi yang gah tetapi produk yang didapati tidak sama; pakai baju 'Nirvana' tetapi tidak kenal siapa Kurt Cobain; dan cakap besar di social media profile picture 'naga' dan 'harimau' tetapi bila face-to-face pengecut macam 'tikus.' Hanya berdaun.

Mungkin tiga contoh-contoh ini tidak kritikal 
😂 tetapi dari segi keagamaan, ini MASALAH BESAR 🙏 Apa yang terjadi kepada pokok ara itu sudah terjadi kepada keagamaan orang Israel masakini. Namun, apa yang sudah terjadi itu akan terjadi kepada kita jika kita "hanya berdaun tidak berbuah." Bagaimana dengan keagamaan kamu? Hanya berdaun? 🌿 Atau berbuah lebat? 🍒 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 
🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius150 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Bila Rumah Doa Menjadi Sarang Pencuri! (Matius 21:12-17)


Apabila dikatakan Yesus Kristus "masuk ke Bait Suci" (Matius 21:12), besar kemungkinan itu ialah kawasan orang bukan Yahudi atau bangsa-bangsa asing untuk menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah Israel. Raja Solomo, semasa dia mendedikasikan Bait Suci, berdoa supaya "segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu serta takut kepada-Mu seperti umat-Mu, Israel, dan mereka tahu bahawa nama-Mu diserukan atas bait yang kubangunkan ini" (2 Tawarikh 6:33).

Tetapi apa yang sudah terjadi kepada Bait Suci secara amnya dan kawasan itu secara khususnya? Orang berjual beli di situ! Yesus berkata,
"Telah tersurat, 'Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa [bagi segala bangsa] tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri'" (21:13). Bagaimana dengan sekarang: adakah ia menjadi tempat penyembahan atau pusat hiburan? Tempat berdoa atau pasar urusniaga? Tempat Firman Allah diberitakan dan penginjilan atau konferensi motivasi diri? 😖😭😡 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 
🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius149 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/ 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 15, 2019

Apa Pengkhutbah Pada Masa Kini PERLU Belajar daripada Yohanes Pembaptis? (Matius 3:1-12)



Tempat pelayanan: Gurun. Fesyen: Pakaian bulu unta dan tali pinggang kulit. Makanan: Belalang dan madu 🐝 Mesej? Ini yang penting 🔥 Semua itu kita tidak perlu ikut, tetapi mesej Yohanes Pembaptis sangat penting pada masa sekarang. Dalam Podcast ini, ada tiga (3) topik/isu/perkara yang kita - lebih-lebih lagi pengkhutbah pada masa sekarang - PERLU belajar daripada Yohanes Pembaptis 📖😉👍 Selamat mendengar 👂 #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 25, 2019

Angelus' Quote: TUHAN Melihat Karakter bukan Reputasi



Semasa mengkaji Alkitab, saya mendapati bahawa selepas kematian Raja Solomo, kerajaan Daud berpecah menjadi dua iaitu Kerajaan Israel dan Kerajaan Yehuda (baca 1 Raja-Raja 12). Apabila dilihat semua senarai para raja di Israel pada ketika itu, hampir semua - 99.9% - daripada mereka jahat.

Ini yang menarik: Setiap kali nama para raja Israel disebut ia akan diakhiri dengan ayat "...jahat di mata TUHAN" (contoh 16:7, 19). Tetapi apabila dilihat pula senarai para raja di Yehuda, ada beberapa orang raja yang baik dalam 6-7 orang dan ayat yang digunakan ialah "...benar di mata TUHAN" (contoh 22:43).

Ini yang lebih menarik: Tidak kira berapa hebat secara luaran para raja atau pemimpin ketika itu - dan sekarang juga - apa yang penting ialah TUHAN "melihat hati" (1 Samuel 16:7) bukan reputasi. Reputasi ialah apa yang orang lain lihat tentang kita, tetapi karakter ialah apa yang TUHAN lihat di dalam kita. Bina karakter dari dalam kamu mulai dari sekarang dan jangan terlalu taksub dengan reputasi kamu 😉⚡ Adakah karakter peribadi kamu lebih besar daripada reputasi yang orang bagi kepada kamu? #ServeToLead #GrowingLeader #LeadLikeJesus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Thursday, August 7, 2014

Kebenaran Allah: Nabi Mikha dan 400 "Pengampu" Kerajaan Ahab


Realiti: Ramai pemimpin politik dan pemimpin agama di Malaysia sekarang dikelilingi oleh pengikut-pengikut (atau kuncu-kuncu) yang suka mengampu (untuk mendapat keuntungan) – bercakap sesuatu yang indah-indah sahaja dan ‘positif’ untuk mengambil hati mereka yang mendengarnya. Mereka sanggup bercakap bohong atau melakukan sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama mereka agar dapat diterima oleh majoriti masyarakat. Bagi nabi TUHAN di dalam Alkitab yang sebenar pula, ini tidak akan berlaku. Nabi sebenar (apabila mereka diminta untuk menasihati raja) hanya mengkhabarkan Firman daripada Allah sahaja – yang baik mahupun yang buruk. Jadi, apabila 400 nabi-nabi palsu berkata “Ya” and hanya seorang nabi sahaja yang berkata “Tidak” contohnya, maka nabi yang benar akan dibenci dan tidak disukai oleh orang ramai.

Ini yang berlaku di dalam kitab 1 Raja-raja 22. Pada masa itu, Israel dibahagikan kepada dua kerajaan: Yosafat ialah raja dari kerajaan selatan manakala Ahab ialah raja dari kerajaan utara. Apabila raja Ahab mencadangkan supaya kedua-dua kerajaan bergabung untuk menyerang kota Ramot, Yosafat memberi respon kepada Ahab dengan berkata, “Tetapi marilah kita bertanya kepada TUHAN dahulu” (1 Raja-raja 22:5, BM).

Oleh itu, raja Ahab segera mengumpulkan lebih kurang 400 nabi-nabi untuk menasihati dan bernubuat baginya. Semua mereka (mengampu!) berkata, “Seranglah. TUHAN akan memberikan kemenangan kepada tuanku” (ayat 6). Saya merasakan bahawa raja Ahab sekarang tersenyum lebar apabila mendengar nubuat mereka. Semua mereka menyatakan ‘nubuat’ yang raja ingin dengar. Namun begitu, raja Yesafat seperti tidak selesa dengan nubuat mereka itu dan bertanya sekiranya ada nabi lain yang boleh menanyakan hal ini. Raja Ahab menjawab ada seorang lagi nabi yang sangat dibenci olehnya kerana “dia tidak pernah bernubuat tentang perkara yang baik... dia selalu bernubuat tentang hal yang buruk” (ayat 8). Nabi itu ialah Mikha anak Yimla.

Setelah dipujuk (mungkin juga dihasut atau diugut) oleh pengawai raja untuk bersetuju dengan nubuat nabi-nabi yang lain, Mikha menjawab, “Demi TUHAN yang hidup, saya berjanji bahawa saya hanya akan mengatakan apa yang difirmankan-Nya!” (ayat 14). Dan apabila menghadap kedua-dua raja, nabi Mikha seperti menyindir raja Ahab dengan ‘bersetuju’ dengan nubuat nabi-nabi yang lain. Mungkin raja Ahab mengetahui sindirannya dan mentitahkan Mikha untuk berkata benar dihadapannya. Mikha dengan beraninya menjawab, “Inilah yang telah berlaku. TUHAN telah membuat nabi-nabi tuhanku berdusta kepada tuanku. Tetapi TUHAN sendiri telah menentukan bahawa tuanku akan ditimpa malapetaka!” (ayat 23). Dengan kata lain, raja Ahab akan mati dalam petempuran kerana TUHAN tidak menyertai dia.

Seperti kebiasaannya juga, apabila pengampu-pengampu merasakan bahawa mereka ditentang oleh kebenaran – mereka tidak berpuas hati (kembali kepada realiti di Malaysia). Salah seorang daripada nabi-nabi palsu itu, Zedekia anak Kenaana, datang  menghampiri Mikha lalu menampar pipinya! Zedekia mungkin boleh mencederakan hamba TUHAN, namun dia tidak mampu menghalang Firman Allah daripada menjadi nyata. Kebenaran tidak boleh disorok dan dihalang! Sementara Mikha dipenjarakan kerana bercakap benar, kedua-dua raja pergi berperang. Akhirnya, walaupun raja Ahab menyamar menjadi askar biasa, dia dicederakan oleh anak panah and mati dalam keadaan yang teruk sekali. Maka, raja Ahab mati “seperti yang difirmankan TUHAN” (ayat 38). [Baca kitab 1 Raja-raja bab 22 di dalam Alkitab Perjanjian Lama untuk mengetahui cerita yang lebih jelas lagi].

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Banyak, tetapi kita hanya fokus kepada nabi Mikha. Mikha ialah seorang nabi dan hamba TUHAN yang berani dan sanggup bertindak (walaupun sendirian) demi kebenaran. Dia bercakap bukan kerana ego atau keyakinan pada diri sendiri atau mengamalkan sikap berfikiran positif, tetapi dia “hanya mengatakan apa yang difirmankan TUHAN,” iaitu, jika diaplikasikan kepada kita hari ini – dia bercakap berdasarkan kebenaran di dalam Firman Allah, (Alkitab) dan bertindak sesuai dengan firman-Nya (dia sangat tegas, tetapi pada masa yang sama dia menghormati raja dengan memanggil raja Ahab “tuanku” bukannya “hoi!”). Dia tidak mudah hilang pegangan walaupun majoriti berkata sesuatu sebaliknya. Dia sanggup mengambil risiko (dihasut, diugut, ditampar, dipenjarakan) demi imannya kepada TUHAN.

Jika kamu membandingkan semua ciri-ciri nabi Mikha yang dinyatakan dengan diri kamu:
Apakah perbezaannya? Apakah persamaannya?
Apakah yang boleh kamu belajar melalui cerita ini?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, August 6, 2014

Kesetiaan Allah: Nabi Hosea Mengahwini Gomer seorang Pelacur


Negeri ini tidak mengenal makna kesetiaan ataupun kasih.
Penduduknya tidak mengakui Aku sebagai Allah” (Hosea 4:1, BM)

Ada orang mengatakan bahawa Alkitab ialah sebuah buku yang sangat bosan untuk dibaca. Saya berpendapat, jika ada pun mereka ini membaca Alkitab mereka sekurang-kurangnya akan membaca kitab Kejadian sampai Keluaran dan kemudian berhenti atau tergendala pada kitab Imamat. Mungkin ada juga yang membaca sedikit sebanyak buku Mazmur dan Amsal, tetapi jarang diantara mereka ada membaca tentang kitab yang ditulis oleh nabi Hosea. Ramai orang suka membeli majalah untuk membaca tentang artikel-artikel seks, hiburan sensasi, berita hangat, dan cerita-cerita yang menarik – tetapi tidak ramai yang tahu bahawa semua ini mereka boleh baca di dalam Alkitab, terutamanya di dalam kitab Hosea.

Ceritanya sangat menarik (Baca Hosea bab 1 hingga 3). Hosea dipanggil untuk menyampaikan perkhabaran TUHAN kepada umatnya sendiri iaitu orang Israel di kerajaan utara. Pada masa itu, berbanding dengan kerajaan selatan yang mempunyai sedikit sahaja raja-raja yang takut akan TUHAN untuk membawa mereka ke jalan yang benar, kerajaan utara langsung tidak ada seorang pun raja yang takut akan TUHAN. Kesemua mereka sangat jahat – membawa ramai orang jauh daripada TUHAN dan memimpin orang untuk menyembah berhala. Oleh kerana kerajaan utara agak makmur dan kukuh, mereka merasakan bahawa mereka tidak memerlukan TUHAN lagi! (Bukankah ini seperti Malaysia sebelum banyak peristiwa dahsyat yang berlaku kepada kita?).

Maka TUHAN memanggil Hosea untuk memberitakan perkhabaran-Nya kepada kerajaan utara melalui enam raja-raja terakhir yang memerintah sehinggalah seluruh kerajaan Israel jatuh ke tangan kerajaan Asyur. Perkhabaran TUHAN adalah mudah sekali: Umat-Nya Israel sangat tidak setia kepada-Nya kerana telah melakukan “penzinaan” melalui penyembahan berhala.

Tahukah kamu bagaimana TUHAN ingin menyampaikan isi hati-Nya kepada orang Israel yang tidak setia dan degil ini? Dia berfirman kepada nabi Hosea, “Kahwinlah dengan seorang perempuan yang suka pelacur; dan anak-anakmu juga akan menjadi seperti dia. Umat-Ku sama seperti isterimu itu; mereka tidak setia kepada-Ku dan telah meninggalkan Aku” (Hosea 1:2, BM). Wow! Bayangkan kamu mendengar firman seperti ini semasa kamu sedang bersuka-suka melayani internet! Sangat diluar jangkaan perintah TUHAN kepada Hosea!

TUHAN ingin menyampaikan perkhabaran kepada orang Israel dengan cara yang sangat mengejutkan sekali (Ini barulah, ‘Dahsyat luar biasa!’). Pada masa dulu, kehidupan seorang nabi seringkali diperhatikan oleh orang ramai – mereka ingin mendengar perkhabaran daripada TUHAN, walaupun mereka selalunya akan menolok perkhabaran itu sekiranya mereka tidak senang dengan isi kandungannya. Jadi, bayangkanlah reaksi mereka apabila mereka melihat Hosea, seorang nabi pergi ke tempat pelacuran dan membawa Gomer, seorang pelacur ke gereja (sebagai contoh) dan berkahwin dengannya. Ini bukanlah artis sensasi yang berkahwin, ini ialah seorang nabi berkahwin dengan pelacur!

Tidak lama kemudian Gomer mengandung dan melahirkan tiga orang anak. Kita tidak pasti samada anak-anak itu ialah dari Hosea atau tidak, namun yang pasti walaupun Hosea berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik dan setia, Gomer, seorang pelacur yang tegar, telah lari bersama-sama dengan kekasihnya meninggalkan Hosea. Ini bukan drama Korea atau cerita cinta di TV3, ini ialah kisah cinta yang benar berlaku kepada TUHAN dan Hosea!

Ceritanya tidak berakhir begitu sahaja, TUHAN sekali lagi berfirman kepada Hosea untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita manusia, Dia berkata, “Pergilah lagi dan cintailah seorang wanita yang suka berzina. Kasihilah dia seperti Aku mengasihi orang Israel, meskipun mereka telah meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain, serta suka mempersembahkan kuih kismis kepada berhala” (Hosea 3:1, BM). Jadi, Hosea membayar wang untuk mendapatkan Gomer semula, mendisiplinkan dia, mengasihi dia seperti sediakala, dan menjaga dia dengan penuh kasih sayang (untuk mengetahui kisah selanjutnya, bacalah kitab buku Hosea dalam Alkitab Perjanjian Lama).

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Secara ringkas: TUHAN sangat mengasihi umat-Nya – orang Kristian yang menjadi umat-Nya melalui Yesus Kristus – dan walaupun kita melakukan kesilapan dan jatuh kedalam dosa, Dia ingin kita kembali kepada-Nya. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memberikan kita peluang untuk datang kepada-Nya semula. Persoalannya, setelah membaca tentang pelanggaran dosa umat-Nya dan kisah cinta TUHAN kita, apakah respon kamu kepada kasih-kurnia-Nya?

Alkitab, sebuah buku yang bosan? No way bro!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, April 28, 2014

Sebab #10: Yesus Mati... Supaya Kita Beroleh Hidup yang Kekal Apabila Kita Percaya Kepada-Nya (10/10)


Datang kepada Yesus
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #10: Supaya Kita Beroleh Hidup yang Kekal
Apabila Kita Percaya Kepada-Nya

Yesus berkata dengan jelas bahawa sesiapa yang tidak percaya atau menolak pemberian hidup yang kekal akan dibinasakan selamanya di neraka.Barangsiapa tidak percaya, ia telah berada di bawah hukuman, sebab ia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah... ia tidak akan melihat hidup, melainkan murka Allah tetap ada di atasnya” (Yohanes 3:18, 36, TB).

Tetapi bagi sesiapa yang percaya kepada Kristus, yang terbaik pasti disediakan kepada mereka. “Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengasihi Dia” (1 Korintus 2:9, BM). Kita akan melihat kemulian Tuhan yang sebenar. “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus” (Yohanes 17:3, TB). Amin!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 
Best Blogger Tips

Saturday, April 26, 2014

Sebab #3: Yesus Mati... Untuk Mendamaikan Murka Allah (3/10)


Murka Allah keatas dosa Sodom (Kejadian 19)
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #3: Untuk Mendamaikan Murka Allah

Hukum Taurat menuntut: “Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu” (Ulangan 6:5, BM). Tetapi kita semua lebih mengasihi benda atau perkara lain. Itulah dosa – tidak mengasihi dan menghormati Tuhan “segenap hati” dengan lebih menyukai benda atau perkara lain, dan bertindak untuk terus mengasihi semuanya, kecuali Tuhan.

Tahap keseriusan dosa bergantung kepada kebesaran dan kemuliaan seseorang yang dicelakan itu. Oleh kerana dosa kita ialah terhadap Tuhan Allah Semesta: “upah dosa [kita] ialah maut” (Roma 6:23, TB). Tidak menghukum dosa adalah tindakkan yang tidak adil (Allah itu adil!). Oleh itu, Tuhan Allah mengutus Anak tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk mengalami hukuman dosa yang sepatutnya dialami oleh kita kepada Diri-Nya Sendiri. “Allah telah mengasihi kita dan telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian” – daripada murka Allah – “bagi dosa-dosa kita” (1 Yohanes 4:10, TB).

Kemudian, Tuhan secara terbuka berkenan dengan tindakkan Kristus yang mengorbankan diri-Nya mati di kayu salib bagi dosa kita dengan membangkitkan Dia semula daripada maut – yang menyatakan bahawa penderitaan dan kematian Yesus tidaklah sia-sia malah berjaya mencapai matlamatnya!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]