Semasa mengkaji Alkitab,
saya mendapati bahawa selepas kematian Raja Solomo, kerajaan Daud berpecah
menjadi dua iaitu Kerajaan Israel dan Kerajaan Yehuda (baca 1 Raja-Raja 12).
Apabila dilihat semua senarai para raja di Israel pada ketika itu, hampir semua
- 99.9% - daripada mereka jahat.
Ini yang menarik: Setiap
kali nama para raja Israel disebut ia akan diakhiri dengan ayat "...jahat di mata TUHAN" (contoh
16:7, 19). Tetapi apabila dilihat pula senarai para raja di Yehuda, ada
beberapa orang raja yang baik dalam 6-7 orang dan ayat yang digunakan ialah "...benar di mata TUHAN"
(contoh 22:43).
Ini yang lebih menarik: Tidak kira berapa hebat secara luaran para
raja atau pemimpin ketika itu - dan sekarang juga - apa yang penting ialah
TUHAN "melihat hati" (1
Samuel 16:7) bukan reputasi. Reputasi ialah apa yang orang lain lihat
tentang kita, tetapi karakter ialah apa yang TUHAN lihat di dalam kita. Bina
karakter dari dalam kamu mulai dari sekarang dan jangan terlalu taksub dengan
reputasi kamu 😉⚡ Adakah karakter peribadi kamu lebih besar daripada
reputasi yang orang bagi kepada kamu? #ServeToLead #GrowingLeader
#LeadLikeJesus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
No comments:
Post a Comment