Tuesday, September 3, 2019

Tiga (3) Perkara tentang Kepimpin Yang Dipelajari Apabila Menaiki Gunung



Ada Tiga (3) Perkara tentang Kepimpinan yang saya belajar apabila menaiki gunung bersama-sama dengan kawan-kawan 🙃😉😀:

#1 Pemimpin yang Berada di Depan - menyediakan VISI Antara semua kawan yang bersama dengan saya apabila menaiki gunung Santubong, saya paling berpengalaman. Tugas utama saya ialah untuk menunjukkan kepada mereka jalan yang betul dan sebolehnya - selamat (tidak ada jaminan bahawa ia sentiasa selamat). Pemimpin yang berada dihadapan juga akan menentukan kelajuan pergerakan supaya yang lain tidak terlalu jauh tertinggal. VISI sangat penting kerana jika pemimpin tidak ada visi, dia sendiri akan sesat dan membawa orang lain bersamanya. Apakah VISI kamu sebagai seorang pemimpin?

#2 Pemimpin yang Berada di Belakang - mempunyai HATI HAMBA 🖤 Kadang-kadang Yohanes berada di belakang; kadang-kadang Finiks. Tugas utama orang yang berada di belakang ialah dia harus memastikan bahawa semua orang selamat, memberi tunjuk-ajar dan memberikan semangat kepada mereka yang dihadapannya. Dia sebenarnya boleh pergi laju lagi tetapi kerana dia peduli tentang orang lain, dia sanggup berada dibelakang. Adakah kamu seorang pemimpin yang mempunyai HATI HAMBA?

#3 Para Pengikut yang Berada di Tengah - Mereka MENGAMBIL RISIKO Orang yang sangat suka akan cabaran dan yang sanggup mengambil risiko ialah Elly. Dia akan menjadi berani, bersemangat dan berdedikasi jika ada orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang memimpin dia. Keinginan sudah ada cuma perlukan inspirasi dan motivasi. Para pengikut banyak mengambil risiko kerana mereka sanggup meletakkan harapan, kepercayaan dan kesetiaan kepada para pemimpin. Tanpa para pengikut, pemimpin tidak berguna (Ingat: Setiap kita ialah pemimpin bagi orang lain dan pada masa yang sama ialah pengikut bagi orang lain juga). Adakah kamu seorang pemimpin yang sanggup MENGAMBIL RISIKO?

#ServeToLead
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]