Perhatikan dalam setiap
team atau kumpulan, kamu akan mendapati bahawa iya mempunyai potensi untuk
bersaing dengan satu sama lain 😒😡😠Adik-beradik bersaing untuk mendapatkan perhatian
ibubapa; rakan sekerja bersaing untuk memperoleh promosi dan naik pangkat; ahli
pasukan bola sepak masing-masing mahu menjaringkan gol sendirian.
Kerana setiap kita ada
harapan, impian dan matlamat, kita semua mahu berjaya. Tetapi untuk sesuatu
team atau kumpulan menjadi efektif, sikap kepimpinan yang harus ada ialah: keinginan
kita untuk melengkapkan satu sama lain adalah lebih penting daripada keinginan
untuk bersaing (bersaing secara terkawal itu bagus, tetapi bukan yang
terutama).
Apabila setiap orang
melengkapkan satu sama lain potensi, kejayaan dan semangat kerjasama dapat
dipupuk dan team akan menjadi semakin kuat dan efektif 😉 Seperti
Hobbs dan Shaw, apabila mereka berhenti bersaing dan saling melengkapi satu
sama barulah mereka boleh mengalahkan Brixton 😉 Adakah kamu pemimpin atau ahli kumpulan yang bersaing
atau melengkapi?
#ServeToLead
_______________________________________
_______________________________________
BUY CHEAP BOOKS:
https://my.carousell.com/richard_angelus/
FB Page: https://web.facebook.com/LEGASI.tv/
Follow IG: https://instagram.com/legasi.tv/
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment