Showing posts with label Karakter. Show all posts
Showing posts with label Karakter. Show all posts

Sunday, December 15, 2019

2 Karakter yang Istimewa: Layak Dicontohi & Disembah (Matius 1:18-25)



Karakter Yusuf: cerita tentang dia sangat pendek tetapi contoh yang ditunjukan olehnya sangat memberkati kita. Semasa Krismas dan khutbah, ramai yang berfokuskan kepada Maria, bagaimana dengan Yusuf, bapa Yesus? Kamu kenal dia?

Karakter Yesus: berkurun-kurun lamanya orang berdebat tentang siapa Dia sebenarnya. Dia dilahirkan oleh Maria melalui Roh Kudus. Apakah maksudnya? Apakah bukti tentang kemanusiaan dan keilahian Yesus? Bagaimana kebenaran ini praktikal bagi kita?

Buka Alkitab kamu ke Injil Matius 1:18-25. Selamat mendengar πŸ‘‚πŸ˜‰πŸ‘ #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 25, 2019

Angelus' Quote: TUHAN Melihat Karakter bukan Reputasi



Semasa mengkaji Alkitab, saya mendapati bahawa selepas kematian Raja Solomo, kerajaan Daud berpecah menjadi dua iaitu Kerajaan Israel dan Kerajaan Yehuda (baca 1 Raja-Raja 12). Apabila dilihat semua senarai para raja di Israel pada ketika itu, hampir semua - 99.9% - daripada mereka jahat.

Ini yang menarik: Setiap kali nama para raja Israel disebut ia akan diakhiri dengan ayat "...jahat di mata TUHAN" (contoh 16:7, 19). Tetapi apabila dilihat pula senarai para raja di Yehuda, ada beberapa orang raja yang baik dalam 6-7 orang dan ayat yang digunakan ialah "...benar di mata TUHAN" (contoh 22:43).

Ini yang lebih menarik: Tidak kira berapa hebat secara luaran para raja atau pemimpin ketika itu - dan sekarang juga - apa yang penting ialah TUHAN "melihat hati" (1 Samuel 16:7) bukan reputasi. Reputasi ialah apa yang orang lain lihat tentang kita, tetapi karakter ialah apa yang TUHAN lihat di dalam kita. Bina karakter dari dalam kamu mulai dari sekarang dan jangan terlalu taksub dengan reputasi kamu πŸ˜‰⚡ Adakah karakter peribadi kamu lebih besar daripada reputasi yang orang bagi kepada kamu? #ServeToLead #GrowingLeader #LeadLikeJesus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Monday, June 3, 2019

Angelus' Quote: Kepimpinan yang Sebenar melibatkan Orang Lain


Kejayaan setiap kumpulan dan organisasi bergantung kepada para pemimpinnya. Apakah yang menyebabkan orang mahu mengikut seseorang pemimpin? Apakah yang menyebabkan para pengikut sanggup bermati-matian untuk seorang pemimpin, manakala, ada juga yang merungut-rungut mengikuti arahan? Ada banyak faktor. Salah satu faktor yang paling penting ialah: Karakter.

Kepimpinan yang sebenar melibatkan orang lain. "Jika anda fikir anda sedang memimpin tetapi tidak ada orang yang mengikut anda dari belakang, maknanya anda hanya keluar berjalan-jalan." Orang tidak akan percaya kepada pemimpin yang mempunyai karakter yang tidak baik dan mereka tidak mungkin mahu mengikutinya πŸšΆπŸƒπŸ‘€πŸ‘₯
_______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 13, 2019

Angelus' Quote: Pemimpin dan Karakter



Cara pemimpin menangani pelbagai situasi yang timbul menunjukkan karakter pemimpin itu. Krisis tidak membina karakter seseorang tetapi ia mampu menonjolkan karakternya.

Kesukaran dan cabaran akan memaksa pemimpin memilih antara karakternya dan prinsipnya ataupun bertolak ansur. Setiap kali pemimpin memilih karakter ia akan menguatkan lagi karakternya. "Pemimpin yang dihormati perlu mempunyai etika yang cukup tinggi," kata G. Alan Bernard, "Dia perlu tahu membezakan diantara yang betul atau salah, dan tidak mengambil jalan tengah yang kabur" 😎
____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, January 15, 2019

Pemimpin CF #6 Karakter Lebih Penting daripada Bakat



Sepanjang hampir 9 tahun melayani dalam pelayanan pelajar, saya sudah melihat pelbagai cara telah digunakan untuk membuat pemilihan AJK CF. Contoh yang paling biasa ialah melalui pencalonan dan kemudian cabutan undi; contoh yang paling teruk ialah undian berdasarkan populariti; contoh yang berisiko ialah melalui pemilihan terus oleh para pemimpin tertinggi dan/atau penasihat; dan contoh yang paling bagus, pada pendapat saya, ialah melalui proses mentoring berperingkat. Walau apapun cara yang digunakan (semuanya ada kesan positif dan negatif), kesilapan yang paling ketara yang sering dilakukan ialah apabila kita memilih seseorang pemimpin berdasarkan bakat dahulu, kemudian atau seterusnya barulah karakter.

Jika kamu tidak percaya, cuba kamu imbas kembali apakah ciri-ciri pemimpin yang biasa dipilih oleh orang semasa pemilihan AJK CF atau persatuan muda-mudi di gereja - Adakah dia seorang yang pandai (atau banyak) bercakap? Seorang yang dominan? Ekstrovert? Adakah dia salah seorang daripada kumpulan atau pemimpin pujian? Atau pandai bermain guitar dan alat musik? Adakah dia seorang yang suka memetik Firman Allah di social media? Adakah dia pandai berdoa (atau paling lama berdoa)? Secara umumnya, tanpa kita tidak sedari, kita memilih berdasarkan luaran seperti bakat atau talenta lebih daripada kehidupan rohani dan karakter seseorang itu. Saya tulis ‘kita’ kerana saya juga selalu melakukan kesilapan seperti ini. Berapa ramai pemimpin Kristian yang jatuh dan akhirnya mempengaruhi orang lain secara negatif apabila karakter pemimpin itu lemah? Karakter atau perwatakan seseorang pemimpin itu sangat penting lebih-lebih lagi apabila isu kepimpinan politik, agama dan dunia koperat pada masa kini sudah pada tahap yang membimbangkan. Saya sendiri pernah mendengar dua orang pemimpin gereja tinggal di rumah sewa yang sama walaupun mereka belum berkahwin lagi!

Jadi, bagaimana para pemimpin CF (dan para penasihat) boleh menhindari hal yang tidak diingini seperti ini? Pertama, kita perlu tahu membezakan diantara karakter dan bakat seseorang itu. Sebagai pemimpin, karekter lebih penting daripada bakat. Bakat sangat berguna dalam pelayanan tetapi sekiranya kamu tidak ada karakter Kristus dalam diri kamu, semua itu sia-sia. Karakter seperti integriti, pengawalan diri, bertanggungjawab, pemaaf, mengandalkan kuasa TUHAN dan sebagainya sangat berguna di dalam pelayanan CF. Kedua, kita harus meminta petunjuk dan pimpinan TUHAN dalam memilih pemimpin. Apabila nabi Samuel, seperti kita, melihat bakat dan luaran seseorang itu, Allah menegur dia dengan berkata: "Janganlah pandang rupanya atau [isi tempat kosong]... Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati” (1 Samuel 16:7). Karakter!

Jangan terlepas infomasi yang menarik, ikut:
Instagram > Richard Angelus
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.



Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]