Showing posts with label Puji Sembah. Show all posts
Showing posts with label Puji Sembah. Show all posts

Saturday, April 30, 2022

Yesus Kristus Menyanyi Lagi Pujian! (Matius 26:30)

Semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Persekutuan Pelajar Kristian (PPK) di universiti dahulu, pernah beberapa kali rakan-rakan bukan Kristian bertanya kepada saya/kami, "Kenapa orang Kristian suka menyanyi?" kerana setiap tengah hari Jumaat dan malam Sabtu dalam persekutuan, kami akan memulakan dan mengakhirinya dengan menyanyi lagu-lagu pujian kepada TUHAN.

Alkitab penuh dengan contoh-contoh para umat TUHAN Allah bernyanyi dan bermazmur bagi-Nya. Nyanyian mengekpresikan emosi, fikiran, kehendak dan hubungan kita dengan-Nya.
Tahukah kamu bahawa Yesus Kristus sendiri menyanyi lagu pujian? Bahawa Dia ialah Pemimpin Pujian? Bahawa Dia menghafal firman atau lirik lagu suci? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mengetahui, dengar episod ini,
KLIK DI SINI https://spoti.fi/3pJ3HNG   

LEGASI.tv Media
: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

TUHAN Tidak Mengabaikan Sesiapa Yang Mencari-Nya (Eksposisi Mazmur 9)

Ini ialah rakaman eksposisi Alkitab dari Mazmur 9 yang saya kongsikan bersama staf dalam Prayer Meeting minggu lepas. Semoga perkongsian ini akan memberkati kamu. Kata kunci dalam Mazmur ini ialah ayat 10: "[Mereka] yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu." Amen! ⚡


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 11:12-19 Bagaimana Rumah Doa Menjadi Sarang Pencuri? (#InjilMarkus S.1 E.85)


Soalan ini sangat relevan kerana inilah yang terjadi pada masakini dimana keagamaan dan kerohanian dijadikan sesetengah pihak sebagai tempat bisnes dan berjual beli. Memanipulasi, menakut-nakutkan orang dan beban agama yang berat menjadikan Rumah Ibadat yang sepatutnya menjadi tempat orang mengenal, menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah dijadikan sebagai markas atau sarang pencuri!
Apa kata dan respon Yesus Kristus? ⚡

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 11:8-11 Kenapa Ramai Orang Salah Sangka Tentang Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.84)

Apabila Yesus Kristus masuk ke Jerusalem, ramai orang berseru, "Hosana! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!" (Markus 11:9), tetapi beberapa hari kemudian, ramai orang pula berseru, "Salibkan Dia!" (15:13). Kenapa perubahan yang sangat mendadak dalam beberapa hari sahaja? Apa yang terjadi? Bagaimana salah sangka mereka juga mencerminkan salah sangka ramai orang masakini?

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, June 23, 2021

Pemandang 4: Puji Sembah TUHAN Allah Taala di Serega (Iban)


Bup Pemandang (Wahyu) Pasal
4 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 ���⚡��� #ServeToLead #BupPemandang #BeritaManah #SempekatBaru

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Berita Manah: Jesus Minta Apai Ngintu Sida Murid Iya (John 17)

 

John pasal 17 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 📖⚡😊 #ServeToLead​ #InjilJohn​ #BeritaManah​ #SempekatBaru​

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Berita Manah: Nyembah Allah Apai dalam Roh Enggau Pemendar (John 4)

 

John pasal 4 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 📖⚡😊 #ServeToLead #InjilJohn #BeritaManah #SempekatBaru

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Bila Orang Bangsa Asing Memuji Allah Israel (Matius 15:29-31)

 

Pada awalnya, Yesus Kristus berkata, “Aku diutus khusus kepada keturunan kaum Israel yang seperti domba yang hilang" (Matius 15:24). Tetapi apabila Dia datang ke kawasan atau daerah orang bukan Israel (ayat 29), Dia menyembuhkan mereka semua yang datang kepada-Nya (ayat 30-31).

Jadi, apakah maksud kenyataan Yesus itu sebenarnya? Kalau khusus untuk orang Israel, kenapa pergi ke tempat bangsa asing? Apa pula pandangan mereka kepada Yesus dan perbuatan-Nya? 😊📖💥 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius120 ATAU http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Angelus' Quote: Isi Meh Runding Kita Enggau Utai Ti Badas

 

Nuan deka gaga ati pagila? Isi meh runding nuan enggau utai di manah aritu. Ngira ka berkat nuan. Nyanyi lagu puji. Macha Bup Kudus ngau bup ti meri nuan peransang. Besampi. Nuan deka tusah ati pagila? Isi meh runding nuan enggau utai ti jai. Madah diri nuan enda beguna. Ngisi ka pemikir nuan enggau crita enda manah. Begulai enggau orang bedosa.

Nama ti dirunding nuan deka nyadi cara pengidup nuan. Nya alai St. Paul nulis: "[Isi] meh runding kita enggau utai ti badas sereta patut bulih puji: utai ti bendar, ti tetap, ti lurus, ti tuchi, ti dikerindu enggau ti dipebasa" (Filipi 4:8). Nama ti diisi dalam runding nuan diatu? 🤔🧠 #ServeToLead #JakoIban #IsiMehRundingNuan

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Kamu Ialah Cahaya Dunia: Terang atau Malap? (Matius 5:14-16)



"Kamu," kata Yesus kepada para pengikut-Nya, "ialah cahaya dunia" (ayat 14). Apabila kita membaca Alkitab, kita mendapati bahawa Yesus ialah SUMBER cahaya ("Akulah cahaya dunia..." Yohanes 8:12; 9:5) dan kita ialah penerima dan berkongsi "cahaya" itu di dunia. Kita ialah cahaya yang dilihat oleh dunia!

Adakah cahaya kamu terang atau malap? Adakah orang was-was masada kamu pengikut Kristus atau tidak? Cahaya "tidak mungkin tersembunyi" (ayat 14), ia patut "diletakkan di atas kaki pelita" (ayat 15), dan harus "bersinar dihadapan orang ramai" (ayat 16). Jika kamu menyorok cahaya, bagaimana orang akan "memuji Bapamu yang di syurga"? 😉🙏 #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 15, 2019

Bahagian 2: Belajar 5 Perkara daripada Orang Bangsa Asing (Matius 2:1-12)



Paul menasihati Timotius untuk menghentikan "cerita dongeng" (1 Timotius 1:4) dan jangan melayani "perbahasan yang sia-sia" (2 Timotius 2:23). Oleh itu, dalam Pengajian Alkitab, terutamanya dalam Injil Matius bab 2:1-12 yang kita belajar sekarang, jangan kita membuat andaian dan spekulasi yang terlampau tentang siapa dan dari mana ahli ilmu bintang (orang-orang Majus) dari Timur ini 😉  Dengan itu, saya ingin berkongsi kepada kamu tentang lima (5) perkara yang saya belajar daripada orang bangsa asing ini... 🔥📖 Selamat mendengar! 👂#ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

2 Karakter yang Istimewa: Layak Dicontohi & Disembah (Matius 1:18-25)



Karakter Yusuf: cerita tentang dia sangat pendek tetapi contoh yang ditunjukan olehnya sangat memberkati kita. Semasa Krismas dan khutbah, ramai yang berfokuskan kepada Maria, bagaimana dengan Yusuf, bapa Yesus? Kamu kenal dia?

Karakter Yesus: berkurun-kurun lamanya orang berdebat tentang siapa Dia sebenarnya. Dia dilahirkan oleh Maria melalui Roh Kudus. Apakah maksudnya? Apakah bukti tentang kemanusiaan dan keilahian Yesus? Bagaimana kebenaran ini praktikal bagi kita?

Buka Alkitab kamu ke Injil Matius 1:18-25. Selamat mendengar 👂😉👍 #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 7, 2019

Angelus' Quote: Mengenali TUHAN Secara Peribadi


[A bit SPOILER ALERT] Selepas menonton filem Bumblebee (a.k.a. B-127), bagaimana dia diselamatkan oleh Charlie Watson dan kemudian dia pula menyelamatkan Charlie, saya terfikir tentang satu kisah di dalam Alkitab – Yesus berjalan di atas air. Kaitannya mungkin tidak berapa jelas tetapi reaksi psikologinya sama. Tentang cerita di dalam Matius 14:22-33, Yesus menyuruh murid-murid-Nya menaiki perahu untuk pergi ke seberang. Tiba-tiba, perahu yang dinaiki mereka terumbang-ambing kerana ribut kuat dan ombak besar. Sedang mereka dalam ketakutan, Yesus pergi kepada mereka dengan berjalan di atas air dan Dia meredakan angin. Apabila dia menaiki perahu, ini reaksi mereka: “Selepas itu, para murid Yesus yang di dalam perahu menyembah-Nya…” (Matius 14:33).

Selepas ribut kencang reda – mereka menyembah Yesus Kristus! Secara berkumpulan, sebagai orang Kristian (iaitu pengikut Kristus), mereka tidak pernah berbuat begitu. Sebelum kebangkitan Yesus, mereka tidak pernah menyembah Dia bersama-sama seperti itu. Tidak pernah. Rujuk Alkitab kamu. Cari ketika apabila mereka semua menyembah bersama-sama. Kamu tidak akan dapat mencarinya. Kamu tidak akan membaca tentang mereka menyembah Yesus bila Dia menyembuhkan orang. Apabila Yesus mengampuni orang berdosa, apabila Yesus berkhutbah kepada orang ramai, mereka tidak pernah bersujud dan menyembah-Nya. Mereka hormat, mereka takut, mereka sanggup mengikuti-Nya, malah mereka menghalau roh-roh jahat dalam nama-Nya, tetapi para pengikut Yesus – 12 orang para rasul itu – tidak pernah menyembah Dia bersama-sama seperti ini. Tetapi selepas kejadian di tengah laut Galilee, mereka semua menyembah Yesus. Kenapa? Ini reaksi psikologi yang dipenuhi dengan ilham Allah: Kerana pada masa itu, mereka yang diselamatkan… bukan orang lain.

Kenapa Bumblebee sanggup mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Charlie? Kerana dia pernah diselamatkan oleh Charlie. Kenapa Charlie sanggup mengambil risiko untuk mempertahankan Bee? Kerana Bee sudah menyelamatkan dia dulu. Kenapa agent Burns ingin membunuh Bumblebee? Kerana dia menganggap Bee sebagai musuh pada mulanya. Kenapa tidak lama kemudian, agent Burns membantu Bee? Kerana Bee sudah membuktikan bahawa dia bukan musuh tetapi sebenarnya ingin menyelamatkan penduduk bumi. Kenapa bila Yesus membangkitkan Lazarus dari kematian, para pengikut Yesus tidak menyembah Dia? Tetapi, apabila Yesus menyelamatkan mereka, mereka terus menyembah Dia? Kerana kali ini bukan orang lain yang mengalami keselamatan Allah tetapi mereka sendiri! Ini pengajaran yang ingin saya sampaikan: Penyembahan yang benar – samada puji sembah, doa atau melakukan pekerjaan Allah – harus datang dari kebenaran dan pengalaman kamu sendiri. Kerana kamu sudah diselamatkan oleh Bapa melalui Anak-Nya, Yesus Kristus, dengan hati yang berterima kasih dan roh sukacita, kamu rindu untuk menyembah-Nya!

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, November 16, 2015

Jesus, Aku Sedia Deka Mending ka Penemu Enggau Runding Nuan


Ko Jesus bejako enggau orang ti mati berang sapiak, ‘Mansang ka moa kitu.’ Udah nya ko iya nanya orang mayoh, ‘Nama utai ti di-asoh Allah Taala kereja kitai leboh Hari Sabat? Nulong, tauka ngemedis ka orang? Ngidup ka seput mensia tauka munoh nyawa ia?’ Tang sida nadai bejako saleka. Jesus ringat leboh iya merening sida, tang iya mega lalu sinu meda sida, laban sida kelalu kieh sereta salah. Udah nya ko iya bejako enggau orang, ‘Unjor ka berang nuan.’ Orang nya ngunjur ka berang iya, lalu berang iya suman nadai utai ngawa. Nya alai sida orang Parisi lalu angkat ari kanisa terus baum enggau bala anembiak Herod, ngiga jalai kena ngelaban Jesus lalu munoh iya” (Mark 3:3-6, Berita Manah Ka Rebak Diatu).

[“Berang sapiak” bermaksud tangan lumpuh sebelah]. Leboh Hari Sabat, Tuhan Jesus tama ka dalam kanisa tauka balai gempuru (rumah sembiang orang Juda). Maya nya bala orang Parisi endang deka nekan ka Jesus ngereja utai ti salah awak ka sida ulih nangkap Iya. Bala orang Parisi kieh amat ati. Sida rindu ka runding diri aja lalu ngumbai samoa orang bukai salah.

Bisi dua macham pengringat ngau dua macham runding dalam crita tu: 1) “Jesus ringat leboh iya merening sida” orang Farisi baka nya. Iya ringat tang nemu nagang pengringat Iya enggau manah. Dalam pengringat Jesus, Iya mega “sinu meda sida; 2) Bala orang Farisi “kelalu kieh sereta salah.” Pengringat sida enda di-tagang sida lalu mai sida begedi. Jesus deka ngidup ka orang, tang kategal pengringat orang Farisi deka munoh orang. Dalam kedua-dua chunto tu, nama macham pengringat nuan? Nya alai bisi utai ti di-pelajar kitai ari Injil Mark tu: Enti orang enggai berubah runding, nya ukai laban nadai orang ngajar sida. Jesus nemu amai ngajar tang sida bala orang Farisi tetap enggai berubah. Lapa? Laban sida ngumbai runding diri sigi (sabaka tauka manah agi ari) runding Allah Taala empu. Tu salah mai!

Kati ko tua ulih di-ajar? Kati tua mending ka orang, tauka arap ka runding diri aja lalu ngumbai iya badas ari samoa? Ingat anembiak Apai ti di-serga: Kitai patut baroh ati, lalu nemu diri kurang bepenemu. Buka ati kitai lalu sedia deka mending ka penemu Allah Taala. Baka nya kitai ulih nitih ka jalai-Iya – ukai jalai diri empu. Baroh ka ati laban mayoh pengawa ti jai bendar baka perang, bebunoh, sigi digaga orang laban sida ngumbai nya peneka Allah Taala tang sebenar iya datai ari runding diri empu ti bedosa. Ingat mega, enti kitai ngumbai diri nerima pesan Allah Taala, anang arap ka diri aja tang padah ka pesan nya ngagai raban Kristian ti bukai ti ulih di pechaya awak ka sida ngabas pesan nya, enggai ka kitai arap ka runding diri empu aja.

Sembiang
O Tuhan Jesus, pengingin ati aku suah salah laban enda di-tagang enggau runding ti manah. Iring runding aku, lalu tulong aku selalu nitih ka iring Nuan. Asoh aku baroh ati lalu mending ka runding orang Kristian ti bukai ti bepenemu dalam jako Tuhan, laban nya meh jalai Nuan ngiring ka aku. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, May 13, 2015

Yesus, Tuhan yang Berbelas Kasihan

Gambar hiasan saja oh... 
Aku tidak datang untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik,
tetapi untuk orang yang dihina masyarakat” (Markus 2:17, BM).

Aku datang bukan untuk memanggil orang yang benar, tetapi orang berdosa
(Markus 2:17, KSZI).

Apa yang berada dalam fikiran Tuhan Yesus apabila dia berfirman sebegini? Apakah rancangan atau rencana-Nya? Kita tidak mungkin dapat mengetahui sepenuhnya fikiran Tuhan. Cuba kamu bayangkan perbuatan ‘aneh’ Tuhan yang suci dan benar ini apabila dia tidak melayani mereka yang cuba untuk menyucikan diri sendiri atau “menganggap diri mereka baik” tetapi datang dan menunjukkan kasih karunia kepada mereka “yang dihina masyarakat” dan “berdosa.” Cuba kamu bayangkan misteri Tuhan yang mencipta kita umat manusia (walaupun dia tahu yang kita akan berbuat dosa terhadap-Nya) semata-mata untuk menebus kita semula. Cuba kamu bayangkan kebijaksanaan-Nya apabila dia berkata bahawa orang yang berdosa dan dihina masyarakat apabila mereka sedar akan kesalahan dan mengakui dosa mereka, mereka akan diampuni. Siapa yang tahu fikiran Tuhan?

Kita tidak boleh memahami sepenuhnya sebab-sebab kenapa Tuhan berbuat begitu. Selama berabad-abad, ahli-ahli falsafah dan para cendikiawan (malah guru-guru agama) tidak dapat memikirkan kenapa Tuhan membenarkan kejahatan berlaku dan membiarkan kita dosa. Ada yang cuba untuk menjawab, namun, tidak ada yang betul-betul meyakinkan dan pasti. Apa yang pasti ialah sebelum dunia diciptakan, Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Kudus sudah menentukan rencana-Nya. Kita tahu (saya tahu) melalui pembacaan Alkitab bahawa Tuhan mencipta kita supaya Dia dikenali dan disembah oleh kita. Tetapi, bagaimana Dia ingin kenali? Jika semuanya sempurna, dunia yang sempurna, dia boleh menunjukkan kekuasaan-Nya, kesucian-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan kreativiti-Nya, semua ciri-ciri ketuhanan-Nya, kecuali satu, iaitu – belas kasihan-Nya. Bagaimana kita boleh mengenali Tuhan yang penuh dengan belas kasihan jika dunia sempurna? Tidak boleh. Dunia yang tidak sempurna harus ada supaya kita mengenal dia sebagai Tuhan yang penuh dengan belas kasihan.

Fikirkan: Tuhan ingin kita mengenali dia (juga) sebagai Tuhan yang berbelas kasihan. Bukan hanya berbelas kasihan, tatapi penuh dengan belas kasihan.  Belas kasihan yang tidak boleh dibandingkan. Belas kasihan yang di luar pemikiran kita. Belas kasihan yang sangat besar sehinggakan mereka yang melihat atau merasai atau mengalaminya akan sentiasa bersyukur dan tidak berhenti-henti menyembah-Nya. Adakah kamu mengenali Tuhan seperti ini? Jadi… Mari kita duduk bersama-sama dengan “pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat” (Markus 2:16) di meja dan makan bersama Yesus. Biar “orang Fasiri” terus merungut, memerhati dan tertanya-tanya. Kita fokus kepada Yesus, Tuhan yang datang sebagai manusia untuk menunjukkan kita belas kasihan-Nya yang nyata. Melalui Yesus kita boleh memahami fikiran Tuhan.

Aku tidak datang untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik,
tetapi untuk orang yang dihina masyarakat
THINK BIG. START SMALL .GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 11, 2015

Yesus mendakwa Diri sebagai TUHAN

Yesus mengampuni seorang perempuan pendosa. Gambar hiasan saja ba.
Bapa dan Aku satu” (Yohanes 10:30, BM).

[Baca Yohanes 10:22-33 sebagai konteks ayat]. “Yesus tidak pernah mendakwa dirinya TUHAN.” Itulah ayat yang selalu digunakan oleh orang yang tidak percaya dengan kepercayaan orang Kristian tentang keilahian Yesus. Tetapi kenyataan ini merupakan kenyataan yang mudah disangkal kerana melalui pengajian Alkitab, terutama sekali melalui Kitab-Kitab Injil, Yesus memang mengakui bahawa dia Tuhan. Benar, dia tidak pernah berkata, “Saya Tuhan,” tetapi dia memang sangat jelas mendakwa diri-Nya Tuhan. Ayat diatas, “Bapa dan Aku satu”, contohnya, merupakan kenyataan yang jelas walaupun ada yang memutar-belitkan kenyataan ini. “Dia hanya menganggap dirinya mempunyai hubungan dengan Bapa, bukan sama seperti Bapa,” kata mereka. Tetapi (konteks ayat) orang Yahudi yang mendengar Yesus berkata begitu beranggapan sebaliknya. Mereka dengan jelas faham bahawa Yesus sedang menyamakan dirinya dengan Allah Bapa. Oleh itu mereka ingin merejam Yesus dengan batu dan berkata, “Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!” (Yohanes 10:33). Jadi, Yesus memang mendakwa dirinya Tuhan.

Setiap kali Yesus mengampuni dosa, setiap kali orang menyembah dia tanpa halangan, setiap kali dia berkata, “Akulah…”, dia mendakwa dirinya Tuhan. Tidak mungkin ada orang yang keliru sekiranya mereka memahami konteks ayat apabila mereka membaca Kitab Injil tentang Yesus. Tidak ada orang semasa zaman Yesus yang memahami Alkitab orang Yahudi berani mendakwa dirinya boleh mengampuni dosa orang terhadap TUHAN. Tetapi Yesus berani. “Dosamu sudah diampunkan” (Matius 9:2-3; Markus 2:7; Lukas 5:21). Tidak ada orang yang beriman membenarkan orang berlutut dan menyembahnya atau menbiarkan orang berkata kepadanya, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” (Yohanes 20:28). Tetapi Yesus kerap kali berbuat begitu (Matius 14:33; 28:9, 17; Lukas 24:52; Yohanes 9:38). Tidak ada orang yang berani menggunakan nama TUHAN yang suci untuk dirinya sendiri [Allah berfirman kepada Musa, “Aku adalah AKU!” (Keluaran 3:14), Yahweh]. Tetapi Yesus selalu berkata begitu, contohnya, “Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, AKU sudah ada” (Yohanes 8:58). Cubaan untuk merejam Yesus kerana mengufuri Allah seringkali berlaku juga. Orang Yahudi dan musuh-musuhnya faham benar tentang setiap kenyataan Yesus tentang dirinya.

Fikirkan: Lain kali apabila ada orang yang mengatakan kepada kamu bahawa “Yesus tidak pernah mendakwa dirinya TUHAN” – jangan layan mereka. Atau jika kamu yakin, ajar mereka. Dan apabila kamu membaca Alkitab, jangan baca sambil lewa. Ingatkan diri kamu bahawa Yesus bukan hanya memberi nasihat yang baik atau menganggap bahawa dia hanya seorang guru rohani yang hebat, Dia ialah Anak Allah yang setara dengan TUHAN. Firman-Nya ialah Firman Allah. Yesus ialah TUHAN yang menjelma sebagai manusia. “[Yesus] datang sebagai manusia, dan hidup sebagai manusia” (Filipi 2:7). Yesus datang untuk kamu dan saya. Inilah TUHAN kita!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.



Best Blogger Tips

Tuesday, June 3, 2014

Kudus, Kudus, Kudus



Kudus, kudus, kuduslah TUHAN semesta alam,
Seluruh bumi penuh kemuliaan-Nya!” (Yesaya 6:3, TB)

Alkitab menyatakan bahawa Allah itu kudus, tanpa cela, suci dan sempurna. Dari Kitab Kejadian hingga Kitab Wahyu, Allah menyatakan Diri-Nya sebagai TUHAN yang Kudus. Allah kudus sehinggakan Dia tidak dapat menahan dosa dan tidak mampu melihat dosa.

Oleh kerana kekudusan Allah, Dia berpaling dan membelakangkan Tuhan Yesus Kristus apabila Kristus mengambil kepada diri-Nya dosa seluruh dunia di kayu salib. Itulah satu-satunya (hanya sekali) masa dalam kesatuaan Allah Triniti dimana hubungan Allah Bapa dan Allah Anak mengalami keretakkan.

Kristus berseru di kayu salib, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” (Markus 15:34, BM). Betapa dahsyatnya kesedihan dan kesakitan (secara fisikal dan rohani) Kristus ketika itu apabila kegelapan dosa yang ditanggung oleh-Nya telah menyebabkan Allah Bapa berpaling meninggalkan-Nya. Namun betapa indahnya ketika itu (sekarang dan selamanya) apabila Kristus mengorbankan diri-Nya yang kudus dan suci untuk mati bagi setiap dosa yang sepatutnya ditanggung oleh kita.

Sekarang, Allah berfirman agar kita menjadi kudus seperti Dia (1 Petrus 1:16). Tetapi bagaimana ini boleh terjadi? Bagaimana kita yang berdosa ini boleh menjadi kudus? Apabila kita menerima dan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan dan Juruselamat kita, Dia akan hadir dalam kehidupan kita, menyucikan kita daripada dosa, dan tinggal di dalam kita melalui Roh Kudus-Nya. Pada masa itu, kita akan mula bertumbuh menjadi seperti Dia, dan akan terus bertumbuh dalam iman sehingga kita bersama dengan Kristus suatu hari nanti dan memiliki tubuh yang baru dalam hadirat-Nya.

Oh betapa indah-Nya Allah itu.
Melalui Kristus apa yang kita anggap sebagai mustahil –
pendosa menjadi kudus – boleh terjadi.
Puji, syukur dan hormat kepada Allah Tuhan kita! Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, October 9, 2013

Kepentingan Firman Allah dalam Puji Sembah

Hendaklah mereka semua memuji nama TUHAN!
Hanya nama-Nya sahaja yang paling agung;
kemuliaan-Nya melebihi semua yang di bumi dan di syurga
(Mazmur 148:13, terjemahan saya)

Tanpa pengetahuan tentang kebenaran, puji sembah atau penyembahan yang benar tidak mungkin akan terjadi. Seperti rasul Paulus apabila dia menjelajahi bandar Atena, dia menjumpai sebuah mazbah yang bertuliskan, “Kepada Allah Yang Tidak Dikenali” (baca Kisah Rasul-Rasul 17:16-34). Ini mungkin apa yang berlaku kepada orang yang pergi menyembah ‘tuhan’ (atau para tuhan) tanpa mengenal siapa TUHAN yang benar itu secara peribadi. Adalah sangat sia-sia untuk menyembah ‘tuhan’ yang tidak dikenali; kerana jika kita tidak mengenal siapa ‘tuhan’ itu kita tidak tahu penyembahan yang bagaimana yang ‘dia’ mahukan.

Tetapi, jika kita sudah mula mengenal siapa TUHAN yang hidup itu dan mengetahui kebenaran tentang diri-Nya – puji sembah kita akan ada maknanya. Puji sembah kita akan ada arah dan tujuannya. Semakin kita tahu siapa TUHAN itu, semakin kita sedar bahawa hanya Dialah yang layak disembah dan dipuja. Untuk menyembah ialah untuk “memuji nama TUHAN”, memuliakan Dia yang kita kenal, berterima kasih atas segala perbuatan-Nya dan takjub akan keagungan-Nya. Seperti seruan pemazmur di atas: “Hendaklah mereka semua memuji nama TUHAN! Hanya nama-Nya sahaja yang paling agung; kemuliaan-Nya melebihi semua yang di bumi dan di syurga”.

Disebabkan puji sembah ialah suatu respon terhadap kebenaran tentang TUHAN yang kita tahu dan alami –  Firman Allah iaitu Alkitab – adalah sangat penting bagi kita. Firman-Nya membangkitkan akal, hati dan jiwa kita untuk menyembah-Nya. Bagai aur dengan tebing; Firman Allah dan puji sembah tidak boleh dipisahkan!

Oleh itu, adalah sangat penting sebelum memulakan puji sembah di gereja atau dimana sahaja persekutuan Kristian berlaku, ia patut dimulakan dengan membaca petikan Alkitab (yang berkaitan) dan menterjemahkan atau mengajar Firman itu selepas ia didengarkan. Di dalam kitab Nehemia buku Perjanjian Lama: “[Orang Lewi] menterjemahkan Taurat Allah itu bahagian demi bahagian dan menghuraikannya supaya rakyat mengerti” (Nehemia 8:8, BM) dan disebabkan itu, mereka “bersukacita... kerana mereka faham akan makna pembacaan yang didengarkan mereka itu” (8:12). Di dalam Perjanjian Baru pula, Paulus berpesan kepada Timotius, “gunakanlah masamu dengan membaca Alkitab kepada jemaah, dan berkhutbah serta mengajar” (1 Timotius 4:13, BM).

Adalah sangat logik dan alkitabiah untuk kita memulakan sesuatu ibadah dengan membaca Alkitab dan kemudian menterjemahkannya atau mengajar sebelum kita menyanyikan lagu-lagu puji sembah. Jika kita mula dengan puji sembah sebelum Firman Allah dibacakan, persoalannya ialah: Kita respon tentang apa? Mungkin ramai diantara kita tidak sedar (atau pura-pura tidak sedar) yang orang akan lebih bersemangat dan hati, akal dan jiwa mereka lebih bersedia untuk memuji dan menyembah TUHAN selepas mereka mendengar Alkitab dibacakan dan selepas Firman Allah diajarkan. Puji sembah seharusnya ialah respon kita kepada Firman Allah, bukannya sesuatu yang harus kita ‘buat-buat’ melalui ‘paksaan’ atau mainan psikologi. Hanya jika TUHAN berfirman melalui Firman-Nya yang hidup dan hanya jika Dia sendiri yang ingin menunjukkan diri-Nya yang agung dan mulia melalui Roh Kudus kepada kita, barulah kita benar-benar tunduk hormat dan takut kepada-Nya – dan puji sembah kita tidak lagi seperti biasa.

 Mungkin susah untuk kita berbuat begitu pada masa ini kerana kita sudah terbiasa dengan kebiasaan (atau tradisi lama) sebelum kita memulakan ibadah. Ini cadangan saya kepada kamu:

1)    Mulakan ibadah dengan berdoa terlebih dahulu.
2)    Selepas itu, baca petikan Alkitab yang berkaitan dengan tema atau topic atau khutbah yang akan dikongsikan pada masa itu.
3)    Kemudian, kamu atau pemimpin puji sembah memulakan nyanyian bersama. (Pilih lagu yang sesuai dengan petikan Alkitab tersebut).
4)    Sesudah itu, jemput pengkhutbah untuk menterjemahkan dan mengajar Firman Allah.
5)    Apabila sudah tamat, pemimpin puji sembah menyanyikan beberapa lagu yang sesuai dan mengakhirinya dengan doa penutup.

Ini hanya cadangan saya sahaja. Apa yang penting ialah kita patut memuji sembah dan berdoa selepas Alkitab dibacakan. Hanya melalui Firman-Nya kita tahu bagaimana untuk menyembah TUHAN dengan betul dan berdoa dengan penuh yakin berdasarkan kehendak-Nya. Puji sembah ialah doa kita juga, dan Alkitab mengatakan bahawa: “Kita berani menghadap Allah, kerana kita yakin bahawa Dia mengabulkan doa kita, jika kita memohon apa sahaja yang sesuai dengan kehendak-Nya” (1 Yohanes 5:14, BM). Alkitab mengandungi kehendak-Nya. Puji sembahlah Dia sesuai dengan kehendak-Nya! Puji sembahlah Dia berdasarkan Firman-Nya yang hidup!

Kawan, adakah pembacaan Alkitab ada dalam puji sembahmu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]