[A bit SPOILER ALERT] Selepas menonton filem Bumblebee (a.k.a. B-127), bagaimana dia diselamatkan oleh Charlie
Watson dan kemudian dia pula menyelamatkan Charlie, saya terfikir tentang satu
kisah di dalam Alkitab – Yesus berjalan di atas air. Kaitannya mungkin tidak
berapa jelas tetapi reaksi psikologinya sama. Tentang cerita di dalam Matius
14:22-33, Yesus menyuruh murid-murid-Nya menaiki perahu untuk pergi ke
seberang. Tiba-tiba, perahu yang dinaiki mereka terumbang-ambing kerana ribut
kuat dan ombak besar. Sedang mereka dalam ketakutan, Yesus pergi kepada mereka
dengan berjalan di atas air dan Dia meredakan angin. Apabila dia menaiki
perahu, ini reaksi mereka: “Selepas itu,
para murid Yesus yang di dalam perahu menyembah-Nya…” (Matius 14:33).
Selepas ribut kencang reda
– mereka menyembah Yesus Kristus! Secara berkumpulan, sebagai orang Kristian
(iaitu pengikut Kristus), mereka tidak pernah berbuat begitu. Sebelum
kebangkitan Yesus, mereka tidak pernah menyembah Dia bersama-sama seperti itu.
Tidak pernah. Rujuk Alkitab kamu. Cari ketika apabila mereka semua menyembah
bersama-sama. Kamu tidak akan dapat mencarinya. Kamu tidak akan membaca tentang
mereka menyembah Yesus bila Dia menyembuhkan orang. Apabila Yesus mengampuni
orang berdosa, apabila Yesus berkhutbah kepada orang ramai, mereka tidak pernah
bersujud dan menyembah-Nya. Mereka hormat, mereka takut, mereka sanggup
mengikuti-Nya, malah mereka menghalau roh-roh jahat dalam nama-Nya, tetapi para
pengikut Yesus – 12 orang para rasul itu – tidak pernah menyembah Dia
bersama-sama seperti ini. Tetapi selepas kejadian di tengah laut Galilee,
mereka semua menyembah Yesus. Kenapa? Ini reaksi psikologi yang dipenuhi dengan
ilham Allah: Kerana pada masa itu,
mereka yang diselamatkan… bukan orang lain.
Kenapa Bumblebee sanggup
mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Charlie? Kerana dia pernah diselamatkan
oleh Charlie. Kenapa Charlie sanggup mengambil risiko untuk mempertahankan Bee?
Kerana Bee sudah menyelamatkan dia dulu. Kenapa agent Burns ingin membunuh
Bumblebee? Kerana dia menganggap Bee sebagai musuh pada mulanya. Kenapa tidak
lama kemudian, agent Burns membantu Bee? Kerana Bee sudah membuktikan bahawa
dia bukan musuh tetapi sebenarnya ingin menyelamatkan penduduk bumi. Kenapa
bila Yesus membangkitkan Lazarus dari kematian, para pengikut Yesus tidak
menyembah Dia? Tetapi, apabila Yesus menyelamatkan mereka, mereka terus
menyembah Dia? Kerana kali ini bukan orang lain yang mengalami keselamatan
Allah tetapi mereka sendiri! Ini pengajaran yang ingin saya sampaikan:
Penyembahan yang benar – samada puji sembah, doa atau melakukan pekerjaan Allah
– harus datang dari kebenaran dan pengalaman kamu sendiri. Kerana kamu sudah
diselamatkan oleh Bapa melalui Anak-Nya, Yesus Kristus, dengan hati yang
berterima kasih dan roh sukacita, kamu rindu untuk menyembah-Nya!
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment