Bila saja saya berbual
dengan Madam Sandra Allenson, saya sentiasa belajar benda baru. Kadang-kadang
benda baru itu sebenarnya benda lama yang diungkapkan dengan maksud yang
berbeza atau lebih peribadi. Satu ayat yang dikongsikan madam ialah tentang
Petrus yang berjalan di atas air (baca Matius 14:22-33). Selagi Petrus
memfokuskan mata-imannya kepada Yesus, dia tidak akan tenggelam; tetapi apabila
dia melihat keadaan ribut dan ombak yang kuat disekelilingnya, dia tenggelam.
Apa yang menarik tentang Petrus, kata madam ialah, “dia melangkah keluar dari zon selesa.”
Ini membuatkan saya
berfikir. Tidakkah kamu penat membuat sesuatu yang sama saja setiap masa?
Tidakkah kamu bosan dengan perkara yang kamu lakukan setiap hari
berulang-ulang? Adakah kamu cuba untuk melakukan sesuatu yang baru tetapi takut
bertindak diluar rutin harian kamu atau kamu sebenarnya tidak tahu apa yang
harus dilakukan? Semua ini membuatkan hidup statik. Kamu melakukan kebiasaan
setiap masa walaupun kamu sudah bosan kerana kamu takut untuk melangkah keluar
dari zon selasa dan melakukan sesuatu yang berbeza.
Cuba kamu lihat perubahan
kehidupan Petrus. Daripada seorang yang was-was, dia menjadi berani; daripada
seorang yang kecil iman, dia melakukan mukjizat; daripada seorang yang ingin
kembali kepada pekerjaan lama, dia bertekat melakukan pekerjaan TUHAN. Dia
melangkah keluar dari zon selesa. “Kerana
[Allah] sangat mengasihi kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan
membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian…” (1 Petrus 1:3a). Oh yeah! “Hidup yang baru.” Hidup yang baru harus
ada tekat dan azam yang baru, harus ada perubahan yang baru, harus ada tabiat
dan tindakan yang baru. Harus melangkah keluar dari zon selesa!
TUHAN telah menciptakan
kamu dengan keinginan untuk melakukan sesuatu yang berbeza dan unik setiap hari
(ya, ada juga rutin harian yang positif, bagus dan mesti dilakukan). Ini
menjadikan kehidupan kamu lebih bermakna dan ‘hidup.’ Di tahun dan hari yang
baru ini – 2019 – buat keputusan untuk melangkah keluar dari zon selesa dengan
iman dan melakukan perubahan baru sesuai dengan “hidup yang baru” yang
dikurniakan oleh Allah kepada kamu. Buat perancangan, bertekad untuk bertindak,
dan serahkan segalanya kepada Dia. Ini, kata Petrus, adalah hal yang akan “memberikan harapan yang kukuh kepada kita.”
Maksudnya, kematian Yesus, menjadikan hidup kita baru; kebangkitan Yesus pula,
membolehkah kita hidup dengan iman. Arahkan pandangan kamu kepada Yesus Kristus
dan – bak kata Madam di Starbuck, the Spring petang semalam: “Rich,
tahun 2019 ini, kamu kena melangkah keluar dari zon selesa!” cheers,
Americano!
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment