Patricia Peter #AskAngelus:
“Bagaimana cara untuk menerangkan konsep triniti dalam ajaran Kristian?”
“Bagaimana cara untuk menerangkan konsep triniti dalam ajaran Kristian?”
Soalan yang lazim yang akan
ditanyakan oleh orang bukan Kristian, khususnya ahli-ahli pendakwah yang beragama
Islam (bukan semua, tetapi segelintir orang yang rasa ala-ala para pengikut Zakir
Naik) apabila berdebat tentang doktrin-doktrin agama, ialah tentang isu triniti.
Soalan ini bagus malah sangat membantu dan patut ditanya asalkan tidak ada
unsur membuli (pembuli agama
selalunya akan menyasarkan orang yang lemah), menyesatkan (berputar-belit, tidak rational) dan sombong (bila dijawab mereka tidak mahu
mendengar, hanya mahu menguji. Mereka sahaja yang betul). Elakkan menjawab dan
dimanipulasikan orang-orang seperti itu. Tutup telinga, dengar khutbah Ravi
Zacharia atau mendiang Nabeel Qureshi lebih baik! Firdaus, kawan Muslim saya di
kampus dulu pernah berkata, “Iboh dilayan
orang kedak ya Chard. Mun mok mendakwah sekalipun iboh la sampei menyoalkan
agama orang lain. Masing-masing kita ada agama sendirik… Lain la mun orang ya
sikda agama.” Setuju!
Tetapi untuk pengetahuan
kamu sendiri, untuk menyiapkan diri kamu, dan untuk meningkatkan keyakinan iman
kamu, disini saya sediakan beberapa fakta dan cara yang ringkat (dan sangat
asas) untuk kamu memahami lebih lagi tentang konsep triniti. Ia juga boleh
digunakan sebagai respon kamu apabila ditanya:
#1 Pada
pendapat saya, ada tiga (3) fakta yang harus kamu sedar terlebih dahulu: 1) Ayat ‘triniti’ tidak ada di dalam Alkitab.
Triniti ialah “sebuah konsep” yang
digunakan untuk menjelaskan kebenaran tentang keperibadian TUHAN (nanti saya akan
jelaskan dengan lebih lanjut lagi); 2) Tidak ada orang di dunia ini yang boleh menjelaskan konsep triniti 100%!;
dan 3) Alkitab ialah asas
kepada kepercayaan kita tentang konsep triniti. Jika kamu tidak
percaya kepada Alkitab, maka konsep triniti sudah tidak penting lagi. Tetapi jika
kamu percaya dengan Alkitab, maka konsep triniti sangat penting bagi kamu
memahami keperibadian TUHAN dengan lebih menyeluruh lagi.
#2 Apakah definasi “triniti” dalam kepercayaan orang Kristian? Apabila saya menerangkan ia kepada para pelajar saya,
saya akan berkata: “Kamu semua ialah para
pelajar di universiti. Universiti ialah gabungan diantara ayat ‘unity’ iaitu
kesatuan dan ayat ‘diversity’ iaitu kepelbagaian. Jadi, adakah universiti itu
satu atau dua?” Jadi, Allah Triniti (tri = tiga, niti = unity) boleh
dilihat sebagai TUHAN itu satu (kesatuan) tetapi ada tiga keperibadian
(kepelbagaian). TUHAN tidak boleh ada dua atau tiga, mesti SATU. Tetapi pada
masa yang sama, Dia boleh memiliki keperibadian yang berbeza. Contoh, saya
ialah seorang manusia (satu), tetapi bagi ibu, saya ialah anak dia; bagi protégé
saya, saya ialah bapa rohani dia; bagi teman wanita saya, saya ialah kekasih dia.
Adakah saya tiga orang? Tidak, satu! Triniti dalam kepercayaan orang Kristian
yang Alkitabiah ialah: TUHAN itu SATU [100%] tetapi mempunyai tiga
keperibadian yang berbeza Allah Bapa [100%], Allah Anak [100%], dan Roh Kudus
[100%]!
"Trinity Knot" |
#3 Banyak
ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan konsep triniti, tetapi setiap
ilustrasi itu tidak akan 100% mencapai maksud yang sebenar kerana konsep triniti ini agak kompleks bagi minda
manusia (sebab itu saya golongkan ia sebagai “konsep” dan awal tadi saya sudah menjelaskan bahawa “Tidak ada orang di dunia ini yang boleh
menjelaskan konsep triniti 100%!”). Saya bahagikan ilustrasi triniti yang
lazim digunakan pada masakini kepada 3 tahap: a) Lemah, b) Boleh Tahan, dan c)
Bagus. Contoh-contoh tahap ilustrasi a) Lemah: Telur [kulit, kuning,
putih telur], H20 [keadaan cecair, wap, pejal], dan Kopi 3-dalam-1
[gula, krimer, kopi]. Contoh-contoh ilustrasi b) Boleh Tahan pula ialah (1
x 1 x 1 = 1) dan (manusia = tubuh, jiwa, roh). Dan ilustrasi yang paling c)
Bagus pada pendapat saya ialah “trinity
knot” [lihat gambar rajah] dan cahaya. Cahaya, menurut quantum physic, pada
masa yang sama ialah partikel dan gelombang. Ia dipanggil sebagai Gelombang-Partikel Dualitas Cahaya.
Penjelasannya agak kompleks… tetapi biar saya simpulkan disini: Jika kamu ingin
memahami dan menjelaskan konsep triniti melalui ilustrasi-ilustrasi di atas,
kamu akan lebih keliru jika kamu tidak memulakannya melalui Alkitab (Ingat apa yang
saya tulis dari awal tadi? (“Alkitab
ialah asas kepada kepercayaan kita tentang konsep triniti”).
#4 Jadi, bagaimana
kamu mahu memahami dan menerangkan konsep triniti dengan lebih baik lagi? Ambik
kertas atau nota telefon kamu dan tulis ayat ini (ini paling penting): Jangan mulakan dengan
menjelaskan apa itu triniti, mulakan dengan melihat apa kata Alkitab tentang
TUHAN! (baca ini kekurang-kurangnya tiga kali lagi).
Alkitab terdiri daripada dua bahagian: Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Apa
kata Alkitab tentang keperibadian TUHAN? Lihat jadual di bawah:
Secara ringkas, apa yang saya tulis ialah:
Alkitab
|
Perjanjian
Lama (PL)
|
Perjanjian
Baru (PB)
|
Kesatuan
|
TUHAN itu Satu (Ulangan 6:4; Yesaya 43:10-11; Mazmur
86:10)
|
TUHAN itu Satu (Markus 12:29; Galatia 3:20; Yakobus
2:19)
|
Keperibadian
|
Allah Bapa. Ini sangat ketara di dalam PL.
|
Allah Bapa. Ini juga sangat ketara di dalam PB.
|
Malaikat
TUHAN. Secara umumnya, apabila PL
menulis tentang malaikai, ia merujuk kepada malaikai iaitu ciptaan Allah.
Tetapi ada masanya kita akan membaca tentang ‘Malaikat TUHAN’ yang mempunyai
ciri-ciri keilahian. Contoh, Abraham tunduk menyembah-Nya apabila melihat
malaikat TUHAN datang ke tempatnya dan Dia bercakap tidak seperti seorang utusan
tetapi seperti TUHAN sendiri (baca Kejadian 16:9, 13. Lihat juga Yosua
5:14-15). Malaikat yang sebenar tidak akan membiarkan dirinya disembah (lihat
Wayhu 22:8-9).
|
Yesus
Kristus, Anak Allah. Dia dipanggil
sebagai “Tuhan” (Markus 1:3), “Tuhan atas hari Sabat” (Markus 2:28), mengakui
“Aku ialah Aku”, mengampuni dosa orang, Paulus memanggil Yesus sebagai “Tuhan”
(Filipi 2:10-11) dan sebagainya. Yesus, sebagai manusia dilihat seperti
meyembah Allah dan berdoa kepada-Nya… jadi, bagaimana ini boleh terjadi? Untuk
ini, sila rujuk: https://www.youtube.com/watch?v=LoTSqXY5uhc
|
|
Roh TUHAN atau Roh Allah. Di dalam PL, kita melihat Roh Allah
memberi kekuatan (1 Samuel 10:10), berfirman seperti Allah (2 Samuel 23:2-3),
Iya kadang-kadang disamakan dengan ‘TUHAN’ (Yesaya 48:16), dan Iya juga ada
semasa penciptaan (Ayub 33:4). Roh Allah mempunyai ciri-ciri keilahian tetapi
pada masa yang sama berbeza dengan Allah Bapa.
|
Roh Kudus. Di dalam PB, kita melihat bahawa Roh Kudus juga dipanggil
dan bersifat seperti memiliki peribadi (1 Tesalonika 5:19), Roh juga memberi
kuasa, berfirman seperti Allah dan firman-Nya sama seperti iya datang
daripada TUHAN sendiri (baca Kisah Para Rasul).
|
Letak ke tepi konsep triniti
seketika… Lihat semula gambar dan jadual di atas. Isunya ialah: Bagaimana kita
boleh menjelaskan bahawa di dalam Alkitab memang terang-terang TUHAN itu
dikatakan adalah SATU, tetapi pada masa yang sama, Malaikat TUHAN (merujuk
kepada jadual di atas) dan Roh Allah dalam Perjanjian Lama, dan Yesus Kristus
dan Roh Kudus di dalam Perjanjian Baru juga mempunyai ciri-ciri keilahian
seperti TUHAN yang satu? Ketiga-tiga peribadi itu ada di dalam PL, ketiga-tiga
peribadi itu ada di dalam PB, tetapi kedua-dua bahagian Alkitab – PL dan PB –
juga menyatakan bahawa TUHAN itu satu? Penyelesaiannya?
Konsep triniti! Ia digunakan untuk menyatakan bahawa – selepas menyelidiki
Firman Allah – TUHAN itu satu tetapi mempunyai tiga peribadi!
#5 Kenapa konsep triniti ini sangat penting? Kerana dua (2) sebab utama:
a) “Allah
itu kasih” (1 Yohanes 4:8). Kasih
hanya bermakna apabila kasih itu diluahkan/diberikan/dikongsikan kepada lebih
daripada satu peribadi. Bapa mengasihi Anak, Anak mengasihi Bapa – itu kasih. Dan
oleh kerana Allah itu kasih, Dia juga boleh mengongsikannya dengan kita. TUHAN
tidak menciptakan kita supaya Dia beroleh kasih daripada kita, Dia menciptakan
kita supaya kasih-Nya – seperti kasih-Nya kepada Anak-Nya – juga menjadi milik
kita! Wow!
b) Kita anak-anak Allah! Bapa kita disyurga, Anak-Nya bersama kita (Emmanuel),
dan Roh Kudus di tinggal di dalam kita. Bukankah itu sangat indah???!
Apabila kamu berhadapan dengan soalan tentang triniti,
buat tiga (3) perkara ini:
1) Jangan sesekali mula dengan menerangkan maksud dan konsep triniti secara
terus. Jika tidak ada masa, jawab, “Saya
tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya.” Tetapi jika ada masa (jika dia
iklas bertanya juga), tunjukkan dia semua rujukkan tentang Bapa, Anak dan Roh
Kudus di dalam Alkitab dan kemudian buat kesimpulan dari sana. Alkitab dulu,
barulah konsep triniti.
2) Rujuk orang itu untuk membaca artikel blog ini dan kemudian
berbincang.
3) Jika kamu betul-betul
tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya… jika kamu cuba berkali-kali tetapi
masih tidak dapat… Jadi, kamu harus berdoa begini: “Bapa, saya akan berusaha untuk cuba belajar lagi tetapi walauapapun, saya
tetap akan mengabdikan iman saya kepada Anak-Mu, Tuhan Yesus Kristus.
Keselamatan saya tidak bergantung kepada doktrin triniti tetapi ia berdasarkan
kebenaran Firman-Mu, darah Yesus dan kuasa Roh Kudus. Amen.”
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment