"Lihat, Aku telah melukiskan
engkau di telapak tangan-Ku..." (Yesaya 49:16, AVB). Wow! Mari
lihat versi BM: "Aku tidak akan melupakan
kamu! Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku..." Wow!
Gambaran yang 'wow', kan? Nama kamu di telapak tangan TUHAN. Nama kamu disebut
DIA. Mungkin kamu pernah melihat nama kamu ditulis di beberapa tempat, di
surat, di kad jemputan, di sijil, pingat, buku, sosial media... Tetapi
mengambarkan nama kamu ditulis di telapak tangan TUHAN dan disebut oleh Dia...
Oh wow, mungkinkah ini benar?
Atau, kamu tidak pernah
melihat nama kamu ditulis dimana-mana tempat. Nama kamu biasa. Kali terakhir
nama kamu disebut, ia tidak diucapkan dengan lemah lembut atau kasih sayang.
Jika ia, mungkin ianya lebih sukar untuk kamu percaya bahawa TUHAN tahu nama
kamu... Hey, DIA tahu! Alkitab mengatakan bahawa DIA "melukis" nama
kamu. Untuk melukis, ia memerlukan masa dan sentuhan peribadi, berbeza dengan
hanya "menulis." Bayangkan.
Betul, TUHAN telah melukis
nama kamu di telapak tangan-Nya. Nama (atau "nama baru") kamu
disebut-Nya. Dibicarakan melalui mulut-Nya. Nama kamu. Kamu tahu apa lagi yang
lebih indah daripada itu? Semua itu dilakukan di "telapak tangan"
TUHAN. Ini ialah suatu gambaran yang menunjukan bahawa segala masa lalu,
sekarang, dan masa depan kamu sudah ada di tangan-Nya. TUHAN berkuasa,
memerintah dan melindungi kamu. Walaupun
perkara terjadi tidak seperti yang kamu inginkan, ketahuilah bahawa Dia setia
dan baik.
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment