Ada masa kitak dah sik
tahan gik ngan cara idup kitak. Kitak mok ngawal tabiat jaik ngan kitak mok
menghindari dari molah dosa – dalam hati kitak nok sik tentu ya, kitak pikir
siney kuasa TUHAN sebenarnya? Elek la. TUHAN guna kesusahan kinek tok, supaya
kitak lebih kuat gik ari esok. Nya mok nyediakan kitak. Allah nok molah benda
betumbuh akan molah kitak berbuah.
Pecayak ngan kebenaran nok
Allah ada bersama kitak. Bukan iya ajak, di dalam Yesus Kristus, “Roh Allah idup dalam diri kitak” (Roma
8:9; 1 Korintus 3:16). Mun kitak sedar nok Nya bukan jak bersama tapi tinggal
di dalam diri kitak, iya akan molah kitak berpikir siney kitak pergi ngan apa
kitak molah ngan tabiat kitak nok sik bagus ya.
Jadi, apa la tindakan
kitak seterusnya? Kamek [sama-sama la kita] becadang kitak molah apa nok benar
setiap ari. Mula sikit-sikit lok. Apa-apa ja. Apa ja nok muncul depan kitak,
apa ja masalah nok melanda kitak ngan apa jak perkara nok berlaku – molah apa
nok benar, bukan molah apa nok senang. Ko rasa orang sik nangga, molah ja apa
nok benar. Mun sikda orang molah perkara nok benar, ko molah ja apa yang bekenan
di mata TUHAN. Iboh nipu, jujur. Iboh bulak, cakap terang-terang. Iboh takut,
yakin. Ko teguh dalam iman. Ko idup dalam kebenaran. Ko molah tabiat baru. Ko
ngubah sikap. Cuba ko pikir, TUHAN tetap molah apa nok benar walaupun semua
orang molah dosa – Nya nyelamatkan kita semua. “Tengah kita molah dosa, Kristus mati untuk kita” (Roma 5:8). Tok
kamek mok madah: Molah apa nok benar
kerana Allah nok molah benda bertumbuh akan molah kita berbuah! Mena sik?
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment