Mungkin memori tentang
keluarga ketika kamu masih kecil dulu membawa lebih kepada kepahitan daripada
inspirasi. Suara daripada masa lalu menghujat kamu, memperkecilkan kamu,
menjatuhkan kamu. Dulu kamu berfikiran bahawa semua perkara itu biasa berlaku,
tetapi sekarang kamu sedar yang apa yang pernah terjadi kepada kamu dulu
sebenarnya bukan perkara biasa... Ia menyakitkan dan membawa kepada kepahitan.
Apabila kamu memikirkan masa lalu: adakah kamu akan bangkit daripada kisah
silam dan terus melakukan perubahan? Atau, membiarkan diri kamu dikuasai hal
lalu dan terus memberi alasan?
Fikirkan hal ini: Kehidupan rohani datang daripada Roh
Allah! Ibubapa kamu mungkin telah menurunkan DNA kepada kamu, tetapi TUHAN
telah menurunkan kasih kurnia kepada kamu. Ibu kamu mungkin telah melahirkan
kamu, tetapi TUHAN yang memberikan kamu hidup. Kamu mungkin serupa dengan
gambaran bapa kamu, tetapi bagi Bapa, Dia melihat kamu seperti gambaran Yesus
Kristus, Anak-Nya. TUHAN telah memberikan kamu apa yang tidak boleh diberikan
oleh keluarga kamu. "Yang dilahirkan
manusia ialah manusia, dan yang dilahirkan Roh ialah roh" (Yohanes
3:6). Jika kita sudah "dilahirkan
semula" (3:7) melalui Roh, maka, kita sudah ada keluarga rohani yang
baru!
Apa yang terjadi kepada
kamu ketika masih kecil dulu tidak perlu menjadi beban dan kepahitan bagi kamu
lagi. "Sesiapa yang ada dalam
Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru"
(2 Korintus 5:17). Jangan lagi hidup dalam kepahitan masa lalu, sekarang
hiduplah seperti manusia baru... Kehidupan
rohani... yang dilahirkan melalui Roh Allah!
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment