Walau seberapa lamapun
kamu dipilih menjadi pemimpin, walau berapa kali kamu mengikuti kem kepimpinan,
walau sebanyak manapun nasihat bernas yang kamu pernah terima - jika kamu tidak
ada sikap yang ingin belajar dan mudah diajar - semua ini hanya sia-sia. Ada
segelintir pemimpin Christian Fellowship (CF) yang saya pernah jumpa yang suka
membawa 'kepala sendiri' apabila diberi jawatan dan kuasa dalam kepimpinan.
Mereka tidak mahu belajar sesuatu yang baru. Mereka berfikir hanya cara dan
pendapat mereka sahaja yang betul.
Untuk mengetahui samada
kamu seorang pemimpin yang mahu belajar dan senang diajar, jawab soalan-soalan
berikut: Adakah kamu terbuka dengan pandangan orang lain? Adakah kamu mendengar
lebih daripada bercakap? Adakah kamu sanggup mengubah pendapat jika diberi
maklumat yang baru? Adakah kamu sanggup mengakui kesalahan/kesilapan? Adakah
kamu seorang yang suka bertanya? Adakah kamu sanggup melakukan perubahan atau
sesuatu yang baru? Adakah kamu cepat melenting apabila kamu dikritik atau kamu
mahu mendengar untuk mendapatkan kebenaran?
Jika kebanyakkan jawapan
kamu ialah "Ya", maka kamu seorang pemimpin yang baik. Allan pada
mulanya seorang pemimpin yang agak pemalu dan selalu melakukan kesilapan.
Tetapi satu kualiti yang dia ada ialah sikap ingin belajar dan diajar. Dia banyak
bertanya dan meminta pendapat daripada orang lain. Adakalanya dia membuat
keputusan yang kurang tepat dan terjadinya konflik, tetapi dia tidak mudah
putus asa. Menurut pemerhatian saya, Allan semakin bertumbuh dalam iman dan
kepimpinannya. Saya sangat berbangga dengan dia!
Di dalam Perjanjian Baru,
Petrus dan Yudas merupakan para pengikut Yesus dan mereka diajar oleh Dia
secara peribadi... diakhir cerita, Yudas mengkhianati Yesus. Kenapa? Kerana dia
suka 'membawa kepala' sendiri. Dia seolah-olah seperti pengikut sebenar tetapi
apa yang Yesus ajarkan tidak pernah masuk ke dalam hati dia. Oleh itu, dia
mengantungkan diri! Petrus pula selalu melakukan kesilapan malah dia pernah
menyangkal Yesus. Tetapi kenapa pada akhirnya Petrus menjadi pemimpin para
rasul? Selain daripada kerana kasih kurnia Yesus Kristus kepadanya... Petrus merupakan seorang pengikut yang mahu
belajar dan suka diajar oleh Yesus. Oleh itu, dia semakin bertumbuh!
Instagram > Richard Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment