“Saul bertanya, ‘Siapakah Engkau, Tuan?’ Jawab-Nya, ‘Akulah Yesus yang kauaniaya’” (Kisah
Para Rasul 9:5-6, AVB). Lama selepas Tuhan Yesus mengubah perjalanan Paulus
(Saul) di Damsyik dari memburu orang Kristian kepada pertaubatannya menjadi
Kristian, kesaksian dia tetap sama – tidak pernah berubah. Sesuatu yang
dramatik yang berlaku kepada seorang pemberontak yang akhirnya menjadi pengikut
Kristus yang setia dan berpengaruh.
Saya berdoa supaya Tuhan
yang sama yang mengubah Paulus juga akan mengubah kita ketika kita membaca
Firman Allah dan membiarkan Roh Kudus-Nya bekerja di dalam hidup kita.
Penulisan Paulus di dalam Alkitab Perjanjian Baru banyak mengubah diri saya
sendiri. Saya telah menerima banyak cabaran dan galakkan daripada Tuhan Yesus
melalui rasul Paulus. “Aku ingin
mengenali Yesus dan kuasa kebangkitan-Nya” (Filipi 3:10) telah menjadi
matlamat hidup saya. “Kerana bagiku,
hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan” (Filipi 1:21) pula telah
menjadi harapan peribadi saya. Paulus telah menjadi mentor yang membawa saya
kepada Yesus Kristus, Tuhan saya.
Bila kita sanggup dan
benar-benar percaya “kerana bagiku, hidup
ialah Kristus,” bila kita betul-betul mengaminkan Firman ini, maka,
kehidupan kita tidak akan menjadi sama lagi, kita akan memperoleh kehidupan
yang penuh dan bermakna. Hidup ini untuk dan bagi Kristus, jika kita mati dalam
iman kepada-Nya, ia ialah keuntungan! “Tetapi aku sekali-kali tidak mahu bermegah
dengan apa pun kecuali salib Tuhan kita Yesus Kristus yang melalui-Nya dunia
telah disalib kepadaku dan aku juga kepada dunia” (Galatia 6:14) Amin!
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment