Sepanjang hampir 9 tahun
melayani dalam pelayanan pelajar, saya sudah melihat pelbagai cara telah
digunakan untuk membuat pemilihan AJK CF. Contoh yang paling biasa ialah
melalui pencalonan dan kemudian cabutan undi; contoh yang paling teruk ialah
undian berdasarkan populariti; contoh yang berisiko ialah melalui pemilihan
terus oleh para pemimpin tertinggi dan/atau penasihat; dan contoh yang paling
bagus, pada pendapat saya, ialah melalui proses mentoring berperingkat. Walau apapun
cara yang digunakan (semuanya ada kesan positif dan negatif), kesilapan yang paling ketara yang sering
dilakukan ialah apabila kita memilih seseorang pemimpin berdasarkan bakat dahulu,
kemudian atau seterusnya barulah karakter.
Jika kamu tidak percaya,
cuba kamu imbas kembali apakah ciri-ciri pemimpin yang biasa dipilih oleh orang
semasa pemilihan AJK CF atau persatuan muda-mudi di gereja - Adakah dia seorang
yang pandai (atau banyak) bercakap? Seorang yang dominan? Ekstrovert? Adakah
dia salah seorang daripada kumpulan atau pemimpin pujian? Atau pandai bermain
guitar dan alat musik? Adakah dia seorang yang suka memetik Firman Allah di
social media? Adakah dia pandai berdoa (atau paling lama berdoa)? Secara
umumnya, tanpa kita tidak sedari, kita memilih berdasarkan luaran seperti bakat
atau talenta lebih daripada kehidupan rohani dan karakter seseorang itu. Saya
tulis ‘kita’ kerana saya juga selalu melakukan kesilapan seperti ini. Berapa
ramai pemimpin Kristian yang jatuh dan akhirnya mempengaruhi orang lain secara
negatif apabila karakter pemimpin itu lemah? Karakter atau perwatakan seseorang
pemimpin itu sangat penting lebih-lebih lagi apabila isu kepimpinan politik,
agama dan dunia koperat pada masa kini sudah pada tahap yang membimbangkan. Saya
sendiri pernah mendengar dua orang pemimpin gereja tinggal di rumah sewa yang
sama walaupun mereka belum berkahwin lagi!
Jadi, bagaimana para
pemimpin CF (dan para penasihat) boleh menhindari hal yang tidak diingini
seperti ini? Pertama, kita perlu tahu membezakan diantara karakter dan bakat
seseorang itu. Sebagai pemimpin, karekter lebih penting daripada bakat.
Bakat sangat berguna dalam pelayanan tetapi sekiranya kamu tidak ada karakter
Kristus dalam diri kamu, semua itu sia-sia. Karakter seperti integriti, pengawalan
diri, bertanggungjawab, pemaaf, mengandalkan kuasa TUHAN dan sebagainya sangat
berguna di dalam pelayanan CF. Kedua, kita harus meminta petunjuk dan
pimpinan TUHAN dalam memilih pemimpin. Apabila nabi Samuel, seperti kita,
melihat bakat dan luaran seseorang itu, Allah menegur dia dengan berkata: "Janganlah
pandang rupanya atau [isi tempat kosong]... Allah tidak melihat sebagaimana
manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati”
(1 Samuel 16:7). Karakter!
Jangan terlepas infomasi yang menarik, ikut:
Instagram > Richard
Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment