Showing posts with label Bahasa Kamek-Kitak. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Kamek-Kitak. Show all posts

Monday, February 3, 2020

Angelus' Quote: Kebahagiaan Ialah Tanggungjawab Masing-Masing



Suatu ari, atuk ngembak cucunya pergi ke bandar ngan sekor keldai. Mulanya, atuk ya nyuruh cucunya nait keldai. Pasya, apabila orang nangga atuk ya jalan kaki, ada orang nok lalu sia madah, "Nangga ko miak ya, manja gilak eh, atuk disuruhnya jalan kaki."

Bila si atuk dengar ya, sik nyaman ati nya. Lalu nya nyuruh cucu nya berjalan lalu nya nait keldai ya. Ada gik orang madah, "Adoh orang tua ya, dera miak suruh jalan kaki." Alu atuk ya susah ati. Nya fikir bait seduak nya nait atas keldai ya. Tapi bila orang nangga, sida madah, "Kesian keldai ya, sik tau berbelas-kasihan ngan haiwan!" Akhir sekali, atuk ya fikir bagus sida duak cucu nya angkat keldai ya ke bandar. Bila orang nangga, sida geleng kepala, "Bodo alu juak!" 😁😂😅 #ServeToLead #KamekKitak
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Puji Kawan Ko Depan Orang Lain



Aku madah ngan kitak orang: Sik kira la besar sik pangkat orang ya; tua ney umur nya; tinggi sik ilmu nya, sida akan molah perkara ngan lebih bait ngan bersemangat gik mun kitak ambik masa untuk puji usaha sida ya 😉 dah terbukti, meri kata-kata semangat lebih bait dari kritikan #ServeToLead #KamekKitak
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Mun Mok Miak Baca Buku, Kitak Patut Baca Buku Dolok



"Jadi macam abang ya," madah mak cik ngan anaknya nok main games masa makan. Aku senyum. Aku duduk sebelah. "Baca buku la sekali-sekali." "Sik suka kamek," anaknya nyawap. "Ko jadi tepon kelak baru tau." Aku sambung baca buku 📖😉😇 #LetsMakeReadingCoolAgain
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 7, 2019

Angelus' Quote: Molah Apa Nok Benar


Ada masa kitak dah sik tahan gik ngan cara idup kitak. Kitak mok ngawal tabiat jaik ngan kitak mok menghindari dari molah dosa – dalam hati kitak nok sik tentu ya, kitak pikir siney kuasa TUHAN sebenarnya? Elek la. TUHAN guna kesusahan kinek tok, supaya kitak lebih kuat gik ari esok. Nya mok nyediakan kitak. Allah nok molah benda betumbuh akan molah kitak berbuah.

Pecayak ngan kebenaran nok Allah ada bersama kitak. Bukan iya ajak, di dalam Yesus Kristus, “Roh Allah idup dalam diri kitak” (Roma 8:9; 1 Korintus 3:16). Mun kitak sedar nok Nya bukan jak bersama tapi tinggal di dalam diri kitak, iya akan molah kitak berpikir siney kitak pergi ngan apa kitak molah ngan tabiat kitak nok sik bagus ya.

Jadi, apa la tindakan kitak seterusnya? Kamek [sama-sama la kita] becadang kitak molah apa nok benar setiap ari. Mula sikit-sikit lok. Apa-apa ja. Apa ja nok muncul depan kitak, apa ja masalah nok melanda kitak ngan apa jak perkara nok berlaku – molah apa nok benar, bukan molah apa nok senang. Ko rasa orang sik nangga, molah ja apa nok benar. Mun sikda orang molah perkara nok benar, ko molah ja apa yang bekenan di mata TUHAN. Iboh nipu, jujur. Iboh bulak, cakap terang-terang. Iboh takut, yakin. Ko teguh dalam iman. Ko idup dalam kebenaran. Ko molah tabiat baru. Ko ngubah sikap. Cuba ko pikir, TUHAN tetap molah apa nok benar walaupun semua orang molah dosa – Nya nyelamatkan kita semua. “Tengah kita molah dosa, Kristus mati untuk kita” (Roma 5:8). Tok kamek mok madah: Molah apa nok benar kerana Allah nok molah benda bertumbuh akan molah kita berbuah! Mena sik?

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, January 29, 2014

Mun Kitak Brani Ngakuk, Nya Sanggup Menerima Kitak


Mun kita ngakuk dosa kita ngan Nya, maka Tuhan setia ngan adil
sampei Nya mengampuni semua dosa kita,
ngan menyucikan kita ari semua nok jaik
(1 Yohanes 1:9, terjemah dirik ku pun tok)

Mun kita sik mok ngakuk dosa kita, maka kita agik idup dalam kehidupan lamak kita. Mun kita brani ngakuk ia boleh melepaskan kita ari ikatan dosa ngan membuka jalan untuk menerima kemaafan. Kita pun dapat juak ngubah banyak perkara jadi benar agik.

Tok kamek mok madah ngan kitak: nang benar kitak perlu blajar ari kesilapan, tapi kitak sik perlu idup dalam kesilapan ya. Mun kitak ngakuk kesilapan kitak, kitak nunjuk bahawa kitak tok sedia mok berubah. Kitak idup dalam kasih kurnia Tuhan. Apabila kitak sedia mok ngakuk dosa kitak, Tuhan juak sedia mok mengampuni dosa kitak.

Kitak mungkin mikir nok dosa kitak tok terlalu banyak atau sikpat dikira gik – iboh kedak ya – Tuhan sik ngira samada kitak layak atau sik. Ia sik bergantung ngan brapa besar atau banyak ney kitak pun dosa, tapi pengampunan Tuhan tok bergantung ngan brapa besar kasih Tuhan ya. Baca ngan nangga jak kasih Tuhan ya sampei Anak-Nya, Yesus Kristus, pun sanggup mati di kayu salib bagi semua dosa kitak ngan kamek. Nya nanggung semua hukum dosa kita supaya kita benar di depan Tuhan ngan ada hubungan peribadi ngan Nya. Tok kasih Tuhan!

Mun kitak memerlukan pengampunan, Tuhan sedia mok mengampunkan kitak. Kitak cuma perlu mintak ngan nama Yesus Kristus ngan kerendahan ati. Alkitab madah: “Mun kita ngakuk dosa kita ngan Nya, maka Tuhan setia ngan adil sampei Nya mengampuni semua dosa kita, ngan menyucikan kita ari semua nok jaik.”

Mun lepas tok kitak dah mintak ampun ngan dah diampuni Tuhan – terus jak maju ke depan. Iboh nangga nok yang lepas ya. Iboh membenarkan kehidupan dolok menghantui kitak. Nok lepas ya berat gilak mun mok dibawak pergi bersama. Lepas jak kehidupan nok lamak ya. Kinek tok kitak ada kehidupan yang baru. Dosa diampuni. Kehidupan berubah. Masa depan bersama ngan Tuhan terjamin. Biar Roh Kudus Tuhan terus ngembak kitak mengenali Tuhan Yesus lebih dekat gik. Amin.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]