Showing posts with label Kebahagiaan. Show all posts
Showing posts with label Kebahagiaan. Show all posts

Sunday, February 28, 2021

Allah Bapa Tidak Mahu Seorang Pun Anak-Anak-Nya Hilang (Matius 18:11-14)

 

Dalam Matius 18:3-10, istilah "kanak-kanak kecil" merujuk kepada dua ini: 1) Dari segi umur, iaitu memang kanak-kanak kecil; dan 2) Dari segi status, iaitu orang "yang percaya kepada-Ku" (ayat 6), para pengikut Kristus atau anak-anak Allah. Oleh itu, tentang mereka, Yesus berkata: "Bapamu yang di syurga tidak mahu seorang pun yang kecil ini hilang" (ayat 14). Wow! 😮 Wahai pengikut Kristus, lihat hati Bapa Dia sangat proaktif dan berinisiatif untuk mencari umat-Nya yang hilang atau sesat.

Bagaimana dengan kamu - pengikut Kristus yang hilang - sudahkah kamu datang kembali kepada-Nya? Bagi yang belum menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat, tidakkah kamu mahu mengenali hati Bapa yang penuh dengan kasih dan belas kasihan ini melalui-Nya? Datanglah! 😊🙏⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Jom dengar episod ini👂KLIK DI SINI > Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius136 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius136

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, May 19, 2020

Lima (5) Sebab Jangan Khuatir Menurut Matius 6:25-34

Ada Lima (5) Sebab Jangan Khuatir berdasarkan firman Yesus Kristus dalam Matius 6 #ServeToLead #InjilMatius #FirmanAllah #JanganKhuatir








Untuk mendengar episod podcast berikut, KLIK PAUTAN di bawah:

Matius 6:25-27 bit.ly/LegasiMatius47  
Matius 6:28-32 bit.ly/LegasiMatius48
Matius 6:33-34 bit.ly/LegasiMatius49


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Angelus' Quote: Kebahagiaan Ialah Tanggungjawab Masing-Masing



Suatu ari, atuk ngembak cucunya pergi ke bandar ngan sekor keldai. Mulanya, atuk ya nyuruh cucunya nait keldai. Pasya, apabila orang nangga atuk ya jalan kaki, ada orang nok lalu sia madah, "Nangga ko miak ya, manja gilak eh, atuk disuruhnya jalan kaki."

Bila si atuk dengar ya, sik nyaman ati nya. Lalu nya nyuruh cucu nya berjalan lalu nya nait keldai ya. Ada gik orang madah, "Adoh orang tua ya, dera miak suruh jalan kaki." Alu atuk ya susah ati. Nya fikir bait seduak nya nait atas keldai ya. Tapi bila orang nangga, sida madah, "Kesian keldai ya, sik tau berbelas-kasihan ngan haiwan!" Akhir sekali, atuk ya fikir bagus sida duak cucu nya angkat keldai ya ke bandar. Bila orang nangga, sida geleng kepala, "Bodo alu juak!" 😁😂😅 #ServeToLead #KamekKitak
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Diberkatilah Mereka yang Bersedih (Matius 5:4)



Ini satu lagi paradox kebenaran yang difirmankan oleh Yesus. Jika kamu ingin berbahagia atau diberkati, kamu harus bersedih! Bersedih? Ini sangat bertentangan dengan ajaran, falsafah dan kepercayaan dunia. Dunia mahu kita mencari kebahagiaan dan membeli hiburan, tetapi kita masih tidak puas. Yesus berkata lagi, "Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersukacita" (Lukas 6:21). Ini tidak masuk akal, bagaimana "bersedih... berdukacita... menangis..." boleh terhibur? Dengar podcast ini #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, April 16, 2016

20 Pesan kepada Pelajar Saya: #5 Ketawa akan Menceriakan Harimu


Cuba kamu bertanya kepada diri sendiri: Sudah berapa lamakah kamu tidak ketawa sehingga menitiskan air mata? Atau sehingga senak perut? Ataupun sehingga sesak nafas?

Ketawa adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Ketawa dapat menghasilkan hormon-hormon yang boleh melegakan kesakitan dan memperkukuhkan sistem daya tahan badan kita. Ketawa juga dapat merehatkan otot-otot dan memperbaiki sistem tubuh badan. Ia dapat membuat kita menjadi lebih bertenaga, kreatif dan gembira.

Pernahkah kamu ketawakan diri sendiri? Katakan kamu telah melakukan sesuatu yang sangat melucukan, rakan-rakan disekeliling kamu semuanya mentertawakan kamu J Adakah kamu akan berasa marah, geram, benci dan sakit hari kepada mereka ataupun kamu juga turut ketawa bersama mereka? Sukar bagi seseorang (khususnya mereka yang selalu tegang) untuk mentertawakan dirinya sendiri. Namun begitu, mengikut kajian, mereka yang mempunyai tabiat selalu mentertawakan diri sendiri ketika melakukan kesilapan dikatakan lebih bahagia dan cepat belajar daripada kesilapan. Mereka rata-rata ialah orang yang berfikiran positif.

Sebuah keluarga, contohnya, yang serius boleh menimbulkan suasana yang tegang. Ibubapa yang boleh bergurau senda dengan anak-anak mereka boleh membangkitkan lagi perasaan kasih sayang di dalam keluarga. Seorang suami dan isteri yang sering berjenaka dan bergurau senda akan menambahkan lagi kebahagian dan keharmonian rumahtangga. Begitu juga dengan pelajar yang seringkali ketawa bersama dengan rakan-rakannya akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka (Tetapi ingat: Bergurau senda juga ada batasannya). Bak nyanyian Dato’ M. Daud Kilau, “Senyumlah senyumlah ahai cik mek molek” atau ketawalah!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, December 23, 2015

Yesus, Penyelamat yang Sanggup Datang: Kisah Sebelum Hari Krismas


[Pada] masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah, ‘Engkau tidak menghendaki korban dan persembahan, tetapi Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku… Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu, seperti yang tertulis di dalam kitab Taurat tentang diri-Ku’
(Ibrani 10:5,7,
BM).

Pernahkah kamu membayangkan apa sebenarnya yang terjadi pada malam sebelum hari Krismas yang pertama? Sebelum para gembala muncul? Sebelum ahli-ahli kaji bintang datang? Malah sebelum Yusuf dan Maria datang ke Betlehem? Alkitab telah memberikan kita jawapan tentang apa yang terjadi sebelum hari Krismas yang pertama. Bukan dalam Injil-Injil atau Kitab-kitab Berita Baik, tetapi dalam Surat kepada Orang Ibrani. Di dalam surat ini, penulis menceritakan kepada kita tentang apa yang bermain di dalam fikiran Kristus sebelum Dia datang ke dunia. Dengan memetik Mazmur 40:6-8 sebagai Firman Kristus, Alkitab mengatakan bahawa ““[Pada] masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah, ‘…Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku… Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu.’”

Sistem Persembahan Korban (Imamat 17) dalam Perjanjian Lama sudah tidak mendapat perhatian Allah lagi. Ianya diadakan bukan untuk selamanya tetapi untuk sementara. Sejak permulaan, ia bertujuan untuk menunjukkan kepada kita tentang Korban yang terakhir dan yang benar. Pada malam pertama Perayaan Paska (Keluaran 12), darah anak domba sebenarnya ialah petunjuk kepada korban Anak Domba yang terutama yang akan datang. Selepas anak domba itu disembelih, darahnya akan disimpan di dalam bekas untuk dibawa ke rumah masing-masing. Orang-orang Israel disuruh untuk mengambil sedikit darah anak domba dan menyapukannya pada kedua-dua batang tiang pintu dan pada ambang pintu rumah mereka. Melalui proses ini, mereka sebenarnya melakukan simbol tanda salib! Dengan ini, mereka selamat daripada hukuman Allah.

Ianya merupakan suatu petunjuk tentang apa yang akan Kristus lakukan apabila Dia datang ke dunia nanti.

Saya hanya boleh membayangkan pendapat malaikat-malaikat di syurga tentang semua hal ini. Mereka mungkin bertanya antara satu sama lain, “Adakah Dia benar-benar akan melakukannya [datang ke dunia dan mati di kayu salib]?” “Mereka [manusia] tidak layak untuk semua ini,” respon malaikat yang lain. “Syukur kita tidak jatuh bersama dengan malaikat-malaikat yang lain yang mengikut dusta-dusta Iblis,” ada malaikat mencela. “Mereka [manusia] sangat tidak layak! Mereka mudah jatuh dan senang ditipu oleh Iblis!” Benar. Tetapi apa yang pasti, Alkitab mengatakan bahawa: “Penyelamatan [yang dilakukan oleh Kristus]… [menyebabkan] malaikat-malaikat pun ingin memahami semua perkara itu” (1 Petrus 1:10,12). Kita boleh menyangka kehairanan mereka apabila Kristus secara sukarela “dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat” (Ibrani 2:9). “Lebih rendah daripada kita?” tanya para malaikat. “Kenapa Dia sanggup berbuat begitu?

Inilah keputusan Kristus yang diluar jangkaan semua makhluk di seluruh alam semesta!

Kristus ialah Anak Allah, Dia duduk di takhta syurga. Alkitab mengatakan bahawa: “Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa… Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi” (Ibrani 1:3). Kenapa Dia sanggup meninggalkan semua itu? Kenapa Dia sanggup turun dari tempat yang termulia? Kenapa Dia ingin menjelma menjadi manusia? Kenapa Dia sangat peduli tentang Krismas?

Jawapan yang termudah sekali ialah… Dia melakukan semuanya untuk kemuliaan Bapa dan bagi kita! Kita tidak layak untuk menerima semua ini. Kita pendosa. Tiada penjelasan yang secukupnya yang boleh menjelaskan tentang kebenaran ini. Hanya – kasih kurnia-Nya – merupakan penjelasan yang paling tepat sekali. Beratus-ratus tahun sebelum kelahiran-Nya, Allah Bapa berkata: “Engkaulah anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapamu. Mintalah, maka semua bangsa akan Kuberi kepadamu” (Mazmur 2:7-8). Penulis surat Ibrani menerangkan bahawa melalui Kristus “Allah dapat membawa banyak orang ikut menikmati kemuliaan-Nya” (Ibrani 2:10).

Benar, untuk sementara waktu Yesus dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat apabila Dia menjelma menjadi manusia “supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang.” Tetapi untuk selamanya “Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan” (Ibrani 2:9). Alkitab menjelaskan bahawa tujuan Hari Krismas ialah untuk mengingatkan kita bahawa – Dia melakukan semuanya untuk kita. Dia ialah Pemberian Allah kepada kita semua. Dia datang untuk menderita dan mati bagi dosa kita. Dia menerima segala hukuman yang kita patut tanggung. Dia memberikan diri-Nya sendiri supaya kita dibebaskan oleh hukuman dan cengkaman dosa. Inilah Penyelamat Dunia!

Samada para malaikat terkejut dengan Hari Krismas, kita tidak tahu. Saya tidak pasti. Tetapi, sejurus selepas keputusan telah dibuat, mereka tidak sabar-sabar untuk memberitakan Berita Baik itu. Mereka memberitakan tentang Berita yang membawa sukacita kepada kita semua. Seluruh syurga penuh dengan sukacita! “Jangan takut!” kata malaikat kepada para gembala, “Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan” (Lukas 2:10-11). Dia lahir untuk menyelamatkan kita. Dia datang untuk membawa kita kepada kemuliaan-Nya.

Dia Kristus, Sang Pencipta, lebih tinggi daripada malaikat, dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya kita yang lebih rendah daripada malaikat menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Melalui Kristus, kita diangkat lebih tinggi daripada yang selayaknya. Lebih tinggi daripada malaikat! Kita berharga dimata-Nya, dipeduli oleh belas kasihan-Nya, dan diangkat oleh kasih kurnia-Nya. Dia melakukan perkara yang kita tidak mampu lakukan. Dia menjadikan kita anak-anak Allah, diangkat menjadi keluarga Tuhan.

Tiada sesiapa yang benar-benar mengasihi kamu seperti Yesus mengasihi kamu! Dia mengasihi kamu sebelum Dia meninggalkan syurga untuk datang ke dunia. Dia datang untuk membebaskan kamu. Untuk mengambil kamu menjadi milik-Nya semula… supaya kamu boleh melihat wajah Allah. Siapa yang tidak mahu kasih seperti ini? Datang kepada-Nya melalui iman yang hidup. Bersukacita, berterima kasih dan dengan hati yang penuh syukur. Memuji dan menyembah Dia. Jika kamu boleh mempercayakan masa depan kamu kepada-Nya, kamu boleh mempercayakan Dia dengan hidup kamu sekarang. Biarlah Hari Krismas tahun ini menjadi tahun kamu menerima dan mengenal Yesus Kristus, Juruselamat dan Tuhan kita! Amin.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, August 16, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #4: Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan

bukan hanya perempuan saja, tetapi lelaki juga ada yang bersikap materialistik
Adakah kamu kagum dengan seseorang kerana kejayaan, kekayaan dan harta milik dia? Jika ya, kamu mungkin telah meletakkan diri kamu dalam hubungan yang tidak sihat (tidak semestinya, tetapi berkemungkinan besar). Masyarakat dan orang disekeliling kita meletakkan harapan yang tinggi kepada harta benda dan wang, dan bersikap materialistik. Tetapi tidak bagi Tuhan! dan kamu seharusnya mencontohi sikap Tuhan kita. Berhati-hati terhadap pasangan yang bersikap materialistik. Jauhi dia!

Jika kamu mendapati bahawa kamu sangat taksub dalam dunia materialisme, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu mengubah pandangan dan fikiran kamu kepada sesuatu yang lebih penting dan kekal. Mungkin sekarang kamu patut mencari dan mengumpul kekayaan dari segi rohani. Apa yang kamu boleh lihat sekarang, ia tidak akan kekal lama; tetapi apa yang kamu tidak boleh lihat sekarang, ia akan kekal selamanya. Hubungan yang berdasarkan harta benda dan wang ringgit tidak akan bertahan lama. Sekiranya semuanya sudah tidak ada lagi, hubungan itu pasti akan musnah.

Saya tidak mengatakan bahawa dalam hubungan kita tidak memerlukan harta benda langsung. Wang – secara fisikal dan realitinya – bukanlah sesuatu yang jahat atau menyebabkan kita dosa, tetapi apabila kita menyembah (bermaksud kita meletakkan harapan, iman dan kepercayaan kepada) wang, maka, kita sudah berdosa. Apabila wang merupakan sesuatu yang lebih penting daripada Tuhan dan Firman-Nya, maka kita seakan-akan menyembah wang dan – kita berdosa. Ketahuilah bahawa mempunyai banyak wang tidak menjaminkan kebahagiaan. Malah, terlalu banyak wang sebenarnya akan membuatkan kita tidak bahagia, resah dan risau (kadang-kadang kita akan merasakan bahawa wang yang kita ada sekarang tidak pernah cukup).

Ingat: apa yang paling utama dalam hubungan berpacaran ialah hubungan peribadi dengan Tuhan Yesus Kristus, bukan gila akan wang. Tuhan Allah itu kekal, wang tidak. “Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh seperti daun kering,” kata si penulis Amsal (11:28),”tetapi orang salih akan menjadi makmur seperti tanaman subur.” Amin.

Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan. 
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]