Showing posts with label Ketawa. Show all posts
Showing posts with label Ketawa. Show all posts

Sunday, December 16, 2018

Angelus' Quote: Kesedihan menjadi Tarian Riang


Dalam Mazmur 30, setelah Daud memuji TUHAN kerana kebesaran, kekuatan dan kasih-Nya, dia menyatakan perbuatan Allah dalam kehidupnya: “Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan…” (ayat 11).

Dari kesedihkan menjadi riang; dari dukacita menjadi sukacita; dari tangisan menjadi ketawa. Di dalam Perjanjian Lama, bila orang Israel menangis dan berkabung semasa kematian atau kehilangan, mereka akan meletakan debu pada dahi mereka sebagai tanda kesedihan. Tradisi berkabung seperti ini adalah perkara biasa yang dilakukan mereka. Ini yang menariknya: umat-umat Allah dibenarkan bersedih untuk beberapa masa tertentu. Kemudian, mereka harus meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Contohnya dalam Ulangan 34:8 semasa kematian Musa, Alkitab berfirman, “Orang Israel menangisi Musa di dataran Moab selama 30 hari. Setelah itu, selesailah masa tangisan dan perkabungan kerana Musa.”

Bagi orang Israel, 30 hari ialah masa yang ditentukan untuk mereka berdukacita. Selepas itu, jangan bersedih lagi, kehidupan harus diteruskan… begitu juga dengan kita. Bila kita mengalami keperitan hidup, TUHAN tidak pernah menghalang kita untuk bersedih atau menangis. Masa untuk kita meratap sangat penting bagi emosi, fisikal dan mental kita manusia. TUHAN membenarkan kita meratap (Buktinya, di dalam Alkitab ada satu buku yang dipanggil Buku Ratapan). Tetapi jangan kita meratap setiap masa, memikirkan perkara yang sudah berlalu atau menyesal dengan perkara yang lepas. Jangan hidup seperti itu!

Ambil masa untuk meratap, tetapi jangan kekal dalam keadaan seperti itu. Kehidupan kamu harus diteruskan. Jangan jadikan kesedihan, dukacita, dan tangisan menjadi cara hidup kamu. Ia mengundang kepahitan dan pemikiran negatif dalam diri kamu. Ia juga akan mempengaruhi orang lain. Seminggu, cukup. Setengah bulan, cukup. Sebulan, cukup. Setahun? Jangan! TUHAN mengingini supaya kamu bangkit semula. Roh Tuhan Allah akan “mengurniai [kamu] perhiasan kepala sebagai ganti abu, minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan, dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar” (Yesaya 61:3).

Ambil Alkitab kamu (bukan App)… Baca Mazmur 30 sekali… Baca lagi Mazmur 30, sekarang, baca dengan suara yang nyaring (atau minta teman kamu membaca untuk kamu)… Gariskan dan salin ayat 11 dalam buku nota kamu… Berdoa dan percaya. Yeah!

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, April 16, 2016

20 Pesan kepada Pelajar Saya: #5 Ketawa akan Menceriakan Harimu


Cuba kamu bertanya kepada diri sendiri: Sudah berapa lamakah kamu tidak ketawa sehingga menitiskan air mata? Atau sehingga senak perut? Ataupun sehingga sesak nafas?

Ketawa adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Ketawa dapat menghasilkan hormon-hormon yang boleh melegakan kesakitan dan memperkukuhkan sistem daya tahan badan kita. Ketawa juga dapat merehatkan otot-otot dan memperbaiki sistem tubuh badan. Ia dapat membuat kita menjadi lebih bertenaga, kreatif dan gembira.

Pernahkah kamu ketawakan diri sendiri? Katakan kamu telah melakukan sesuatu yang sangat melucukan, rakan-rakan disekeliling kamu semuanya mentertawakan kamu J Adakah kamu akan berasa marah, geram, benci dan sakit hari kepada mereka ataupun kamu juga turut ketawa bersama mereka? Sukar bagi seseorang (khususnya mereka yang selalu tegang) untuk mentertawakan dirinya sendiri. Namun begitu, mengikut kajian, mereka yang mempunyai tabiat selalu mentertawakan diri sendiri ketika melakukan kesilapan dikatakan lebih bahagia dan cepat belajar daripada kesilapan. Mereka rata-rata ialah orang yang berfikiran positif.

Sebuah keluarga, contohnya, yang serius boleh menimbulkan suasana yang tegang. Ibubapa yang boleh bergurau senda dengan anak-anak mereka boleh membangkitkan lagi perasaan kasih sayang di dalam keluarga. Seorang suami dan isteri yang sering berjenaka dan bergurau senda akan menambahkan lagi kebahagian dan keharmonian rumahtangga. Begitu juga dengan pelajar yang seringkali ketawa bersama dengan rakan-rakannya akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka (Tetapi ingat: Bergurau senda juga ada batasannya). Bak nyanyian Dato’ M. Daud Kilau, “Senyumlah senyumlah ahai cik mek molek” atau ketawalah!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]