Dalam Mazmur 30, setelah
Daud memuji TUHAN kerana kebesaran, kekuatan dan kasih-Nya, dia menyatakan
perbuatan Allah dalam kehidupnya: “Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi
tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan…”
(ayat 11).
Dari kesedihkan menjadi riang; dari dukacita menjadi
sukacita; dari tangisan menjadi ketawa.
Di dalam Perjanjian Lama, bila orang Israel menangis dan berkabung semasa
kematian atau kehilangan, mereka akan meletakan debu pada dahi mereka sebagai
tanda kesedihan. Tradisi berkabung seperti ini adalah perkara biasa yang
dilakukan mereka. Ini yang menariknya: umat-umat Allah dibenarkan bersedih
untuk beberapa masa tertentu. Kemudian, mereka harus meneruskan kehidupan
mereka seperti biasa. Contohnya dalam Ulangan 34:8 semasa kematian Musa,
Alkitab berfirman, “Orang Israel
menangisi Musa di dataran Moab selama 30 hari. Setelah itu, selesailah masa
tangisan dan perkabungan kerana Musa.”
Bagi orang Israel, 30 hari
ialah masa yang ditentukan untuk mereka berdukacita. Selepas itu, jangan
bersedih lagi, kehidupan harus diteruskan… begitu juga dengan kita. Bila kita
mengalami keperitan hidup, TUHAN tidak pernah menghalang kita untuk bersedih atau
menangis. Masa untuk kita meratap sangat penting bagi emosi, fisikal dan mental
kita manusia. TUHAN membenarkan kita meratap (Buktinya, di dalam Alkitab ada
satu buku yang dipanggil Buku Ratapan). Tetapi jangan kita meratap setiap masa,
memikirkan perkara yang sudah berlalu atau menyesal dengan perkara yang lepas.
Jangan hidup seperti itu!
Ambil masa untuk meratap,
tetapi jangan kekal dalam keadaan seperti itu. Kehidupan kamu harus diteruskan.
Jangan jadikan kesedihan, dukacita, dan tangisan menjadi cara hidup kamu. Ia
mengundang kepahitan dan pemikiran negatif dalam diri kamu. Ia juga akan
mempengaruhi orang lain. Seminggu, cukup. Setengah bulan, cukup. Sebulan,
cukup. Setahun? Jangan! TUHAN mengingini supaya kamu bangkit semula. Roh Tuhan
Allah akan “mengurniai [kamu] perhiasan
kepala sebagai ganti abu, minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan, dan
jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar” (Yesaya 61:3).
Ambil Alkitab kamu (bukan
App)… Baca Mazmur 30 sekali… Baca lagi Mazmur 30, sekarang, baca dengan suara
yang nyaring (atau minta teman kamu membaca untuk kamu)… Gariskan dan salin
ayat 11 dalam buku nota kamu… Berdoa dan percaya. Yeah!
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment