“Siapakah antara kamu
dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan mengkhuatiri hidupnya?... Oleh
itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada
hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi”
(Matius 6:27, 34, BM)
(Matius 6:27, 34, BM)
Kita tidak boleh mengubah masa silam, tetapi kita
boleh mengubah masa depan dengan mengkhuatiri hari esok. Soalan: Berapa
ramai daripada kita telah merosakkan hari ini dengan kekhuatiran? Kekhuatiran
akan ada kesan sampingannya seperti ulser, perasaan tidak tenteram, tidur yang
tidak lena dan sebagainya. Ia membuat kita berasa teruk dan tidak gembira. Ia
akan menambahkan lagi masalah dan langsung tidak membawa kepada jalan
penyelesaian.
Soalan Yesus sebenarnya
adalah kenyataan bahawa kita tidak dapat memanjangkan umur walaupun sedikit
dengan kekhuatiran – tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia! Jadi, betapa
bodohnya kita jika kita sentiasa risau dan khuatir! Tetapi, kita mudah lupa
tentang hal ini… Dalam kemanusiaan kita, kita boleh mencari 1001 alasan untuk
sentiasa khuatir. Khuatir seperti ini adalah dosa kerana ia menunjukkan betapa
kita tidak percaya kepada TUHAN. Bagi orang Kristian, jika kita khuatir, kita
mungkin percaya bahawa TUHAN itu maha kuasa. Tetapi pada masa yang sama,
perbuatan dan sikap kita mencerminkan pemikiran seperti ini: “Saya tidak pasti samada TUHAN peduli dan
menjaga saya.” Jangan berfikir begini!
Kita harus yakin dan
percaya bahawa TUHAN itu sentiasa setia. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak mudah
mengubah fikiran-Nya. Dia tidak akan lupa tentang kita dan janji-janji-Nya
untuk sentiasa mencukupkan dan memberkati kita. Dia akan sentiasa menjaga kita
– setiap sudut dan ketika dalam kehidupan kita. Kekhuatiran tidak dapat
menyembuhkan penyakit, memberi kita makan minum, membayar bil, dan
menyelesaikan masalah. Tetapi TUHAN boleh! Dia seringkali menunggu kita untuk
datang kepada-Nya dalam doa dan kerendahan hati.
Permulaan iman adalah
pengakhiran kepada kekhuatiran. Serahkan semuanya kepada TUHAN – kerisauan,
masalah, perkara doa – dan biarkan Dia menguruskannya. Lakukanlah yang terbaik dan buatlah sesungguhnya hari ini, kemudian
serahkanlah semuanya kepada TUHAN dan jangan khuatir. TUHAN sudah ada di masa
depan kita.
Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment