Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Allah berfirman, Abraham memandang; Abraham percaya, Allah berkenan



“TUHAN membawa Abram ke luar lalu berfirman, "Pandanglah ke langit dan cubalah hitung bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang."
(Kejadian 15:5)

Kenapa TUHAN berfirman kepada Abram untuk ke luar, memandang langit dan menyuruh dia menghitung bintang-bintang ketika Dia berjanji kepada Abram bahawa dia akan menjadi bapa segala bangsa? (Nama Abram ditukarkan kepada 'Abraham' yang bermaksud 'bapa segala bangsa'). Kerana TUHAN tahu bahawa Abraham tidak boleh membayangkan betapa besar janji Allah kepadanya. Kerana TUHAN mahu Abraham mendongak ke langat sebagai peringatan bahawa Dia yang berjanji dan berkuasa untuk melaksanakannya. Kerana TUHAN ingin meletakkan suatu gambaran baru di dalam fikiran Abraham.

Bagi Abraham dan Sarah, mereka sudah tua dan tidak mempunyai zuriat (lagipun Sarah mandul), maka secara logik dan semula jadi, janji Allah itu merupakan suatu perkara yang tidak mungkin - mustahil! Tetapi setiap kali Abraham melihat bintang-bintang di langit, dia akan diingatkan semula tentang janji Allah kepadanya. Dia melihat janji itu melalui mata imannya. Kejadian 15:6 menulis respon kepada 15:5, "Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya." Allah berfirman, Abraham memandang; Abraham percaya, Allah berkenan.

Bila kamu membaca Firman dan/atau bila Allah berfirman kepada kamu, adakah kamu memandang dengan mata imanmu? Apa yang kamu gambarkan di dalam fikiran kamu, itu yang akan menentukan tahap kepercayaan kamu. Janji Allah tetap teguh dan benar tetapi kepercayaan kita bergantung kepada mata iman kita. Ingat, "Abraham percaya" dahulu baru "TUHAN berkenan" kepadanya (Ini bukan tentang isu keselamatan). Kamu harus melihat gambaran itu di dalam fikiran kamu dulu sebelum ia digenapi di dalam kehidupan kamu. Kenapa TUHAN berkali-kali mengingatkan Abraham tentang janji-Nya dari satu peristiwa ke peristiwa seterusnya? Kerana Dia ingin meletakkan gambaran baru itu di dalam fikiran Abraham.

Ubah apa yang kamu gambarkan di dalam fikiran kamu, maka, kehidupan kamu juga akan berubah. Berfikiran negatif dan tidak-mungkin ialah kepakaran kita manusia. Jadi, untuk mengubah gambaran di dalam fikiran kita, cara yang terbaik ialah dengan membaca, memahami dan menghafal Firman Allah. Salah satu cara lagi ialah dengan melihat ciptaan Allah. Pandanglah ke langit dan lihat bintang-bintang... Jika kamu rajin, bawa kalkulator dan kira!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]