Showing posts with label Sikap. Show all posts
Showing posts with label Sikap. Show all posts

Wednesday, March 31, 2021

Markus 9:33-37 Apakah Sikap Seorang Pengikut Kristus? (#InjilMarkus S.1 E.67)

Isu yang tidak pernah hilang dalam gereja and kepimpinan Kristian dari dulu sampai sekarang ialah ini: Siapa yang terbesar dalam Kerajaan Syurga? Para pengikut yang benar juga tidak terlepas daripada isu ini (kita masih lagi dalam proses penyucian atau santification). Apa kata Tuhan Yesus Kristus sendiri? Apakah sikap (attitude) kita sebagai pengikut-Nya? Mari saya mengingatkan kita - sebenarnya kita sudah tahu - semula tiga (3) hal ini 😊⚡🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Apa Yang Kamu Lihat Di Dalam Diri kamu Akan Mempengaruhi Kamu

 

Jika kamu melihat diri kamu sebagai seorang yang kurang menarik, tidak bernasib baik dan selalu gagal, maka, gambaran itu akan direalisasikan di dalam kehidupan kamu. Walaupun gambaran-diri kamu itu tidak semestinya benar, kamu akan mengiyakannya.

Saya ada seorang kawan perempuan yang cantik tetapi dia selalu berkata kepada kami semua, "Tidak ada orang yang berminat dengan saya..." Walaupun ramai yang cuba untuk memikat dia, dia tidak pernah mencapai kesimpulan bahawa dia sebenarnya seorang yang menarik. Apa yang kamu katakan tentang diri kamu sendiri? Belajar untuk mengasihi diri sendiri ❤ It's not selfish, it's self-care 😉⚡💪 #ServeToLead #PembangunanDiri

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Imam Yang Mempengaruhi Orang Lain (Matius 14:34-36)

 

Tabiat saya ialah, apabila saya seorang diri di kedai kopi, saya akan membaca buku. Suatu hari, seorang pelayan memberanikan diri untuk berbual dengan saya. Dia berkata, "Hi, saya selalu tengok kamu. Kamu selalu baca buku. Antara semua pelanggan lain, kamu seorang sahaja yang baca buku." Wow! Rupa-rupanya dia selalu memperhatikan saya 🙊

Begitu juga, samada hal baik atau buruk, kita harus sedar bahawa ada orang sedang memerhatikan kelakuan, sikap dan tindakkan kita. Sebagai pengikut Kristus, iman kita harus menyerlah dan mempengaruhi (dengan baik) orang lain. Bagaimana untuk melakukannya? ⚡🙏🔥 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius116 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Tiga (3) Hal tentang Berpuasa berdasarkan Matius 6:16-18




Ramai orang mungkin sudah tahu dan biasa mengamalkan ibadat bersedekah dan berdoa, tetapi bagaimana dengan berpuasa? Menurut Alkitab, ada beberapa sebab kenapa kita berpuasa. Diantaranya ialah:

1) Sebagai ekspreksi PENYESALAN atas dosa
2) PERTAUBATAN dan kesedaran atas dosa
3) PENGHARAPAN kepada kasih-kurnia Allah
4) PENCARIAN atau mencari bimbingan TUHAN
5) Melatih PENGAWALAN DIRI
6) Untuk PERINGATAN kepada orang miskin/kesusahan

Bila kali terakhir kamu berpuasa secara sukarela? Atau pada hari-hari tertentu sahaja? #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod podcast "Apabila Berpuasa, Jangan Bermuka Monyok" berdasarkan Matius 6:16-18, KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius42 atau bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, December 7, 2018

Angelus' Quote: Bagaimana dengan Gambaran-Diri Kamu?


Yesus berfirman: “Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaannya!” (Matius 6:22-23, AVB). Apa yang kamu lihat di dalam diri kamu sendiri - gambaran-diri - akan mempengaruhi fikiran, emosi dan sikap kamu sendiri dan orang lain.

Jika kamu melihat diri kamu sebagai seorang yang kurang menarik, tidak bernasib baik dan selalu gagal, maka, gambaran itu akan direalisasikan di dalam kehidupan kamu. Walaupun gambaran-diri kamu itu tidak semestinya benar, kamu akan mengiyakannya. Saya ada seorang kawan perempuan yang cantik, tetapi dia selalu berkata kepada kami semua, "Tidak ada orang yang minat dengan saya..." Walaupun ramai yang cuba untuk memikat dia, dia tidak pernah mencapai kesimpulan bahawa dia sebenarnya seorang yang menarik. Mata dia "kabur." Sebelum menghadapi peperiksaan, seorang pelajar berkata, "Saya akan gagal lagi..." Kamu tahu? Iya menjadi kenyataan sebelum iya terjadi.

"Mata ialah pelita tubuh." "Mata" ini mesti merujuk kepada mata rohani. Jika kamu melihat diri kamu dengan menggunakan mata rohani, kamu akan melihat gambaran-diri yang berbeza. Yesus Kristus sudah mati dan bangkit semula bagi kamu (dan saya) dan menjadikan kita semua sebagai anak-anak Tuhan. Lihat diri kamu sendiri melalui perspektif ini. Lihat diri kamu diberkati oleh Allah dan memberkati orang lain; lihat diri kamu dikasihi oleh Allah dan mengasihi orang lain; lihat diri kamu bersukacita dan kamu akan melayani orang lain dengan sukacita.

Saya dan seorang kawan saya bernama Julai selalu membuat lawak dan berkata begini bila memperkenalkan diri: "Saya seorang yang tampan!" Bagi orang yang tidak mengenali kami, mereka mungkin menyangka bahawa kami sangat perasan (ada betulnya...). Tetapi ayat itu (sekurang-kurangnya bagi saya), sebenarnya dapat membangkitkan rasa yakin dan menghilangkan perasaan resah. Ada kalanya saya akan berkata kepada diri sendiri, "Saya ialah anak Tuhan"; " Saya berkenan di hadapan Allah"; "Saya boleh melakukan segalanya melalui Kristus yang memberikan kekuatan" (Filipi 4:13). Gambaran-diri sebegini akan membuka ruang untuk berkat dan kurnia TUHAN melimpah di dalam hidupmu.

Konteks Matius 6:22-23 ini ialah tentang menjadi hamba Allah atau hamba kekayaan. "Jika matamu kabur", kamu akan melihat bahawa menjadi hamba kekayaan itu baik (walaupun sebenarnya iya membawa kegelapan). "Jika matamu terang", kamu akan melihat bahawa menjadi hamba Allah itu baik. Dan ini yang kamu perlu tahu juga: Di dalam Kristus, kita bukan hanya dipanggil hamba-hamba Allah, tetapi juga anak-anak Allah. Berdoa supaya mata rohani kamu melihat realiti ini juga! Kawan, gambaran-diri kamu juga akan berubah! Pasti!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Allah berfirman, Abraham memandang; Abraham percaya, Allah berkenan



“TUHAN membawa Abram ke luar lalu berfirman, "Pandanglah ke langit dan cubalah hitung bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang."
(Kejadian 15:5)

Kenapa TUHAN berfirman kepada Abram untuk ke luar, memandang langit dan menyuruh dia menghitung bintang-bintang ketika Dia berjanji kepada Abram bahawa dia akan menjadi bapa segala bangsa? (Nama Abram ditukarkan kepada 'Abraham' yang bermaksud 'bapa segala bangsa'). Kerana TUHAN tahu bahawa Abraham tidak boleh membayangkan betapa besar janji Allah kepadanya. Kerana TUHAN mahu Abraham mendongak ke langat sebagai peringatan bahawa Dia yang berjanji dan berkuasa untuk melaksanakannya. Kerana TUHAN ingin meletakkan suatu gambaran baru di dalam fikiran Abraham.

Bagi Abraham dan Sarah, mereka sudah tua dan tidak mempunyai zuriat (lagipun Sarah mandul), maka secara logik dan semula jadi, janji Allah itu merupakan suatu perkara yang tidak mungkin - mustahil! Tetapi setiap kali Abraham melihat bintang-bintang di langit, dia akan diingatkan semula tentang janji Allah kepadanya. Dia melihat janji itu melalui mata imannya. Kejadian 15:6 menulis respon kepada 15:5, "Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya." Allah berfirman, Abraham memandang; Abraham percaya, Allah berkenan.

Bila kamu membaca Firman dan/atau bila Allah berfirman kepada kamu, adakah kamu memandang dengan mata imanmu? Apa yang kamu gambarkan di dalam fikiran kamu, itu yang akan menentukan tahap kepercayaan kamu. Janji Allah tetap teguh dan benar tetapi kepercayaan kita bergantung kepada mata iman kita. Ingat, "Abraham percaya" dahulu baru "TUHAN berkenan" kepadanya (Ini bukan tentang isu keselamatan). Kamu harus melihat gambaran itu di dalam fikiran kamu dulu sebelum ia digenapi di dalam kehidupan kamu. Kenapa TUHAN berkali-kali mengingatkan Abraham tentang janji-Nya dari satu peristiwa ke peristiwa seterusnya? Kerana Dia ingin meletakkan gambaran baru itu di dalam fikiran Abraham.

Ubah apa yang kamu gambarkan di dalam fikiran kamu, maka, kehidupan kamu juga akan berubah. Berfikiran negatif dan tidak-mungkin ialah kepakaran kita manusia. Jadi, untuk mengubah gambaran di dalam fikiran kita, cara yang terbaik ialah dengan membaca, memahami dan menghafal Firman Allah. Salah satu cara lagi ialah dengan melihat ciptaan Allah. Pandanglah ke langit dan lihat bintang-bintang... Jika kamu rajin, bawa kalkulator dan kira!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]