Showing posts with label Pengaruh. Show all posts
Showing posts with label Pengaruh. Show all posts

Sunday, December 13, 2020

Apa Yang Kamu Lihat Di Dalam Diri kamu Akan Mempengaruhi Kamu

 

Jika kamu melihat diri kamu sebagai seorang yang kurang menarik, tidak bernasib baik dan selalu gagal, maka, gambaran itu akan direalisasikan di dalam kehidupan kamu. Walaupun gambaran-diri kamu itu tidak semestinya benar, kamu akan mengiyakannya.

Saya ada seorang kawan perempuan yang cantik tetapi dia selalu berkata kepada kami semua, "Tidak ada orang yang berminat dengan saya..." Walaupun ramai yang cuba untuk memikat dia, dia tidak pernah mencapai kesimpulan bahawa dia sebenarnya seorang yang menarik. Apa yang kamu katakan tentang diri kamu sendiri? Belajar untuk mengasihi diri sendiri It's not selfish, it's self-care 😉⚡💪 #ServeToLead #PembangunanDiri

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Imam Yang Mempengaruhi Orang Lain (Matius 14:34-36)

 

Tabiat saya ialah, apabila saya seorang diri di kedai kopi, saya akan membaca buku. Suatu hari, seorang pelayan memberanikan diri untuk berbual dengan saya. Dia berkata, "Hi, saya selalu tengok kamu. Kamu selalu baca buku. Antara semua pelanggan lain, kamu seorang sahaja yang baca buku." Wow! Rupa-rupanya dia selalu memperhatikan saya 🙊

Begitu juga, samada hal baik atau buruk, kita harus sedar bahawa ada orang sedang memerhatikan kelakuan, sikap dan tindakkan kita. Sebagai pengikut Kristus, iman kita harus menyerlah dan mempengaruhi (dengan baik) orang lain. Bagaimana untuk melakukannya? ⚡🙏🔥 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius116 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Kerajaan Syurga Berkembang Secara Tersembunyi (Matius 13:33-35)

 

Yesus Kristus menceritakan suatu ibarat: “Kerajaan syurga seumpama ragi yang diambil seorang wanita dan dicampurkan dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itu naik" (Matius 13:33). Ringkas, padat dan jelas. Fokus dalam ibarat ini ialah ragi atau yeast. Bila ragi bertindak balas dengan air dan gula, ia akan menghasilkan gas karbon dioksida. Gas inilah yang akan menjadikan adunan tepung itu naik.

Bagaimana ia berlalu - Dengan cepat atau perlahan? Bolehkah kamu melihat tindak balas kimia dengan jelas? Adakah hasilnya akan menjadi kurang atau banyak? Semuanya berkaitan dengan realiti tentang Kerajaan Syurga 💪😉⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius107 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, January 16, 2019

LEGASI.tv Siri Pemimpin CF: Episode 1 Seorang Yang Boleh Mempengaruhi Orang Lain



LEGASI.tv mempersembahkan Siri Pemimpin CF - video yang ringkas, padat dan penuh dengan infomasi - bertujuan untuk memberi inspirasi dan motivasi bagi para pemimpin Christian Fellowship (CF) atau Persekutuan Kristian di universiti, kampus dan sekolah supaya mereka boleh menjadi lebih efektif dan boleh memimpin dengan berlandaskan prinsip kepimpinan Kristian. LEGASI.tv percaya bahawa peranan pemimpin CF sangat penting kerana merekalah (kamu!) yang boleh melakukan perubahan yang positif ditempat mereka melayani! Di dalam setiap video, LEGASI.tv akan menyelitkan kisah benar, contoh yang terkini, ilustrasi menarik dan petikan Firman Allah yang berkaitan dengan topik pada setiap episod.

JANGAN LUPA UNTUK SUBSCRIBE!

Visi LEGASI.tv: Inspirasi Setiap Minggu!
[Setiap RABU]

Isi Kandungan & Penyampai:
Richard Angelus

Jurukamera & Penyunting:
Kenny de Eduardo

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, January 10, 2019

Pemimpin CF #1 Seorang Yang Boleh Mempengaruhi Orang Iain



Untuk menjadi seorang pemimpin CF (Christian Fellowship), kamu harus belajar untuk menjadi seorang yang boleh mempengaruhi orang lain secara positif. Bukan seorang yang sempurna (itu tidak mungkin) tetapi seorang yang berpengaruh. Pemimpin selalunya mempengaruhi bagaimana kita berfikir dan bertindak... walaupun ada kalanya kita mungkin tidak sedar.

Memandangkan saya melayani dalam pelayanan pelajar, biar saya bagi beberapa contoh. Setiap kali ada mesyuarat CF, Joshua selalu membawa pen dan buku nota untuk mencatat perkara yang dibincangkan walaupun dia bukan setiausaha. Minggu pertama, semua orang termasuk setiausaha ("Lupa," katanya) tidak membawa apa-apa nota ke mesyuarat kecuali Joshua. Minggu kedua, beberapa orang sudah mula sedar. Minggu ketiga, semua orang membawa pen dan nota. Kenapa? Kerana Joshua mempengaruhi mereka semua. 

Ada satu lagi AJK pula, pengerusi selalu datang lewat setiap kali mesyuarat. Jika dia lambat, dia tidak pernah meminta maaf. Apakah kesan daripada hal itu? Semua orang datang lewat dalam 30 minit ke 1 jam dari masa yang telah ditetapkan! Jadi, saya pergi berjumpa dengan pengurusi dan menasihatkan dia tentang hal ini. Pada mesyuarat seterusnya, dia datang tetap pada masa tetapi ramai yang masih belum datang. Dia mulanya agak kecewa tetapi selepas beberapa mesyuarat dan perjumpaan, pengerusi ini selalu datang awal atau tepat pada masa. Kesannya? Hampir semua AJK menepati masa! 

Ramai pemimpin CF yang saya jumpa kadang-kadang kecewa apabila tidak ramai orang datang melayani di CF. Saya bertanya kepada mereka, "Adakah kamu bersukacita melayani di CF atau kamu terpaksa? Adakah kamu berkobar-kobar setiap kali ada CF atau kamu berharap ia akan dibatalkan? Adakah kamu menyembah TUHAN berdasarkan iman kamu kepada-Nya atau bergantung kepada bilangan ahli yang datang?" Jika jawapan kamu ialah BERSUKACITA, BERKOBAR-KOBAR dan BERDASARKAN IMAN, maka, kamu terus setia melayani DIA dan biarkan iman dan sikap kamu mempengaruhi orang disekeliling kamu! 

Instagram > Richard Angelus
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, December 7, 2018

Angelus' Quote: Bagaimana dengan Gambaran-Diri Kamu?


Yesus berfirman: “Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaannya!” (Matius 6:22-23, AVB). Apa yang kamu lihat di dalam diri kamu sendiri - gambaran-diri - akan mempengaruhi fikiran, emosi dan sikap kamu sendiri dan orang lain.

Jika kamu melihat diri kamu sebagai seorang yang kurang menarik, tidak bernasib baik dan selalu gagal, maka, gambaran itu akan direalisasikan di dalam kehidupan kamu. Walaupun gambaran-diri kamu itu tidak semestinya benar, kamu akan mengiyakannya. Saya ada seorang kawan perempuan yang cantik, tetapi dia selalu berkata kepada kami semua, "Tidak ada orang yang minat dengan saya..." Walaupun ramai yang cuba untuk memikat dia, dia tidak pernah mencapai kesimpulan bahawa dia sebenarnya seorang yang menarik. Mata dia "kabur." Sebelum menghadapi peperiksaan, seorang pelajar berkata, "Saya akan gagal lagi..." Kamu tahu? Iya menjadi kenyataan sebelum iya terjadi.

"Mata ialah pelita tubuh." "Mata" ini mesti merujuk kepada mata rohani. Jika kamu melihat diri kamu dengan menggunakan mata rohani, kamu akan melihat gambaran-diri yang berbeza. Yesus Kristus sudah mati dan bangkit semula bagi kamu (dan saya) dan menjadikan kita semua sebagai anak-anak Tuhan. Lihat diri kamu sendiri melalui perspektif ini. Lihat diri kamu diberkati oleh Allah dan memberkati orang lain; lihat diri kamu dikasihi oleh Allah dan mengasihi orang lain; lihat diri kamu bersukacita dan kamu akan melayani orang lain dengan sukacita.

Saya dan seorang kawan saya bernama Julai selalu membuat lawak dan berkata begini bila memperkenalkan diri: "Saya seorang yang tampan!" Bagi orang yang tidak mengenali kami, mereka mungkin menyangka bahawa kami sangat perasan (ada betulnya...). Tetapi ayat itu (sekurang-kurangnya bagi saya), sebenarnya dapat membangkitkan rasa yakin dan menghilangkan perasaan resah. Ada kalanya saya akan berkata kepada diri sendiri, "Saya ialah anak Tuhan"; " Saya berkenan di hadapan Allah"; "Saya boleh melakukan segalanya melalui Kristus yang memberikan kekuatan" (Filipi 4:13). Gambaran-diri sebegini akan membuka ruang untuk berkat dan kurnia TUHAN melimpah di dalam hidupmu.

Konteks Matius 6:22-23 ini ialah tentang menjadi hamba Allah atau hamba kekayaan. "Jika matamu kabur", kamu akan melihat bahawa menjadi hamba kekayaan itu baik (walaupun sebenarnya iya membawa kegelapan). "Jika matamu terang", kamu akan melihat bahawa menjadi hamba Allah itu baik. Dan ini yang kamu perlu tahu juga: Di dalam Kristus, kita bukan hanya dipanggil hamba-hamba Allah, tetapi juga anak-anak Allah. Berdoa supaya mata rohani kamu melihat realiti ini juga! Kawan, gambaran-diri kamu juga akan berubah! Pasti!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]