Showing posts with label Berfikir. Show all posts
Showing posts with label Berfikir. Show all posts

Tuesday, June 22, 2021

Empat (4) Karakter Yusuf yang Sangat Mendorong dalam Matius 1:19-25

Salah satu karakter dalam Kitab Injil yang paling kurang diberi perhatian ialah Yusuf anak Yakub iaitu suami kepada Maria yang dipilih untuk melahirkan Yesus "Immanuel" melalui Roh Kudus ke dunia. Walaupun 'screen time' dia sangat singkat tetapi contoh karakter yang ditunjukkannya sangat mendorong bagi kita ��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod untuk petikan ini, KLIK DISINI: http://bit.ly/SpotifyMatius3


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Markus 10:1-9 Apa Pandangan Asas Yesus Tentang Perkahwinan & Perceraian? (#InjilMarkus S.1 E.72)


Pada zaman Perjanjian Baru (juga sekarang!) isu tentang perkahwinan dan perceraian dianggap seperti lampin pakai buang. Bila perlu, guna; bila tidak, buang. Ia tidak dianggap kudus lagi. Antara golongan yang berbuat begitu ialah kebanyakkan para pemimpin agama, orang Farisi. Oleh itu dengan hipokrit mereka bertanya kepada Yesus Kristus, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya?” (Markus 10:2). Apa respon Yesus? ������⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

 Untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod-episod podcast #InjilMatius ini ���

  1. Yesus tentang Isu Berkahwin & Bercerai (Matius 5:31-32) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius33 
  2. Tujuh Kesimpulan tentang Perkahwinan, Perceraian & Berkahwin Semula (Topik Khas) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius34 
  3. Perceraian Bukan Fokus Yesus (Matius 19:1-9) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius139 
  4. Samada Waktu Single Atau Membujang, Abdikan Diri Kepada TUHAN (Matius 19:10-12) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius140 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Apa Yang Kamu Lihat Di Dalam Diri kamu Akan Mempengaruhi Kamu

 

Jika kamu melihat diri kamu sebagai seorang yang kurang menarik, tidak bernasib baik dan selalu gagal, maka, gambaran itu akan direalisasikan di dalam kehidupan kamu. Walaupun gambaran-diri kamu itu tidak semestinya benar, kamu akan mengiyakannya.

Saya ada seorang kawan perempuan yang cantik tetapi dia selalu berkata kepada kami semua, "Tidak ada orang yang berminat dengan saya..." Walaupun ramai yang cuba untuk memikat dia, dia tidak pernah mencapai kesimpulan bahawa dia sebenarnya seorang yang menarik. Apa yang kamu katakan tentang diri kamu sendiri? Belajar untuk mengasihi diri sendiri It's not selfish, it's self-care 😉⚡💪 #ServeToLead #PembangunanDiri

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Isi Meh Runding Kita Enggau Utai Ti Badas

 

Nuan deka gaga ati pagila? Isi meh runding nuan enggau utai di manah aritu. Ngira ka berkat nuan. Nyanyi lagu puji. Macha Bup Kudus ngau bup ti meri nuan peransang. Besampi. Nuan deka tusah ati pagila? Isi meh runding nuan enggau utai ti jai. Madah diri nuan enda beguna. Ngisi ka pemikir nuan enggau crita enda manah. Begulai enggau orang bedosa.

Nama ti dirunding nuan deka nyadi cara pengidup nuan. Nya alai St. Paul nulis: "[Isi] meh runding kita enggau utai ti badas sereta patut bulih puji: utai ti bendar, ti tetap, ti lurus, ti tuchi, ti dikerindu enggau ti dipebasa" (Filipi 4:8). Nama ti diisi dalam runding nuan diatu? 🤔🧠 #ServeToLead #JakoIban #IsiMehRundingNuan

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Jangan Simpan Sampah Dalam Minda Kamu


Kenapa ramai orang suka menonton live video Dato Syukri? Kenapa ingin sangat tahu apa Nur Sajat buat? Kenapa taksud sangat dengan artis-artis mengutuk sesama sendiri? Sebagai hiburan? Boleh la. Tetapi kalau setiap hari atau selalu? Itu seperti menyimpan sampah dalam minda kamu. Ingat: garbage in, garbage out ⚡#ServeToLead #KesihatanMental #JanganLayanSangatDrama #InputMasukOutputKeluar #IbohGagoNganArtisKinek

Untuk menonton video-video tentang pembangunan diri, pergi ke > http://bit.ly/LegasiSelfDevelopment 

Untuk belajar 15 Laws of Growth (hukum-hukum bertumbuh), pergi ke > http://bit.ly/The15Laws 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Belajar Menjadi Lebih Optimistik


Kenapa kita harus belajar untuk menjadi lebih optimistik? Kerana menjadi pesimistik atau negatif ialah perkara yang semulajadi bagi kita. Tidak ada orang yang mengajar kita untuk menjadi risau, merungut dan tidak berterima kasih. Ianya automatik. Jadi, untuk menjadi lebih positif dan optimistik, kamu harus belajar! #ServeToLead #BelajarUntukMenjadiOptimistik #InspirasiLegasi #TigaCaraUntukMenjadiPositif

Untuk menonton video-video tentang pembangunan diri, pergi ke > http://bit.ly/LegasiSelfDevelopment  
Untuk belajar 15 Laws of Growth (hukum-hukum bertumbuh), pergi ke > http://bit.ly/The15Laws


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, May 24, 2020

Lima (5) Cara Untuk Move-On Selepas Putus Cinta (LEGASI Interview S.1 E.2) bersama Ps. Peter De Run


"Jangan menggali keluar perhubungan yang sudah dikuburkan," kata Ps. Peter C. De Run, pengasas Cinta Bijak 101. Analogi tentang putus cinta atau berakhirnya sesebuah perhubungan yang digunakan oleh Ps. Peter ialah seperti suatu pengebumian. Samada kamu setuju atau tidak tentang analogi tersebut, putus cinta ialah sesuatu yang serius, sakit dan kadang-kadang traumatik.

Kamu baru putus cinta? Atau walaupun sudah lama tetap merindui dia? Tonton video ini untuk mengetahui lima (5) cara yang praktikal (tetapi sukar) untuk move-on daripada Ps. Peter, orang yang sangat berpengalaman dalam topik perhubungan. Selamat menonton! #ServeToLead #LEGASIInterview #HowToMoveOn #BGR #CintaBijak

Untuk mengetahui, mengikuti pelayanan, dan bertanya soalan kepada Ps. Peter C. De Run, kamu boleh LIKE dan FOLLOW Instagram Cinta Bijak 101 > https://instagram.com/cintabijak101?igshid=1e1s6iuvviy4h 
____________
Juga boleh ditonton melalui YouTube (termasuk Interview S.1 E.1): http://bit.ly/LEGASItv 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Adakah Kamu Mengambil Kesempatan Semasa MCO Ini?


Apa yang kamu buat semasa MCO? Main games dalam telefon pintar? Menonton K-Drama? Melihat video-video kucing di Facebook? Semua itu tidak salah, tetapi kalau itu sahaja yang kamu lakukan untuk memenuhi masa sepanjang MCO, kamu rugi. Games bagus untuk strategi tetapi adakah ia akan meningkatkan prestasi pekerjaan kamu? Kamu hidup dalam fantasi drama, bila kembali ke dunia realiti, hidup kamu bosan? Bila kamu perlukan skil untuk memimpin sebuah pasukan, tiktok dan video kucing membantu kamu?

Jangan mensia-siakan peluang MCO. Krisis coronavirus memang diluar jangkaan kita, perkara yang kita tidak boleh kawal. Tetapi menggunakan masa MCO semaksimanya boleh! Baca buku yang berkaitan dengan kerjaya kamu. Tonton video yang boleh meningkatkan kepimpinan kamu. Belajar teknik-teknik baru yang boleh meningkatkan skil kamu. Tidak ada asalan "Saya tiada masa." Jika kamu tidak menggunakan peluang ini, kamu rugi. Bila MCO tamat nanti, adakah kamu orang yang sama sebelum itu? Atau seorang yang lebih berilmu? Carpe diem, seize the day #ServeToLead #SeizeTheDay #DontWasteMCO #LearnSomething


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, September 11, 2019

Baca Sampai Habis! 5 Sebab JANGAN Pergi ke Malam Pentakosta: Roh Kudus & Penuaian 2019


Malam Pentakosta: Roh Kudus & Penuaian akan menjadi salah satu sejarah gereja di Sarawak terutamanya dan di Borneo secara amnya. Seramai 25,000 orang Kristian dari pelbagai demominasi, kaum dan tempat – yang juga dari Sabah, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia – dijangka akan hadir pada 14-15hb September 2019, pelayanan selama 2 hari, yang akan berlangsung di Dewan Jubilee Sports Ground, Jalan Datuk William Tan, Kuching. Ramai pemimpin-pemimpin denominasi bersatu dan menggalakan umat-umat Kristian untuk datang dan berdoa agar TUHAN “akan mencurahkan Roh-Nya” (Kisah Para Rasul 2:17), memperkuatkan iman dan membangkitkan semangat untuk menjadi saksi-saksi-Nya. Pengkhutbah utama dalam dua hari itu ialah Pastor Phillip Mantofa dari Gereja Mawar Sharon di Surabaya, Indonesia. Ribuan sukarela juga akan membanjiri dewan Jubilee dan menjayakan malam Pentakosta. Saya kagum dengan kemurahan hati TUHAN kerana telah menggerakan hati Kerajaan Negeri Sarawak kerana membenarkan aktiviti ini terjadi. Ini yang menjadikan saya bangga menjadi orang negeri Sarawak!

Acara sebesar ini tidak akan ada tanpa kontroversi dan konflik. Inspirasi dari TUHAN tetapi manusia yang menjayakannya, jadi, ketidaksempurnaan dan kesilapan pasti akan terjadi. Ini perkara biasa (walaupun begitu, kita tidak harus mengambil mudah dan sambil lewa) dan sebagai pengikut Kristus kita harus sedar bahawa “musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa” (1 Petrus 5:8) yang bermaksud Iblis dan roh-roh jahat akan berusaha untuk mencari kesalahan, mencubai, memecah-belahkan, mengelirukan, membisikan berita palsu, menimbulkan rasa tidak puas hati, benci, dendam dan peperangan roh. Dimana pekerjaan Roh Kudus nyata disitu juga roh-roh jahat bekerja keras lagi. Tetapi jangan takut, “[Roh Kudus] yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh [roh-roh jahat] yang ada di dalam dunia” (1 Yohanes 4:4). Tiada lawan!

5 Sebab Jangan Pergi ke Malam Pentakosta

Saya menggalakan orang pergi ke Malam Pentakosta. Sesuatu yang baik dan luar biasa akan berlaku. Dimana ada kesatuan, TUHAN akan bekenan. Tetapi apabila saya berfikir dan berdoa tentang acara ini sejak beberapa hari lalu, ada 5 sebab yang timbul di dalam hati saya tentang kenapa orang tidak harus pergi. Nilai sendiri dan fikirkan baik-baik apa yang saya cuba sampaikan:

Pergi awal, jangan terlambat
Bawa keluarga, sanak-saudara &
kawan-kawan kamu
SEBAB #1 Jika Kamu Mencari Mukjizat Sahaja dan Bukannya ALLAH BAPA. Ramai orang Israel telah melihat sendiri bagaimana Tuhan Yesus menyembuhkan orang dan mengadakan banyak mukjizat dikalangan mereka tetapi “mereka tetap tidak percaya kepada-Nya walaupun telah banyak melihat mukjizat-Nya” (Yohanes 12:37). Baca Alkitab khususnya kitab-kitab Injil dan kamu akan mendapati bahawa Yesus telah melakukan banyak “mujizat, keajaiban dan tanda” (Kisah Para Rasul 2:22) melalui kuasa Allah Bapa namun hanya segelintir sahaja yang menaruh iman kepada-Nya. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Ini kerana ramai yang berminat dengan mukjizat tetapi tidak kepada Pemberi mukjizat. Mukjizat ialah seperti papan tanda (signboard atau signpost) yang menunjukkan arah kepada kita ke destinasi iaitu Allah Bapa.

Apa yang akan terjadi sekiranya kamu datang ke Malam Pentakosta dengan penuh harapan dan kamu tidak mengalami apa-apa ‘mukjizat’? Adakah kamu akan tetap beriman kepada Allah Bapa? Adakah Firman Allah yang Hidup cukup? Mukjizat terbesar ialah apabila Allah Bapa “menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal” (Yohanes 3:16). Apa itu? Eh tidak, Siapa itu? Anak-Nya, Yesus Kristus. Sudahkah kamu menerima mukjizat terbesar ini?

SEBAB #2 Jika Kamu Terlalu Mengagung-agungkan Philip Mantofa dan Bukannya YESUS KRISTUS. Manusia – termasuk saya – ada kecenderungan untuk terlalu mengagung-agungkan hamba-hamba Allah, lebih-lebih lagi orang yang terkenal, berkarismatik dan bertalenta & kurnia seperti saudara Mantofa. Selepas Rasul Paulus menyembuhkan seorang lumpuh di Derbe, orang-orang di sana ingin memuja dia dan Barnabas dengan berkata, “Lihatlah, tuhan-tuhan telah menjelma sebagai manusia dan turun ke dunia” (Kisah Para Rasul 14:11). Tetapi mereka menjawab mereka, “Mengapa kamu berbuat begini? Kami manusia biasa seperti kamu sekalian!” (ayat 15). Ada sekali selepas malaikat menurunkan wahyu Allah kepada Rasul Yohanes, dia menulis: “Apabila aku mendengar and melihatnya, aku sujud hendak menyembah malaikat yang menunjukkannya kepadaku. Tetapi dia berkata kepadaku, ‘Jangan buat begitu! Aku ini sesama hamba Allah sepertimu… Hanya Allah yang harus kamu sembah’” (Wahyu 22:8-9).

Jika bukan Philip Mantofa, adakah kamu juga akan datang? Bagaimana dengan pendeta atau pengkhutbah lokal, adakah mereka tidak mempunyai kuasa dan pemberian Roh Kudus seperti Mantofa? Sebagai hamba Allah yang rendah hati (menurut kesaksian yang saya dengar, bukan atas pengalaman peribadi), Pastor Mantofa sendiri pasti akan berkata, “Jangan mengagung-agungkan saya, semuanya untuk dan kepada TUHAN.” Kadang-kadang para pemimpin Kristian pula yang terlalu membesar-besarkan personaliti Pastor Mantofa dari cara mereka bercakap, bersaksi dan tahap kekaguman mereka. Jadi, siapa yang harus kita berkeinginan untuk berjumpa secara peribadi pada malam Pentakosta? Tuhan Yesus Kristus! Banyak petikan Firman yang menunjukan bahawa hanya Yesus yang layak disembah. Satu yang harus dihafal, diingat dan disimpan di dalam hati ialah Filipi 2:10-11, “[Kepada] nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, and semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.”

SEBAB #3 Jika Kamu Mengingin Pemberian Roh Kudus tanpa Mahu Hidup dalam Pimpinan ROH KUDUS. Lebih kurang sama dengan Sebab #2. Mengingini pemberian tetapi tidak semesti si Pemberi. Baca kurnia-kurnia rohani dalam 1 Korintus 12 terutamanya dari ayat 1 sehingga 11. Berdasarkan kurnia-kurnia ini, walaupun iya nya datang daripada Roh Allah, ia dapat disalahgunakan dan diterbalikan oleh Iblis untuk kegunaan diri sendiri dan untuk kemuliaan dan kekayaan sendiri apabila orang itu mulai menyimpang daripada ajaran Kristian yang sebenar. Saya boleh senaraikan beberapa nama televangelist yang melakukan demikian tetapi tidak perlu kerana ia sangat memalukan. Oleh itu, hidup menurut dan dalam pimpinan Roh Kudus itu sangat penting. Ini adalah salah satu kelemahan acara Kristian yang besar seperi Malam Pentakosta, iaitu, kebanyakan semangat orang akan berkobar-kobar tetapi selepas beberapa hari kemudian mereka hidup seperti biasa semula. Kenapa? Kerana tidak hidup dalam pimpinan Roh Kudus. Bagaimana kita boleh mengetahui jika kita hidup dalam pimpinan-Nya atau tidak? Baca Galatia 5:1-26. Sebagai contoh, adakah orang itu akan berhenti hidup dalam “kemabukan, berpesta keterlaluan” (ayat 21) selepas Malam Pentakosta? Kalau masih sama… itu maksudnya pengikut palsu!

SEBAB #4 Jika Kamu Berfikir Bahawa Penaburan dan Penuaian HANYA Berlaku Ketika Acara Itu Sahaja. Ini kesilapan yang paling besar. Kemungkinan Pastor Mantofa dan kumpulan pernah terjatuh dalam fikiran seperti ini. Contohnya berkata, “Dalam acara Malam Pentakosta lepas, seramai 3,000 orang telah diselamatkan melalui pelayanan kami (atau namakan organisasi/gereja).” Saya sendiri juga akan terjatuh dalam kesilapan ini sekiranya saya berfikir ada orang datang kepada Kristus melalui pelayanan saya. Ini silap! Untuk menuai, kita kena menabur. Dari mula penaburan sehingga penuaian, proses yang dilalui mengambil masa, sentiasa berterusan dan ia harus dibaja. Oleh itu, setiap kali ada penuaian, kita harus berfikir bahawa kita menuai hasil daripada penaburan orang lain dan diakhirnya ia ialah hasil bersama, bukan individu. Yesus berkata kepada para murid-Nya, “Dalam hal ini benarlah pepatah, ‘Ada yang menyemai, ada pula yang menuai.’ Aku menyuruhmu menuai ladang yang bukan hasil usahamu. Orang lain yang mengerjakannya, kamu yang mendapat hasilnya” (Yohanes 4:37-37). Bagi Malam Pentakosta itu nanti, kita hanya menabur – Firman Allah, mukjizat daripada Roh Kudus dan kesaksian hidup – dan pada masa yang sama hanya menuai hasil tuaian yang telah dilakukan oleh seluruh orang Kristian yang secara diam-diam, terang-terang, sengaja atau tidak sengaja dalam mengubah kehidupan orang yang akan dituai nanti. Dipendekkan cerita, apa yang saya ingin sampaikan ialah: jika kamu melihat hasil tuaian yang banyak pada malam itu nanti, kamu kena sedar bahawa iya nya bukan hanya disebabkan oleh kehadiran dan pelayanan Pastor Philip Mantofa tetapi seluruh umat Kristian yang setia bersaksi dan menjadi saksi bagi TUHAN. Itu termasuk kamu!

SEBAB #5 Jika Kamu Akan Meninggalkan Iman dalam Kristus Apabila Kamu Mengalami Kesusahan, Pencubaan dan Penganiayaan. Lumpuh kamu mungkin akan sembuh. Kanser kamu mungkin akan hilang. Mata kamu mungkin akan berlinangan air mata. Tangan kamu mungkin terangkat memuji-Nya. Suara kamu mungkin berteriak nama Yesus. TETAPI, jika iman kamu tidak terus-menerus bertumbuh di dalam Dia, kamu akan mudah jatuh apabila masalah melanda kamu. Orang yang pergi ke satu acara besar Kristian seperti Malam Pentakosta kemudian beranggapan bahawa dia boleh mengalihkan gunung dalam masa satu hari ialah seperti “orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!” (Matius 7:26-27). Tetapi, jika kamu menjadikan acara itu sebagai titik permulaan untuk kamu terus-menerus membaca, merenung dan melakukan Firman Allah, maka, kamu seperti “orang yang bijak yang membina rumah di atas batu,” semua masalah itu terjadi kepada kamu “tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu” (Matius 7:24-25). Siapa kata masalah seperti kesusahan, pencubaan dan penganiayaan tidak akan berlaku kepada kamu? Sejurus selepas kamu menerima Kristus dalam kehidupan kamu, semua ini akan terjadi! Baca Kitab Kisah Para Rasul, selepas Pentakosta (bab 2), memang kamu akan mendapati bahawa orang Kristian mendapat sukacita, keberanian, perubahan hidup dan lebih efektif bersaksi tentang Tuhan Yesus Kristus. Tetapi sedarkah kamu bahawa kesusahan, pencubaan dan penganiayaan tetap ada, malah lebih lagi? Bila ia terjadi, adalah kamu akan terus kekal bersama Dia atau kamu akan meninggalkan-Nya?

Jika salah satu sebab ini ialah tujuan atau motif kamu untuk datang ke Malam Pentakosta itu nanti, lebih baik JANGAN pergi kerana ia tidak akan menguntungkan kamu. Periksa motif kamu. Tetapi, PERGI, PERGI, PERGI kerana ini ialah acara/aktiviti yang besar dan PASTI akan membuahkan hasil yang luar biasa. Allah memberkati!

Akhir kata, saya tidak mahu dilihat sebagai seorang yang kritikal dan negatif. Saya percaya mukjizat dan sesuatu yang luar biasa akan terjadi pada Malam Pentakosta Roh Kudus & Penuaian. Kenapa saya yakin? Kerana beberapa sebab: Pertama, mustahil dalam 25,000 orang yang dijangka akan datang nanti tidak mempunyai sedikit iman pun. Sedangkan “iman sebesar biji sesawi” (Matius 17:20) pun boleh melakukan hal yang mustahil bagi manusia. Kedua, sebelum, semasa dan selepas Malam Pentakosta banyak doa-doa yang telah dan akan dicurahkan kepada TUHAN. “Kita dapat menghadap Allah dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya” (1 Yohanes 5:14). Ketiga, apabila umat Allah bersatu dan merendahkan diri di hadapan-Nya, Allah akan memberkati kita dan kita akan menjadi saksi yang kuat bagi orang yang belum percaya. Sarawak – malah Malaysia – perlukan kesaksian seperti ini! (baca Yohanes 17:23). Keempat, kesaksian dan kurnia yang Tuhan berikan kepada Pastor Philip Mantofa adalah sesuatu yang kita tidak boleh sangkal. Banyak saksi yang mengenal dan pernah pergi ke acara atau kebaktian saudara Mantafo memberi respon yang positif. Kita harus berdoa, menyokong dan menggalakan sesama saudara-saudari di dalam Kristus. Jangan menghakimi dan bersaksi bohong kecuali ada bukti kukuh jika disebaliknya.

Dan kelima, berdasarkan respon orang ramai tentang acara ini, jelas bahawa (mungkin secara luaran, motif siapa tahu kecuali Tuhan) orang haus akan TUHAN dan hadirat-Nya. “[Aku] akan mencurahkan air ke atas tanah yang gersang dan aliran air ke atas tanah yang kering. Aku akan mencurahkan roh-Ku ke atas keturunanmu dan berkat-Ku atas anak cucumu” (Yesaya 44:3). Siapa yang haus akan TUHAN? Datang kepada Yesus Kristus, Dia yang berkata: “Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dalam hatinya akan terpancar mata air yang memberi hidup” (Yohanes 7:38). “Air” yang dimaksudkan oleh Yesus ialah
ROH KUDUS! (ayat 39). Amen!



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, September 2, 2019

Lima (5) Perkara Seorang Pemimpin Harus Hentikan


Ada 5 perkara yang pemimpin harus hentikan 🖐 kerana ia akan mengehadkan pontensi dan keefektifan kamu sebagai seorang pemimpin 😀👊








THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 16, 2018

Angelus' Quote: Apa Yang Kamu Fikir, Itulah Kamu


Ada seorang pelajar bertanya kepada saya, “Kenapa perkara buruk berlaku kepada orang baik?” Selepas berfikir seketika, saya menjawab, “Soalan kamu bagus tetapi tidak bermanfaat kerana tidak ada jawapan yang tepat untuk persoalan itu.” Tarik nafas. “Soalan yang lebih bagus ialah, ‘Apakah tindakan orang baik jika perkara buruk terjadi kepada mereka?’ Melalui soalan ini, kamu dapat belajar sesuatu yang lebih bermanfaat.”

Ianya sangat tidak membantu bila kita berfikir bahawa tidak ada perkara yang buruk akan berlaku kepada orang yang percaya kepada TUHAN. Malah, perkara buruk akan berlaku kepada orang baik. Contohnya, saya bukanlah seorang yang sangat baik tetapi saya pernah ditipu beberapa kali. Dulu saya pernah cuba membeli telefon bimbit pintar melalui Carousell tetapi wang saya telah digelapkan. Saya juga pernah memberi pinjaman untuk membantu kawan saya tetapi sehingga sekarang tidak dipulangkan. Beberapa tahun dulu, ada seorang yang saya percaya menyimpan wang kami bersama tetapi bila hubungan itu tidak kekal saya meminta balik, dia tidak respon apa-apa.

Jadi apakah respon saya? Berpura-pura bahawa semua perkara itu tidak pernah terjadi? Tidak. Saya harus berfikir secara realistik dan positif. Berfikiran realistik dengan mengakui kesilapan sendiri, dengan mengiakan bahawa perkara itu sudah berlalu, dan dengan mengistiharkan bahawa tidak semua orang boleh dipercayai sepenuhnya. Saya juga harus berfikiran positif. Saya belajar sesuatu yang baru melalui semua pengalaman ini, saya lebih matang untuk membuat keputusan, saya lebih menghargai kawan yang setia, saya bersukacita kerana hubungan yang tidak sihat sudah diputuskan. Alkitab ada mengatakan: “Sebab seperti orang yang membuat perhitungan dalam dirinya sendiri, demikianlah iya.” Apa yang kamu fikirkan, itulah kamu. Berfikiran secara realistik dan positif tidak akan menghilangkan masalah tetapi ia dapat menolong kamu apabila kamu melaluinya.

Yesus berfirman, “Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu, Aku telah mengalahkan dunia” (Yohanes 16:33). Yesus tidak berkata bahawa perkara buruk tidak akan berlaku kepada orang percaya. Dia berkata, bila ia berlaku, kamu harus memilih untuk berfikir dan bersikap seperti pemenang kerana Dia adalah Pemenang! (“mengalahkan dunia”). Ingat, apa yang kamu fikirkan, itulah kamu. Jika kamu membuat perhintungan yang realistik dan positif dan optimistik dalam diri dan fikiran kamu, demikianlah kamu. Jadi, apakah tindakan orang baik jika perkara buruk terjadi kepada mereka? Mereka memilih untuk percaya kepada janji-janji TUHAN dan memenuhi fikiran mereka dengan Firman Allah. Mereka mungkin pernah tewas dan beberapa ketika kalah, tetapi diakhirnya, kerana Yesus adalah Pemenang, mereka akan menang!

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, December 7, 2018

Angelus' Quote: Bagaimana dengan Gambaran-Diri Kamu?


Yesus berfirman: “Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaannya!” (Matius 6:22-23, AVB). Apa yang kamu lihat di dalam diri kamu sendiri - gambaran-diri - akan mempengaruhi fikiran, emosi dan sikap kamu sendiri dan orang lain.

Jika kamu melihat diri kamu sebagai seorang yang kurang menarik, tidak bernasib baik dan selalu gagal, maka, gambaran itu akan direalisasikan di dalam kehidupan kamu. Walaupun gambaran-diri kamu itu tidak semestinya benar, kamu akan mengiyakannya. Saya ada seorang kawan perempuan yang cantik, tetapi dia selalu berkata kepada kami semua, "Tidak ada orang yang minat dengan saya..." Walaupun ramai yang cuba untuk memikat dia, dia tidak pernah mencapai kesimpulan bahawa dia sebenarnya seorang yang menarik. Mata dia "kabur." Sebelum menghadapi peperiksaan, seorang pelajar berkata, "Saya akan gagal lagi..." Kamu tahu? Iya menjadi kenyataan sebelum iya terjadi.

"Mata ialah pelita tubuh." "Mata" ini mesti merujuk kepada mata rohani. Jika kamu melihat diri kamu dengan menggunakan mata rohani, kamu akan melihat gambaran-diri yang berbeza. Yesus Kristus sudah mati dan bangkit semula bagi kamu (dan saya) dan menjadikan kita semua sebagai anak-anak Tuhan. Lihat diri kamu sendiri melalui perspektif ini. Lihat diri kamu diberkati oleh Allah dan memberkati orang lain; lihat diri kamu dikasihi oleh Allah dan mengasihi orang lain; lihat diri kamu bersukacita dan kamu akan melayani orang lain dengan sukacita.

Saya dan seorang kawan saya bernama Julai selalu membuat lawak dan berkata begini bila memperkenalkan diri: "Saya seorang yang tampan!" Bagi orang yang tidak mengenali kami, mereka mungkin menyangka bahawa kami sangat perasan (ada betulnya...). Tetapi ayat itu (sekurang-kurangnya bagi saya), sebenarnya dapat membangkitkan rasa yakin dan menghilangkan perasaan resah. Ada kalanya saya akan berkata kepada diri sendiri, "Saya ialah anak Tuhan"; " Saya berkenan di hadapan Allah"; "Saya boleh melakukan segalanya melalui Kristus yang memberikan kekuatan" (Filipi 4:13). Gambaran-diri sebegini akan membuka ruang untuk berkat dan kurnia TUHAN melimpah di dalam hidupmu.

Konteks Matius 6:22-23 ini ialah tentang menjadi hamba Allah atau hamba kekayaan. "Jika matamu kabur", kamu akan melihat bahawa menjadi hamba kekayaan itu baik (walaupun sebenarnya iya membawa kegelapan). "Jika matamu terang", kamu akan melihat bahawa menjadi hamba Allah itu baik. Dan ini yang kamu perlu tahu juga: Di dalam Kristus, kita bukan hanya dipanggil hamba-hamba Allah, tetapi juga anak-anak Allah. Berdoa supaya mata rohani kamu melihat realiti ini juga! Kawan, gambaran-diri kamu juga akan berubah! Pasti!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Kamu Akan Mengenal Kebenaran dan Iya Akan Membebaskanmu


Kawan, jangan menjadi banduan kepada masa lepas kamu. Banyak orang suka menghidupkan kembali hal-hal silam. Mereka tidak faham kenapa doa-doa mereka tidak dijawab; kenapa orang yang mereka kasihi meninggalkan mereka; kenapa mereka dilayani dengan teruk. Sesetengah orang tinggal terlalu lama dalam penjara diri sendiri, bersikap kasihan-kepada-diri-sendiri. Terlalu lama sehingga ia menjadi identiti mereka. Mereka membutakan mata dan kemudian dibutakan... tidak menyedari bahawa TUHAN sudah lama menunggu untuk mengembalikan apa yang mereka sudah hilang selama ini.

Jika kamu tidak sanggup untuk meninggalkan (atau melepaskan) perkara yang lama dulu, jadi, jangan berharap bahawa TUHAN dapat melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan kamu. Dia mahu dan Dia mampu, tetapi jika kamu tidak bertindak, iya tidak akan terjadi. Jika ada sesuatu yang kamu rasa tidak adil dilakukan terhadap kamu, buat keputusan sekarang untuk tidak lagi mengulangi kejadian itu di dalam fikiran kamu. Berdoa perlepasan untuk diri sendiri (kenapa perlu menunggu orang lain untuk mendoakan kamu).

Sebaliknya, fikirkan tentang perkara yang baik dan indah dalam kehidupan kamu (sebagai permulaan, ucaplah syukur kepada TUHAN atas nafas yang diberikan-Nya); fikirkan perkara yang dapat membangunkan kamu bukan menjatuhan kamu; fikirkan perkara yang mendorong kamu dan memberikan harapan bahawa masa depan kamu sudah ada di tangan TUHAN yang setia dan mengasihi kamu. Mulakan setiap hari kamu dengan janji-janji Allah dan kebenaran Firman-Nya. Yesus berkata di dalam Yohanes 8:32, "[Kamu] akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu.” Ingat: Jangan menjadi banduan kepada masa depan kamu, kenalilah kebenaran - Yesus Kristus dan perbuatan-Nya - maka Iya akan membebaskan kamu!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Allah berfirman, Abraham memandang; Abraham percaya, Allah berkenan



“TUHAN membawa Abram ke luar lalu berfirman, "Pandanglah ke langit dan cubalah hitung bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang."
(Kejadian 15:5)

Kenapa TUHAN berfirman kepada Abram untuk ke luar, memandang langit dan menyuruh dia menghitung bintang-bintang ketika Dia berjanji kepada Abram bahawa dia akan menjadi bapa segala bangsa? (Nama Abram ditukarkan kepada 'Abraham' yang bermaksud 'bapa segala bangsa'). Kerana TUHAN tahu bahawa Abraham tidak boleh membayangkan betapa besar janji Allah kepadanya. Kerana TUHAN mahu Abraham mendongak ke langat sebagai peringatan bahawa Dia yang berjanji dan berkuasa untuk melaksanakannya. Kerana TUHAN ingin meletakkan suatu gambaran baru di dalam fikiran Abraham.

Bagi Abraham dan Sarah, mereka sudah tua dan tidak mempunyai zuriat (lagipun Sarah mandul), maka secara logik dan semula jadi, janji Allah itu merupakan suatu perkara yang tidak mungkin - mustahil! Tetapi setiap kali Abraham melihat bintang-bintang di langit, dia akan diingatkan semula tentang janji Allah kepadanya. Dia melihat janji itu melalui mata imannya. Kejadian 15:6 menulis respon kepada 15:5, "Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya." Allah berfirman, Abraham memandang; Abraham percaya, Allah berkenan.

Bila kamu membaca Firman dan/atau bila Allah berfirman kepada kamu, adakah kamu memandang dengan mata imanmu? Apa yang kamu gambarkan di dalam fikiran kamu, itu yang akan menentukan tahap kepercayaan kamu. Janji Allah tetap teguh dan benar tetapi kepercayaan kita bergantung kepada mata iman kita. Ingat, "Abraham percaya" dahulu baru "TUHAN berkenan" kepadanya (Ini bukan tentang isu keselamatan). Kamu harus melihat gambaran itu di dalam fikiran kamu dulu sebelum ia digenapi di dalam kehidupan kamu. Kenapa TUHAN berkali-kali mengingatkan Abraham tentang janji-Nya dari satu peristiwa ke peristiwa seterusnya? Kerana Dia ingin meletakkan gambaran baru itu di dalam fikiran Abraham.

Ubah apa yang kamu gambarkan di dalam fikiran kamu, maka, kehidupan kamu juga akan berubah. Berfikiran negatif dan tidak-mungkin ialah kepakaran kita manusia. Jadi, untuk mengubah gambaran di dalam fikiran kita, cara yang terbaik ialah dengan membaca, memahami dan menghafal Firman Allah. Salah satu cara lagi ialah dengan melihat ciptaan Allah. Pandanglah ke langit dan lihat bintang-bintang... Jika kamu rajin, bawa kalkulator dan kira!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, December 23, 2015

Yesus, Penyelamat yang Sanggup Datang: Kisah Sebelum Hari Krismas


[Pada] masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah, ‘Engkau tidak menghendaki korban dan persembahan, tetapi Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku… Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu, seperti yang tertulis di dalam kitab Taurat tentang diri-Ku’
(Ibrani 10:5,7,
BM).

Pernahkah kamu membayangkan apa sebenarnya yang terjadi pada malam sebelum hari Krismas yang pertama? Sebelum para gembala muncul? Sebelum ahli-ahli kaji bintang datang? Malah sebelum Yusuf dan Maria datang ke Betlehem? Alkitab telah memberikan kita jawapan tentang apa yang terjadi sebelum hari Krismas yang pertama. Bukan dalam Injil-Injil atau Kitab-kitab Berita Baik, tetapi dalam Surat kepada Orang Ibrani. Di dalam surat ini, penulis menceritakan kepada kita tentang apa yang bermain di dalam fikiran Kristus sebelum Dia datang ke dunia. Dengan memetik Mazmur 40:6-8 sebagai Firman Kristus, Alkitab mengatakan bahawa ““[Pada] masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah, ‘…Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku… Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu.’”

Sistem Persembahan Korban (Imamat 17) dalam Perjanjian Lama sudah tidak mendapat perhatian Allah lagi. Ianya diadakan bukan untuk selamanya tetapi untuk sementara. Sejak permulaan, ia bertujuan untuk menunjukkan kepada kita tentang Korban yang terakhir dan yang benar. Pada malam pertama Perayaan Paska (Keluaran 12), darah anak domba sebenarnya ialah petunjuk kepada korban Anak Domba yang terutama yang akan datang. Selepas anak domba itu disembelih, darahnya akan disimpan di dalam bekas untuk dibawa ke rumah masing-masing. Orang-orang Israel disuruh untuk mengambil sedikit darah anak domba dan menyapukannya pada kedua-dua batang tiang pintu dan pada ambang pintu rumah mereka. Melalui proses ini, mereka sebenarnya melakukan simbol tanda salib! Dengan ini, mereka selamat daripada hukuman Allah.

Ianya merupakan suatu petunjuk tentang apa yang akan Kristus lakukan apabila Dia datang ke dunia nanti.

Saya hanya boleh membayangkan pendapat malaikat-malaikat di syurga tentang semua hal ini. Mereka mungkin bertanya antara satu sama lain, “Adakah Dia benar-benar akan melakukannya [datang ke dunia dan mati di kayu salib]?” “Mereka [manusia] tidak layak untuk semua ini,” respon malaikat yang lain. “Syukur kita tidak jatuh bersama dengan malaikat-malaikat yang lain yang mengikut dusta-dusta Iblis,” ada malaikat mencela. “Mereka [manusia] sangat tidak layak! Mereka mudah jatuh dan senang ditipu oleh Iblis!” Benar. Tetapi apa yang pasti, Alkitab mengatakan bahawa: “Penyelamatan [yang dilakukan oleh Kristus]… [menyebabkan] malaikat-malaikat pun ingin memahami semua perkara itu” (1 Petrus 1:10,12). Kita boleh menyangka kehairanan mereka apabila Kristus secara sukarela “dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat” (Ibrani 2:9). “Lebih rendah daripada kita?” tanya para malaikat. “Kenapa Dia sanggup berbuat begitu?

Inilah keputusan Kristus yang diluar jangkaan semua makhluk di seluruh alam semesta!

Kristus ialah Anak Allah, Dia duduk di takhta syurga. Alkitab mengatakan bahawa: “Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa… Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi” (Ibrani 1:3). Kenapa Dia sanggup meninggalkan semua itu? Kenapa Dia sanggup turun dari tempat yang termulia? Kenapa Dia ingin menjelma menjadi manusia? Kenapa Dia sangat peduli tentang Krismas?

Jawapan yang termudah sekali ialah… Dia melakukan semuanya untuk kemuliaan Bapa dan bagi kita! Kita tidak layak untuk menerima semua ini. Kita pendosa. Tiada penjelasan yang secukupnya yang boleh menjelaskan tentang kebenaran ini. Hanya – kasih kurnia-Nya – merupakan penjelasan yang paling tepat sekali. Beratus-ratus tahun sebelum kelahiran-Nya, Allah Bapa berkata: “Engkaulah anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapamu. Mintalah, maka semua bangsa akan Kuberi kepadamu” (Mazmur 2:7-8). Penulis surat Ibrani menerangkan bahawa melalui Kristus “Allah dapat membawa banyak orang ikut menikmati kemuliaan-Nya” (Ibrani 2:10).

Benar, untuk sementara waktu Yesus dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat apabila Dia menjelma menjadi manusia “supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang.” Tetapi untuk selamanya “Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan” (Ibrani 2:9). Alkitab menjelaskan bahawa tujuan Hari Krismas ialah untuk mengingatkan kita bahawa – Dia melakukan semuanya untuk kita. Dia ialah Pemberian Allah kepada kita semua. Dia datang untuk menderita dan mati bagi dosa kita. Dia menerima segala hukuman yang kita patut tanggung. Dia memberikan diri-Nya sendiri supaya kita dibebaskan oleh hukuman dan cengkaman dosa. Inilah Penyelamat Dunia!

Samada para malaikat terkejut dengan Hari Krismas, kita tidak tahu. Saya tidak pasti. Tetapi, sejurus selepas keputusan telah dibuat, mereka tidak sabar-sabar untuk memberitakan Berita Baik itu. Mereka memberitakan tentang Berita yang membawa sukacita kepada kita semua. Seluruh syurga penuh dengan sukacita! “Jangan takut!” kata malaikat kepada para gembala, “Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan” (Lukas 2:10-11). Dia lahir untuk menyelamatkan kita. Dia datang untuk membawa kita kepada kemuliaan-Nya.

Dia Kristus, Sang Pencipta, lebih tinggi daripada malaikat, dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya kita yang lebih rendah daripada malaikat menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Melalui Kristus, kita diangkat lebih tinggi daripada yang selayaknya. Lebih tinggi daripada malaikat! Kita berharga dimata-Nya, dipeduli oleh belas kasihan-Nya, dan diangkat oleh kasih kurnia-Nya. Dia melakukan perkara yang kita tidak mampu lakukan. Dia menjadikan kita anak-anak Allah, diangkat menjadi keluarga Tuhan.

Tiada sesiapa yang benar-benar mengasihi kamu seperti Yesus mengasihi kamu! Dia mengasihi kamu sebelum Dia meninggalkan syurga untuk datang ke dunia. Dia datang untuk membebaskan kamu. Untuk mengambil kamu menjadi milik-Nya semula… supaya kamu boleh melihat wajah Allah. Siapa yang tidak mahu kasih seperti ini? Datang kepada-Nya melalui iman yang hidup. Bersukacita, berterima kasih dan dengan hati yang penuh syukur. Memuji dan menyembah Dia. Jika kamu boleh mempercayakan masa depan kamu kepada-Nya, kamu boleh mempercayakan Dia dengan hidup kamu sekarang. Biarlah Hari Krismas tahun ini menjadi tahun kamu menerima dan mengenal Yesus Kristus, Juruselamat dan Tuhan kita! Amin.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]