Kawan, jangan menjadi banduan kepada masa lepas kamu. Banyak orang suka menghidupkan kembali hal-hal silam.
Mereka tidak faham kenapa doa-doa mereka tidak dijawab; kenapa orang yang
mereka kasihi meninggalkan mereka; kenapa mereka dilayani dengan teruk.
Sesetengah orang tinggal terlalu lama dalam penjara diri sendiri, bersikap
kasihan-kepada-diri-sendiri. Terlalu lama sehingga ia menjadi identiti mereka.
Mereka membutakan mata dan kemudian dibutakan... tidak menyedari bahawa TUHAN
sudah lama menunggu untuk mengembalikan apa yang mereka sudah hilang selama
ini.
Jika kamu tidak sanggup
untuk meninggalkan (atau melepaskan) perkara yang lama dulu, jadi, jangan
berharap bahawa TUHAN dapat melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan kamu.
Dia mahu dan Dia mampu, tetapi jika kamu tidak bertindak, iya tidak akan
terjadi. Jika ada sesuatu yang kamu rasa tidak adil dilakukan terhadap kamu,
buat keputusan sekarang untuk tidak lagi mengulangi kejadian itu di dalam
fikiran kamu. Berdoa perlepasan untuk diri sendiri (kenapa perlu menunggu orang
lain untuk mendoakan kamu).
Sebaliknya, fikirkan
tentang perkara yang baik dan indah dalam kehidupan kamu (sebagai permulaan,
ucaplah syukur kepada TUHAN atas nafas yang diberikan-Nya); fikirkan perkara
yang dapat membangunkan kamu bukan menjatuhan kamu; fikirkan perkara yang
mendorong kamu dan memberikan harapan bahawa masa depan kamu sudah ada di
tangan TUHAN yang setia dan mengasihi kamu. Mulakan setiap hari kamu dengan
janji-janji Allah dan kebenaran Firman-Nya. Yesus berkata di dalam Yohanes
8:32, "[Kamu] akan mengenal
kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu.” Ingat: Jangan menjadi banduan kepada masa depan kamu, kenalilah kebenaran -
Yesus Kristus dan perbuatan-Nya - maka Iya akan membebaskan kamu!
Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment