Showing posts with label Kebebasan. Show all posts
Showing posts with label Kebebasan. Show all posts

Tuesday, July 14, 2020

Yesus Kristus Ialah Tuhan Atas Hari Sabat (Matius 12:1-8)



Sabat asalnya daripada Kejadian 2:1-3 dimana selepas TUHAN Allah mencipta langit dan bumi serta segala isinya, pada hari ketujuh, Dia "beristirahat daripada segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya." Hanya pada Keluaran 20:8-11, hari Sabat menjadi salah satu hukum (hukum ke-4) bagi orang Israel sebagai suatu bangsa. Allah telah berpesan kepada mereka bahawa akan ada tindakan keras dilakukan kepada sesiapa yang melanggarnya.

Apabila orang Farisi melihat para murid Yesus memetik bulir gandum dan memakannya, mereka mengadu kepada Yesus, "Lihatlah, murid-Mu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!" (Matius 12:2). Benarkah mereka melanggar hukum Sabat? Jika YA, adakah Yesus anti-Hukum-Taurat? Jika TIDAK, jadi, kenapa mereka membuat tuduhan itu? 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius93 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/     
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, July 11, 2020

Mesej Untuk Mereka Yang Dibebani Oleh Keagamaan (Matius 11:28-30)



Adakah kamu sedang mencari TUHAN? Adakah kamu sudah hampir putus asa dalam kehidupan kamu? Adakah kamu terbeban oleh hukum-hukum keagamaan dan mengikuti Tuhan dilihat sebagai kesukaran bagi kamu? Untuk KAMU, Yesus Kristus menjemput, "Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan" (Matius 11:28). Mahukah kamu datang kepada-Nya? ☑😊📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius92 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Generasi Yang Menolak Kebenaran (Matius 11:16-19)



Adalah sangat penting untuk orang ramai mengenal siapa Yohanes Pembaptis kerana jika orang percaya akan mesejnya, maka, orang akan juga percaya kepada Yesus Kristus yang dikatakan oleh Yohanes sebagai seorang yang "akan membaptismu dengan Roh Kudus dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak" (Matius 3:11).

Tetapi dengan menolak Yohanes, orang juga secara tidak langsung akan menolak Yesus. Yohanes mereka kata, "Dirasuk roh iblis!" Yesus pula dikatakan sebagai seorang "pelahap, pemabuk..." (Matius 11:18-19). Orang pada masa itu, secara amnya, menolak Yohanes dan oleh itu - Yesus. Bagaimana pula dengan generasi sekarang? Bagaimana dengan kamu? #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius87 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Saya Bangsa Malaysia: Menurut Perspektif Seorang Kristian Di Malaysia (LEGASI.tv Interview) Bersama Mark Anantharaj

Apa cabaran-cabaran yang kamu alami menjadi seorang Kristian yang komited di Malaysia? Bagi saya, salah satu cabaran utama ialah ekpresi atau kebebasan untuk berkongsi tentang Injil Yesus Kristus kepada kaum majoriti (lihat, ini cabaran yang jelas). Namun begitu, bagi Mark Raj, ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita untuk terus mengasihi sesama dan memberkati negara kita Malaysia ⚡

Dalam temu bual LEGASI.tv (S.1. E.9), Mark Raj, yang sekarang bekerja di LHDN KL, berkongsi kepada kita kenapa kita harus mencintai negara kita, bagaimana kita boleh menjadi agen perdamaian, apakah maksudnya menjadi orang Kristian di Malaysia dan sebagainya.


Untuk berhubung dengan Mark, FOLLOW:


Kamu juga boleh menonton Interview ini dan banyak lagi di YouTube, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LEGASItvInterviews 

#SayaBangsaMalaysia #KristianDiMalaysia #AgenPerdamaianPerubahan #LEGASIInterview #PrinsipPrinsipAlkitab #HidupHarmoni #KatakanTidakKepadaPrejudis #JagaSensetivitiKaumDanAgama


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

"Apa Urusan-Mu Dengan Kami, Ya Anak-Ku?" (Matius 8:28-34)


Semasa dalam pelayanan misi, kami masuk ke dalam sebuah rumah yang menyambut kami. Lebih 90% orang di tempat itu enggan menerima kehadiran dan mengikuti kebaktian yang kami lakukan pada malam itu. Kami tetap berdoa, menyanyi puji sembah dan bersaksi kepada beberapa orang yang hadir.

Pada pagi kemudian harinya, sebelum kami balik, datanglah seorang nenek tua bertanya kepada ketua kumpulan kami, "Apa azimat (tangkal) yang kamu guna? Saya cuba berkali-kali menjambi kamu semua tetapi 'orang' kamu sangat kuat." Ketua kami faham apa maksud nenek itu. "Oh," jelas dia dengan selambar, "nama Dia Yesus." Tiada tangkal, tiada azimat, tiada jambi, hanya perlindungan dari Yesus Kristus sahaja!

Dalam Matius 8:28-34, kamu akan membaca tentang kekuasaan dan autoriti Yesus atas roh-roh iblis. Wow! #ServeToLead #InjilMatius Tidak percaya? Dengar episod podcast ini, KLIK LINK di bawah:

Atau Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Angelus' Quote: Jangan Biarkan Satu Kesalahan Kamu Menjadi Beban dalam Kehidupan Kamu



Jangan biarkan satu kesalahan atau kesilapan kamu menjadi beban dalam kehidupan kamu. Hentikan! Mungkin bagi orang apabila kamu berbuat salah, satu cukup untuk menutup segala kebaikan yang pernah kamu lakukan. Jangan biarkan mereka mengambil penghiburan dan sukacita kamu 👎

Apabila Yesus bangkit semula dan menampakkan diri-Nya kepada para pengikut-Nya, Tomas tidak berada di situ. Bila Tomas mendengar kesaksian mereka, Tomas tidak percaya. Tetapi apabila Yesus muncul kali kedua, Tomas berada di situ dan dia terkejut lalu berkata, "Ya Tuhanku dan Allahku!" (Yohannes 20:28). Tomas dipanggil "doubting Thomas" dalam sejarah gereja atau "Tomas yang ragu-ragu" hanya kerana satu hal itu sahaja! Satu hal sahaja! Kamu tahu apa yang terjadi kepada Tomas selepas itu? Tomas dikatakan pembawa Injil ke India, antara yang paling jauh menginjil diantara semua para pengikut Kristus. Ini orang tidak lihat, hanya satu kesalahan Tomas yang orang ingat.

Saya pernah diasingkan dan ditolak hanya kerana satu kesalahan (bagi mereka). Tetapi TUHAN tidak memandang itu! Dia akan menggunakan kamu dan saya walau sebesar manapun kesalahan, kesilapan malah dosa kamu jika kamu bertaubat dan mengandalkan iman kepada-Nya. Hey, biar orang ingat kesalahan kamu, tetapi TUHAN mengisytiharkan: "Aku tidak mengingatkan lagi dosa kamu" (lihat Ibrani 12:8) 👍😁😉
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Nuan Patut Bebas Ari Deka Nyaga Ati Semoa Orang



Kitai mesti nerimak kenyataan tu: Nuan enda ulih nyaga ati semoa orang. Nuan enda ulih nyuruh semoa orang nerima nuan. Nuan enda ulih menang enti nuan ngelaban orang ti ka bejako jaik ngau ngelaboh ka nuan 😣

Tajapan nuan berubah seta ngaga semoa utai ti deka ka orang, mesti bisi agi orang ti enda puas ati. Nuan enda ulih bebas selagi nuan enda bebas ari deka nyaga ati semoa orang. Nuan patut ingat tu: Nuan enda perlu semoa orang bejako manah pasal nuan, nuan patut udah puas ati enti TUHAN udah madah nuan tu manah. Idup ngemuas ka ati-Iya, Iya deka merkat ka nuan 😉🙏📖 Amen! #ServeToLead #IbanKitai
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, September 2, 2019

Angelus' Quote: Membaca Buku dan Bebaskan Minda Kamu



Baca Buku, Kembangkan Ilmu, Perbaharui Fikiranmu 😉 #LetsMakeReadingCoolAgain
_______________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Kamu Akan Mengenal Kebenaran dan Iya Akan Membebaskanmu


Kawan, jangan menjadi banduan kepada masa lepas kamu. Banyak orang suka menghidupkan kembali hal-hal silam. Mereka tidak faham kenapa doa-doa mereka tidak dijawab; kenapa orang yang mereka kasihi meninggalkan mereka; kenapa mereka dilayani dengan teruk. Sesetengah orang tinggal terlalu lama dalam penjara diri sendiri, bersikap kasihan-kepada-diri-sendiri. Terlalu lama sehingga ia menjadi identiti mereka. Mereka membutakan mata dan kemudian dibutakan... tidak menyedari bahawa TUHAN sudah lama menunggu untuk mengembalikan apa yang mereka sudah hilang selama ini.

Jika kamu tidak sanggup untuk meninggalkan (atau melepaskan) perkara yang lama dulu, jadi, jangan berharap bahawa TUHAN dapat melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan kamu. Dia mahu dan Dia mampu, tetapi jika kamu tidak bertindak, iya tidak akan terjadi. Jika ada sesuatu yang kamu rasa tidak adil dilakukan terhadap kamu, buat keputusan sekarang untuk tidak lagi mengulangi kejadian itu di dalam fikiran kamu. Berdoa perlepasan untuk diri sendiri (kenapa perlu menunggu orang lain untuk mendoakan kamu).

Sebaliknya, fikirkan tentang perkara yang baik dan indah dalam kehidupan kamu (sebagai permulaan, ucaplah syukur kepada TUHAN atas nafas yang diberikan-Nya); fikirkan perkara yang dapat membangunkan kamu bukan menjatuhan kamu; fikirkan perkara yang mendorong kamu dan memberikan harapan bahawa masa depan kamu sudah ada di tangan TUHAN yang setia dan mengasihi kamu. Mulakan setiap hari kamu dengan janji-janji Allah dan kebenaran Firman-Nya. Yesus berkata di dalam Yohanes 8:32, "[Kamu] akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu.” Ingat: Jangan menjadi banduan kepada masa depan kamu, kenalilah kebenaran - Yesus Kristus dan perbuatan-Nya - maka Iya akan membebaskan kamu!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, November 28, 2018

Angelus' Quote: Jika Allah Memihak Kepada Kita, Siapa Dapat Melawan Kita?


"Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri, tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua. Oleh itu, tidakkah Dia, bersama Anak-Nya itu, juga akan memberikan segala-galanya kepada kita dengan rela?"
(Roma 8:31-32,
AVB)

Setiap hari, TUHAN menabur benih-benih baru (memberi, memberkati, menyediakan) ke dalam hati kamu. Dia memenuhi kamu dengan penuh harapan dan keinginan supaya kamu berbuah lebat, bertumbuh dan menjadi berkat.

Jangan benarkan pemikiran negatif dan tidak-mungkin 'membantutkan' saluran berkat TUHAN kepada kamu. Jika Dia memberi, terima; bila Dia memberkati, ucapkan puji syukur; Dia menyediakan, percaya. Jika TUHAN memihak kepada kamu, kamu tidak akan kalah diakhirnya. Dia boleh menyediakan jalan apabila kamu dalam kebuntuan. Dia boleh membuka pintu yang tidak boleh ditutup oleh sesiapa pun. Dia boleh menempatkan kamu di tempat yang betul, pada masa yang tepat. Dia mampu menjadikan impian kamu - yang selaras dengan kehendak-Nya - menjadi kenyataan.

Masa di sekolah dulu, bila saya ditimpa masalah, walaupun hubungan saya dengan abang saya tidak rapat ketika itu, saya pasti bahawa abang saya akan berlawan untuk saya. Sekarang, bayangkan orang itu ialah TUHAN! Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Sila jawab...

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, December 23, 2015

Yesus, Penyelamat yang Sanggup Datang: Kisah Sebelum Hari Krismas


[Pada] masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah, ‘Engkau tidak menghendaki korban dan persembahan, tetapi Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku… Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu, seperti yang tertulis di dalam kitab Taurat tentang diri-Ku’
(Ibrani 10:5,7,
BM).

Pernahkah kamu membayangkan apa sebenarnya yang terjadi pada malam sebelum hari Krismas yang pertama? Sebelum para gembala muncul? Sebelum ahli-ahli kaji bintang datang? Malah sebelum Yusuf dan Maria datang ke Betlehem? Alkitab telah memberikan kita jawapan tentang apa yang terjadi sebelum hari Krismas yang pertama. Bukan dalam Injil-Injil atau Kitab-kitab Berita Baik, tetapi dalam Surat kepada Orang Ibrani. Di dalam surat ini, penulis menceritakan kepada kita tentang apa yang bermain di dalam fikiran Kristus sebelum Dia datang ke dunia. Dengan memetik Mazmur 40:6-8 sebagai Firman Kristus, Alkitab mengatakan bahawa ““[Pada] masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah, ‘…Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku… Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu.’”

Sistem Persembahan Korban (Imamat 17) dalam Perjanjian Lama sudah tidak mendapat perhatian Allah lagi. Ianya diadakan bukan untuk selamanya tetapi untuk sementara. Sejak permulaan, ia bertujuan untuk menunjukkan kepada kita tentang Korban yang terakhir dan yang benar. Pada malam pertama Perayaan Paska (Keluaran 12), darah anak domba sebenarnya ialah petunjuk kepada korban Anak Domba yang terutama yang akan datang. Selepas anak domba itu disembelih, darahnya akan disimpan di dalam bekas untuk dibawa ke rumah masing-masing. Orang-orang Israel disuruh untuk mengambil sedikit darah anak domba dan menyapukannya pada kedua-dua batang tiang pintu dan pada ambang pintu rumah mereka. Melalui proses ini, mereka sebenarnya melakukan simbol tanda salib! Dengan ini, mereka selamat daripada hukuman Allah.

Ianya merupakan suatu petunjuk tentang apa yang akan Kristus lakukan apabila Dia datang ke dunia nanti.

Saya hanya boleh membayangkan pendapat malaikat-malaikat di syurga tentang semua hal ini. Mereka mungkin bertanya antara satu sama lain, “Adakah Dia benar-benar akan melakukannya [datang ke dunia dan mati di kayu salib]?” “Mereka [manusia] tidak layak untuk semua ini,” respon malaikat yang lain. “Syukur kita tidak jatuh bersama dengan malaikat-malaikat yang lain yang mengikut dusta-dusta Iblis,” ada malaikat mencela. “Mereka [manusia] sangat tidak layak! Mereka mudah jatuh dan senang ditipu oleh Iblis!” Benar. Tetapi apa yang pasti, Alkitab mengatakan bahawa: “Penyelamatan [yang dilakukan oleh Kristus]… [menyebabkan] malaikat-malaikat pun ingin memahami semua perkara itu” (1 Petrus 1:10,12). Kita boleh menyangka kehairanan mereka apabila Kristus secara sukarela “dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat” (Ibrani 2:9). “Lebih rendah daripada kita?” tanya para malaikat. “Kenapa Dia sanggup berbuat begitu?

Inilah keputusan Kristus yang diluar jangkaan semua makhluk di seluruh alam semesta!

Kristus ialah Anak Allah, Dia duduk di takhta syurga. Alkitab mengatakan bahawa: “Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa… Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi” (Ibrani 1:3). Kenapa Dia sanggup meninggalkan semua itu? Kenapa Dia sanggup turun dari tempat yang termulia? Kenapa Dia ingin menjelma menjadi manusia? Kenapa Dia sangat peduli tentang Krismas?

Jawapan yang termudah sekali ialah… Dia melakukan semuanya untuk kemuliaan Bapa dan bagi kita! Kita tidak layak untuk menerima semua ini. Kita pendosa. Tiada penjelasan yang secukupnya yang boleh menjelaskan tentang kebenaran ini. Hanya – kasih kurnia-Nya – merupakan penjelasan yang paling tepat sekali. Beratus-ratus tahun sebelum kelahiran-Nya, Allah Bapa berkata: “Engkaulah anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapamu. Mintalah, maka semua bangsa akan Kuberi kepadamu” (Mazmur 2:7-8). Penulis surat Ibrani menerangkan bahawa melalui Kristus “Allah dapat membawa banyak orang ikut menikmati kemuliaan-Nya” (Ibrani 2:10).

Benar, untuk sementara waktu Yesus dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat apabila Dia menjelma menjadi manusia “supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang.” Tetapi untuk selamanya “Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan” (Ibrani 2:9). Alkitab menjelaskan bahawa tujuan Hari Krismas ialah untuk mengingatkan kita bahawa – Dia melakukan semuanya untuk kita. Dia ialah Pemberian Allah kepada kita semua. Dia datang untuk menderita dan mati bagi dosa kita. Dia menerima segala hukuman yang kita patut tanggung. Dia memberikan diri-Nya sendiri supaya kita dibebaskan oleh hukuman dan cengkaman dosa. Inilah Penyelamat Dunia!

Samada para malaikat terkejut dengan Hari Krismas, kita tidak tahu. Saya tidak pasti. Tetapi, sejurus selepas keputusan telah dibuat, mereka tidak sabar-sabar untuk memberitakan Berita Baik itu. Mereka memberitakan tentang Berita yang membawa sukacita kepada kita semua. Seluruh syurga penuh dengan sukacita! “Jangan takut!” kata malaikat kepada para gembala, “Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan” (Lukas 2:10-11). Dia lahir untuk menyelamatkan kita. Dia datang untuk membawa kita kepada kemuliaan-Nya.

Dia Kristus, Sang Pencipta, lebih tinggi daripada malaikat, dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya kita yang lebih rendah daripada malaikat menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Melalui Kristus, kita diangkat lebih tinggi daripada yang selayaknya. Lebih tinggi daripada malaikat! Kita berharga dimata-Nya, dipeduli oleh belas kasihan-Nya, dan diangkat oleh kasih kurnia-Nya. Dia melakukan perkara yang kita tidak mampu lakukan. Dia menjadikan kita anak-anak Allah, diangkat menjadi keluarga Tuhan.

Tiada sesiapa yang benar-benar mengasihi kamu seperti Yesus mengasihi kamu! Dia mengasihi kamu sebelum Dia meninggalkan syurga untuk datang ke dunia. Dia datang untuk membebaskan kamu. Untuk mengambil kamu menjadi milik-Nya semula… supaya kamu boleh melihat wajah Allah. Siapa yang tidak mahu kasih seperti ini? Datang kepada-Nya melalui iman yang hidup. Bersukacita, berterima kasih dan dengan hati yang penuh syukur. Memuji dan menyembah Dia. Jika kamu boleh mempercayakan masa depan kamu kepada-Nya, kamu boleh mempercayakan Dia dengan hidup kamu sekarang. Biarlah Hari Krismas tahun ini menjadi tahun kamu menerima dan mengenal Yesus Kristus, Juruselamat dan Tuhan kita! Amin.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, September 8, 2015

Jesus Begulai Enggau Orang ti Bedosa (Anang Kelalu Sibok Enggau Pengawa di Gereja)

Lewi tauka Matthew, ngereja pengawa ya nyadi pengumpol chukai.
Ia urang Yahudi tang ia nyadi ulun orang Rom
Benong [Jesus] bejalai dia Iya meda orang pengumpol chukai, nama iya Lewi anak Alpius, dudok ba opis iya. Ko Jesus bejako enggau iya, ‘Titih ka aku.’ Lewi angkat, lalu nitih ka Iya. Dudi ari nya Jesus makai ba rumah Lewi. Lalu mayoh orang pengumpol chukai enggau orang ti bedosa nitih ka Jesus, lalu sekeda sida dudok makai begulai enggau Iya enggau bala murid Iya. Sekeda pengajar Adat, ti endang orang Parisi, meda Jesus begulai makai enggau sida ti bedosa enggau orang pengumpol chukai; nya alai sida nanya murid Iya, ‘Nama kebuah Iya makai begulai enggau orang ti baka nya?’ Jesus ninga sida lalu nyaut, ‘Orang ti pengerai enda beguna ka lutor, tang orang ti sakit aja. Aku datai ukai deka ngiga orang ti lurus, tang sida ti bedosa’
(Mark 1:14-17, Berita Manah Ka Rebak Diatu).

Sekeda Parisi mantah Tuhan Jesus laban Iya makai begulai enggau orang pengumpol chukai enggau orang bedosa. Mayoh orang Kristian baka orang Parisi; ka begulai enggau pangan sida aja, kaban sida ti manah; nyamai, rami amat begempuru dalam gereja, dalam Prayer-Meeting tauka randau ruai.

Tang Tuhan Jesus ka amat begulai enggau orang tesat, orang lain pendiau, orang ti kena indik orang bukai, orang ti dikumbai nadai guna. Ukai laban pengingin tuboh Iya ka baka nya, tang laban Iya enggai meda sida dibuai. “Aku datai ukai deka ngiga orang ti lurus, tang sida ti bedosa.”

Lalu orang bansa nya tebuka ati ka agi nyambut jako Tuhan Jesus. Ko Jesus ba Injil Luke: “Roh Tuhan di atas aku, laban iya udah milih aku, ngasoh aku nusoi Berita Manah ngagai orang ti seranta. Iya udah ngasoh aku nusoi pasal pengelepas ngagai sida ti kena tangkap, lalu sida ti buta di-asoh meda; sida ti kena perinsa dilepas ka, lalu madah ka taun endor Tuhan deka ngelepas ka anembiak iya” (4:18-19). Lewi, iya nya “Matthew, ti pengumpol chukai” (Matthew 10:3), ia mega siko orang baka nya. Jesus ngelepas ka Lewi? Bakani? Tuhan Jesus begulai makai enggau iya. Jesus nerima iya nyadi kaban Iya.

Kelia beribu-ribu orang ti bekerja ba kompeni-kompeni nyau surut ari adat Kristian di menoa Eropah laban sida Padri gagau amat gawa dalam gereja lalu enda ingat ka sida ke luar ari gereja. Pia mega ditu, enti kitai enda ngiboh ka sida (Uji nuan ngira, berapa kali nuan begulai enggau orang ukai Kristian dalam seminggu? Kala nuan sengaja enda betemu enggau kaban Kristian nuan sekali-sekala laban nuan deka begulai enggau kaban ti enda sama pengarap ngau nuan? Berapa kali nuan enggau gereja besembiang ka Malaysia tang udah nya enda iboh ka orang di sekeliling nuan?). Kitai enda patut ngira PANGKAT diri lebih agi ari orang lain, sekali ka iya kaya tauka miskin, tinggi tauka baroh, kuli tauka tuan. Samoa orang Kristian diberi Tuhan Jesus pangkat sama sebaka enggau orang Kristian ti bukai, iya nya – Anak Raja, anak-anak Allah Taala.

Ukai kitai patut muji Tuhan dalam Prayer-Meeting tauka maya di gereja aja, tang kitai nitih ka chunto Tuhan Jesus ti begulai enggau orang ti mit, ti bedosa, ti lain ari kitai. Semua nya pulai ka pemuji mega.

Sembiang
Tuhan Jesus, Nuan ka amat begulai enggau sida ti dikumbai orang “nadai guna.” Tulong aku Tuhan. Enda ngerari ka diri ari sida, ngumbai sida baroh agi ari aku. O Tuhan, aku ka nitih Nuan lalu begulai enggau sida awak ka Nuan ulih nyuman ka sida, ngau aku ulih besaksi ka pemesai Nuan dalam idup aku. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, November 12, 2014

Kebebasan Yesus yang Harus Kita Miliki

Mungkin Yesus tidak setampan ini. Gambar dari filem Son of God (2014)
Sebagai manusia, Yesus ialah seorang yang sangat bebas. Pada masa Perjanjian Baru, dia dikelilingi oleh pelbagai cubaan untuk menurut segala keinginan and pandangan masyarakat tetapi tidak, dia mengikut caranya sendiri, dia membuat keputusan sendiri dan dia melakukan segala sesuatu dengan bebas. Itu apa yang saya tahu sebelum saya mendalami diri Yesus dengan lebih dekat lagi melalui pengajian Alkitab. Kemudian barulah saya sedar bahawa rahsia kebebasan Yesus terdapat ditempat lain, tidak terletak kepada agama dan pandangan masyarakat, tetapi – di dalam hati Bapa. Dia bebas kerana dia hanya melayan keinginan Bapa dan mementingkan pandangan Bapa lebih daripada segalanya.

Yesus tidak tertekan untuk mengikut-ikut pemikiran orang lain dan tidak bingung untuk sentiasa mengejar budaya masyarakat disekelilingnya. Jika pada hari ini ramai orang dewasa risau memikirkan tentang bagaimana untuk memiliki sebuah rumah untuk hidup bahagia bersama keluarga, pengikut Yesus (seperti Yesus sendiri) harus dahulu sibuk mengutamakan “Pemerintahan Allah dan melakukan kehendak-Nya” (Matius 6:33, BM).
Jika pada hari ini ramai orang sibuk menjaga penampiran luaran, pergi ke gym untuk membesar-besarkan otot, berpakaian seperti artis-artis antarabangsa, mendandan rambut seperti K-pop, bekerja siang malam hanya untuk memiliki kereta impian dan sanggup mengabaikan tanggungjawab di rumah supaya dapat mengikut-ikut trend terkini dunia; pengikut Yesus (seperti Yesus sendiri) tidak harus seperti itu, mereka berpegang kepada ayat Roma 12:2, “Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah – iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hari-Nya, serta yang sempurna.”

Mari kita kembali semula kepada Yesus. Yesus ialah kasih yang hidup. Apabila kita melihat Yesus bekerja atau melakukan sesuatu, kita melihat Allah bekerja dan melakukan sesuatu. Dia bebas kerana apa yang dia lakukan dan katakan datang dari dalam hati Allah Bapa. Yesus sentiasa bercakap benar walaupun kebenaran akan menyinggung perasaan ahli-ahli agama. Dia sentiasa menunjukkan kasih dan belas kasihan kepada orang berdosa dan yang dihina masyarakat walaupun tindakkannya mengundang kontroversi dalam masyarakat. Dia sentiasa mengutamakan kebajikan dan keperluan orang lain walaupun tindakkan dia kadang-kadang bertentangan dengan ajaran semasa (Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat). Yesus bebas kerana dia memiliki hati Bapa. Yesus boleh saya ibaratkan seperti biskut coklat Kit Kat, patah saja dimana-mana bahagian, pasti kita akan mendapat inti yang sama. Sikap, pemikiran dan hati Yesus sentiasa sama, perbuatan dan kata-katanya tidak pernah bertentangan. Yesus bebas.

Yesus bebas. Kita juga harus bebas. Ini tidak bermaksud kita harus melanggar setiap peraturan-peraturan yang ada atau menjadi tidak relevan tentang hal-hal semasa. Yesus bertindak bukan semata-mata untuk menjadikan diri dia berbeza, tetapi dia bertindak kerana dia mengutamakan Bapa lebih dari segalanya. Kita tidak harus menggunakan kebebasan dengan membuta tuli tanpa berfikir. Kebebasan yang saya maksudkan disini ialah (seperti Yesus) kebebasan daripada tekanan dan cubaan untuk menurut segala keinginan and pandangan masyarakat disekeliling kita. Saya merasakan bahawa kamu dan saya amat-amat memerlukan kebebasan yang Yesus miliki ini. Tidak perlu lagi kita menayangkan gambar-gambar seksi atau bertubuh sasa atau berkongsi gambar makanan-makanan yang kita makan setiap hari atau mengejar trend-trend terbaru masa kini atau sentiasa menulis sesuatu setiap jam untuk mengumpul “like” atau mengambil perhatian orang lain atau untuk menunjukkan bahawa kita tidak ketinggalan. Kita harus bebas daripada pandangan orang lain. Kita harus mengikut Yesus – bebas – kerana dia memiliki hati Bapa.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]