Showing posts with label Menghakimi. Show all posts
Showing posts with label Menghakimi. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

TUHAN Tidak Mengabaikan Sesiapa Yang Mencari-Nya (Eksposisi Mazmur 9)

Ini ialah rakaman eksposisi Alkitab dari Mazmur 9 yang saya kongsikan bersama staf dalam Prayer Meeting minggu lepas. Semoga perkongsian ini akan memberkati kamu. Kata kunci dalam Mazmur ini ialah ayat 10: "[Mereka] yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu." Amen! ⚡


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, May 19, 2020

Bukan Sebagai Hakim Atau Hipokrit Tetapi Saudara (Matius 7:1-5)


Sejak bila kita layak menghakimi saudara-saudari Kristus yang lain? Adakah kita lebih mulia daripada mereka? Bukankah kita berbuat dan melakukan hal yang lebih kurang sama?
Dan kenapa kita tidak berani menegur kesalahan yang jelas yang dilakukan oleh saudara-saudari Kristus yang lain? Adakah kita takut kepada manusia? Bukankah ini tanggungjawab kita sebagai orang percaya untuk membawa mereka kembali kepada Allah Bapa?

Daripada dua hal ini, yang mana satu KAMU: Menghakimi saudara? atau takut untuk menegur saudara? #ServeToLead #InjilMatius Jangan rasa cemas atau mudah kecil hati, belajar daripada episod ini, KLIK DISINI > bit.ly/LegasiMatius50 ATAU melalui Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, March 24, 2019

Sunday, August 20, 2017

Yeremia dan Pengharapan: "Semuanya Baru Setiap Pagi" (Ratapan 3:19-27)


Ingatlah kesengsaraanku dan pengembaraanku,
pahit getir dan racun itu.
Aku terus mengingatinya
dan jiwaku tertekan dalam diriku.
Tetapi inilah yang kuperhatikan,
lantas kuperoleh harapan:
Kerana kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap,
belas kasihan-Nya tiada akan pudar.
Semuanya baru setiap pagi.
Besarnya kesetiaan-Mu!
‘Tuhan ialah Pusakaku,’ kata jiwaku,
‘sebab itu aku berharap kepada-Nya.’
Tuhan itu baik bagi orang yang menanti-nantikan Dia,
bagi jiwa yang mencari hadirat-Nya.
Baik jika seseorang menanti dengan tenang akan penyelamatan daripada Tuhan.
Baik jika seorang lelaki menanggung beban kuknya pada masa mudanya
(Ratapan 3:19-27,
AVB)

Nabi Yeremia, penulis (atau pemilik karya) Kitab Ratapan, diberi gelaran Nabi Yang Meratap oleh orang Yahudi. Bila saya membaca kisah tentang dia, kadang-kadang saya berasa kasihan dan bersimpati terhadap apa yang dilaluinya. Dia bernubuat tentang kejatuhan Yerusalem, dan kemudian dia meratap dan menangis bila ia benar-benar terjadi.

Namun begitu, bagi saya Yeremia bukanlah seorang yang pesimis. Disebalik tragedi yang menimpa umat TUHAN, Allah telah mempercayakan Yeremia untuk menulis isi hati TUHAN di dalam Kitab-Nya: Harapan yang Teragung di dalam Perjanjian Lama. Kerana apa yang terjadi kepada Israel, hati Yeremia sendiri hancur dan semangatnya lemah, tetapi dia tahu bahawa “kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tiada akan pudar. Semuanya baru setiap pagi.” Harapan ditengah-tengah tragedi.

Bila Yeremia bangun setiap pagi, Yerusalem masih lagi reruntuhan. Tapi dia tahu bahawa Allah itu baik – Dia tetap setia. Ada ketika bila impian untuk Israel kembali semula hampir tiada, seperti tidak akan kembali lagi, Yeremia bernubuat bahawa mereka yang dalam pembuangan di Babel akan kembali semula selepas 70 tahun (Yeremiah 29:10). Melalui Kitab Ezra dan Nehemia kita tahu bahawa nubuat TUHAN telah digenapi… umat Israel telah kembali semula.

Yeremia merupakan nabi yang benar dan tidak dinafikan seorang nabi yang meratap. Dia berhati lembut tetapi luaran dia begitu tegas. Dia dikuatkan oleh TUHAN tetapi dia juga pernah mempersoalkan rancangan Allah. Kata-katanya boleh dikatakan sangat keras dan tragik kerana dia bernubuat bagi Allah yang ingin memanggil umat Israel yang keras hati untuk kembali semula kepada-Nya. Tetapi kerana Allah itu suci, adil dan juga kasih, Yeremia bukan hanya menyampaikan mesej penghakiman dan pertaubatan, dia juga – diakhirnya – menyampaikan mesej yang penuh dengan pengampunan dan pengharapan.

Baca dan hayatilah kebenaran tentang Pengharapan ini:
Kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap,
belas kasihan-Nya tiada akan pudar.
Semuanya baru setiap pagi.
Besarnya kesetiaan-Mu!
Kawan, adakah Dia pengharapanmu?
Jika ia, maka jiwa kita akan berkata, “Tuhan ialah Pusakaku”
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, September 8, 2015

Jesus Begulai Enggau Orang ti Bedosa (Anang Kelalu Sibok Enggau Pengawa di Gereja)

Lewi tauka Matthew, ngereja pengawa ya nyadi pengumpol chukai.
Ia urang Yahudi tang ia nyadi ulun orang Rom
Benong [Jesus] bejalai dia Iya meda orang pengumpol chukai, nama iya Lewi anak Alpius, dudok ba opis iya. Ko Jesus bejako enggau iya, ‘Titih ka aku.’ Lewi angkat, lalu nitih ka Iya. Dudi ari nya Jesus makai ba rumah Lewi. Lalu mayoh orang pengumpol chukai enggau orang ti bedosa nitih ka Jesus, lalu sekeda sida dudok makai begulai enggau Iya enggau bala murid Iya. Sekeda pengajar Adat, ti endang orang Parisi, meda Jesus begulai makai enggau sida ti bedosa enggau orang pengumpol chukai; nya alai sida nanya murid Iya, ‘Nama kebuah Iya makai begulai enggau orang ti baka nya?’ Jesus ninga sida lalu nyaut, ‘Orang ti pengerai enda beguna ka lutor, tang orang ti sakit aja. Aku datai ukai deka ngiga orang ti lurus, tang sida ti bedosa’
(Mark 1:14-17, Berita Manah Ka Rebak Diatu).

Sekeda Parisi mantah Tuhan Jesus laban Iya makai begulai enggau orang pengumpol chukai enggau orang bedosa. Mayoh orang Kristian baka orang Parisi; ka begulai enggau pangan sida aja, kaban sida ti manah; nyamai, rami amat begempuru dalam gereja, dalam Prayer-Meeting tauka randau ruai.

Tang Tuhan Jesus ka amat begulai enggau orang tesat, orang lain pendiau, orang ti kena indik orang bukai, orang ti dikumbai nadai guna. Ukai laban pengingin tuboh Iya ka baka nya, tang laban Iya enggai meda sida dibuai. “Aku datai ukai deka ngiga orang ti lurus, tang sida ti bedosa.”

Lalu orang bansa nya tebuka ati ka agi nyambut jako Tuhan Jesus. Ko Jesus ba Injil Luke: “Roh Tuhan di atas aku, laban iya udah milih aku, ngasoh aku nusoi Berita Manah ngagai orang ti seranta. Iya udah ngasoh aku nusoi pasal pengelepas ngagai sida ti kena tangkap, lalu sida ti buta di-asoh meda; sida ti kena perinsa dilepas ka, lalu madah ka taun endor Tuhan deka ngelepas ka anembiak iya” (4:18-19). Lewi, iya nya “Matthew, ti pengumpol chukai” (Matthew 10:3), ia mega siko orang baka nya. Jesus ngelepas ka Lewi? Bakani? Tuhan Jesus begulai makai enggau iya. Jesus nerima iya nyadi kaban Iya.

Kelia beribu-ribu orang ti bekerja ba kompeni-kompeni nyau surut ari adat Kristian di menoa Eropah laban sida Padri gagau amat gawa dalam gereja lalu enda ingat ka sida ke luar ari gereja. Pia mega ditu, enti kitai enda ngiboh ka sida (Uji nuan ngira, berapa kali nuan begulai enggau orang ukai Kristian dalam seminggu? Kala nuan sengaja enda betemu enggau kaban Kristian nuan sekali-sekala laban nuan deka begulai enggau kaban ti enda sama pengarap ngau nuan? Berapa kali nuan enggau gereja besembiang ka Malaysia tang udah nya enda iboh ka orang di sekeliling nuan?). Kitai enda patut ngira PANGKAT diri lebih agi ari orang lain, sekali ka iya kaya tauka miskin, tinggi tauka baroh, kuli tauka tuan. Samoa orang Kristian diberi Tuhan Jesus pangkat sama sebaka enggau orang Kristian ti bukai, iya nya – Anak Raja, anak-anak Allah Taala.

Ukai kitai patut muji Tuhan dalam Prayer-Meeting tauka maya di gereja aja, tang kitai nitih ka chunto Tuhan Jesus ti begulai enggau orang ti mit, ti bedosa, ti lain ari kitai. Semua nya pulai ka pemuji mega.

Sembiang
Tuhan Jesus, Nuan ka amat begulai enggau sida ti dikumbai orang “nadai guna.” Tulong aku Tuhan. Enda ngerari ka diri ari sida, ngumbai sida baroh agi ari aku. O Tuhan, aku ka nitih Nuan lalu begulai enggau sida awak ka Nuan ulih nyuman ka sida, ngau aku ulih besaksi ka pemesai Nuan dalam idup aku. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, March 8, 2014

Jangan Menghakimi, Tetapi Hakimilah

Jangan menghakimi orang lain, supaya Allah tidak menghakimi kamu juga.
Allah akan menghakimi kamu sebagaimana kamu menghakimi orang lain.
Sukatan yang kamu gunakan untuk menghakimi orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu.
Mengapakah kamu perhatikan selumbar di dalam mata saudaramu,
sedangkan kayu balak di dalam matamu tidak kamu perhatikan?” (Matius 7:1-3, BM).

Tuhan Yesus Kristus tahu bagaimana sifat kita manusia. Kita cenderung untuk memandang kesalahan-kesalahan orang lain lebih besar daripada kesalahan-kesalahan kita sendiri. Kristus, pada pendapat saya, sengaja menggunakan suatu gambaran yang agak lucu – seorang yang padanya ada kayu balak dalam matanya, mahu mengeluarkan selumbar yang ada di mata orang lain.

Kayu balak di dalam matamu sendiri” sebenarnya tidak dapat dibayangkan, tetapi maksud atau gambaran Kristus di sini sangat jelas. Jika kita tidak mahu melihat kesalahan kita sendiri, maka kita menjadi seorang “munafik!” (ayat 5). Cara yang sesuai untuk menasihati atau menegur orang lain ialah dengan “mengeluarkan dahulu kayu balak dari matamu, barulah kamu dapat melihat dengan jelas, lalu keluarkan selumbar dari mata saudaramu” (Matius 7:5).

Ini bermaksud kita harus berusaha untuk membetulkan kesalahan-kesalahan sendiri dan mengakui dosa-dosa kita sendiri, baru kemudian menegur orang lain. Kristus tidak langsung melarang kita untuk menegur orang lain, tetapi Dia ingin supaya kita menilai diri kita sendiri dahulu. Di dalam Kristus, menegur kesalahan-kesalahan orang lain adalah satu usaha yang baik. Ia menunjukkan bahawa kita mengasihi dan mengambil berat tentang hubungan seseorang itu dengan Tuhan dan orang lain. Tetapi, ia hanya boleh dilakukan setelah kita menyedari dosa kita sendiri. Ini ialah maksud yang terkandung dalam kata-kata Kristus ini: Jangan menghakimi orang lain, hakimilah diri kita sendiri dahulu. Kemudian, barulah kita layak untuk menegur orang lain.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]