Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

TUHAN Tidak Mengabaikan Sesiapa Yang Mencari-Nya (Eksposisi Mazmur 9)

Ini ialah rakaman eksposisi Alkitab dari Mazmur 9 yang saya kongsikan bersama staf dalam Prayer Meeting minggu lepas. Semoga perkongsian ini akan memberkati kamu. Kata kunci dalam Mazmur ini ialah ayat 10: "[Mereka] yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu." Amen! ⚡


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 11:12-19 Bagaimana Rumah Doa Menjadi Sarang Pencuri? (#InjilMarkus S.1 E.85)


Soalan ini sangat relevan kerana inilah yang terjadi pada masakini dimana keagamaan dan kerohanian dijadikan sesetengah pihak sebagai tempat bisnes dan berjual beli. Memanipulasi, menakut-nakutkan orang dan beban agama yang berat menjadikan Rumah Ibadat yang sepatutnya menjadi tempat orang mengenal, menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah dijadikan sebagai markas atau sarang pencuri!
Apa kata dan respon Yesus Kristus? ⚡

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Minta Hikmat Kebijaksanaan Daripada TUHAN Allah

"Jika"? Saya TIDAK perlu ayat "jika" sebagai sebab kerana memang saya sentiasa "kekurangan hikmat" atau kebijaksanaan. Bagaimana saya boleh hidup dalam iman tanpa hikmat daripada TUHAN Allah? Mustahil! Tanpa hikmat, saya menimbulkan masalah sendiri, saya melakukan keputusan yang membawa kepada penyesalan dan saya bertutur kata-kata yang bodoh. Jadi, apa yang harus dilakukan? Firman Allah memberi jawapan yang mudah dan jelas:

"Jika di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah dia memintanya kepada Allah, yang dengan murah hati memberi kepada semua orang tanpa mencela, dan itu akan diberikan kepadanya" (Yakobus 1:5). Minta! Tanya! Doa! Pertama, bagi "yang kekurangan hikmat"; kedua, "kepada Allah" yang kita kenal dalam nama Yesus Kristus; dan ketiga, dengan kesabaran dan iman tanpa ragu "itu akan diberikan kepadanya.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Lima (5) Cara untuk Menyambut Hari Merdeka 2021

1) HARGAI SEJARAH. Dulu saya langsung tidak peduli dan menghargai sejarah Malaysia tetapi apabila saya sudah berkerjaya dan memasuki pelayanan, saya mendapati bahawa sejarah banyak mempengaruhi bagaimana kita berfikir, bergaul, berkomunikasi dan mengenal identiti sesama kita. Sumber terbaik untuk mengetahui sejarah Malaysia - dan isu-isu semasa - ialah melalui buku-buku yang diterbitkan oleh Gerakbudaya (https://www.gerakbudaya.com). Selain itu, dokumentari seperti Road to Nationhood: Formation of Malaysia juga sangat membantu (https://youtu.be/WP3NsJVU-78). Tak kenal Malaysia maka tak cinta.

2) MENGUBAH MINDSET. Syukur kepada TUHAN Allah kerana kebanyakkan kita tidak perlu pergi berperang untuk mendapatkan kemerdekaan. Tabik dan hormat penghargaan kepada para pejuang kita dahulu! Namun begitu, kemerdekaan sebenar ialah holistik termasuk dari segi minda atau mindset. Lirik rap Joe Flizzow dalam lagu Negaraku sangat cun: "Nak merdeka dijasad harus bebas diakal." Apabila ada isu* yang melibatkan keutamaan dan kepentingan sesama kita timbul, salah satu mindset yang penting ialah ini: I am Malaysian first, then my race or tribe second (*bergantung kepada konteks).

3) KURANGKAN SIKAP PERKAUMAN. Saya memahami sesetengah orang yang optimistik yang mengatakan bahawa mereka ada sifar (zero) sikap perkauman. Namun begitu, ianya mustahil. TIADA seorang pun yang langsung tidak ada prejudis dan stereotaip. Apa yang kita boleh buat ialah mengakui bahawa kita ada sikap itu, memiliki kesedaran apabila kita bersikap begitu dan hari demi hari cuba mengurangkan sikap itu. Berkawan dan berkomunikasi dengan orang daripada pelbagai kaum ialah cara yang ideal untuk melakukan semua ini. Tetapi oleh kerana kita sekarang berdepan dengan isu pendamik, jadi, empat cara lain yang disenaraikan di sini boleh membantu.

4) BERDOA BAGI NEGARA. Yesus Kristus berfirman: "Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" (Matius 5:44). Jika kamu marah kepada musuh kamu, cuba kamu berdoa sesuatu yang baik untuk dia. Bolehkah kamu kekal marah dan terus berdoa? Tidak! Malah, kasih mulai timbul. Begitu juga, kita mungkin pasrah, kecewa dan marah tentang apa yang terjadi dalam negara kita sekarang. Berdoa. Berdoa untuk para pemimpin, keadaan & isu-isu semasa dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Bagi orang Kristian, ebook The 40-Days Fast & Prayer 2021 (https://www.necf.org.my/index.cfm?&menuid=200&parentid=144) boleh membantu kita untuk mendapatkan perkara-perkara doa bagi Malaysia.

5) BUKA & TUTUP MULUT. Penjelasan ini mudah tapi sukar dilakukan oleh kerana sifat manusia. Jika ada perkara yang melibatkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan orang yang lemah, kita harus berani membuka suara dan bertindak atau melakukan sesuatu. Bukan hanya merungut, jadi keyboard warrior atau mahu going viral tapi benar-benar terbeban. Sebaliknya, tutup mulut. Jika tidak ada apa-apa yang baik, jelas, membina atau benar-benar penting untuk diperkatakan. Ataupun tangguhkan respon dahulu dan berfikir sebelum bersuara. Malaysia boleh berpecah lebih cepat melalui konflik dalaman berbanding dengan pengaruh secara luaran. Bukankah itu yang kita lihat dalam 'drama' politik negara?

#ServeToLead #SelamatHariMerdeka #MalaysiaYangTercinta


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Jika Engkau Mencari Hadirat TUHAN, Dia Akan Berkenan Ditemukan Olehmu

Kita memerlukan TUHAN Allah. Jika kita mencari hadirat-Nya maka Dia akan berkenan ditemukan oleh kita. Dia tidak akan menolak sesiapa yang mencari hadirat-Nya. Jika Dia menolak, maka ia sangat bertentangan dengan karakter Tuhan. Petikan firman ini berkata "mencari" BUKAN membeli 'rasuah' atau membuat sesuatu yang boleh melayakkan kamu. Hanya cari! Jangan berhenti "mencari" hadirat-Nya kerana Dia ialah Penyelamat jiwa, Sahabat yang setia, Bapa yang baik dan TUHAN Maha Pencipta.

Bagi yang belum mengenali-Nya, carilah hadirat-Nya. Bila kamu menemui-Nya - atau lebih tepat lagi, ditemukan oleh-Nya - kamu akan menemui hidup, harapan dan pengampunan. "Sekaranglah waktunya Allah berkenan dan sekaranglah hari penyelamatan itu" (2 Korintus 6:2). Bukan esok atau lusa tetapi sekarang! Rendahkan hati, bongkokkan tubuh dan bertelut mencari-Nya. Dia berkenan ditemukan oleh kamu. Firman ini ialah kesaksian raja Daud kepada anaknya Solomo, dan ini bukan hanya kebenaran Firman Allah tetapi juga dari pengalaman Daud sendiri. Carilah Dia.


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Berdoa Dengan Iman Tanpa Ragu (Matius 21:20-22)


Yesus Kristus mengajar para murid-Nya:
“Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika kamu beriman tanpa ragu, kamu dapat melakukan begitu juga... Apa sahaja yang kamu minta dalam doa dengan iman, akan kamu terima" (Matius 21:21-22). Eh, berdoa semudah itu? Bolehkah kita mencapai "tanpa ragu"? Betulkah "apa sahaja"? ���

Sebelum ini saya berdoa untuk mendapat kereta yang baru, kenapa tidak terjadi? Bila saya berdoa tentang hal A, kenapa hal B yang dijawab? Seorang kawan saya menghidapi kanser tulang, sudah berdoa, kenapa diakhirnya dia meninggal dunia juga? Mari saya jelaskan apa itu "doa", "iman", "tanpa ragu" dan minta "apa sahaja" dalam konteks petikan ini ��� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI ▶▶▶Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius151 ◀◀◀

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Bila Rumah Doa Menjadi Sarang Pencuri! (Matius 21:12-17)


Apabila dikatakan Yesus Kristus "masuk ke Bait Suci" (Matius 21:12), besar kemungkinan itu ialah kawasan orang bukan Yahudi atau bangsa-bangsa asing untuk menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah Israel. Raja Solomo, semasa dia mendedikasikan Bait Suci, berdoa supaya "segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu serta takut kepada-Mu seperti umat-Mu, Israel, dan mereka tahu bahawa nama-Mu diserukan atas bait yang kubangunkan ini" (2 Tawarikh 6:33).

Tetapi apa yang sudah terjadi kepada Bait Suci secara amnya dan kawasan itu secara khususnya? Orang berjual beli di situ! Yesus berkata,
"Telah tersurat, 'Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa [bagi segala bangsa] tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri'" (21:13). Bagaimana dengan sekarang: adakah ia menjadi tempat penyembahan atau pusat hiburan? Tempat berdoa atau pasar urusniaga? Tempat Firman Allah diberitakan dan penginjilan atau konferensi motivasi diri? 😖😭😡 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 
🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius149 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/ 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 9:38-41 Apakah Maksudnya "Dalam Nama Yesus"? (#InjilMarkus​ S.1 E.68)

 

Seringkali kita mendengar atau kita sendiri berkata dan berdoa "...dalam Nama Yesus. Amen" 🙏Bagi ramai orang Kristian, ini sudah menjadi kebiasaan sehinggakan kita lupa atau kurang pasti atau tidak peduli kenapa kita berkata begitu. Apakah maksudnya? Kenapa ia sangat penting? Bagaimana pengguna dan pemilik Nama itu berkaitan rapat? 😊📖⚡#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳
Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂
Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/               
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/ 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Markus 9:14-29 Apakah Kaitannya diantara PERCAYA dan DOA? (#InjilMarkus S.1 E.65)

Seorang bapa yang anaknya kerasukkan roh jahat berdoa kepada Yesus Kristus dengan berkata, "Kasihanlah kami dan tolonglah kami, kalau Engkau dapat menolong" (Markus 9:22). Melalui apa yang dia dengar, dia tahu Yesus BOLEH menyembuhkan anaknya, cuma, dia tidak pasti samada Yesus MAHU melakukannya. "Kalau..." Percaya, doa dan keperibadian Yesus, apakah kaitannya? 😊⚡🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Markus 7:31-37 Yesus Menyembuhkan Orang Bisu Tuli dengan Meludah? (#InjilMarkus S.1 E.55)


Yesus Kristus "memasukkan jari-Nya ke dalam kedua-dua belah telinga orang [yang bisu tuli] itu. Kemudian Dia meludah dan menyentuh lidah orang itu. Selepas itu, Dia menengadah ke langit lalu menarik nafas panjang dan berkata kepada orang itu, 'Efata!' ertinya 'Terbukalah!'" (Markus 7:33-34). Wow, dengan meludah
💦 Kaedah penyembuhan yang sangat luar daripada kebiasaan kita... okay, jadi? 😅 Ada apa yang kita boleh belajar daripada kisah ini? 🤷🏼⚡💬 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Markus 1:35-39 Kenapa Berdoa Itu Penting? (#InjilMarkus S.1 E.12)


[Video pendek 9:45 minit] Lihat disiplin Yesus Kristus dalam berdoa: "Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa" (Markus 1:35-39). Lihat betapa pentingnya berdoa dalam hubungan, kehidupan dan pelayanan Yesus. Kenapa kita juga harus berdoa? 🙏😊📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini :) Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Bila Sabat Beristirahat Menjadi Sabat Berbeban Berat (Matius 12:9-14)



Manusia ada satu tabiat dimana kita suka mengubah perkara mudah menjadi rumit, lebih-lebih lagi tentang hal keagamaan. Contohnya, tentang berdoa. Ia sangat mudah dan tidak perlu PhD atau pergi khusus untuk melakukannya. Tetapi manusia berkata, "Kamu kena ucap kata-kata ini"; "Kamu mesti dalam posisi ini"; "Kamu harus buat (X) kali"; "Kamu perlu menghadap ke sini"; "Kamu guna formula atau kaedah ini." Diakhirnya, doa menjadi beban bukan lagi suatu kesukaan.

Begitu juga, kebanyakkan para ahli Taurat dan orang Farisi pada zaman Yesus Kristus menjadikan hukum hari Sabat rumit. Mereka sangat taksub dengan tradisi nenek moyang sehinggakan melakukan mukjizat penyembuhan dan berbuat baik dilihat mereka sebagai melanggar hukum! (baca Matius 12:9-14). Adakah kita juga begitu dengan menjadikan Firman Allah beban dan bukannya kesukaan untuk mentaatinya? 😊⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius94 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 14, 2020

Markus 1:29-31 Apakah Karakter Utama Dalam Penyembuhan? (#InjilMarkus S.1 E.10)



[Video pendek 7:44 minit] "Yesus menghampiri ibu mertua Simon, memegang tangannya dan menolongnya bangun. Demam wanita itu hilang lalu dia melayan mereka" (Markus 1:31). Tak banyak dramakan? Pegang tangan, tolong bangun terus sembuh! Ada tiga karakter yang penting dalam penyembuhan ini, tonton video ya 😉⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini. Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/     
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Kamu Ialah Jawapan Doa


Selalunya dan kebanyakkan doa kita sebenarnya boleh dijawab oleh kita sendiri. "Kenapa tidak ada orang bersihkan sampah sarap ini." Eh, kenapa bukan kamu? "Susunan kerusi ini senget!" Hello, kenapa tidak susun? "Oh TUHAN, tolong saya berhenti hisap rokok..." Yo, kenapa kamu masih menyalakan rokok? Hampir setiap masalah ada penyelesaiannya... Siapa? KAMU dan SAYA! #ServeToLead #KamuIalahJawapanDoa #DisiplinBerdoaDanBertindak #LogikKehidupan

Untuk menonton video-video tentang pembangunan diri, pergi ke > http://bit.ly/LegasiSelfDevelopment 

Untuk belajar 15 Laws of Growth (hukum-hukum bertumbuh), pergi ke > http://bit.ly/The15Laws 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, May 24, 2020

Minta, Cari, Ketuk: Perumpaan Tentang Doa (Berdasarkan Matius 7:7-11)

Yesus Kristus berfirman, “Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu" Ini ialah ringkasan tentang doa berdasarkan Matius 7:7-11 #ServeToLead #InjilMatius #YesusDanDoa









Untuk mendengar episod podcast tentang tajuk ini, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius52 ATAU siri Pengajian Alkitab Injil Matius, Spotify > https://anchor.fm/LEGASI.tv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, May 19, 2020

Sedangkan Pendosa Pun Tahu Melakukan Kebaikan: Perumpamaan Tentang Doa (Matius 7:7-11)


Bayangkan ada seorang bos mafia yang jahat sedang duduk di mejanya dan memerhati kuncu-kuncunya bertugas membungkus ganja yang akan diedarkan di kelab-kelab malam yang terkenal diseluruh dunia. Selain itu, mereka juga menguruskan hal perdagangan manusia untuk tujuan pelacuran dan pasar gelap.

Tiba-tiba anak kepada bos mafia itu yang berusia satu tahun datang kepadanya meminta untuk membeli kek dan pistol mainan. Adakah bapanya akan memberikan dia ganja? Atau mengacukan pistol ke dahi anaknya? Atau membunuh dan menjual organ-organ anaknya? Tentu tidak! Jika bapa yang berdosa sanggup memberi kek dan pistol mainan kepada anaknya, bukankah Bapa yang disyurga yang baik akan mendengar doa kamu? #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod podcast Pengajian Alkitab Injil Matius 7:7-11, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius52 ATAU melalui Spotify > https://anchor.fm/LEGASI.tv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Mengasihi Musuhmu? (berdasarkan Matius 5:43-47)



"Kamu telah mendengar ajaran yang berikut: 'Kasihilah sesama manusia dan bencilah musuhmu'," kata Yesus Kristus. "Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" 😅 Wow! Biar betul? Ajaran ini sangat radikal! Saya ada masalah dengan firman ini... bunyinya sangat 'rohani' apabila dibaca dan didengar, tetapi secara realitinya, bolehkah pengikut Kristus seperti saya mentaati firman ini? "Mengasihi musuh... mendoakan..." adakah ini tindakan bodoh atau bijak? 🤔🙏📖#ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK LINK di bawah:


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]