Showing posts with label Pelayanan. Show all posts
Showing posts with label Pelayanan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Markus 11:1-7 Apakah Pengajaran daripada Anak Keldai? (#InjilMarkus S.1 E.83)

Tahukah kamu Alkitab menyuruh kita untuk belajar sesuatu daripada SEMUT? "Pergilah kepada semut, hai pemalas, perhatikanlah cara hidupnya dan jadilah arif" (Amsal 6:6). Sekarang, saya ingin mengajak kita untuk memerhatikan ANAK KELDAI pula. Apa tiga hal yang kita boleh belajar daripada haiwan yang biasa ini? [Pergi ke minit 11:30 jika mahu skip komentari]

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Markus 10:13-16 Adakah Kamu Mendorong atau Menghalang Kanak-Kanak Datang Kepada Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.74)

Mengutuk. Mendera. Menggugurkan. Ini tiga hal yang orang lakukan kepada kanak-kanak yang lemah dan tidak berdaya. Ini tidak seharusnya berlaku dan berwaspadalah bagi sesiapa yang menghalang mereka untuk datang kepada TUHAN! Lihat bagaimana Yesus Kristus melayani mereka ⚡������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Lima (5) Cadangan untuk Membaca Alkitab pada Tahun 2021

 

Dalam episod podcast kali ini, saya ingin berkongsi lima (5) cadangan untuk membaca Alkitab pada tahun 2021 📖 Tetapi sebelum itu, saya terlebih dahulu menerangkan beberapa sebab penting kenapa kita perlu membaca Alkitab, apakah cabaran-cabaran yang kita sering alami dan bagaimana untuk mengatasinya. Lima cadangan ialah seperti berikut:

1) Use Bible Reading Plan / Guna Jadual Membaca Alkitab. Dua jenis jadual yang saya sarankan: a) Kronologi seluruh Alkitab, atau sekurang-kurangnya, b) Perjanjian Baru setahun. Beberapa Bible Reading Plan yang kamu boleh guna: https://www.ligonier.org/blog/bible-reading-plans/

2) Use Suitable Translation For You / Guna Terjemahan yang Sesuai untuk Kamu. Untuk bacaan harian (bukan untuk Pengajian Alkitab), saya sarankan New Living Translation (NLT), New International Version (NIV) & Contemporary English Version (ECV). Bagi bahasa, guna Alkitab Versi Borneo (AVB) atau Terjemahan Baru Indonesia (TB).

3) Listen to Audio Bible / Dengar Alkitab Suara. Cari di YouTube, Spotify dan SoundCloud. Kegemaran saya ialah tNIV, ECV dan KJV.

4) Master ONE Book this Year / Menguasai Satu Buku atau Kitab Tahun Ini. Ini cadangan untuk advance readers yang sudah pernah membaca Alkitab secara menyeluruh beberapa kali. Kaedah ini paling berguna, efektif dan berhasil. Untuk lebih jelas, dengar episod podcast ini.

5) Share What You Have Learned Thus Far / Berkongsi Apa yang Sudah Kamu Pelajari Setakat yang Kamu Baca. Bila kamu baca, kamu belajar sekali; bila kamu berkongsi atau ajar, kamu belajar dua kali; bila kamu praktik atau aplikasikan apa yang kamu baca, kamu belajar untuk hidup.

😊⚡💪 #ServeToLead #LEGASItvPodcast #BacaAlkitab2021

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyAlkitab2021 ATAU http://bit.ly/BacaAlkitab2021

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Markus 1:35-39 Kenapa Berdoa Itu Penting? (#InjilMarkus S.1 E.12)


[Video pendek 9:45 minit] Lihat disiplin Yesus Kristus dalam berdoa: "Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa" (Markus 1:35-39). Lihat betapa pentingnya berdoa dalam hubungan, kehidupan dan pelayanan Yesus. Kenapa kita juga harus berdoa? 🙏😊📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini :) Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 14, 2020

Markus 1:29-31 Apakah Karakter Utama Dalam Penyembuhan? (#InjilMarkus S.1 E.10)



[Video pendek 7:44 minit] "Yesus menghampiri ibu mertua Simon, memegang tangannya dan menolongnya bangun. Demam wanita itu hilang lalu dia melayan mereka" (Markus 1:31). Tak banyak dramakan? Pegang tangan, tolong bangun terus sembuh! Ada tiga karakter yang penting dalam penyembuhan ini, tonton video ya 😉⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini. Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/     
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Markus 1:12-13 Kenapa Yesus Perlu Digodai? (#InjilMarkus S.1 E.5)



[Video pendek 8:19 minit] "Lantas, Roh memimpin Yesus ke gurun. Yesus di situ selama empat puluh hari dan digoda oleh Iblis serta dikelilingi binatang liar. Para malaikat datang melayani-Nya" (Markus 1:12-13) 📖 Kenapa Yesus PERLU dicubai? 🤔⚡🙏 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini :) Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus  

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Yesus Menyembuh Supaya Kita Melayani (Matius 8:14-17)


Saya suka respon ibu mertua Petrus selepas Yesus Kristus menyembuhkannya. "Dia pun bangun, dan melayani Yesus" (Matius 8:15). Boleh kamu bayangkan? Ibu itu mula-mula demam teruk dan tenat, kemudian, tiba-tiba bangun dari katil dan terus pergi ke dapur untuk melayani Yesus! Wow!

Kekuasaan dan autoriti Yesus memang tidak boleh disangkal (hey, Dia "menghalau roh-roh iblis dengan SEPATAH KATA sahaja" ayat 16. Pernah tengok orang cuba menghalau iblis? Habis baca satu kitab sampai roh iblis pun bosan). Dia telah melakukan sesuatu yang indah dalam kehidupan kamu, apa respon kamu? Adakah berdiam... atau bangun, melayani-Nya? #InjilMatius #ServeToLead

Episod Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius62 
Atau Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify  


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Siapa yang Yesus Pilih dalam Misi Penginjilan-Nya? (Matius 4:18-22)



Apabila Yesus berkata, "Ikutlah Aku dan Aku akan menjadikan kamu penjala insan" (Matius 4:19), ada tiga perkara yang harus kita tahu iaitu Tuhan Yesus yang

a) Memanggil kita dahulu (Dia pergi kepada mereka);
b) Menyediakan kita ("Aku akan menjadikan kamu..."); dan
c) Memastikan kita berhasil (Dia yang akan membawa "insan" kepada kita).

Melalui tiga asas ini, dalam Matius 4:18-22, kita akan mendapati bahawa ada tiga (3) ciri-ciri pengikut yang Yesus pilih dalam misi penginjilan-Nya. Selamat mendengar! #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 15, 2019

5 Perkara sebelum Yesus Memulakan Pelayanan-Nya (Matius 4:12-17)



Matius 4:12, "Apabila mendengar bahawa Yohanes telah dipenjarakan, Yesus pun pergi ke Galilea." Yesus hanya memulakan pelayanan-Nya secara aktif apabila Yohanes Pembaptis telah dipenjarakan. Kenapa? Dalam podcast Pengajian Alkitab Injil Matius kali ini, kamu akan diterangkan tentang kenapa ini terjadi dan lima (5) perkara yang kita boleh belajar daripada Yesus sebelum memulakan apa-apa pelayanan. Selamat mendengar! #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, March 12, 2019

Hati Seorang Pemimpin #4 Berhati-Hati dari Mana Kamu Beroleh Nasihat

Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim
atau berdiri di jalan orang berdosa
atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
Tetapi dia bersukacita dengan hukum TUHAN,
dan merenung hukum-Nya siang dan malam.
Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.”
(Mazmur 1:1-3, AVB)

Penulis Mazmur 1 menulis tentang perbezaan diantara orang yang benar dan orang yang berdosa. Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua orang ini ialah – dari mana mereka mendapat nasihat atau dari siapa mereka menerima nasihat. Perhatikan apa yang terjadi kepada pemimpin yang bodoh: a) Mereka menurut nasihat yang salah; b) Mereka mendengar ajaran yang menyimpang; dan c) Mereka mengikut para pemimpin yang sesat.

Pemimpin yang bijak pula “merenung hukum-Nya siang dan malam.” Perhatikan apa yang terjadi kepada mereka apabila mereka mentaati Firman Allah dan mendengar nasihat orang yang benar:


Jadi, biar saya bertanya dua soalan: Dari mana kamu mendapat nasihat atau siapa yang memberikan nasihat kepada kamu? Jika ia datang dari sumber yang negatif, bagaimana kamu boleh menjauhinya?

Ingat: Berhati-Hati Dari Mana Kamu Beroleh Nasihat.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, January 13, 2019

Pemimpin CF #5 Tidak Kisah Bila Berada Di Belakang Tabir



Sementara membuat pengambaran video bersama dengan Kenny, kawan saya, saya terfikir satu ciri pemimpin Christian Fellowship (CF) yang sangat penting: Seorang yang senang melayani di hadapan tetapi juga tidak kisah bila berada di belakang tabir. Kedua-duanya sangat penting. Walaupun wajah saya yang akan muncul di dalam video itu nanti (video akan keluar hari rabu ini, tungguuu...), sebenarnya, proses penyuntingan dan produksi dilakukan oleh Kenny di belakang tabir. Siapa yang lebih penting? Saya atau Kenny? Kedua-duanya.

Begitu juga, di dalam sesebuah CF, para pemimpin harus mahu melayani di hadapan. Ini saya rasa semua orang tahu (sangat tahu sehinggakan ada yang hanya mahu melayani di hadapan saja). Tetapi sama pentingnya juga, seorang pemimpin tidak kisah jika dia melayani di belakang tabir. Bagi kebanyakkan orang, Aaron dilihat sebagai seorang pemimpin CF yang agak tegas. Tetapi sebenarnya, pada pendapat saya, dia seorang yang serius dalam menjalankan tanggungjawab. Semasa kem, jika dia memberikan arahan, kamu kena dengar! Sebagai pemerhati, saya juga melihat satu sudut kepimpinan yang berbeza tentang Aaron - dia juga tidak kisah melayani di belakang tabir. Jika ada masa, dia akan membantu AJK makanan memasak di dapur, menolong AJK permainan menyediakan alat-alat, dan menyusun kerusi sebelum sesi kem seterusnya bermula. Bukan Aaron sahaja, malah mereka AJK yang lain juga tidak kisah melayani di belakang tabir. Sesuatu yang indah akan berlaku apabila para pemimpin tidak kisah siapa yang akan mendapat nama dan pujian kerana apa yang penting ialah - nama Tuhan Yesus ditinggikan!

Kita kenal siapa Steve Jobs tetapi tahukah kamu tanpa kepintaran Steve Wozniak di belakang tabir syarikat Apple tidak akan wujud? Kita kenal siapa Bill Gates tetapi tahukah kamu bahawa tanpa Paul Allen tidak ada syarikat Microsoft? Kita menyanjungi Tun Mahathir ketika Pakatan Harapan menang PRU-14 tetapi bagaimana dengan para pemimpin yang lain yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakannya? Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan bagi Liverpool FC, tetapi sedarkan kamu bahawa berapa kali Alisson Becker, penjaga gol, menyelamatkan sepakan lawan? Dalam Markus 2:1-5, ada seorang lumpuh telah dibawakan kepada Yesus melalui bumbung rumah supaya dia disembuhkan-Nya. Firman mengatakan bahawa “ketika Yesus melihat iman mereka...” (ayat 5), Dia bertindak. Siapa “mereka” ini? Kita tidak tahu. Mereka hanya dibelakang tabir. Tetapi disebabkan iman “mereka” berempat itu, seorang lumpuh telah disembuhkan.

Saya ulang lagi: Pemimpin CF yang baik ialah seorang yang senang melayani di hadapan tetapi juga tidak kisah bila berada di belakang tabir.

Instagram > Richard Angelus
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Saturday, January 12, 2019

Pemimpin CF #4 Melihat Pelayanan Sebagai Panggilan, Bukan Tugasan



Dalam pelayanan persekutuan Kristian (atau Christian Fellowship, CF), apa yang membezakan iya dengan kelab-kelab lain atau apa yang menjadikan ia unik daripada kelab-kelab yang ada di sekolah/kolej/universiti ialah - CF merupakan tempat dimana para pengikut Kristus bertumbuh di dalam iman dan menjadi saksi sebagai SATU tubuh Kristus. CF - walaupun ada pengurusan dan struktur yang lebih kurang sama dengan kelab-kelab lain - mempunyai unsur kerohanian. Oleh itu, untuk melayani di CF, para pemimpin HARUS melihat tanggungjawab mereka sebagai panggilan daripada TUHAN, bukan tugasan semata-mata.

Jika seorang pemimpin CF melayani dari segi perspektif "panggilan" atau lebih baik lagi, jika dia tahu bahawa dia telah dipanggil oleh Allah untuk melayani, dia akan melakukan tanggungjawab yang diberi dengan lebih bersungguh-sungguh (walaupun ia dilakukan di sebalik tabir), tidak mudah putus asa atau kecil hati, tidak mudah merungut, tahu bahawa TUHAN menyertainya, dan samada sesuatu yang dilakukan itu berjaya atau tidak atau biasa-biasa, dia tahu bahawa Allah melihat kesetiaannya bukan kebolehannya.

Apabila saya berkerja bersama dengan sesetengah pemimpin CF yang melihat pelayanan mereka sebagai "tugasan" semata-mata, ini permerhatian saya: Mereka buat kerja sambil lewa (a.k.a. cincai), melakukan tanggungjawab berdasarkan deskripsi tugasan dan tidak lebih ("Saya AJK Puji Sembah, tugas mengutip sampah dan mengemas dewan ialah AJK Kebersihan"), dan apabila mereka menerima teguran, mereka suka mengambil teguran itu secara peribadi. Sebelum Andy menjadi AJK CF, dia pada mulanya menjadi pembantu penyambut tetamu. Bila saya datang ke CF, dia menyambut saya, "Welcome brother Richard!!!" "Wow, semangat betul kamu Andy?" tanya saya. Andy menjawab, "Saya excited jadi usher dan tengok orang ke CF!" Yah! Itulah semangat orang yang melayani!

Instagram > Richard Angelus
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]