Monday, May 25, 2020

Yesus Menyembuh Supaya Kita Melayani (Matius 8:14-17)


Saya suka respon ibu mertua Petrus selepas Yesus Kristus menyembuhkannya. "Dia pun bangun, dan melayani Yesus" (Matius 8:15). Boleh kamu bayangkan? Ibu itu mula-mula demam teruk dan tenat, kemudian, tiba-tiba bangun dari katil dan terus pergi ke dapur untuk melayani Yesus! Wow!

Kekuasaan dan autoriti Yesus memang tidak boleh disangkal (hey, Dia "menghalau roh-roh iblis dengan SEPATAH KATA sahaja" ayat 16. Pernah tengok orang cuba menghalau iblis? Habis baca satu kitab sampai roh iblis pun bosan). Dia telah melakukan sesuatu yang indah dalam kehidupan kamu, apa respon kamu? Adakah berdiam... atau bangun, melayani-Nya? #InjilMatius #ServeToLead

Episod Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius62 
Atau Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify  


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]