Thursday, May 28, 2020

Nota Untuk Q & A E.1: Kenapa Injil Matius Berbeza Dengan Injil-Injil yang Lain? dan Sebagainya (#InjilMatius)


Dalam LEGASI.tv Podcast (https://anchor.fm/LEGASI.tv/), saya sedang membuat satu siri Pengajian Alkitab dari ayat ke ayat, bab ke bab tentang #InjilMatius. Ada beberapa orang yang mendengar podcast ini telah memberi respon yang sangat positif. Oleh itu, saya berpendapat lebih baik saya juga menyediakan platform untuk bertanya soalan-soalan tentang Injil Matius secara spesifik dan tentang doktrin atau teologi secara am. Dengan ini, saya boleh mengetahui persoalan dan membantu para pendengar podcast untuk memahami Alkitab dengan lebih dalam lagi.

Dua Soalan Minggu ini ialah:

#1 TEK: “Kenapa Injil Matius berbeza daripada injil-injil yang lain? Kenapa lebih terperinci?”
#2 JAN: “Siapa Matius?”

Untuk menonton video live respon saya, KLIK DI SINI: https://youtu.be/7DB6LFwo83g (video asal ada di LEGASI.tv Facebook Page)

Ringkasan Atau Rujukan untuk Respon saya:

1) Injil atau Berita Baik tentang Yesus Kristus hanya ada SATU sahaja (Galatia 1:9). Jadi, tidak ada injil-injil lain, hanya satu Injil. Dalam Perjanjian Baru, kita menyebut “Injil Menurut Matius” atau “menurut Markus” atau “menurut Lukas” atau “menurut Yohanes” atau dalam Bahasa Ingeris, “Gospel according to…” Dan bagaimana ia ditulis ialah berdasarkan saksi-saksi pertama yang pernah melihat dan mendengar Yesus Kristus secara peribadi (baca Lukas 1:14). Injil (BM) atau Gospel (BI) versi Anglo-Saxon berasal dari ayat Greek, evangelion yang bermaksud berita baik, berita yang sangat sukacita yang tidak sabar-sabar untuk diberitakan.

2) Pada pendapat saya, ada tiga kebenaran tentang Alkitab (ya, termasuk Injil):

ØDitulis oleh manusia, diilhami oleh Allah, Roh Kudus (2 Petrus 1:20-21; 2 Timotius 3:16)
ØAda konteks (sejarah) dan aplikasi atau relevan (sekarang)
ØAda perbezaan (variety) dan ada kesatuan (unity)

3) Kenapa kita ada empat kitab-kitab Injil? Ada dua sebab utama:

a) TUJUAN ia ditulis

Kitab Injil
Tujuan (pada pembacaan dan pendapat saya*)
Soalan Utama
Matius
Teks untuk pemuridan, orang yang sudah percaya, dan biasa dengan Hukum Taurat atau Perjanjian Lama (dan konsep Mesias)
Apa yang difirmankan oleh Yesus? (SAID)
Markus
Bagi yang ingin terus menerus mengenali Yesus dan ingin mengetahui secara ringkas tapi padat
Apa yang dilakukan oleh Yesus? (DID)
Lukas
Lebih kepada orang bukan Yahudi yang sudah percaya atau ingin mengenali Dia dengan lebih lagi (Antara keempat-empat, Lukas bukan orang Yahudi)
Apa yang difirmankan oleh Yesus? (SAID)
Yohannes
Kepada orang yang sudah lama percaya, untuk meneguhkan iman, dan mengalakan mereka terus teguh kerana banyak ajaran-ajaran sesat tentang Yesus pada masa itu
Siapa Yesus itu? (WHO)

b) PERSPEKTIF ia ditulis

Kitab Injil
Siapa Yesus
Simbol*
Matius
The King of the Jews, The Son of David, The Messiah
Lion
Markus
The Son of Man, The Suffering Servant
Ox
Lukas
The Saviour of the World
Man
Yohannes
The Son of God
Eagle
*setiap kitab ada menunjukkan kesemua ini

4) Siapa yang menulis Injil ‘Matius’? Jawapan: Besar kemungkinan* ialah Matius, salah seorang daripada 12 rasul-rasul Kristus (*ada yang menafikannya)

Internal Evidence
External Evidence
> Banyak memetik ayat-ayat Perjanjian Lama. Klu: Seorang yang berpendidikan agama
> Lebih tentang pelayanan Yesus di Galilea. Besar kemungkinan Matius ialah orang Galilea dari Kapernaum
> Apabila Yesus memanggil dia, nama ‘Matius’ digunakan (bukan ‘Lewi’ seperti dalam Kitab Markus dan Lukas) dan ada satu insiden tentang cukai (17:24)
> Church fathers atau bapa-bapa gereja awal mengakui bahawa Matius ialah penulis kitab injil ini seperti Papias, Irenaeus, Pantaenus dan Origen

5) Siapa Matius?

  • Dalam Kitab Matius, nama dia ditulis dalam bab 9:9-13 dan 10:3
  • Dia juga dipanggil sebagai ‘Lewi’ (Lukas 5:25-32) ‘Lewi anak Alfeus’ (Markus 2:13-17)
  • Pada pendapat saya, nama sebenar dia ialah ‘Lewi’ dan ditukar oleh Yesus kepada ‘Matius’ yang bermaksud ‘Gift of God’ (Note: Dalam Perjanjian Lama, TUHAN Allah menukar nama ‘Abram’ kepada ‘Abraham’). Dalam Perjanjian Baru, orang Yahudi biasanya ada dua atau lebih nama. Contohnya, Simon ialah nama Ibrani, Kefas ialah nama Aramaic, dan Petros ialah nama Yunani (Peter dalam English). Semuanya merujuk kepada Rasul Petrus
  • Orang Yahudi dari Kapernaum*, daerah Galilea
  • Salah seorang daripada 12 rasul
  • Apabila Yesus memanggilnya, dia terus mengikuti-Nya dan mengadakan jamuan makan bersama Yesus dan murid-murid-Nya dan juga menjemput “ramai pemungut cukai dan orang berdosa” (Matius 9:10). Dia membawa orang kepada Yesus! Oleh itu, dia digelar “Matthew the Evangelist”
  • Tradisi mengatakan bahawa dia pergi menginjil dan melayani sampai ke Ethiopia. Dia mati syahid (martyr) dibunuh dengan kapak atau pedang


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]