Dalam Matius 6:24, Yesus Kristus hanya memberi dua pilihan, samada kita hamba Allah atau hamba kekayaan (atau mamon). Tetapi kita manusia sangat kreatif, kita membuat pilihan ke-3 iaitu BERKOMPROMI #ServeToLead #InjilMatius #HambaAllahAtauKekayaan John R. W. Stott menulis bagaimana kita berkompromi:
a) Melayani Allah pada hari minggu (weekend) dan mamon pada hari-hari kerja (weekdays)
b) Menyembah Allah dengan mulut tetapi menyembah mamon dalam hati
c) Mengikuti Allah secara luaran, tetapi realitinya taksub akan mamon secara dalaman
d) Kesetiaan: Allah separuh, mamon separuh
Bagaimana kamu boleh mengetahui samada kamu hamba Allah atau kekayaan? Tanya tiga (3) soalan ini. Untuk mendengar episod podcast 'Siapa Yang Kamu Kasihi, Itu Yang Kamu Layani' berdasarkan Matius 6:24, KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius46 ATAU melalui Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment