Apabila Yesus Kristus mendengar kritikan orang Farisi tentang kenapa Dia makan bersama ramai pemungut cukai dan orang berdosa, Dia menjawab, “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Kajilah erti ayat ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan.’ Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa" (Matius 9:11-13)
Wow! "Aku datang," kata Yesus. Kita dilahirkan ke dunia, bukan pilihan kita sendiri; tetapi Yesus "datang" oleh kerana pilihan, misi dan kehendak-Nya sendiri. "Aku memanggil" kata Yesus. Ini menunjukkan inisiatif-Nya dan keinginan-Nya. "Aku datang... untuk memanggil... orang berdosa" kata Yesus. Siapa orang berdosa itu? Matius... dan termasuk KAMU dan SAYA juga #InjilMatius #ServeToLead #YesusTabibKita #BelasKasihanAllah #OrangBerdosaDipanggil #PenyelamatMesiasKristus
Untuk mendengar, KLIK DISINI:
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment