Showing posts with label Mukjizat. Show all posts
Showing posts with label Mukjizat. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Yesus Telah Bangkit Daripada Kematian! (Matius 28:1-10)


Malaikat Tuhan ada ketika mengumumkan tentang kelahiran Yesus Kristus melalui Roh Kudus diawal Injil Matius (1:20-21). Sekarang, malaikat Tuhan juga ada ketika mengumumkan tentang kebangkitan-Nya daripada kematian diakhir Injil Matius: "Jangan takut, aku tahu kamu mencari Yesus yang telah disalib. Dia tiada di sini, kerana Dia telah bangkit semula, seperti yang dikatakan-Nya" (28:5-6) ✨

Yesus telah bangkit semula! Apa kata Alkitab tentang hal ini? Bagaimana ia berlaku? Apakah yang dibuktikan tentang Yesus dengan kebangkitan-Nya? Dan, mengapa ia SANGAT PENTING bagi iman dan pengharapan orang percaya? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod tentang Dia yang berkata,
"Akulah kebangkitan dan hidup" (Yohanes 11:25) ini, KLIK DISINI http://spoti.fi/35B9duD ATAU http://apple.co/3J5YBl9 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Markus 8:11-13 Apakah Satu Tanda Kepada Orang Zaman Ini? (#InjilMarkus S.1 E.57)

 

"Beberapa orang Farisi datang kepada Yesus Kristus dan mula bersoal jawab dengan-Nya. Untuk menduga-Nya, mereka meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga" (Markus 8:11). Menduga atau mencobai ialah perbuatan dan sikap seperti Iblis! Memang padanlah Yesus berkata: “Manusia zaman yang durjana dan tidak setia ini ingin melihat tanda mukjizat" (Matius 12:39). Oh, seperti manusia zaman sekarang juga... Hanya satu tanda... ☝📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

 🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Markus 6:53-56 Kenapa Kesembuhan Tidak Menjaminkan Keselamatan? (#InjilMarkus S.1 E.50)

 

Jika kamu ada Apps Alkitab, buat carian "orang ramai" dalam Injil Markus atau keempat-empat cerita Injil. Kamu akan mendapati "orang ramai" mendengar Yesus Kristus berkhutbah, mencari Dia, malah "ramai" disembuhkan-Nya. Tetapi, berapa ramai yang menemui keselamatan (salvation)? Sebelum pendamik, ramai orang - beratus-ratus, beribu-ribu - datang ke KKR, konferen, healing rally, tetapi berapa orang yang benar-benar telah diselamatkan? 🤔🤳⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 6:35-44 Bagaimana Sedikit Berkat Boleh Menjadi Banyak? (#InjilMarkus S.1 E.48)

 

Mukjizat Yesus Kristus memberi makan kepada beribu-ribu orang dengan hanya beberapa roti dan ikan ini masih lagi sangat menarik bagi saya (keempat-empat kitab injil ada menceritakan mukjizat ini). Kita boleh mempelajari banyak hal melalui pelbagai sudut. Tetapi untuk video pendek ini, saya ingin berkongsi melalui sudut sumber keperluan. Ada lima (5) perkara yang Firman ingin kita tahu 😊⚡🙏 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Markus 5:35-43 Bagaimana Yesus Membangkitkan Orang Mati? (#InjilMarkus S.1 E.41)


Dalam Markus 5:35-43 kita membaca bagaimana Yesus Kristus membangkitkan anak perempuan Yairus daripada kematian. "Anak itu tidak mati," ironi  dalam kenyataan Yesus, "cuma tidur." Saya mendapati ada lima (5) hal yang penting dalam firman ini 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Bila Orang Munafik Meminta Tanda Dari Syurga (Matius 16:1-4)

 

Dalam awal pelayanan Yesus Kristus "ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang menghidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya" (Matius 4:24). Selalu juga "hati-Nya berbelas kasih terhadap [orang ramai] lalu Dia menyembuhkan orang yang sakit dalam kalangan mereka" (14:14). Orang bangsa asing pula "merayu Yesus supaya mengizinkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh" (14:35-36).

Dan rumusan kepada semua yang dilakukan oleh Yesus: "Yang bisu bercakap, yang cacat dipulihkan, yang tempang berjalan, dan yang buta melihat, lalu mereka memuji Allah Israel" (15:31; 11:4-6). Namun begitu, orang Farisi dan Saduki masih lagi ingin "meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga" (16:1) 😡😤👊 Siapa mereka ini? Apa lagi yang mereka mahu? Apa jawab Yesus? Dengar episod ini kerana ia bukan hanya tentang mereka tetapi juga tentang KAMU dan SAYA ⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 📖 episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius122 ATAU http://bit.ly/Matius122

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 5:30-34 Kuasa Keluar Daripada Yesus Kristus? (#InjilMarkus S.1 E.40)

 

Markus 5:32-33: "Yesus memandang sekeliling-Nya, mencari orang yang telah menyentuh-Nya itu. Wanita itu mengetahui apa yang telah terjadi kepada dirinya. Dia gementar ketakutan, lalu tampil dan sujud kepada Yesus serta menceritakan segala-galanya." Selepas itu apa yang Yesus lakukan? Kenapa wanita itu gementar ketakutan? Yesus marah dan menengking dia? 🤔 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 5:25-29 Siapa Yang Menyentuh Siapa? (#InjilMarkus S.1 E.39)

 

Markus 5:27-29, "Wanita itu telah banyak mendengar tentang Yesus. Oleh itu, dia masuk ke tengah-tengah orang ramai itu dan mendekati Yesus dari belakang lalu menyentuh jubah-Nya. 'Kiranya dapat kusentuh jubah-Nya,' kata wanita itu, 'tentu aku akan sembuh.' Dengan serta-merta pendarahannya berhenti. Dia merasakan badannya sudah sembuh." Baca betul-betul, siapa sebenarnya yang menyentuh siapa? 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Bila Mesias Ada Semua Akan Kenyang (Matius 14:15-21)

 

Semasa kecil saya tidak pernah pergi ke sekolah minggu atau mengajar di sana. Tetapi saya boleh menjangka bahawa cerita tentang Yesus Kristus memberi makan kepada 5,000 orang (sebenarnya lebih daripada itu) pasti akan diajar di sekolah-sekolah minggu. Mukjizat ini sangat popular dan mudah diingat tetapi kebiasaan kita tentang cerita ini mungkin telah mengurangkan kesan dan sebab kenapa ia ditulis dalam Alkitab.

Dalam episod kali ini, saya akan menerangkan tiga (3) pengajaran yang kita boleh dapat dalam cerita ini >>> tentang Yesus >>> tentang gereja >>> tentang kamu. Bagi yang lapar secara rohani, dengar 😉 Bagi yang lapar mahu makan, juga dengar 🤭 ✔✔✔ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius114 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Ketidakpercayaan Yang Menghindari Mukjizat (Matius 13:53-58)

 

Yesus Kristus pergi ke Nazaret dan "Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, 'Dari manakah Dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah Dia mendapat kuasa melakukan mukjizat? Bukankah Dia anak tukang kayu? ...Dari manakah Dia mendapat semua ini?' Dengan demikian mereka enggan menerima-Nya" (Matius 13:54-57)

Pada mulanya, mereka "hairan" atau terjemahan yang lebih baik lagi iaitu "takjub" atau "amazed" dalam Bahasa English. Dari "takjub" kepada "enggan menerima-Nya" apa yang terjadi? Apakah empat peringkat penolakan? Bagaimana caranya untuk mengatasi ketidakpercayaan? 😊⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius111 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 14, 2020

Markus 1:29-31 Apakah Karakter Utama Dalam Penyembuhan? (#InjilMarkus S.1 E.10)



[Video pendek 7:44 minit] "Yesus menghampiri ibu mertua Simon, memegang tangannya dan menolongnya bangun. Demam wanita itu hilang lalu dia melayan mereka" (Markus 1:31). Tak banyak dramakan? Pegang tangan, tolong bangun terus sembuh! Ada tiga karakter yang penting dalam penyembuhan ini, tonton video ya 😉⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini. Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/     
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Mukjizat Tidak Menjamin Pertaubatan (Matius 11:20-24)



"Okay," kata seorang kawan ateis saya diakhir perbualan kami, "kalau Jesus (Yesus) benar, tunjukkan mukjizat kepada saya." "Oh, bukankah kamu kata kamu seorang rational, kenapa mahu mukjizat?" jawab saya. Dia mahu berjumpa dengan saya kerana dia berkata bahawa saya boleh dibawa berbincang secara intelektual tentang Kristianiti. "Jadi, saya rasa iman kamu bohong," kata dia.

Kami berhenti berbincang tentang hal iman dan terus tukar topik kerana saya berfikir bahawa dia tidak akan percaya dan saya tidak akan dapat melakukan mukjizat. Ketika dia membayar makanan kami dengan menggunakan Boost App, dia menggoncang telepon untuk mendapatkan bonus. Selepas dia dapat, dia berkata secara spontan, "Wah, ini mukjizat!" 😏

Walau betapa banyak mukjizat terjadi, jika tidak ada iman tentang kewujudan TUHAN dan disertai dengan pertaubatan, mukjizat hanya sia-sia ⚡📖😊 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius88 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Apabila Yohanes Pembaptis Meragui Yesus Penyelamat (Matius 11:1-6)



Bayangkan semangat dan keyakinan Yohanes Pembaptis apabila dia berseru kepada orang ramai di gurun di Yudea bahawa Kristus atau Mesias akan datang untuk membaptis orang dengan Roh Kudus dan api dan akan menghakimi orang yang tidak bertaubat (baca Matius 3:11-12). Dia sendiri juga bersaksi bahawa Yesuslah orang itu! Malah dia berkata bahawa Yesus ialah "Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!" (Yohanes 1:29) dan "Dialah Anak Allah" (1:34).

Tetapi selepas dia dipenjarakan (Matius 4:13), hal-hal ini belum terjadi dan sangat nyata sepanjang pelayanan Yesus. Keraguan mulai muncul. Keyakinan menjadi kekeliruan. Iman menjadi goyah. Yohanes bertanya kepada Yesus, "Adakah Tuan ini orang yang akan datang itu, atau perlukah kami menunggu seorang yang lain?" (Matius 11:3). Apa respon Yesus? Apa yang terjadi kepada Yohanes? Bagaimana kita harus mengendalikan keraguan? 🤔☺📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius84 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Yang Buta Melihat: Mesias Ada Disini! (Matius 9:27-31)


Dalam Kitab Mazmur 146:8 mengatakan bahawa, "TUHAN mencelikkan mata orang buta..." Dan nubuat Perjanjian Lama tentang Mesias atau Kristus, apabila Dia datang, "Pada waktu itu mata orang buta akan dicelikkan..." (Yesaya 35:5). Apabila kita membaca kisah dalam Matius 9:27-31 ini, Yesus menyembuhkan dua orang buta. "Pada ketika itu juga mereka celik!" (ayat 30). Wow!

Kisah ini bukan untuk dijadikan sebagai pertandingan mewarna di sekolah minggu, kisah Yesus Kristus mencelikkan mata orang buta ini ialah untuk menunjukkan bahawa Dia ialah Mesias yang telah dinubuat dalam Perjanjian Lama! Jangan terlepas pandang #ServeToLead #InjilMatius #YesusAnakDaud #YesusKristusMesias #NubuatDigenapi

Untuk mendengar, KLIK DI SINI Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius70 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Yesus Menyembuh Supaya Kita Melayani (Matius 8:14-17)


Saya suka respon ibu mertua Petrus selepas Yesus Kristus menyembuhkannya. "Dia pun bangun, dan melayani Yesus" (Matius 8:15). Boleh kamu bayangkan? Ibu itu mula-mula demam teruk dan tenat, kemudian, tiba-tiba bangun dari katil dan terus pergi ke dapur untuk melayani Yesus! Wow!

Kekuasaan dan autoriti Yesus memang tidak boleh disangkal (hey, Dia "menghalau roh-roh iblis dengan SEPATAH KATA sahaja" ayat 16. Pernah tengok orang cuba menghalau iblis? Habis baca satu kitab sampai roh iblis pun bosan). Dia telah melakukan sesuatu yang indah dalam kehidupan kamu, apa respon kamu? Adakah berdiam... atau bangun, melayani-Nya? #InjilMatius #ServeToLead

Episod Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius62 
Atau Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify  


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Apabila Orang Asing Memiliki Iman Yang Lebih Teguh Daripada Umat Allah (Matius 8:5-13)


Yesus Kristus kagum dengan iman teguh seorang ketua tentera (Matius 8:10). Menjadikan Yesus "kagum" sudah cukup luar biasa tetapi kamu harus sedar siapa orang ini. Dia ialah orang asing (orang bukan Yahudi), dia ketua tentera (besar kemungkinan tentera Roma, penjajah), dia merayu kepada Yesus (bukan untuk diri sendiri), dia datang bagi pihal hambanya (hamba yang dianggap sebagai 'barang' oleh orang pada masa itu) dan dia percaya Yesus tentu/pasti boleh menyembuhkan (hanya dengan berfirman)

Selalunya, orang asing - yang kita anggap bukan umat Allah - yang menunjukkan iman yang mengagumkan! Mahu mendengar kisah orang ini? Mahu tahu siapa yang layak datang kepada-Nya? #ServeToLead #InjilMatius #YesusKagum #ImanTeguh

Dengar Podcast > https://bit.ly/LegasiMatius60 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, May 24, 2020

Tangan Suci Yesus Menyentuh Orang Yang Najis (Matius 8:1-4)


Kalau Yesus Kristus berfirman sahaja, itu tidak cukup. Nabi palsu dan kristus palsu pun boleh berkata-kata. Tetapi sejurus selepas Yesus berkhutbah di atas bukit (Matius bab 5 sehingga 7), Dia menunjukkan kuasa dan autoriti-Nya dengan menyembuh seorang yang berpenyakit kusta dengan serta-merta!

Apakah yang ingin disampaikan dalam Matius 8:1-4 ini? Bagaimana orang ini menunjukkan masalah yang sama kita alami secara rohani? Apakah yang dimaksudkan dengan 'Perjanjian Baru'? Untuk mendengar episod podcast ini, KLIK LINKs di bawah:

LEGASItv Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius59 
LEGASItv Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

3 Pelayanan Utama Yesus: Mengajar, Menginjil & Menyembuhkan (Matius 4:23-25)



Bagaimana Yesus memperlihatkan cahaya yang gemilang kepada bangsa yang hidup dalam kegelapan? Bagaimana Dia bersinar seperti cahaya bagi orang yang tinggal di bawah bayangan maut? (lihat Matius 4:16) Yesus "mengajar di saumaah dan menyampaikan Injil Kerajaan Allah serta menyembuhkan semua jenis penyakit dan kesakitan" (4:23). Apa yang Yesus ajar dan beritakan kepada mereka? Apa bezanya mukjizat-mukjizat kesembuhan yang Yesus lakukan dengan nabi-nabi palsu pada masa sekarang? Selamat mendengar! #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 16, 2018

Angelus' Quote: Ketikaku Bertindak Mukjizat Itu Nyata


Saya paling jarang mendengar lagu-lagu rohani Kristian, bukan genre kegemaran saya, tetapi semasa di gereja saya akan menyanyikannya. Satu lagu yang saya agak suka ialah 'Mukjizat itu Nyata', korus: "Di saatku tak berdaya, kuasa-Mu yang sempurna; ketikaku percaya, mukjizat itu nyata; bukan kar'na kekuatan, namun Roh-Mu ya TUHAN; ketikaku berdoa, mukjizat itu nyata."

Ketika kita percaya, ketika kita berdoa, mukjizat itu nyata. Lagu ini bukan Firman Alkitab tetapi ia sebuah lagu yang Alkitabiah. Oleh itu, saya ingin menambah: mukjizat (juga) nyata atau berlaku apabila kita bertindak. Mukjizat terjadi bila kita meminta. Mukjizat bermula bila kita melangkah. Pertolongan TUHAN itu dekat dan sentiasa ada, tetapi ia hanya akan dikurniakan ketika kita mencari-Nya. Mungkin mukjizat yang Allah beri tidak semestinya akan melepaskan kita daripada masalah tetapi Dia akan memberikan kita kekuatan untuk melaluinya dan jalan keluar daripada masalah itu. Apa yang penting ialah kita harus bertindak. Tidak ada apa-apa yang akan berlaku jika kita hanya berasa kasihan terhadap diri sendiri dan tidak melakukan apa-apa.

TUHAN berkenan bila iman kita radikal dan sanggup mengambil risiko (bertindak). Bila Nabi Nuh membina bahtera, nyawa diselamatkan. Bila Yosua dan para askar berkawat, benteng Yerikho runtuh. Bila Musa mengangkatkan tongkatnya, laut terbelah dua. Bila seorang budak mengongsikan apa yang dia ada, 5,000 orang juga diberkati. Bila seorang wanita menyentuh jubah Yesus, Dia berhenti dan memberi perhatian. "Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu" (Lukas 8:48). Iman wanita itu kepada Yesus hanya dalaman sahaja jika dia tidak bertindak untuk melakukan sesuatu. Apabila dia bertindak untuk menyentuh jubah Yesus, barulah keadaan luarannya pulih. Iman tanpa perbuatan itu sia-sia. Tetapi, iman + perbuatan = mukjizat!

Ramai orang percaya tetapi mukjizat tidak terjadi. Ramai orang berdoa tetapi mukjizat tidak nyata. Setiap pagi Ahad pasti ramai orang percaya dan berdoa untuk mukjizat, tetapi kenapa pada hari Isnin dan hari-hari seterusnya (99%) kehidupan mereka seperti hari-hari biasa? Kenapa? Kerana mukjizat terjadi hanya bila [selepas percaya dan berdoa] kita bertindak! Jadi, adakah kamu mengingini mukjizat terjadi di dalam kehidupan kamu? Soalannya... Apakah tindakan yang akan kamu buat? Ingat, ketika kamu bertindak, mukjizat itu nyata!

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, September 25, 2017

Jesus Ngajih Utai Ti Mimit Nyadi Mayoh (Mark 6:34-44)


“Leboh hari nyau lemai, sida murid iya datai ngagai iya, ko sida, ‘Hari tu nyau laun, lalu endor tu mega menoa ti sunyi. Asoh samoa sida aangkat ari endor tu, awak ka sida tau bejalai ngagai kebun enggau tumpok ti semak endor tu, meli barang pemakai ka diri empu.’ Ko Jesus nyaut, ‘Kita empu patut meri sida pemakai.’ Ko sida nanya iya, ‘Kati nuan ngasoh kami nurun meli roti ti be-ungkus dua ratus ringgt, kena meri sida makai?’”
(Mark 6:35-37, Berita Manah Ka Rebak Diatu)

Semoa crita tu bemula ari Jesus laban “iya balat bendar sinu ka sida.” Jesus meda sida lapar ka jako Allah Taala nya alai Iya “ngajar sida mayoh bengkah utai” (6:34). Luke 9:11 madah ka kitai nama ti di-ajar Jesus, Iya “bejako ngagai sida ngenang ka pasal Perintah Allah Taala.” Tang Jesus mega meda sida lapar tubuh ka ke pemakai. Tu nunjok ka kitai Jesus peduli ka roh ngau tubuh kitai. Ukai roh aja, ukai tubuh aja, tang dua-dua skali. Sida ninga ka jako Jesus sampai ka sida enda ingat ka makai. Nama kebuah sida murid Jesus deka nyuruh orang mayuh angkat ari endor nyak? Sida peduli ka orang mayuh? Tauka sida deka belelak diau jauh ari orang mayuh? Enda kitai nemu. Tang Jesus enda ngereja ka utai ti di-asoh sida. Jesus nyuruh sida: “Kita empu patut meri sida pemakai.”

Sida murid Jesus udah meda Iya ngereja mayoh bengkah utai. Jesus udah muru antu (1:21-26), nyuman ka orang ti kena mayoh laban macham penyakit (1:34), nyuman orang ti sakit lan (1:40-44), nyuman orang ti bajong (2:1-12), ngau sida mega udah meda Jesus ngasoh kabut tedoh (4:35-41). Tang sida enda ingat siapa Jesus tu. Sida murid Iya agi mikir, agi enda nemu, agi enda chukup pengarap. Sida enda nemu Jesus ulih nyedia ka semua pemakai orang mayoh. Sida iya meda penusah tu besai amai sampai ka sida enda meda pemesai kuasa Tuhan Jesus. “Nya alai ko Jesus nanya sida, ‘Berapa mayoh roti kita agi tinggal? Uji abas dulu.’ Udah sida nemu pemayoh roti ti agi tinggal, ko sida madah ngagai iya, ‘Lima tuko roti enggau dua iko ikan’” (Mark 6:38). Jesus deka ngaga kereja ajih sekali agi. Sedia?

“Udahnya Jesus ngambi lima tuko roti enggau ikan dua iko, nengkadah ka langit, lalu meri terima kasih ngagai Allah Taala. Iya mechah ka roti nya, nyua ka utai nya ngagai sida murid iya, awak ka sida lalu nyadong roti nya ngagai orang mayoh. Iya mega lalu magi ikan dua iko nya ka samoa sida. Genap iko sida bela makai sereta chukop kenyang. Udah nya sida murid iya mai dua belas iti bakol ti penoh laban laloh roti enggau ikan nya tadi. Pemayoh tuboh sida ti lelaki, ti enggau makai roti nya lima ribu iko.” (Mark 6:39-44). Peda kita, 5 tuko roti + 2 iko ikan = chukop makai 5,000 orang. Ti di kira enggau sida ti indu enggau anak biak ulih sampai 10,000 ka 15,000 orang. Nya pan bisi 12 iti bakol ti penoh ngau laloh roti enggau ikan. Dini semoa utai tu datai? Ari Allah Taala! Mimit lulih nyadi mayoh sampai ka bisi laloh.

Tuhan Jesus ulih ngena utai ti kitai bisi kena ngereja pengawa Iya. Taja pan iya mimit, taja pan iya nadai apa nama, taja pan iya di-peda kitai enda cukup tang laban kuasa Allah Taala Iya ulih ngajih ka utai tauka pengawa kitai nyadi besai seta chukop. Ngambi ka chunto, enti kitai ngerembai ka Jako Injil taja pan mimit, enti kitai bisi pengarap besampi lalu “meri terima kasih ngagai Allah Taala” (6:41), Iya deka ngajih ka pengarap dalam ati orang ti ninga kitai. Kitai meri duit deka nulong orang lain, Tuhan malas kitai enggau belimpah. Ti kitai ngereja pengawa Iya kena meh semoa ti bisi ba kitai – pengering, penemu, duit – awakka Iya ulih nambah nyadi mayoh kali lipat, “sekeda bebuah saratus, sekeda enam puloh sekeda tiga puloh” (Matthew 13:23).

Sembiang
Dalam jari Nuan, O Tuhan Jesus, roti mimit pan nemu nyadi mayoh. Asoh aku arap amat pengawa badas ti mit ti digaga aku ulih ngereja utai ajih dalam ati orang ngena kuasa Nuan. Pia mega, asoh ati aku sinu ngagai orang lain sama baka Nuan sinu ka sida ya mega. Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]