Showing posts with label Hari Penghakiman. Show all posts
Showing posts with label Hari Penghakiman. Show all posts

Saturday, April 30, 2022

Kehidupan Kekal Atau Hukuman Kekal (Matius 25:31-46)

Matius bab 24 dan 25 ialah antara khutbah atau pengajaran Yesus Kristus yang terakhir dengan para murid-Nya sebelum Dia ditangkap, disalibkan dan bangkit semula. Jadi, ini merupakan firman yang sangat penting untuk mereka - dan kita pada masakini - ketahui dan fahami. Samada kita akan menikmati HIDUP KEKAL (eternal life) atau menanggung HUKUMAN KEKAL (eternal punishment). Jalan hanya SATU ✝ Pilihan hanya DUA. Kesudahan hanya SATU. Apa tindakkan kamu? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius174 

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Pemandang 9 Penusah Ari Buntak Ti Baka Kuda (Iban)

Bup Pemandang (Wahyu) Pasal 9 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 ⚡#ServeToLead #BupPemandang #BeritaManah #SempekatBaru

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Pemandang 8 Tujuh Iko Melikat Ti Mai Tujuh Iti Terumpit (Iban)


Bup Pemandang (Wahyu) Pasal
8 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 ⚡#ServeToLead #BupPemandang #BeritaManah #SempekatBaru


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Apa Guna Memiliki Segalanya Sekiranya Kehilangan Hidup? (Matius 16:24-28)

 

"Ikut program percuma kami untuk menjana passive income hanya melalui talian"; "Business ini hanya bermodalkan RM50"; "Hanya perlu pendahuluan RM1,000 untuk memiliki kereta idaman anda!" Hampir semua (tidak semua) iklan marketing ini ada HIDDEN COSTS, kos yang kamu kena bayar selepas kamu menyertainya atau menandatangani kontrak.

Tetapi Yesus Kristus tidak pernah menapis atau merahsiakan apa-apa apabila Dia menyatakan kos menjadi pengikut-Nya. Tidak ada HIDDEN COST. "Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana nama-Ku" (Matius 10:22); "Sesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku" (10:38); "...dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku" (10:24). Sanggupkah kamu menanggung kos ini? Ingin menjadi pengikut-Nya? Apa yang akan kamu lakukan dengan hidup/nyawa kamu? 😮📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius129 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius129

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Bila Orang Munafik Meminta Tanda Dari Syurga (Matius 16:1-4)

 

Dalam awal pelayanan Yesus Kristus "ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang menghidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya" (Matius 4:24). Selalu juga "hati-Nya berbelas kasih terhadap [orang ramai] lalu Dia menyembuhkan orang yang sakit dalam kalangan mereka" (14:14). Orang bangsa asing pula "merayu Yesus supaya mengizinkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh" (14:35-36).

Dan rumusan kepada semua yang dilakukan oleh Yesus: "Yang bisu bercakap, yang cacat dipulihkan, yang tempang berjalan, dan yang buta melihat, lalu mereka memuji Allah Israel" (15:31; 11:4-6). Namun begitu, orang Farisi dan Saduki masih lagi ingin "meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga" (16:1) 😡😤👊 Siapa mereka ini? Apa lagi yang mereka mahu? Apa jawab Yesus? Dengar episod ini kerana ia bukan hanya tentang mereka tetapi juga tentang KAMU dan SAYA #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 📖 episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius122 ATAU http://bit.ly/Matius122

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Apabila Kejahatan & Kerajaan Syurga Wujud Bersama (Matius 13:24-30; 36-43)

 


Saya tidak tahu samada kamu pernah berfikir begini atau tidak, saya berfikir: Kalau dengan kedatangan Yesus Kristus menunjukkan juga bahawa Kerajaan Syurga sudah tiba, jadi, kenapa masih ada kejahatan di dunia ini? Kenapa kejahatan tidak berkurangan, malah makin banyak? Bolehkah kejahatan dan Kerajaan-Nya wujud bersama? 😗🤔⚡#ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius105 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Setiap Orang Harus Mempertanggungjawabkan Setiap Katanya (Matius 12:33-37)



Yesus Kristus berfirman: "Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan. Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuran sama ada kamu bersalah atau tidak, dan dengan kata-katamu sendiri pula kamu dihukum" (Matius 12:36-37). Wah! Semua kita harus mempertanggungjawabkan setiap kata kita. Setiap orang... Setiap kata... SEMUA!

Ini BERITA BURUK bagi saya. Sebelum ini saya banyak berbohong. Saya pernah menggunakan nama TUHAN untuk menghujat orang lain. Saya mengufuri Tuhan dengan lirik-lirik lagu yang memuja Iblis. Saya berkata bodoh kepada ibubapa saya. Saya mengucapkan kata benci kepada saudara-saudari seiman. Setiap kata akan digunakan untuk menghakimi saya. Tetapi ada BERITA BAIK untuk SEMUA... 🙏⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius98 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Lima (5) Fakta Penting Tentang Hari Penghakiman (Matius 11:20-24)



Dalam Matius 11:20-24, Yesus Kristus banyak berkata tentang Hari Penghakiman. Salah satu fakta menurut Alkitab ialah Yesus yang akan menghakimi kita semua pada hari itu. "Bapa tidak menghakimi sesiapa. Dia telah menyerahkan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya" (Yohanes 5:22). "Bapa telah memberikan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya, kerana Dia itu Anak Manusia" (5:27).

Yesus yang akan menentukan (baca Matius 7:21-23); Dia yang akan mengasingkan (baca Matius 25:31-33); dan semuanya berdasarkan respon orang kepada-Nya (baca Matius 10:32-33). Hari Penghakiman akan tiba - siapa Yesus Kristus bagi kamu? ⚡📖🤔 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius89 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, July 4, 2020

2 Ayat & 2 Panggilan Yang Membawa Perbezaan Pada Hari Penghakiman (Matius 10:32-33)



"Sesiapa mengakui-Ku di hadapan orang ramai, akan Kuakui di hadirat Bapa-Ku di syurga," firman Yesus Kristus kepada para murid-Nya, "Sebaliknya, sesiapa yang menyangkal-Ku di hadapan manusia, akan Kusangkal di hadirat Bapa-Ku di syurga" (Matius 10:32-33). Agama palsu suka meniru apa yang benar. Nabi dan TUHAN tidak boleh diucapkan bersama sebagai syarat untuk keselamatan. Nabi, walau betapa hebat sekalipun, hanya hamba sahaja. Tidak setara!

Tetapi dalam Matius 10:32-33, kita melihat Yesus tidak boleh hanya seorang nabi atau hamba biasa. Kenapa? Kerana penentuan samada diakui atau disangkal di hadirat Allah Bapa di syurga berpusat (centered around) kepada respon kita (manusia) kepada Yesus Kristus. "Mengakui-Ku"; " Kuakui"; "Menyangkal-Ku"; "Kusangkal." Siapa Yesus Kristus bagi kamu? ☺⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar, KLIK DISINI



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Menyambut Pengkhabar & Khabar Kerajaan Syurga Atau Hukuman Pada Hari Penghakiman (Matius 10:11-15)



Baca petikan firman ini, Matius 10:11-15, 1) Sebagai pengikut Kristus yang telah diperintahkan (Matius 28:18-20 ialah bukan cadangan) untuk memberitakan Injil; dan 2) Sebagai seorang yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat:

"Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu.

Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu."

#ServeToLead #InjilMatius Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius75 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]