Showing posts with label Buta Rohani. Show all posts
Showing posts with label Buta Rohani. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Markus 10:46-52 Bagaimana Orang Buta Boleh 'Melihat' Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.82)


Orang buta 'melihat.' Orang melihat 'buta.'
 Oleh itu, Yesus Kristus menyembuhkan orang buta yang 'melihat' dan membiarkan orang melihat 'buta.' Sebelum kisah tentang bagaimana Bartimeus boleh melihat semula diceritakan, para murid Yesus masih lagi berebut tentang kedudukan dalam Kerajaan Allah, jadi mereka masih 'buta.'

Selepas ia diceritakan, orang ramai menyambut Yesus masuk ke Yerusalem dengan gilang-gemilang, namun mereka masih lagi 'buta' tentang siapa Dia yang sebenarnya. Persoalannya, bagaimana Bartimeus boleh 'melihat' Yesus sedangkan yang lain tidak? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Lima (5) Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Ahli Ilmu Bintang dari Timur (Berdasarkan Matius 2)

Ada Lima (5) Perkara yang saya belajar daripada Ahli Ilmu Bintang dari Timur ini (juga dipanggil sebagai "Orang Majus") dalam Matius 2 ☕ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius


Untuk mendengar huraian bagi setiap perkara ini dan mengkaji
Alkitab Injil Matius 2:1-12 pergi ke LEGASI.tv Podcast melalui Spotify di https://bit.ly/SpotifyMatius4 (Bahagian 1) dan https://bit.ly/SpotifyMatius5 (Bahagian 2)


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Ciri-Ciri Pemimpin Agama Yang Palsu vs. Yang Benar (Matius 23:1-12)


Pada masa sekarang, lebih-lebih lagi dengan adanya social media, ramai guru-guru dan pemimpin-pemimpin palsu muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kejahatan berleluasa, penyesatan menjadi-jadi, akhir zaman semakin dekat. Adalah penting sebagai pengikut Yesus Kristus masakini untuk mengenalpasti siapakah pemimpin-pemimpin yang benar ✔ atau palsu ✖

Ada Lima (5) Ciri-Ciri Pemimpin yang Benar dan Palsu yang dinyatakan oleh Tuhan Yesus sendiri dalam Matius 23:1-12 ini. Gunakan akal dan nilai dengan kebijaksanaan Allah! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius160 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Bila Rumah Doa Menjadi Sarang Pencuri! (Matius 21:12-17)


Apabila dikatakan Yesus Kristus "masuk ke Bait Suci" (Matius 21:12), besar kemungkinan itu ialah kawasan orang bukan Yahudi atau bangsa-bangsa asing untuk menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah Israel. Raja Solomo, semasa dia mendedikasikan Bait Suci, berdoa supaya "segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu serta takut kepada-Mu seperti umat-Mu, Israel, dan mereka tahu bahawa nama-Mu diserukan atas bait yang kubangunkan ini" (2 Tawarikh 6:33).

Tetapi apa yang sudah terjadi kepada Bait Suci secara amnya dan kawasan itu secara khususnya? Orang berjual beli di situ! Yesus berkata,
"Telah tersurat, 'Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa [bagi segala bangsa] tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri'" (21:13). Bagaimana dengan sekarang: adakah ia menjadi tempat penyembahan atau pusat hiburan? Tempat berdoa atau pasar urusniaga? Tempat Firman Allah diberitakan dan penginjilan atau konferensi motivasi diri? ðŸ˜–😭😡 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 
🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius149 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/ 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Apabila Yang Buta Melihat Yang Melihat Buta (Matius 20:29-34)


 Ada dua soalan yang Yesus Kristus tanya yang berbeza struktur ayat tetapi sama maksudnya. Pertama, kepada ibu Yohanes dan Yakobus, "Apakah permintaanmu?" (Matius 20:21); dan kedua, kepada dua orang buta, "Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?" (Matius 20:32). Jawapan mereka kepada soalan ini menunjukkan keutamaan dan pandangan mereka terhadap Yesus. Yang pertama meminta status, kedudukan dan pangkat; manakala yang kedua, meminta apa yang mereka benar-benar perlukan, "Kasihanilah kami!" (20:31) dan "Tuhan, kami ingin melihat!" (20:33) Jika Yesus bertanya kepada kamu hari ini, "Apa yang kamu mahu?" Apakah jawapan kamu? Apa yang kamu betul-betul perlukan dalam kehidupan kamu yang singkat ini? Semoga yang kamu minta ialah: "Saya ingin melihat-Mu!" 😵👉🤓 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius147 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Markus 8:22-26 Kenapa Yesus Menyembuhkan Seorang Buta Secara Berperingkat? (#InjilMarkus S.1 E.59)

 

Mukjizat Yesus Kristus menyembuhkan seorang buta ini boleh dilihat melalui dua peringkat: 1) Pada mulanya, samar-samar. "Aku nampak orang, rupa mereka seperti pokok berjalan" (Markus 8:24); kemudian, 2) Melihat dengan jelas! "Kali ini pengelihatannya cukup terang dan matanya telah sembuh" (8:25). Tetapi peristiwa ini membawa maksud LEBIH dari sekadar yang buta melihat 😑👉🤓 Kamu ada mata, tidakkah kamu melihat? 👀 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 8:11-13 Apakah Satu Tanda Kepada Orang Zaman Ini? (#InjilMarkus S.1 E.57)

 

"Beberapa orang Farisi datang kepada Yesus Kristus dan mula bersoal jawab dengan-Nya. Untuk menduga-Nya, mereka meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga" (Markus 8:11). Menduga atau mencobai ialah perbuatan dan sikap seperti Iblis! Memang padanlah Yesus berkata: “Manusia zaman yang durjana dan tidak setia ini ingin melihat tanda mukjizat" (Matius 12:39). Oh, seperti manusia zaman sekarang juga... Hanya satu tanda... ☝📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

 ðŸ¤³ Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Berita Manah: Aku Udah Buta, Lalu Diatu Aku Ulih Meda (John 9)


John pasal 9 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981
📖⚡😊 #ServeToLead #InjilJohn #BeritaManah #SempekatBaru

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Kedaulatan & Penetapan TUHAN: Kerusakan Total & Tanggungjawab Manusia (Matius 16:2-3)

 

Apabila saya membaca tentang orang Farisi dan Saduki, saya melihat mereka sebagai orang yang buta rohani (Matius 16:1). Respon Yesus Kristus kepada mereka ialah: "Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat tanda-tanda di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami tanda-tanda zaman ini" (16:2-3). Alkitab Versi Borneo (AVB) sangat tepat untuk ayat ini, mereka "tidak dapat" atau "you cannot" (ESV, NIV) dan "can ye not" (KJV). Mereka tidak mahu dan mereka tidak dapat melihat secara rohani tentang siapa Yesus.

Bagaimana ini boleh terjadi? Dalam episod khas ini, saya ingin cuba menjelaskan tentang doktrin penetapan (predetermination) dan kerusakan total (total depravity) dan kebenaran tentang kedaulatan TUHAN (the sovereignty of God) and tanggungjawab manusia (human responsibility). Topik-topik ini sangat besar untuk satu episod podcast, tetapi ini yang saya percaya menurut - sebanyak atau sedikit yang saya faham - Firman Allah 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 📖 episod ini, KLIK DI SINI > Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius123 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius123

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Bila Orang Munafik Meminta Tanda Dari Syurga (Matius 16:1-4)

 

Dalam awal pelayanan Yesus Kristus "ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang menghidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya" (Matius 4:24). Selalu juga "hati-Nya berbelas kasih terhadap [orang ramai] lalu Dia menyembuhkan orang yang sakit dalam kalangan mereka" (14:14). Orang bangsa asing pula "merayu Yesus supaya mengizinkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh" (14:35-36).

Dan rumusan kepada semua yang dilakukan oleh Yesus: "Yang bisu bercakap, yang cacat dipulihkan, yang tempang berjalan, dan yang buta melihat, lalu mereka memuji Allah Israel" (15:31; 11:4-6). Namun begitu, orang Farisi dan Saduki masih lagi ingin "meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga" (16:1) 😡😤👊 Siapa mereka ini? Apa lagi yang mereka mahu? Apa jawab Yesus? Dengar episod ini kerana ia bukan hanya tentang mereka tetapi juga tentang KAMU dan SAYA ⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 📖 episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius122 ATAU http://bit.ly/Matius122

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]