Showing posts with label Sukacita. Show all posts
Showing posts with label Sukacita. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Markus 11:1-7 Apakah Pengajaran daripada Anak Keldai? (#InjilMarkus S.1 E.83)

Tahukah kamu Alkitab menyuruh kita untuk belajar sesuatu daripada SEMUT? "Pergilah kepada semut, hai pemalas, perhatikanlah cara hidupnya dan jadilah arif" (Amsal 6:6). Sekarang, saya ingin mengajak kita untuk memerhatikan ANAK KELDAI pula. Apa tiga hal yang kita boleh belajar daripada haiwan yang biasa ini? [Pergi ke minit 11:30 jika mahu skip komentari]

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Lima (5) Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Ahli Ilmu Bintang dari Timur (Berdasarkan Matius 2)

Ada Lima (5) Perkara yang saya belajar daripada Ahli Ilmu Bintang dari Timur ini (juga dipanggil sebagai "Orang Majus") dalam Matius 2 ☕ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius


Untuk mendengar huraian bagi setiap perkara ini dan mengkaji
Alkitab Injil Matius 2:1-12 pergi ke LEGASI.tv Podcast melalui Spotify di https://bit.ly/SpotifyMatius4 (Bahagian 1) dan https://bit.ly/SpotifyMatius5 (Bahagian 2)


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, June 22, 2021

Jaga Diri Sendiri Daripada Ketamakan

Seorang raja bertanya kepada seorang bijaksana, "Bagaimana saya boleh menjadi bahagia?" Orang bijaksana itu menjawab, "Cari seorang yang paling bahagia dalam kerajaanmu dan pakai baju yang dia pakai." Jadi, raja itu mengutus seorang hamba ke seluruh kerajaannya dan menyuruh dia mencari seorang yang paling bahagia.

Apabila hamba itu sudah menjumpainya, dia kembali kepada raja dan berkata, "Saya sudah menjumpai seorang yang paling bahagia, tetapi dia tidak memiliki sehelai baju pun!" Kebahagiaan tidak bergantung kepada sebanyak mana harta benda kamu. Jika kamu TERUS BERSYUKUR kepada Tuhan dan MENIKMATI apa yang kamu ada sekarang - bukan apa yang kamu tidak miliki - maka, kamu akan BAHAGIA ���⚡��� #ServeToLead #PreachTheWord

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Diberkatilah Mereka yang Bersedih (Matius 5:4)



Ini satu lagi paradox kebenaran yang difirmankan oleh Yesus. Jika kamu ingin berbahagia atau diberkati, kamu harus bersedih! Bersedih? Ini sangat bertentangan dengan ajaran, falsafah dan kepercayaan dunia. Dunia mahu kita mencari kebahagiaan dan membeli hiburan, tetapi kita masih tidak puas. Yesus berkata lagi, "Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersukacita" (Lukas 6:21). Ini tidak masuk akal, bagaimana "bersedih... berdukacita... menangis..." boleh terhibur? Dengar podcast ini #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 16, 2018

Angelus' Quote: Kesedihan menjadi Tarian Riang


Dalam Mazmur 30, setelah Daud memuji TUHAN kerana kebesaran, kekuatan dan kasih-Nya, dia menyatakan perbuatan Allah dalam kehidupnya: “Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan…” (ayat 11).

Dari kesedihkan menjadi riang; dari dukacita menjadi sukacita; dari tangisan menjadi ketawa. Di dalam Perjanjian Lama, bila orang Israel menangis dan berkabung semasa kematian atau kehilangan, mereka akan meletakan debu pada dahi mereka sebagai tanda kesedihan. Tradisi berkabung seperti ini adalah perkara biasa yang dilakukan mereka. Ini yang menariknya: umat-umat Allah dibenarkan bersedih untuk beberapa masa tertentu. Kemudian, mereka harus meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Contohnya dalam Ulangan 34:8 semasa kematian Musa, Alkitab berfirman, “Orang Israel menangisi Musa di dataran Moab selama 30 hari. Setelah itu, selesailah masa tangisan dan perkabungan kerana Musa.”

Bagi orang Israel, 30 hari ialah masa yang ditentukan untuk mereka berdukacita. Selepas itu, jangan bersedih lagi, kehidupan harus diteruskan… begitu juga dengan kita. Bila kita mengalami keperitan hidup, TUHAN tidak pernah menghalang kita untuk bersedih atau menangis. Masa untuk kita meratap sangat penting bagi emosi, fisikal dan mental kita manusia. TUHAN membenarkan kita meratap (Buktinya, di dalam Alkitab ada satu buku yang dipanggil Buku Ratapan). Tetapi jangan kita meratap setiap masa, memikirkan perkara yang sudah berlalu atau menyesal dengan perkara yang lepas. Jangan hidup seperti itu!

Ambil masa untuk meratap, tetapi jangan kekal dalam keadaan seperti itu. Kehidupan kamu harus diteruskan. Jangan jadikan kesedihan, dukacita, dan tangisan menjadi cara hidup kamu. Ia mengundang kepahitan dan pemikiran negatif dalam diri kamu. Ia juga akan mempengaruhi orang lain. Seminggu, cukup. Setengah bulan, cukup. Sebulan, cukup. Setahun? Jangan! TUHAN mengingini supaya kamu bangkit semula. Roh Tuhan Allah akan “mengurniai [kamu] perhiasan kepala sebagai ganti abu, minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan, dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar” (Yesaya 61:3).

Ambil Alkitab kamu (bukan App)… Baca Mazmur 30 sekali… Baca lagi Mazmur 30, sekarang, baca dengan suara yang nyaring (atau minta teman kamu membaca untuk kamu)… Gariskan dan salin ayat 11 dalam buku nota kamu… Berdoa dan percaya. Yeah!

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, August 16, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #4: Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan

bukan hanya perempuan saja, tetapi lelaki juga ada yang bersikap materialistik
Adakah kamu kagum dengan seseorang kerana kejayaan, kekayaan dan harta milik dia? Jika ya, kamu mungkin telah meletakkan diri kamu dalam hubungan yang tidak sihat (tidak semestinya, tetapi berkemungkinan besar). Masyarakat dan orang disekeliling kita meletakkan harapan yang tinggi kepada harta benda dan wang, dan bersikap materialistik. Tetapi tidak bagi Tuhan! dan kamu seharusnya mencontohi sikap Tuhan kita. Berhati-hati terhadap pasangan yang bersikap materialistik. Jauhi dia!

Jika kamu mendapati bahawa kamu sangat taksub dalam dunia materialisme, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu mengubah pandangan dan fikiran kamu kepada sesuatu yang lebih penting dan kekal. Mungkin sekarang kamu patut mencari dan mengumpul kekayaan dari segi rohani. Apa yang kamu boleh lihat sekarang, ia tidak akan kekal lama; tetapi apa yang kamu tidak boleh lihat sekarang, ia akan kekal selamanya. Hubungan yang berdasarkan harta benda dan wang ringgit tidak akan bertahan lama. Sekiranya semuanya sudah tidak ada lagi, hubungan itu pasti akan musnah.

Saya tidak mengatakan bahawa dalam hubungan kita tidak memerlukan harta benda langsung. Wang – secara fisikal dan realitinya – bukanlah sesuatu yang jahat atau menyebabkan kita dosa, tetapi apabila kita menyembah (bermaksud kita meletakkan harapan, iman dan kepercayaan kepada) wang, maka, kita sudah berdosa. Apabila wang merupakan sesuatu yang lebih penting daripada Tuhan dan Firman-Nya, maka kita seakan-akan menyembah wang dan – kita berdosa. Ketahuilah bahawa mempunyai banyak wang tidak menjaminkan kebahagiaan. Malah, terlalu banyak wang sebenarnya akan membuatkan kita tidak bahagia, resah dan risau (kadang-kadang kita akan merasakan bahawa wang yang kita ada sekarang tidak pernah cukup).

Ingat: apa yang paling utama dalam hubungan berpacaran ialah hubungan peribadi dengan Tuhan Yesus Kristus, bukan gila akan wang. Tuhan Allah itu kekal, wang tidak. “Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh seperti daun kering,” kata si penulis Amsal (11:28),”tetapi orang salih akan menjadi makmur seperti tanaman subur.” Amin.

Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan. 
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, January 23, 2015

Kebahagiaan Sempurna ada dalam Isa al-Masih (Renungan tentang 1 Yahya 1:4)

Gambaran pelukis
“Kami menulis tentang segala ini kepadamu supaya kebahagiaanmu sempurna”
(1 Yahya 1:4, KSZI, Kitab Suci Zabur dan Injil)

Dengan penuh sukacita di hatinya, rasul Yahya menulis surat ini supaya kebahagiaan yang dimilikinya dapat dikongsikan dengan orang lain yang ingin mengenal al-Masih. Kebahagiaan yang paling indah sekali di dunia ini ialah memiliki keakraban dan kesatuan dengan Isa al-Masih. Kebahagiaan yang kedua terindah ialah melihat orang lain datang kepada-Nya. Inilah apa yang dimaksudkan dengan “kebahagiaanmu sempurna.” Kebahagiaan dalam mengenal Isa al-Masih, kebahagiaan kerana mengetahui bahawa dosa kita sudah diampuni, kebahagiaan kerana mentaati Allah, kebahagiaan dalam mengasihi satu sama lain, kebahagiaan dalam kebenaran, kebahagiaan di dalam penganiayaan kerana nama-Nya, dan kebahagiaan dalam doa yang dijawab oleh Allah.

Kamu dan saya tidak akan mengenal kebahagiaan yang sebenar jika kita tidak mengenal Isa al-Masih. Isa ialah sumber segala kebahagiaan, hanya Dia yang boleh memenuhi setiap hati kita. Melalui kesatuan dengan-Nya, hidup kita akan dipenuhi dengan hadirat-Nya, dan sukacita Dia akan melimpah di dalam hati kita. Isa ingin supaya “kebahagiaan-Ku ada dalam dirimu dan sempurnalah kebahagiaanmu” (Yahya 15:11). Penulis mazmur juga berkata: “hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku” (Mazmur 16:11, BM).

Bagi saya, kebahagiaan sempurna hanya dapat dialami sekiranya kita benar-benar pasti tentang keselamatan kita. Tidak akan ada sukacita yang benar sekiranya kita tidak pasti tentang destinasi kehidupan kita selepas mati nanti. Di dalam iman kepada Isa al-Masih, tidak ada istilah “insyaallah.” Yang ada hanyalah – pasti atau tidak. Orang yang paling kecewa dan hampa di dunia ini ialah orang yang ingin pergi ke syurga tetapi tidak pasti samada dia akan dapat pergi atau tidak. Hanya apabila kita benar-benar pasti tentang destinasi kehidupan kita, barulah kita dapat mengalami kebahagiaan sempurna. Oleh itu, Isa berkata tentang diri-Nya, “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tidak seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku” (Yahya 14:6). Isa al-Masih ialah satu-satunya jalan kepada Allah Yang Maha Tinggi. Mengenal Isa bererti mengenal Allah, dan mengenal Dia memberikan kita kepastian tentang keselamatan kita. Dengan ini, kebahagiaan kita sempurna!

Adakah kamu mengenal Isa secara peribadi? Adakah kamu “hidup dalam keakraban dengan Bapa dan Putera-Nya, Isa al-Masih” (1 Yahya 1:3)? Adakah kamu mengalami dan merasa hadirat-Nya dalam kehidupan kamu? Adakah kamu mempunyai sukacita dan kebahagiaan hasil daripada hubungan intim kamu dengan Dia? Jika ya, berbahagialah! kamu ialah pengikut Isa yang sebenar.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, November 21, 2014

Melihat Keperibadian Nehemia: Menjadi Jawapan kepada Doa

Nehemia memeriksa reruntuhan tembok Yerusalem (Bab 2)
“Apabila aku mendengar [tentang keadaan Yerusalem], aku duduk dan menangis.
Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa.
Aku berdoa kepada Allah, ‘Ya TUHAN Allah penguasa di syurga!...”
(Nehemia 1:4-5, BM).

Ada seorang pendeta berkata bahawa doa ialah bukan keinginan kita terjadi sama seperti di syurga tetapi doa ialah membawa keinginan TUHAN terjadi di bumi. Walau bagaimanapun, untuk keinginan TUHAN terjadi di bumi, Dia memerlukan orang yang sanggup digunakan-Nya. Firman Allah dalam Efesus 3:20 berkata: “Dengan kuasa Allah yang bekerja dalam diri kita, Allah dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan” (BM). Jika TUHAN ingin menjawab doa kita, Dia akan bermula dengan kita yang berdoa doa itu dahulu! Dia akan “bekerja dalam diri kita” dan melalui kita supaya kita dapat melihat bahawa doa itu akan terjawab. Seperti rakan sepelayanan saya, Peter Paris, sering berkata kepada kami semua, “Jadilah jawapan kepada doa kamu sendiri.”

Contohnya, apabila Nehemia berdoa, beban dia terhadap umat Israel dan Yerusalem menjadi semakin berat and visi dia untuk melihat sesuatu perkara harus dilakukan menjadi semakin jelas. Doa yang benar akan menyeimbangkan hati, perasaan dan pemikiran kita supaya tindakkan kita tidak akan menjadi terburu-buru sehinggakan kita bertindak terlalu kehadapan dari Allah dan menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Apabila kita berdoa, TUHAN Allah akan menyatakan perkara yang kita perlu lakukan, bila untuk melakukannya, dan bagaimana untuk melakukannya – dan semua ini sangat penting sekiranya kita ingin bertindak mengikut kehendak-Nya.

Jika kita membaca buku Nehemia, kita akan mendapati bahawa Nehemia dengan sukarela pergi ke Yerusalem untuk menyelia dan mengetuai rancangan untuk membaiki tembok kotanya semula. Nehemia tidak berdoa supaya TUHAN menghantar orang lain. Dia juga tidak bersungut-sungut dan mengatakan bahawa dia tidak cukup bersedia untuk melakukan tugas itu. Dia, seperti nabi Yesaya, hanya berkata, “Inilah aku. Utuslah aku!” Dia tahu bahawa dia sebagai “pengurus minuman raja” (1:11) harus berhadapan dengan raja Artahsasta dan meminta kebenaran untuk pergi ke Yerusalem. Kita harus sedar bahawa permintaan seperti ini adalah sesuatu yang sangat berisiko. Ini ialah raja Persia! Apa yang akan terjadi sekiranya Nehemia datang pada hari yang tidak sesuai, semasa raja sedang bersedih atau marah tentang sesuatu hal? Apa saja yang mungkin terjadi, kita tahu bahawa Nehemia sedang menghadapi percubaan dalam iman dia. Ini yang Nehemia sedar, bahawa TUHAN yang bersamanya itu hebat dan Dia akan menjadikan usaha dia berhasil!

Nehemia, “pengurus minuman raja,” akan terpaksa melepaskan keselesaannya di istana dan berhadapan dengan bahaya dan cabaran hidup di Yerusalem yang hancur itu. Kemewahan akan digantikan dengan reruntuhan, dan pangkat yang tinggi akan digantikan dengan tentangan, cemuhan dan hasutan. Nehemia yang dulunya makan di meja bersama raja Persia dan kerabat diraja, sekarang akan terpaksa menyediakan makanan kepada rakyat yang makan bersamanya. Dia telah meninggalkan segala yang baik di istana, dan sekarang menjadi petugas di tembok yang runtuh… melakukan pekerjaan yang seakan-akan sangat mustahil untuk dilakukan! Semua ini ialah risiko yang Nehemia harus tempuhi jika dia ingin bertindak untuk menjadi jawapan kepada doannya.

Bagi TUHAN, tiada yang mustahil bagi-Nya. Akhirnya Nehemia dan umat Israel berjaya melakukan tugas mereka! Hanya dalam masa 52 hari, tembok Yerusalem siap, pintu-pintu gerbang telah dipasang, dan umat Israel bersukacita! Semuanya bermula dari seorang pendoa – Nehemia – yang peduli tentang umat and kota TUHAN dan sanggup menjadi jawapan kepada doanya sendiri. Alkitab penuh dengan orang-orang seperti Nehemia; Abraham peduli dan pergi menyelamatkan Lot di kota Sodom (Kejadian 18-19). Nabi Musa peduli dan membawa umat Israel keluar dari Babilonia. Raja Daud peduli dan memenangkan semula kerajaan Israel kepada TUHAN Allah. Ratu Ester peduli dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan umat Israel daripada dibunuh beramai-ramai. Rasul Paulus peduli dan membawa Berita Baik tentang Yesus ke seluruh kerajaan Roma. Tuhan Yesus sendiri peduli dan sanggup mati di kayu salib bagi menyelamatkan orang berdosa untuk kembali kepada-Nya.

Tahukah kamu? TUHAN Allah masih lagi mencari orang seperti Nehemia. Seorang yang peduli untuk mengetahui perkara yang berlaku disekeliling mereka. Seorang yang sanggup menangis untuk menyatakan pemintaannya kepada TUHAN. Seorang yang berdoa untuk mencari kehendak Allah dan bantuan-Nya. Dan seorang yang sukarela untuk menjadi jawapan kepada doanya sendiri. Seorang yang sentiasa bersedia untuk berkata kepada TUHAN dengan kerendahan hati, “Inilah aku. Utuslah aku!” Adakah orang itu kamu? Jadilah jawapan kepada doa. TUHAN menyertai kamu. Amin.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, April 28, 2014

Sebab #10: Yesus Mati... Supaya Kita Beroleh Hidup yang Kekal Apabila Kita Percaya Kepada-Nya (10/10)


Datang kepada Yesus
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #10: Supaya Kita Beroleh Hidup yang Kekal
Apabila Kita Percaya Kepada-Nya

Yesus berkata dengan jelas bahawa sesiapa yang tidak percaya atau menolak pemberian hidup yang kekal akan dibinasakan selamanya di neraka. “Barangsiapa tidak percaya, ia telah berada di bawah hukuman, sebab ia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah... ia tidak akan melihat hidup, melainkan murka Allah tetap ada di atasnya” (Yohanes 3:18, 36, TB).

Tetapi bagi sesiapa yang percaya kepada Kristus, yang terbaik pasti disediakan kepada mereka. “Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengasihi Dia” (1 Korintus 2:9, BM). Kita akan melihat kemulian Tuhan yang sebenar. “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus” (Yohanes 17:3, TB). Amin!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 
Best Blogger Tips

Saturday, April 12, 2014

Mempunyai Beban bagi Orang yang Belum Mengenal Yesus Kristus

Photo taken from: http://www.theguardian.com/
“[Saya] mau menyatakan kesedihan saya yang sangat besar! Dan apa yang akan saya katakan sekarang benar sekali. Saya tidak berbohong. Saya mengetahui hal ini kerana bersatu dengan Kristus, dan kerana Roh Kudus yang memberi keyakinan bahawa hal ini benar dalam pandangan Allah. Yang saya mau katakan adalah hati saya sangat sedih kerana orang Israel. Kerana mereka adalah saudara-saudari saya sebangsa, dan mereka seperti darah daging saya sendiri di dunia ini. Jadi saya ingin sekali menolong mereka! – sampai saya rela dikutuk dan dipisahkan dari Kristus demi mereka, asalkan hal itu membuat mereka diselamatkan.” (Roma 9:1-3, TSI)

Apabila saya membaca surat dari Rasul Paulus kepada gereja di Roma – hati saya tersentuh. Paulus memiliki sesuatu yang sangat diperlukan oleh kita untuk menjadi seorang “penjala manusia” (Markus 1:17) yang efektif, iaitu, beban dari Tuhan kepada orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Bagi Paulus, beban dia ialah kepada orang Israel “saudara-saudari sebangsa[nya]” Dia peduli. Dia terbeban. Dia sangat mengambil berat.

Seorang pelayan misi yang saya kenal pernah menyatakan hasratnya untuk membawa ramai lagi anak-anak muda untuk pergi melakukan misi penginjilan di pendalaman negeri Sarawak bersama dengan dia. “Supaya mereka melihat dan mengalami sendiri realiti bahawa ramai lagi orang yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka,” katanya. Dia menasihati saya, “Kamu harus mencabar pelajar-pelajar di kampus yang kamu pergi untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus di tempat mereka belajar. Ajar mereka untuk bersaksi!” Dia kemudian berkongsi tentang kebebasan dan sukacita melalui kasih kurnia Allah dan Keselamatan di dalam Kristus, dan kesengsaraan murka Allah bagi orang yang tidak mengenal dan menerima Dia.

Saya merasakan bahawa Roma 9:1-3 ini ditulis untuk mengingatkan kita bahawa kita perlu mempunyai beban terhadap orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Kita tidak sepatutnya terlalu obses terhadap politik, alam sekitar, masalah peribadi dan asyik berfikir tentang pembangunan rohani sendiri sehinggakan Keselamatan orang lain kita abaikan. Paulus sangat terbeban sehinggakan dia menulis dengan penuh dramatik sekali: “Saya rela dikutuk dan dipisahkan dari Kristus demi mereka, asalkan hal itu membuat mereka diselamatkan” (Roma 9:3).

Sebagai seorang pengikut Kristus, kamu dan saya mempunyai tanggungjawab untuk membawa ramai orang yang di luar lingkungan gereja kita untuk mengenal Kristus. Jika benar kita mengasihi Tuhan dan kasih Dia ada bersama kita, ia sepatutnya mendorang kita untuk melakukan sesuatu yang indah bagi-Nya. Berdoalah agar Dia memberikan beban itu kepada kamu (Hati-hati Dia mungkin akan menjawab doa kamu dengan segera!). Perhatikanlah, apabila Roh Kudus-Nya menyertai kamu, hidup kamu akan berubah – kamu semakin menjadi seperti Kristus. Amen.

Adakah kamu mempunyai beban supaya Malaysia mengenal dan percaya kepada Yesus Kristus?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]