Showing posts with label Tujuan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Tujuan Hidup. Show all posts

Wednesday, August 12, 2020

Markus 3:1-6 Apakah Tujuan Ibadat/Agama Sebenarnya? (#InjilMarkus S.1 E.21)



Dimana Markus 3:1-6 terjadi? Di saumaah atau rumah ibadat. Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat tetapi respon orang Farisi sangat negatif. Mereka langsung tidak bersukacita malah ingin "membunuh Yesus" (ayat 6). Kedua-dua pihak pergi ke saumaah tetapi tujuan mereka sangat berbeza 😊⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini 🤳 Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/          
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/        
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/        
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv        

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Tiga (3) Hal tentang Berpuasa berdasarkan Matius 6:16-18




Ramai orang mungkin sudah tahu dan biasa mengamalkan ibadat bersedekah dan berdoa, tetapi bagaimana dengan berpuasa? Menurut Alkitab, ada beberapa sebab kenapa kita berpuasa. Diantaranya ialah:

1) Sebagai ekspreksi PENYESALAN atas dosa
2) PERTAUBATAN dan kesedaran atas dosa
3) PENGHARAPAN kepada kasih-kurnia Allah
4) PENCARIAN atau mencari bimbingan TUHAN
5) Melatih PENGAWALAN DIRI
6) Untuk PERINGATAN kepada orang miskin/kesusahan

Bila kali terakhir kamu berpuasa secara sukarela? Atau pada hari-hari tertentu sahaja? #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod podcast "Apabila Berpuasa, Jangan Bermuka Monyok" berdasarkan Matius 6:16-18, KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius42 atau bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, April 2, 2019

Hati Seorang Pemimpin #6 Apabila Misi Lebih Kuat daripada Besi Penjara


“Aku ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, bahawa segala yang telah berlaku kepadaku sebenarnya semakin memajukan penyebaran Injil. Dengan demikian, nyatalah dalam kalangan seluruh pengawal istana dan orang ramai bahawa aku dipenjarakan kerana Kristus. Juga, kebanyakkan saudara kita dalam Tuhan menjadi yakin kerana aku dipenjarakan, mereka semakin berani menyebarkan firman Allah tanpa ketakutan.”
(Filipi 1:12-14,
AVB)

Saya rasa tidak salah kalau rasul Paulus mahu mengambil cuti sementara daripada penginjilan. Apabila dia dipenjarakan di Rom, tiada siapa yang boleh salahkan dia jika dia mengambil keputusan untuk berehat daripada pelayanan. Akan tetapi, Paulus tetap ingin mengambil peluang sepenuhnya untuk memberitakan Injil tentang Yesus Kristus dimana sahaja dia berada. Paulus ialah seorang pemimpin yang tidak mudah menyimpang daripada misinya. Dia bertekat untuk meninggalkan legasi (ya, seperti LEGASI.tv) dimana sahaja dia pergi atau ditempatkan.

Paulus berada di penjara apabila dia menulis Surat kepada Para Jemaat di Filipi. Bagaimana misi boleh memberi semangat kepada Paulus untuk terus melayani walaupun dia dipenjarakan kerana Injil Kristus? Apa yang kita boleh belajar daripada Paulus tentang misi? Bagi saya, ada beberapa hal para pemimpin boleh belajar:

Misi akan membangkitkan semangat dan motivasi kamu
Misi akan membolehkan kamu tahu apa yang penting dan apa yang tidak
Misi akan meningkatkan potensi kepimpinan kamu
Misi akan memberi tujuan bagi hidup kamu
Misi akan menolong kamu mengukur kejayaan atau perkembangan kamu sekarang
Misi akan mendorong orang lain mengikuti teladan atau contoh kamu

Apabila Paulus berpegang kepada misi yang diberikan Tuhan Yesus kepadanya, dia bukan hanya menjadi lebih berani, malah dia juga menyebabkan para pengikut Kristus yang lain “menjadi yakin” dan “tanpa ketakutan.”

Apakah misi yang TUHAN letakkan di dalam hati kamu sebagai pemimpin?
Adakah kamu hidup (atau melayani) berdasarkan misi itu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI


LIKE, FOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

Sunday, December 16, 2018

Angelus' Quote: Kesedihan menjadi Tarian Riang


Dalam Mazmur 30, setelah Daud memuji TUHAN kerana kebesaran, kekuatan dan kasih-Nya, dia menyatakan perbuatan Allah dalam kehidupnya: “Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan…” (ayat 11).

Dari kesedihkan menjadi riang; dari dukacita menjadi sukacita; dari tangisan menjadi ketawa. Di dalam Perjanjian Lama, bila orang Israel menangis dan berkabung semasa kematian atau kehilangan, mereka akan meletakan debu pada dahi mereka sebagai tanda kesedihan. Tradisi berkabung seperti ini adalah perkara biasa yang dilakukan mereka. Ini yang menariknya: umat-umat Allah dibenarkan bersedih untuk beberapa masa tertentu. Kemudian, mereka harus meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Contohnya dalam Ulangan 34:8 semasa kematian Musa, Alkitab berfirman, “Orang Israel menangisi Musa di dataran Moab selama 30 hari. Setelah itu, selesailah masa tangisan dan perkabungan kerana Musa.”

Bagi orang Israel, 30 hari ialah masa yang ditentukan untuk mereka berdukacita. Selepas itu, jangan bersedih lagi, kehidupan harus diteruskan… begitu juga dengan kita. Bila kita mengalami keperitan hidup, TUHAN tidak pernah menghalang kita untuk bersedih atau menangis. Masa untuk kita meratap sangat penting bagi emosi, fisikal dan mental kita manusia. TUHAN membenarkan kita meratap (Buktinya, di dalam Alkitab ada satu buku yang dipanggil Buku Ratapan). Tetapi jangan kita meratap setiap masa, memikirkan perkara yang sudah berlalu atau menyesal dengan perkara yang lepas. Jangan hidup seperti itu!

Ambil masa untuk meratap, tetapi jangan kekal dalam keadaan seperti itu. Kehidupan kamu harus diteruskan. Jangan jadikan kesedihan, dukacita, dan tangisan menjadi cara hidup kamu. Ia mengundang kepahitan dan pemikiran negatif dalam diri kamu. Ia juga akan mempengaruhi orang lain. Seminggu, cukup. Setengah bulan, cukup. Sebulan, cukup. Setahun? Jangan! TUHAN mengingini supaya kamu bangkit semula. Roh Tuhan Allah akan “mengurniai [kamu] perhiasan kepala sebagai ganti abu, minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan, dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar” (Yesaya 61:3).

Ambil Alkitab kamu (bukan App)… Baca Mazmur 30 sekali… Baca lagi Mazmur 30, sekarang, baca dengan suara yang nyaring (atau minta teman kamu membaca untuk kamu)… Gariskan dan salin ayat 11 dalam buku nota kamu… Berdoa dan percaya. Yeah!

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, November 10, 2017

Bila Paulus Bertemu Yesus #1 Kerana Bagiku, Hidup ialah Kristus

Baca tentang perubahan hidup Paulus bila dia bertemu dengan Yesus
dan Yesus memanggil dia dalam Kisah Para Rasul bab 9

“Saul bertanya, ‘Siapakah Engkau, Tuan?’ Jawab-Nya, ‘Akulah Yesus yang kauaniaya’”
(Kisah Para Rasul 9:5-6,
AVB)

Lama selepas Tuhan Yesus mengubah perjalanan Paulus (Saul) di Damsyik dari memburu orang Kristian kepada pertaubatannya menjadi Kristian, kesaksian dia tetap sama – tidak pernah berubah. Sesuatu yang dramatik yang berlaku kepada seorang pemberontak yang akhirnya menjadi pengikut Kristus yang setia dan berpengaruh.

Saya berdoa supaya Tuhan yang sama yang mengubah Paulus juga akan mengubah kita ketika kita membaca Firman Allah dan membiarkan Roh Kudus-Nya bekerja di dalam hidup kita. Penulisan Paulus di dalam Alkitab Perjanjian Baru banyak mengubah diri saya sendiri. Saya telah menerima banyak cabaran dan galakkan daripada Tuhan Yesus melalui rasul Paulus. “Aku ingin mengenali Yesus dan kuasa kebangkitan-Nya” (Filipi 3:10) telah menjadi matlamat hidup saya. “Kerana bagiku, hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan” (Filipi 1:21) pula telah menjadi harapan peribadi saya. Paulus telah menjadi mentor yang membawa saya kepada Yesus Kristus, Tuhan saya.

Bila kita sanggup dan benar-benar percaya “kerana bagiku, hidup ialah Kristus,” bila kita betul-betul mengaminkan Firman ini, maka, kehidupan kita tidak akan menjadi sama lagi, kita akan memperoleh kehidupan yang penuh dan bermakna. Hidup ini untuk dan bagi Kristus, jika kita mati dalam iman kepada-Nya, ia ialah keuntungan! Amin!

“Tetapi aku sekali-kali tidak mahu bermegah dengan apa pun
kecuali salib Tuhan kita Yesus Kristus
yang melalui-Nya dunia telah disalib kepadaku
dan aku juga kepada dunia
” (Galatia 6:14)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Thursday, January 28, 2016

Hero Alkitab: TUHAN Allah Menciptakan dan Berkuasa Ke Atas Segalanya


Mari melakukan satu eksperimen. Pertama sekali, berdiri dan melompat sepuluh kali. Kemudian, lakukan lima belas kali push-ups. Teruskan. Ambil masa kamu.

Sudah? Bagus. Sekarang, tutup mata kamu, tarik nafas panjang-panjang…. dan cipta sebuah pulau.
Buka mata kamu. Adakah sebuah pulau terjadi di depan mata kamu? Tidak? Baiklah, mungkin kamu kena cuba sesuatu yang lebih kecil, seperti sebuah gunung. Sedia, mula!

Tiada gunung juga? Hmmm, mungkin ianya masih terlalu besar sebagai permulaan. Lebih baik mencuba sesuatu yang lebih kecil lagi, seperti seekor lembu atau kancil. Datang semula selepas kamu melakukannya, ya.

Apa dia? Kamu tidak boleh berbuat begitu juga? Baiklah, cuba melakukan sesuatu yang lebih kecil lagi, sangat kecil. Cuba kamu mencipta biji benih atau seekor semut atau satu bakteria. Mungkin kamu juga boleh berkata, “Zam zam ala kazam!”

Adakah ianya terjadi? Tidak? Oh, cubaan yang bagus disitu – tidak mengejutkan. Hakikatnya, kamu hanyalah manusia biasa, dan manusia tidak memiliki kuasa untuk mencipta sesuatu daripada kosong.

Tetapi ada seorang yang boleh: TUHAN Allah.

Kejadian 1:1 berkata: “Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi” (TB). Begitulah caranya Alkitab menceritakan tentang sebelum masa dan kehidupan bermula, Allah sudah ada, dan dia menciptakan segalanya. Dia menciptakan matahari, bulan, bintang-bintang, planet-planet, dan galaksi-galaksi di alam semesta. Dia menciptakan bumi dan segala sesuatu yang ada di dalamnya – lautan, sungai-sungai, darat, gunung-gunung, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan, haiwan liar, dan manusia.

Dia menciptakan segalanya!

Ingat lagi bagaimana kamu sendiri tidak boleh mencipta walau kehidupan yang kecil sekalipun? Sekarang fikirkan tentang kebesaran kuasa dan ketiada batasan kebolehan Allah itu. Dia menciptakan seluruh semesta dengan hanya berfirman*. Jika Dia menciptakan segalanya, maka Dia juga yang menguasai segalanya. Dia boleh melakukan apa saja terhadap ciptaan-Nya kerana tiada sesuatu yang ada tanpa Dia. Dia ialah Tuhan yang sangat hebat dan berkuasa!

Kenyataan ini sangat penting bagi kita. Apa yang kita percaya tentang permulaan segala sesuatu itu akan mempengaruhi segalanya dalam kehidupan kita. Jika kamu percaya bahawa kamu diciptakan melalui proses revolusi alam atau ‘kemalangan’ Big Bang, maka kamu tidak perlu mentaati seseorang atau sesuatu yang lebih berkuasa daripada kamu. Kamu merasakan bahawa kamu boleh melakukan apa sahaja yang kamu suka di dunia ini. Inilah pemikiran yang sangat tidak logik.

Tetapi jika kamu percaya kepada kekuasaan mutlak, Pencipta yang mengetahui segalanya, maka kamu tahu bahawa kamu diciptakan atas sebab dan kamu harus mentaati perintah-Nya. Kamu mempunyai tujuan dalam hidup, tidak seperti orang yang tidak percaya kepada TUHAN. Kamu akan mengerti bahawa semuanya ialah bukan tentang kamu, tetapi Dia. Ianya tentang melayani Allah yang menciptakan kita dan mengenal Dia dengan lebih dalam lagi. Inilah sebabnya kehidupan kita ini mempunyai tujuan dan sangat bernilai bagi Allah.

*”Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah. Segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatupun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan” (Yohanes 1:1-3, TB). Siapakah Firman itu? Yesus Kristus. “Segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia” (Kolose 1:16, TB).

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, November 22, 2015

Jesus deka Nuan Nyadi Rasul Merita Ka InjiI-Iya Ba Endor Nuan Diatu


“Udah nya Jesus niki ka munggu, lalu ngumbai orang ti dikedeka iya. Sida datai ngagai iya, lalu iya milih dua belas iko ari sida, di-asoh iya nyadi rasul. Ko iya, ‘Aku udah milih kita awak ka kita enggau Aku. Aku mega deka ngasoh kita ngajar, lalu kita mega bisi kuasa kena muru antu’”
(Mark 3:13-15, Berita Manah Ka Rebak Diatu)

Mayoh amai orang “ti sakit majak ka diri mansang ngagai [Jesus] awak ka tau negu iya” (ayat 10). Bakani siko orang aja ulih nulong orang mayoh? Nya alai Jesus milih 12 iko orang ari bala murid ti ulih nulong Iya. Sida tu dikumbai Iya “rasul” tauka “apostle,” reti nya “orang ti dikirum.” Sida dipilih Iya lalu dikirum Iya merita ka Injil Berita Manah serta ngajar ngau muru antu.

Nama kabuah 12? Laban 12 enda mimit enda mayoh. 12 nyamai agi Jesus ulih ngajar sida enggau semak agi. Ngau 12 sama enggau 12 iko anak Jakob ti aki-ini 12 raban bansa Israel kelia – bansa ti dipilih Allah Taala. Sida tu meh rasul ti dipilih Jesus mega. Diatu Allah Taala ka milih ukai bansa Israel aja tang samoa bansa disebelah dunya ti deka nitih ka perintah Allah Taala. Nya meh Gereja. Lalu 12 rasul Jesus tu nyadi aki-ini Gereja terubah kelia – 12 tiang pemun gereja.
Ke terubah ya Tuai bala rasul, ia nya Simon ti digelar Peter tauka Petrus (reti nya “batu”) meh orang ti selalu bejako dulok baru berunding. Ia meh orang di keterubah ya ngako Jesus “Mesiah, Anak Allah Taala” tang udah nya orang tu enda ngako Jesus Guru iya. John saduai James, ngambi ka chunto, digelar Jesus “Boanerges” tauka “Bujang Guntor” laban sida udu jampat angat ati. Sedua keran amat ka ngasoh Allah Taala ngerusak orang ti ngelaban Jesus (peda Luke 9:54). Pia meh samoa Rasul bisi perangai diri empu ti enda sebaka, lalu perangi ti enda tentu. Tang mupok-mupok Jesus ngubah sida.

Baka nya meh samoa orang ti nyadi anembiak Jesus seudah bala Rasul, ia nya semoa orang Kristian, lebih-lebih agi sida ti nyadi ketuai kitai. Sida – lebih-lebih agi sida ti begawa di gereja ngau NGO Kristian bukai – bisi pengelemi serta perangi ti enda tentu, laban sida mensia baka orang bukai mega. Anang mantah aja tang muji Allah Taala laban Perintah Allah Taala mansang lalu datai ngagai kitai siko-siko, ari orang-orang Kristian ngagai orang ti deka ngelala Iya. Allah Taala deka ngena kitai mensia, iya nya pekakas ti lemi ti di kering ka Iya. Iya deka ngubah kitai enti kitai arap ka Iya. Tang bisi siko ari Rasul mungkir lalu mudi Jesus iya nya Judas, siko ari 12 Rasul. Pia mega diatu: anang irau enti bisi ketuai-ketuai ti mungkir. Anang ati kitai kurang arap ka samoa orang Kristian laban bisi hal baka nya.

Tuhan Jesus sigi menang enggau Perintah Iya. Iya sampai diatu di tengah Gereja – iya nya semoa kitai orang Kristian – lalu deka agi ngena ketuai-ketuai tauka orang ti biasa, lelaki tauka indu, ngereja pengawa Iya. Iya diatu agi “ngirum” sida ngereja pengawa bala Rasul: “Aku udah milih kita awak ka kita enggau Aku. Aku mega deka ngasoh kita ngajar, lalu kita mega bisi kuasa kena muru antu” (Mark 3:14-15). Uji nuan bepikir bendar-bendar: bakani diatu Jesus ngirum nuan nyadi rasul Iya?

Sembiang
Aku nyerah diri ngagai Nuan, Tuhan Jesus. Kirum aku mega nyadi rasul Nuan ka sida ti kedeka Nuan, ba sebarang endor, barang gaya ti kedeka Nuan. Lantang ati aku ka nulong Nuan merita Injil, enggau penulong enggau kuasa Roh Kudus Nuan. Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, July 26, 2015

Yesus ialah Peribadi yang Hidup, Bukan Suatu Sistem Kepercayaan


“Ikutlah Aku” (Matius 9:9).

Salah satu cubaan atau godaan yang paling bahaya bagi kita orang Kristian ialah mengalihkan pandangan kita dari keperibadian Yesus kepada perkara tentang Yesus seperti doktrin-Nya, umat-Nya, gereja-Nya, Firman-Nya atau misi-Nya. Ini ialah godaan yang paling bahaya kerana tidak salah untuk kita mengetahui dan melakukan perkara tentang Yesus. Malah, tanpa kita mengetahui semua perkara ini, kita tidak boleh menjadi pengikut-Nya yang baik dan setia. Semua perkara tentang Yesus adalah mustahak.

Apa yang sebenarnya menyebabkan ia paling bahaya ialah fokus kita (tanpa kita sedari) kepada semua ini – jika tidak diseimbangkan – akan mengakibatkan hubungan kita dengan Yesus secara peribadi akan terjejas. Jika kita terlalu fokus dengan perkara tentang Yesus, seperti ajaran-Nya, kita akan mudah hilang arah hidup sebagai pengikut Kristus, mempelajari Alkitab semata-mata untuk meningkatkan pengetahuan bagi tujuan akedemi, menjadi guru Alkitab yang mementingkan luaran seperti orang Farisi yang mengajar dan mengikut Hukum Taurat Allah. Atau, jika kita terlampau fokus dengan misi-Nya, ialah boleh menjadi suatu perkara peribadi untuk tujuan peribadi bagi kejayaan peribadi. Kita seperti sangat bersemangat dan berkobar-kobar untuk melakukan kehendak-Nya tanpa ada hubungan peribadi dengan Yesus dan Roh-Nya dalam kita melakukan kehendak-Nya.

Inilah sebabnya Yesus tidak memanggil pengikut-pengikut-Nya, “Ikutlah ajaran-Ku,” atau “Ikutlah teladan-Ku,” atau, “Ikutlah misi-Ku,” atau “Ikutlah pemikiran-Ku.” Setiap kali apabila Yesus memanggil kita, ia melibatkan hubungan peribadi. Yesus berkata, “Ikutlah Aku.” “Aku” bukan ajaran-Nya, bukan teladan-Nya, bukan misi-Nya, bukan pemikiran-Nya (walaupun semua ini sangat penting dan sangat Alkitabiah), tetapi – “Ikutlah Aku.” Terlalu kerap kita menjadikan hidup dan iman Kristian kita berpusat kepada apa yang boleh kita lakukan kepada Yesus. Tetapi Yesus tidak mengutamakan semua itu, yang paling utama ialah – hubungan peribadi kita dengan-Nya. Bukan perbuatan. Bukan keagamaan. Bukan perkara tentang Yesus.

Walau betapa penting dan sungguh digalakkan bagi kita untuk mengetahui perkara tentang Yesus (seperti dokrin dan teologi Kristian), kita tidak harus menjadikan semua itu sebagai teras bagi iman kita. Semua perkara tentang Yesus seharusnya datang dari hubungan kita dengan Tuhan Yesus. Yesus bukan suatu sistem kepercayaan. Yesus ialah Peribadi yang hidup. Dia ialah TUHAN. Ini harus menjadi keutamaan kita dahulu. Mengkaji Alkitab tentang Yesus dan melakukannya setiap hari tidak cukup. Hubungan peribadi diantara kita dan Yesus harus terjadi dahulu. Inilah yang paling utama. Oleh sebab itu, Yesus mengurniakan Roh Kudus untuk tinggal bersama kita dan di dalam kita. Sebagai pengikut Kristus pastikan bahawa kamu mempunyai hubungan dengan Yesus Kristus yang hidup. “Ikutlah Yesus.”

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, May 27, 2015

Jesus Kristus, Aku Deka Pendiau ti Baru


“Tu pun Berita Manah pasal Jesus Kristus, ti Anak Allah Taala. Munyi ti ditulis dalam bup nabi Isaiah, ‘Ku Allah Taala bejaku, ‘Dinga! Aku ngirumka seruan Aku dulu ari Nuan; iya deka nyediaka jalai ke Nuan.’ Siku orang ngagau di menua puang: ‘Sediaka jalai ke Tuhan; Gaga jalai Iya rurus!’’ John Pemaptisa pegari di menua puang, madahka pemaptisa nesal ati ke pengampun dosa. Semua orang ari serata menua Judea, enggau ari Jerusalem mansang ngagai iya. Sida ngaku dosa sida, lalu iya maptisa sida ba Sungai Jordan. Gari John digaga ari bulu unta, lalu belulang ti melit punggung iya digaga ari kulit jelu. Lalu pemakai iya buntak enggau ai manyi. Ku iya madah ngagai orang mayuh, ‘Iya ke datai dudi ari aku lebih agi bekuasa ari aku, datai ke aku enda tau meremi lalu muka tali kasut Iya. Aku udah maptisa kita ngena ai, tang Iya deka maptisa kita ngena Roh Kudus’”
(Mark 1:1-8, Bup Kudus Baru).

Enti Raja empu deka datai tentu seruan iya datai dulu lalu nyedia ka jalai, madah ka orang bakani patut nyendia diri. Iya muai penanggol dulu. Nya meh pengawa John Pemaptisa. Raja ti besai nyau ka datai, ti udah ditulis bala nabi beribu-ribu taun dulu. Dikumbai sida “Messiah” tauka “Kristus.” Iya ka niri ka Perintah Allah Taala di dunya tu, ngasoh samoa bansa nyadi rakyat Iya, ti nitih ka pesan Raja. John, nabi ti pengabis ujong, lalu pengabis besai – Seruan Kristus empu.

“Gari John digaga ari bulu unta, lalu belulang ti melit punggung iya digaga ari kulit jelu. Lalu pemakai iya buntak enggau ai manyi (madu).” Pemakai iya semina chukup ngidup ka diri aja. Iya enda ingin sekali ka utai dunya. Iya ingin ka utai ti besai agi – nyedia ka orang ka penatai Jesus, Anak Allah Taala, iya nya Kristus. Nagang pengingin tuboh kitai, nya siti jalai ngalah ka lalu ngerusak mayoh bengkah penyai. John baka nabi Elijah kelia, ti ngerusak adat Baal, petara kapir, serta enggau imam Baal 40 iko. Baka Elijah mega John ngerusak pendiau kapir ba orang Juda.

John muai penanggol. Lalu penanggol ti besai ari semoa iya nya dosa. “Nesal ati ke dosa kita, laban Perintah serega nyau semak!” (Matthew 3:2). “Semua orang ari serata menua Judea, enggau ari Jerusalem mansang ngagai iya. Sida ngaku dosa sida, lalu iya maptisa sida ba Sungai Jordan.” Iya nyepoh ka sida dalam ai. Udah nya iya ngangkat ka sida baru ari ai. Nya tanda sida ninggal ka pendiau lama ti jai lalu bulih pendiau ti baru ti tuchi.

Pia kitai mega diasoh berubah, nitih ka jalai baru lalu nyadi orang baru. Enti kitai baka nya, Tuhan kitai ka amat datai (Tuhan nang udai datai dulu). Datai dini? Ba ati kitai, ba runding enggau pengawa kitai, ba rumah, ba bilik kitai, ba dunya kitai, ba pengidup kitai, nyadi Raja amat. Suah minta Tuhan Yesus Kristus datai ngambi ka megai nuan amat-amat. Tang kati penanggol udah dibuai ari ati nuan? Iya nya dosa?

Sembiang
Datai O Jesus, dalam ati aku! Amat bisi mayoh macham penyai ti nanggol penatai Nuan.
Buai nya, Tuhan, lalu pegai ati aku, pegai pendiau aku, nuan ti Messiah, Kristus Tuhan aku.
Aku deka bulih pendiau ti baru. Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Diambik, disemak, disalin ngau diubah ulih aku ari Mending Ka Tuhan: Berati ka Injil St Mark
Ditusun ulih F.A. Vergeer M.H.M.
Imprimatur: Rt. Rev. Bishop Dominic Su, D.D., Januari, 1996.
Dikeluar ulih: Diocesan Centre, 1, Lanang Road, P.O. Box 495, 96007 Sibu, Sarawak. 
Best Blogger Tips

Saturday, February 28, 2015

Jurang diantara Gereja dan Komuniti di Malaysia: Adakah Kita Peduli?


[Kuala Lumpur, Metro Hotel, 1hb March 2015, 2.00 pagi]

Di bandar Kuching mahupun di Kuala Lumpur ada jurang diantara gereja dan komuniti. Saya suka berjalan disekitar bandar-bandar yang saya pergi. Di bandar Miri, contohnya, saya mendapati bahawa banyak gereja-gereja didirikan atau ditempatkan berdekatan antara satu sama lain. Semasa saya menginap di rumah sewa kawan saya, saya memandu disekeliling kawasan berdekatan dan mendapati bahawa hanya dalam 10 minit memandu, saya menjumpai lima buah gereja – tiga buah gereja denominasi yang sama dan empat daripada lima adalah gereja yang menggunakan bahasa penghubung yang sama. Di Kuching, gereja juga banyak, sehinggakan jika kita ingin melawat satu gereja setiap minggu perlu mengambil masa 35 minggu atau 8 ke 9 bulan berturut-turut.

Petang semalam saya sampai ke bandar Kuala Lumpur dan mendapati juga disini ada banyak gereja. Kemudian, saya memerhati keadaan sekeliling. Kawasan yang sama dimana sebuah gereja didirikan menjelang malam menjadi kawasan tempat penagihan dadah, minum arak dan mungkin juga (jika pemerhatian saya benar) menjadi tempat dimana pelacur-pelacur ditawarkan dan pengedaran dadah berlaku. “Adalah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk ‘berniaga’ di kawasan ini,” kata seorang pakcik kepada saya. Pada siang hari, di sini ada ramai orang miskin, orang buta, orang bangsa asing, anak-anak muda dan kanak-kanak. Saya berfikir, orang-orang yang memerlukan Kristus tidak jauh dari kawasan gereja. Mereka mungkin menanti orang Kristian yang sanggup menerima mereka dan berkata kepada mereka bahawa mereka layak untuk datang ke gereja – datang kepada-Nya.

Saya menulis ini bukan untuk menghakimi – saya hanya ingin membuka mata kita. Tidakkah sedih apabila ketua mengedar dadah tahu nama setiap anak muda yang berada di kawasan gereja lebih daripada pastor yang melayani di gereja? Adakah kamu hairan apabila guru sekolah minggu berpuas hati dengan pelayanan kanak-kanak di gereja dan tidak langsung peduli dengan kanak-kanak yang tidak tahu membaca dan menulis di sekitar kawasan itu? Mereka yang menyesatkan orang selalu mencari dan melayani sesiapa saja yang datang kepada mereka, tetapi umat Kristian dan pintu-pintu gereja hanya dibuka pada hari minggu. Gereja mahukan orang yang kemas dan bersih, tetapi mereka yang menyesatkan orang menerima mereka seadanya.

Saya sudah bekerja hampir 4 tahun dalam pelayanan pelajar Kristian. Para pelajar dan anak-anak muda sebenarnya sangat bersemangat untuk melayani komuniti. Kebanyakkan mereka ingin membawa Kristus dan gereja untuk menjangkau komuniti disekeliling mereka. Mereka rindu untuk menjadi tangan dan kaki bagi Kristus untuk mengkhabarkan Berita Baik. Ada diantara mereka sanggup berpindah ke tempat dimana mereka boleh melayani dan mengenal komuniti. Ada juga yang mengorbankan hujung minggu menjadi guru and mentor di sekolah minggu di rumah-rumah panjang. Mereka sanggup asalkan gereja memberi dorongan dan galakkan, bantuan dan pengelibatan, menjadi contoh dan juga peduli dengan komuniti disekeliling mereka.

Kenapa aktiviti menjangkau komuniti ini jarang berlaku di bandar Kuching, Miri, Kuala Lumpur dan di Malaysia keseluruhannya? Kerena gereja sibuk menyolek dinding bangunan, tidak mahu mengotorkan tangan, menggemukkan diri dengan makan berlebih-lebihan, sibuk mengekalkan umat yang ada, meminta tetapi tidak memberi, ingin menjadi artis dan selebriti tetapi tidak memiliki hati hamba, mendirikan Rumah TUHAN seperti sebuah syarikat, mementingkan kerohanian luaran sehingga melupakan panggilan Kristus ke dunia, dan terlalu asyik mempertahankan iman – iman tanpa perbuatan dan tidak dikongsikan. Jika ini ialah idea ‘gereja’ bagi anak-anak muda sekarang, maka tidak hairanlah aktiviti atau pelayanan menjangkau komuniti jarang berlaku disekeliling kita. Sanggupkah kita membawa seorang pengemis yang kotor dan berbau ke gereja kita? Sanggupkah kita mengurangkan belanjawan gereja untuk membantu orang miskin, mendirikan sekolah, melawat ibu tunggal dan menjenguk banduan di penjara?

Mari kita kembali ke gereja dan komuniti. Saya percaya (dan sedih) bahawa anak-anak muda sekarang mula melihat gereja sebagai satu kelab eklusif yang tidak lagi peduli dengan orang-orang miskin dan orang-orang yang memerlukan di sekeliling mereka. Di mana integriti kita sebagai umat Kristian? Bukankah kita seringkali mendengar khutbah dan kesaksian tentang memberkati orang lain? Tidak pernahkah kita merenung Firman Allah untuk mengasihi sesama kita? Anak-anak muda tidak akan merujuk dan meminta bantuan dari ibubapa, para pemimpin gereja dan guru-guru sekiranya kata-kata dan kepercayaan kita tidak sama dengan carahidup dan iman yang kita pegang. Mereka akan pergi ke tempat lain, tempat dimana kerinduan dan beban mereka akan didengar. Jika ini berlaku, jangan salahkan mereka.  

Gereja (ini termasuk saya juga kerana kita adalah satu tubuh dalam Kristus) harus peduli dengan komuniti disekeliling kita. Untuk menjangkau anak-anak muda kita harus menjangkau komuniti kita, kerana melalui cara ini anak-anak muda boleh terlibat dan mereka secara langsung tidak lagi menjadi boneka tetapi mereka juga turut serta dalam pelayanan gereja. Bukan mereka saja, tetapi semua umat akan didorong dan dibangunkan. Komuniti disekeliling juga diberkati. Bukankah ini idea gereja yang sebenar? Iman tanpa perbuatan, mati. Kebenaran tanpa kasih, beban. Berita Baik tanpa kesaksian, sia-sia. Gereja tanpa impak kepada komuniti adalah – hipokrit. Lebih baik tiada gereja daripada menghina Yesus Kristus dan nama-Nya dihadapan orang ramai.

Ini cadangan saya:
Ambil satu masa dengan para pemimpin dan/atau rakan-rakan seiman,
Tidak perlu berdoa secara formal, hanya buka mata dan hati,
Pergi ke luar gereja and lihatlah sekelilingmu.
Apakah beban yang TUHAN telah berikan kepada gereja kamu?
Kenapa gereja ada disini? Dan kenapa komuniti ini ada disekeliling kamu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, January 30, 2015

Berjalan dalam Cahaya atau Kegelapan? (Renungan tentang 1 Yahya 1:6-7)


“Sekiranya kita mengatakan bahawa kita hidup dalam keakraban dengan-Nya sedangkan kita melangkah dalam kegelapan, maka kita berdusta dan tidak mengamalkan kebenaran”
(1 Yahya 1:6, KSZI, Kitab Suci Zabur dan Injil)

Jika seseorang mengatakan bahawa dia seorang Kristian tetapi tidak melakukan apa-apa tentang dosanya, maka kata Rasul Yahya, dia seorang yang belum menerima keselamatan daripada Allah lagi. Dia tidak memiliki “keakraban dengan Bapa dan Putera-Nya Isa al-Masih” (1:3). Dalam percakapan, mereka mendakwa bahawa mereka orang Kristian, tetapi sebenarnya mereka masih lagi hidup dalam kegelapan. Sekiranya mereka tidak mentaati Bapa dan ada lagi dosa yang tidak diakui, maka mereka masih lagi sesat. Oleh kerana mereka hidup dalam kegelapan, mereka tidak dapat melihat dosa mereka sendiri dan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya jauh dari-Nya. Kegelapan telah membutakan mereka tentang realiti dan keadaan sebenar mereka.

Jika kita tidak berjalan dalam kebenaran dan cahaya Allah, maka ianya jelas menunjukkan yang kita sebenarnya belum percaya sepenuhnya kepada Isa al-Masih. Jika kesaksian dan kelakuan kita tidak sama dengan percakapan kita, maka pengakuan kita adalah dusta.

Mereka yang benar-benar telah diubah oleh Allah pula akan menunjukkan bukti tentang kebenaran itu dalam kehidupan mereka. Mereka berjalan dalam terang cahaya Allah (1:5) dan ini membolehkan mereka melihat dosa sendiri dihadapan-Nya. Kesedaran dan pengetahuan tentang dosa inilah yang membimbing mereka kepada Isa supaya Dia boleh menyucikan mereka daripada kegelapan. Rasul Yahya menulis: “Tetapi jika kita melangkah dalam cahaya, sebagaimana Allah wujud dalam cahaya, maka benar-benarlah kita hidup dalam persaudaraan satu sama lain, dan darah Isa, Putera-Nya, menyucikan kita daripada segala dosa” (1 Yahya 1:7).

Berjalan dalam cahaya Allah bermaksud carahidup dan kekudusan keperibadian kita dipimpin oleh-Nya. Gambaran “berjalan” atau “melangkah” disini menujukkan bahawa ianya merupakan suatu proses yang mengambil masa. Ianya memberi gambaran tentang pergerakkan, tujuan, sikap dan pemikiran kita. Berjalan dalam cahaya Allah menggambarkan seseorang yang hidup dalam kebenaran dan kekudusan-Nya. Sentiasa dan konsisten. Saya tidak bermaksud bahawa kehidupan kita mesti sempurna, tetapi tujuan, keinginan dan hala tuju hati dan pemikiran kita harus tertumpu kepada Isa al-Masih.

Berjalan dalam cahaya maka kegelapan akan dinampakkan.
Dosa yang dilihat dan diketahui akan membawa kepada pengakuan.
Pengakuan dosa akan menerima pengampunan.
Darah Isa akan menyucikan kita daripada segala dosa.
Oleh itu, berjalanlah dalam cahaya, kebenaran dan kekudusan-Nya.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, January 21, 2015

Isa al-Masih ialah Hidup Itu (Renungan tentang 1 Yahya 1:2)

Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Akulah Roti Hidup itu" (Yahya 6:35)
Walaupun kita tidak pernah melihat sendiri Isa al-Masih seperti rasul Yahya, namun Isa menampakkan dirinya melalui kesaksian Yahya kepada kita. Rasul itu menulis:

“Apa yang telah wujud sejak dari mulanya, yang telah kami dengar, yang telah kami sentuh dengan tangan – itulah yang kami beritakan tentang Firman yang memberi hidup. Hidup itu telah ditunjukkan; kami telah melihat, dan memberi kesaksian, serta memberitahumu tentang hidup kekal bersama Bapa yang telah ditunjukkan kepada kami”
(1 Yahya 1:1-2, KSZI, Kitab Suci Zabur dan Injil).

“Hidup itu” merujuk kepada keperibadian Isa yang tidak pernah dirahsiakan kepada sesiapapun, malah ditunjukkan kepada semua orang. Rasul Yahya sendiri telah menulis kitab Injil, kitab Wahyu, dan surat-surat supaya “hidup itu” diketahui oleh kita semua. Dia menulis dengan penuh dedikasi, tepat dan benar melalui apa yang dia sendiri telah lihat, dengar dan sentuh. Apabila Yahya menulis “kesaksian” ini bermaksud dia ialah saksi mata yang melihat sendiri keperibadian Isa al-Masih sebagai Putera Allah secara peribadi, bukan melalui perantaraan orang lain.

Sebagai Firman yang memberi kehidupan, Isa datang untuk menyatakan tentang kehidupan yang sebenar. Isa ingin memberi kita “hidup kekal bersama Bapa.” Isa sendiri berkata: “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tidak seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku. Dengan mengenal-Ku, kamu mengenal Bapa-ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal-Nya, malah sudahpun melihat-Nya” (Yahya 14:6-7). Dia ialah “hidup,” dialah pencipta segala kehidupan, dialah juga yang memelihara hidup itu.  

Lagi, selepas Isa bercerita tentang seorang gembala yang baik, dia memberi kesimpulan dengan berkata, “Aku datang supaya manusia mempunyai hidup yang berlimpah-limpah” (Yahya 10:10). Tanpa Isa al-Masih, Putera Allah kehidupan kita kosong, tidak bermakna dan tiada tujuan. Kita mungkin bernyawa tetapi tidak mempunyai kehidupan yang sebenar. Oleh itu, Isa datang untuk memberi hidup kepada kita. Mengenal Isa secara peribadi dan mempunyai hubungan dengan Bapa melalui Putera Allah bermaksud kita mempunyai “hidup kekal.” Isa berfirman, “Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Tuhan Yang Benar, dan mengenal Isa al-Masih yang Kauutus” (Yahya 17:3, KSZI).

Adakah kamu mempunyai hidup itu?
Mahukah kamu memiliki hidup kekal?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, October 25, 2013

Mengapakah Tuhan yang baik mengizinkan Penderitaan?



“Mengapakah Tuhan yang baik mengizinkan Penderitaan?” Ini soalan lama. Empat ribu tahun lalu, seorang mangsa yang mengalami masalah peribadi, keluarga, dan kewangan telah berseru, “Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri?” (Ayub 10:2-3, BM). Soalan ini masih ditanya. “Adakah Tuhan membenci saya? Sebab itu Dia membenarkan saya menderita? Mengapa saya dan bukan orang lain?”

Jawapannya ada. Meskipun tidak lengkap, tetapi cukup memberi kita pandangan yang betul tentang penderitaan, dan sanggup menghasilkan yang baik dalam diri kita. Seterusnya buku ini menunjukkan bahawa syurga tidak semestinya menjawab segala soalan kita, ia memberi kita segala jawapan yang kita perlukan supaya terus percaya dan mengasihi Tuhan, yang memanggil kita semasa kita mengalami penderitaan.

Yang menulis buku ini,
Martin R. DeHaan II

Yang menggalakkan buku ini dibaca,
Richard Angelus
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Kamu ingin Memiliki Buku ini?
Saya ingin mengedarkan 3 buah buku (sahaja) ini kepada sesiapa yang tertanya-tanya atau ingin tahu “Mengapakah Tuhan yang baik mengizinkan Penderitaan?” (Hanya 40 muka surat). Apa yang kamu perlu buat ialah lakukan 2 langkah ini:

1) Tuliskan, “Saya ingin membaca buku ini kerana....”
2) Beri nombor telefon & alamat rumah kamu untuk tujuan menghantar buku (sahaja)

Selamat Membaca!
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]