Showing posts with label Fokus. Show all posts
Showing posts with label Fokus. Show all posts

Sunday, February 28, 2021

PERCERAIAN Bukan Fokus Yesus (Matius 19:1-9)

 

Bila orang Farisi datang kepada Yesus Kristus dengan bertanya, "Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?” (Matius 19:3) fokus mereka ialah perceraian, sedangkah fokus Yesus ialah kesatuan dalam perkahwinan "mereka berdua menjadi satu"; orang Farisi menggunakan petikan Ulangan 24 untuk menjadi alasan bercerai; Yesus pergi balik ke "pada mulanya" (Matius 19:4, 8) dalam Kejadian 1 dan 2 untuk menyatakan kebenaran tentang perkahwinan. Apa sikap kamu apabila datang kepada Firman Allah - untuk mencari pengesahan kepada perbuatan jahat atau kerana ingin mentaati-Nya? Mencari alasan atau penyelesaian? Apa fokus kamu? 🤔🙏📖 #ServeToLead #InjilMatius

Dalam episod ini, kita akan belajar:

• Debat tentang Perceraian pada masa itu
• Apa maksud orang Farisi dengan "apa sebab jua"
• Apakah tujuh (7) respon Yesus
• Apa maksud "hati yang begitu tegar" dan "berzina"
• dan sebagainya

Untuk mendengar episod ini👂 KLIK DI SINI: http://bit.ly/SpotifyMatius139 (Spotify) ATAU http://bit.ly/LegasiMatius139

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Bukan Kuantiti Tetapi Fokus Iman Kita (Matius 17:14-23)

 

Apabila para murid Yesus Kristus bersendirian dengan-Nya, mereka bertanya, "Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?" (Matius 17:19). Kamu harus sedar bahawa mereka pernah dan dapat menghalau roh-roh jahat sebelum ini. Dalam Matius 10:8 dan Markus 6:8, Yesus pernah mengutus mereka dan "memberi mereka kuasa atas roh-roh jahat" dan mereka sendiri pernah "menghalau banyak roh iblis" (6:13). Jadi, kenapa sekarang tidak dapat?

Jawab Yesus, "Ini kerana kepercayaanmu tipis" (Matius 17:20). Apa yang Dia maksudkan? Benarkan kita boleh mengalihkan gunung (21a)? Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kita (21b)? Ini ayat-ayat kegemaran para pendeta-motivasi dan guru-inspirasi masakini 🤭 Tapi jom lihat konteks keseluruhan petikan ini - dan melihat maksudnya yang sebenar 😊🤳💪 #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius132 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius132

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Tiga (3) Hal tentang Berpuasa berdasarkan Matius 6:16-18




Ramai orang mungkin sudah tahu dan biasa mengamalkan ibadat bersedekah dan berdoa, tetapi bagaimana dengan berpuasa? Menurut Alkitab, ada beberapa sebab kenapa kita berpuasa. Diantaranya ialah:

1) Sebagai ekspreksi PENYESALAN atas dosa
2) PERTAUBATAN dan kesedaran atas dosa
3) PENGHARAPAN kepada kasih-kurnia Allah
4) PENCARIAN atau mencari bimbingan TUHAN
5) Melatih PENGAWALAN DIRI
6) Untuk PERINGATAN kepada orang miskin/kesusahan

Bila kali terakhir kamu berpuasa secara sukarela? Atau pada hari-hari tertentu sahaja? #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod podcast "Apabila Berpuasa, Jangan Bermuka Monyok" berdasarkan Matius 6:16-18, KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius42 atau bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, September 2, 2019

Angelus' Quote: Fokus untuk Membaca Buku



Baca Buku, Kembangkan Ilmu, Perbaharui Fikiranmu 😉 #LetsMakeReadingCoolAgain
_______________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, April 10, 2019

5 Sebab Orang Tidak Mengikuti Kepimpinan Kamu

Ramai yang mahu menjadi pemimpin. Ini perkara yang baik, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu mahu melayani orang lain :) Tetapi soalan yang setiap pemimpin harus tanya diri sendiri ialah: "Kemana saya akan bawa orang yang mengikuti saya? Apa visi atau matlamat kita?" (Lihat Sebab #1) Pemimpin harus - memimpin, kan? Jadi... Kemana?



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, December 7, 2018

Angelus' Quote: Bagaimana dengan Gambaran-Diri Kamu?


Yesus berfirman: “Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaannya!” (Matius 6:22-23, AVB). Apa yang kamu lihat di dalam diri kamu sendiri - gambaran-diri - akan mempengaruhi fikiran, emosi dan sikap kamu sendiri dan orang lain.

Jika kamu melihat diri kamu sebagai seorang yang kurang menarik, tidak bernasib baik dan selalu gagal, maka, gambaran itu akan direalisasikan di dalam kehidupan kamu. Walaupun gambaran-diri kamu itu tidak semestinya benar, kamu akan mengiyakannya. Saya ada seorang kawan perempuan yang cantik, tetapi dia selalu berkata kepada kami semua, "Tidak ada orang yang minat dengan saya..." Walaupun ramai yang cuba untuk memikat dia, dia tidak pernah mencapai kesimpulan bahawa dia sebenarnya seorang yang menarik. Mata dia "kabur." Sebelum menghadapi peperiksaan, seorang pelajar berkata, "Saya akan gagal lagi..." Kamu tahu? Iya menjadi kenyataan sebelum iya terjadi.

"Mata ialah pelita tubuh." "Mata" ini mesti merujuk kepada mata rohani. Jika kamu melihat diri kamu dengan menggunakan mata rohani, kamu akan melihat gambaran-diri yang berbeza. Yesus Kristus sudah mati dan bangkit semula bagi kamu (dan saya) dan menjadikan kita semua sebagai anak-anak Tuhan. Lihat diri kamu sendiri melalui perspektif ini. Lihat diri kamu diberkati oleh Allah dan memberkati orang lain; lihat diri kamu dikasihi oleh Allah dan mengasihi orang lain; lihat diri kamu bersukacita dan kamu akan melayani orang lain dengan sukacita.

Saya dan seorang kawan saya bernama Julai selalu membuat lawak dan berkata begini bila memperkenalkan diri: "Saya seorang yang tampan!" Bagi orang yang tidak mengenali kami, mereka mungkin menyangka bahawa kami sangat perasan (ada betulnya...). Tetapi ayat itu (sekurang-kurangnya bagi saya), sebenarnya dapat membangkitkan rasa yakin dan menghilangkan perasaan resah. Ada kalanya saya akan berkata kepada diri sendiri, "Saya ialah anak Tuhan"; " Saya berkenan di hadapan Allah"; "Saya boleh melakukan segalanya melalui Kristus yang memberikan kekuatan" (Filipi 4:13). Gambaran-diri sebegini akan membuka ruang untuk berkat dan kurnia TUHAN melimpah di dalam hidupmu.

Konteks Matius 6:22-23 ini ialah tentang menjadi hamba Allah atau hamba kekayaan. "Jika matamu kabur", kamu akan melihat bahawa menjadi hamba kekayaan itu baik (walaupun sebenarnya iya membawa kegelapan). "Jika matamu terang", kamu akan melihat bahawa menjadi hamba Allah itu baik. Dan ini yang kamu perlu tahu juga: Di dalam Kristus, kita bukan hanya dipanggil hamba-hamba Allah, tetapi juga anak-anak Allah. Berdoa supaya mata rohani kamu melihat realiti ini juga! Kawan, gambaran-diri kamu juga akan berubah! Pasti!

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]